You are on page 1of 2

Nurul Syahidah Binti Embok Upek,

No. 384 Jalan Baru ,

Felda Sungai Sibol ,

81440, Bandar Tenggara,

Kulai, Johor.

No.tel : 0197603671/0197188758

Encik Mohd Zaili bin Mohd Nor,

Ketua Unit Kebajikan Pelajar ,

Universiti Kebangsaan Malaysia,

43600 Bangi,

Selangor. 8 September 2017

Tuan,

PERKARA : PERMOHONAN BANTUAN SARA HIDUP SESI 2017/2018

Dengan segala hormatnya merujuk perkara di atas.

2. Adalah saya Nurul Syahidah Binti Embok Upek, No.kad pengenalan 970615-01-
5530, No. Pendaftaran A163580 ingin memohon bantuan sara hidup sesi 2017/2018 bagi
membiayai Pengajian saya di Universiti Kebangsaan Malaysia di dalam Program Ijazah
Sarjanamuda Ekonomi Dengan Kepujian.

3. Untuk makluman tuan, ibu saya merupakan seorang ibu tunggal kepada lapan orang
adik beradik saya dan perlu menanggung seramai empat orang adik beradik yang masih
belum bekerja. Tujuan utama saya untuk memohon bantuan ini daripada pihak tuan adalah
disebabkan pendapatan keluarga saya yang tidak begitu tinggi bagi menanggung kos
pengajian dan sara diri di universiti ini. Saya juga telah menjelaskan yuran pengajian pada
semesta ini.
4. Sehubungan dengan itu, saya berharap agar permohonan saya dapat dipertimbangkan
oleh pihak tuan dan saya berjanji akan belajar dengan bersungguh-sungguh seterusnya
mendapat keputusan yang cemerlang dan mengharumkan nama Universiti Kebangsaan
Malaysia di peringkat yang lebih tinggi.

Kerjasama dan perhatian daripada pihak tuan kami dahului dengan ucapan terima kasih.

Yang benar ,

……………………………..

(Nurul Syahidah Binti Embok Upek)

You might also like