You are on page 1of 4

INSTITUT PENDIDIKAN GURU

KAMPUS PENDIDIKAN TEKNIK


NEGERI SEMBILAN

KERTAS KERJA
PERMAINAN TRADISIONAL INOVASI LOMPAT-LOMPAT GIMNASTIK

DIANJURKAN OLEH:
TUAN MUHAMMAD HARIZ ISKANDAR
AHMAD FADHIL
JOSHUA TAN

TEMPAT
DEWAN SERBAGUNA
INSTITUT PENDIDIKAN GURU
KAMPUS PENDIDIKAN TEKNIK
71760 BANDAR ENSTEK
NEGERI SEMBILAN DARUL KHUSUS

1
1. PENGENALAN

Permainan Lompat-lompat Gimnastik merupakan permainan yang diinovasikan


daripada permainan _________ dan gimnastik. Permainan _________ adalah
sejenis permainan yang dimainkan oleh kanak-kanak pada masa lapang. Pemain-
pemain dalam kumpulan berusaha untuk melompat melepasi “halangan” yang
dibentuk oleh kumpulan lawan menggunakan bahagian badan, iaitu dengan tangan
atau kaki. Kumpulan yang berjaya melepasi “halangan” yang tertinggi dikira menang.
Permainan ini telah diadaptasi dan diggunakan untuk mengajar gimastik dalam
kurikulum Pendidikan Jasmani sekolah rendah. Pelajar akan memperoleh dan
melatih kemahiran lompatan masing-masing menerusi permainan tradisional yang
menarik dan menyeronokkan ini.

2. OBJEKTIF
2.1 Mewujudkan suasana permainan yang menyeronokkan.
2.2 Meningkatkan kemahiran motor kasar murid.
2.3 Mengangkat martabat permainan tradisional agar tidak ditelan zaman.
2.4 Melatih murid tentang kemahiran asas gimnastik dengan cara yang seronok.

3. KUMPULAN SASARAN

Pelajar kelas elektif teras Pendidikan Jasmani ambilan Jun 2016 yang terdiri
daripada 23 orang.

4. TARIKH KARNIVAL KIDBALL

7 Februari 2018 (Rabu)

5. TEMPAT

Dewan Serbaguna, IPG Kampus Pendidikan Teknik

6. AHLI JAWATANKUASA KERJA

Pengadil : Tuan Muhammad Hariz Iskandar


Ahmad Fadhil
Joshua Tan

7. PELAKSANAAN PERMAINAN

Sistem pertandingan yang kami dipraktikkan ialah sistem pertandingan kalah


mati. Sistem kalah mati yang kami gunakan ialah dua kumpulan akan bermain pada
satu masa di mana satu kumpulan terdiri daripada 6 atau 7 ahli. Pasukan yang
teratas dengan mengumpul jumlah mata ataupun aras yang paling tinggi dikira
pemenang.

2
8. PERATURAN PERMAINAN

8.1 Masa permainan yang diberikan ialah 15 minit.


8.2 Pelompat tidak boleh keluar dari kawasan permainan. Jika melanggar peraturan
pelompat akan dikeluarkan serta merta.
8.3 Untuk menetukan ahli kumpulan, kebiasaannya kaedah lai lai li tam plom akan
digunakan dan ketua kumpulan akan menggunakan kaedah ow som untuk
menentukan kumpulan mana yang akan memulakan permainan.
8.4 Ketua akan memulakan permainan, diikuti anak-anak buahnya. Jika salah
seorang anak buahnya melanggar giliran, kesemua ahli pasukan termasuk ketua
akan mati dan pasukan lawan pula akan bermain.
8.5 Pada permulaan permainan ini, tangan diletakkan pada paras tapak kaki.
Kesemua pemain tidak boleh menyentuh tangan. Jika tidak, pemain itu akan
mati.
8.6 Kemudian, tangan akan ditambah satu persatu mengikut tahap. Pelompat perlu
melompat tanpa menyentuh tangan dan diikuti oleh pemain lain dalam kumpulan
yang sama.
8.7 Seterusnya, untuk mendapatkan kelebihan, iaitu untuk menggunakan
springboard, semua pemain didalam satu kumpulan tersebut harus melepasi
tahap bonus iaitu gelung tangan. Gelung tangan akan ada pada tahap 6. Namun,
paras ini boleh ditinggalkan dengan persetujuan kedua-dua pasukan. Setiap
lompatan, anggota badan tidak boleh menyentuh badan.
8.8 Seterusnya, pemenang akan dikira melalui tahap yang tertinggi yang boleh
dicapai oleh salah seorang ahlinya.
8.9 Seterusnya, setiap pemain akan melompat pada paras pinggang sambil menutup
mata. Jika ada pemain yang mati pada paras yang sebelum ini, pemain itu boleh
dihidupkan kembali jika pemain lain tolong membuat satu lompatan lengkap
untuknya (bilangan mengikut persetujuan kedua dua pasukan). Merupakan
penamat kepada pusingan pertama permainan.

9. PELAN LANTAI

Kumpulan Zon
Penghalang Halangan

Kumpulan Tilam
Pelompat

3
10. PENUTUP

Permainan ini amat sesuai dengan peringkat kanak-kanak dan mampu menyediakan
sesuatu suasana pembelajaran yang mencabar. Penggabungjalinan permainan
dengan elemen gimnastik iaitu dengan menggunakan tilam dan papan loncatan
dapat membantu murid semasa bermain. Selain itu, permainan juga akan mampu
mengurangkan kecedaraan yang mampu terjadi dalam permainan tradisional yang
sebenar. Secara keseluruhannya, permainan ini amat berkesan dan sesuai
dimainkan oleh kanak-kanak dan golongan pelbagai umur.

Disediakan oleh ; Disemak Oleh ;

Setiausaha Presiden
Permainan jadi-jadi Kelab jadi-jadi

Disahkan oleh ;

Penaung
Kelab Jadi-jadi

You might also like