You are on page 1of 1

PEJABAT PENDIDIKAN DAERAH

DAERAH SIMUNJAN
94800 SIMUNJAN SARAWAK

Tel : 082 – 803660


Faks : 082 – 803560
E-mel : ppdsimujan.moe@1govuc.gov.my

Ruj. Kami : JPS(W)/PPDSjan(Kur)/153/06/19/01 ( 33 )


Tarikh : 23 Jun 2016
[Senarai dalam edaran...]

Tuan,

PELAKSANAAN KURSUS ORIENTASI HIGHLY IMMERSIVE PROGRAMME (HIP)


FASA 2 SEKOLAH-SEKOLAH DAERAH SIMUNJAN

Dengan segala hormatnya perkara melalui surat dari Jabatan Pendidikan Negeri Sarawak melalui Ruj.
JPS(W)/SPA/153/06/08/14 Jld.5 (78) bertarikh 24 Mei 2016 adalah dirujuk.

2. Sukacita dimaklumkan bahawa Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) meluaskan


pelaksanaan Highly Immerisve Programme ke Daerah Simunjan. Satu kursus orientasi akan diadakan
seperti ketetapan berikut:

Tarikh : 28 – 29 Jun 2016


Masa : 8.00 pagi – 5.00 petang
Tempat : SMK Sebuyau

3. Sehubungan dengan itu, tuan dilantik sebagai Fasilitator orientasi HIP peringkat Daerah
Simunjan. Tuan dipohon untuk membawa Komputer Riba, borang tuntutan perjalanan, sesalinan
muka hadapan buku bank serta resit-resit yang berkaitan serta lain-lain keperluan semasa bengkel.

4. Makan dan minum sepanjang kursus disediakan oleh pihak penganjur manakala penginapan
sepanjang kursus serta perjalanan dibuat kepada pihak PADU mengikut perkeliling Kewangan yang
sedang berkuatkuasa. Pegawai yang bertanggungjawab dalam perkara ini ialah Encik Mohamad Rizuan
bin Sarbini (082-803660).

Sekian, terima kasih.

”BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Saya yang menurut perintah,

(ROSLAN BIN ABDULLAH)


b.p. Pegawai Pendidikan Daerah Simunjan
s.k. 1. Ketua Sektor Pengurusan Akademik, JPN Sarawak
2. Ketua Penolong Pengarah (Bahasa Inggeris)
3. Ketua Unit Akademik (Dilantik sebagai Penyelaras Program HIP dan Urusetia)
4. Fasilitator HIP Daerah SM (u.p. Encik Othna Sanub)
5. Fasilitator HIP Daerah SR (u.p. Lee Pei Ching)
6. SIP+ (Dilantik sebagai Fasilitator Bersama)
7. SISC+ Bahasa Inggeris (Dilantik sebagai Fasilitator Bersama)
8. FasiLINUS Literasi Bahasa Inggeris (Dilantik sebagai Fasilitator Bersama)
9. Pengetua SMK Sebuyau (Perlantikan sekolah sebagai Pusat Kursus)
10. Fail Bahasa Inggeris PPD Simunjan
MRS/mrs…Pelaksanaan_HIP_Daerah Simunjan

(Sila catatkan rujukan Jabatan ini apabila berhubung)

‟MENJULANG PENDIDIKAN NEGERI SARAWAK”


‟FLY KENYALANG FLY,FLY HIGH”

You might also like