You are on page 1of 2

Dalam menuju ke arah pendidikan bertaraf dunia, Malaysia perlu membawa suatu perubahan

yang akan memberi kesan kepada dunia pendidikan. Oleh itu, Kementerian Pendidikan Malaysia
(KPM) telah meneliti perkara-perkara yang perlu dilaksanakan dan berusaha untuk menjayakan
usaha tersebut. Bersesuaian dengan matlamat dan zaman, KPM telah
melaksanakan pembelajaran abad ke-21 (PAK21) bermula pada tahun 2014.Kini, PAK21 telah
menjadi satu isu yang hangat dalam dunia pendidikan kerana ia dilihat mampu memenuhi
keperluan pendidikan pada masa kini. Terdapat pelbagai halangan kepada guru-guru dalam
melaksanakan PAK21 ini dalam pembelajaran dan pembelajaran semasa.

Ada juga yang meminta Kementerian Pendidikan melihat kepada realiti yang
berlaku di sekolah serata negara yang menghadapi masalah capaian. Tidak
kurang juga yang menyentuh tentang cabaran melaksanakan PAK-21
sedangkan keadaan infrastruktur di sekolah masih lagi dalam keadaan yang
menyedihkan, terutama sekolah di kawasan pedalaman, malah
berpandangan peruntukan yang diberikan kepada ‘sekolah terpilih’ ini
disalurkan kepada sekolah yang lebih memerlukan.

Harapan, realiti dan cabaran ini memang ada benarnya. Tidak ada sesiapa
pun dapat menafikan bahawa teknologi merupakan komponen yang penting
dalam PAK-21, dalam usaha untuk membuka minda dan perspektif murid
kepada dunia luar yang sungguh mencabar. Dalam masa yang sama kita
perlu akur bahawa hakikatnya masih ada sekolah yang memerlukan baik pulih
infrastruktur sebelum teknologi terkini dapat dibawa masuk dan digunakan
dalam proses PdP dengan berkesan.
Cabaran PAK-21 ini sebenarnya perlu dilihat daripada perspektif yang lebih
besar dan meluas, iaitu daripada aspek matlamat pendidikan itu sendiri.
Dalam penulisan sebelum ini, saya telah menyentuh tentang perlunya
pendidikan itu diletakkan semula di landasan yang betul menuju ke arah
merealisasikan Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) yang diterjemahkan
melalui Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025. PAK-
21 bukannya satu matlamat, tetapi salah satu cara untuk kita mencapai apa
yang dihasratkan oleh FPK, bagi membangunkan insan yang seimbang dan
sejahtera.

Sejujurnya apabila disebut PAK-21, tergambar dalam fikiran kita sebuah bilik
darjah yang dilengkapi smartboard, capaian internet yang sangat laju
membolehkan video-conferencing dilakukan dengan mana-mana tempat di
seluruh dunia, bilangan murid yang ideal serta diberi kemudahan tablet setiap
seorang.

You might also like