You are on page 1of 11

0

Isi Kandungan

Nom Tajuk Mukasurat

1.0 Pengenalan 1

2.0 Kepentingan Proses Pengambilan Pekerja Yang Betul 2

3.0 Kaedah Pengambilan Jawatan Kerani Pejabat 4

4.0 Kaedah Pengambilan Jawatan Pengurus Besar 6

5.0 Rumusan 9

6.0 Rujukan 10
1

1.0 Pengenalan

Lotte Ube Synthetic Rubber Sdn Bhd (LUSR) adalah sebuah syarikat petrokimia yang
pertama di Malaysia yang mengeluarkan Butadiene Rubber (getah sintetik) untuk pasaran
domestik dan luar negara dengan modal berbayar sebanyak RM 184 juta. LUSR ditubuhkan
di Malaysia pada 11 Januari 2012. LUSR merupakan sebuah Syarikat kerjasama, pemegang
saham LUSR terdiri daripada Lotte Chemical Corporation dari Korea Selatan (40%), Ube
Industries Ltd (40%) dari Jepun dan juga Mitsubishi Corporation (10%) dari Jepun dan Lotte
Chemical Titan Holding (10%) di Malaysia. LUSR merupakan syarikat pertama di Malaysia
yang mengeluarkan getah sintetik. Kilang ini mempunyai keupayaan untuk mengeluarkan
50,000 MT butadiene getah setiap tahun. Butadiene Rubber digunakan secara meluas untuk
pembuatan tayar, polystyrene yang berkualiti tinggi, barangan automotif dan sebagainya.
Tapak kilang LUSR terletak di dalam kawasan Perindustrian Tanjung Langsat (Pasir Gudang)
yang terletak kira-kira 40 km dari Johor Bahru, Malaysia

Dengan proses loji berteknologi tinggi, digabungkan dengan pengalaman yang luas dari
para pelabur dari Korea dan Jepun dalam menghasilkan getah sintetik serta industri
petrokimia, sekurang-kurangnya sokongan daripada jumlah tenaga kerja (lebih kurang 100
orang), LUSR sangat optimistik terhadap prospek perniagaannya, keberlanjutan dan peluang
pertumbuhan di masa depan. Lotte Chemical Corporation mempunyai dua kilang yang
mengeluarkan getah sintetik. Satu tapak kilang terletak di South Korea (Daesan & Yeosu) dan
lagi satu ialah Lotte Chemical Titan di Malaysia boleh mengeluarkan 400,000 tan setahun
manakala Ube Industries Ltd mempunyai kapasiti unuk mengeluarkan getah tiruan sebanyak
436,000 tan dengan syarikatnya yang terletak di Japan, China and Thailand. Lotte Ube
Synthetic Rubber Sdn Bhd (LUSR) mengeluarkan getah sintetik. Getah sintetik merupakan
pengganti kepada getah asli. Getah tiruan mempunyai permintaan pasaran yang tinggi. Getah
tiruan ini digunakan untuk menghasilkan tayar, kasut, polystyrene yang bekualiti tinggi,
bahan automotif dan sebagainya. Permintaan untuk getah tiruan mempunyai permintaan yang
tinggi di benua Asia dan permintaan terhadap getah tiruan dijangka akan terus meningkat
secara mendadak.

Selain dari itu, Misi organisasi ini adalah ‘Kami ingin memperkaya kehidupan
masyarakat dengan menyediakan produk dan perkhidmatan yang terbaik dan memenuhi
citarasa serta kepercayaan pelanggan kami’. Misi organisasi ini pula adalah ‘Menjadi syarikat
Petrokimia No 1 di Asia tenggara’. Lotte Ube Synthetic Rubber Sdn Bhd mempunyai lebih
2

kurang 100 orang pekerja yang meliputi 8 jabatan iaitu Jabatan Pentadbiran, Sumber
Manusia, Perakaunan, Pemasaran, Kawalan Kualiti, Pengeluaran. Keselamatan & Kebersihan
Persekitaran dan Kawalan Bahan Mentah. Tenaga kerja di LUSR terdiri daripada 5 orang di
bahagian pentadbiran dari negara Korea dan Japan yang terdiri daripada Presiden, Timbalan
Presiden, Pengurus Kilang dan Pengurus Kanan. Di bahagian pengurusan atau pejabat
terdapat 30 orang pekerja yang terdiri daripada Pengurus, Eksekutif dan Kerani manakala 70
orang di bahagian pemprosesan kilang juga terdiri daripada Pengurus, Jurutera, Juruteknik
DCS, Juru Dandang, Juruteknik dan Operator Pengeluaran.

2.0 Kepentingan Proses Pengambilan Pekerja Yang Betul

Pengurus sumber manusia memainkan peranan yang penting dalam proses pengambilan,
pemilihan pekerja. Pemilihan pekerja ini perlu dibuat dengan telus dan saksama untuk
memilih calon yang tepat. Proses pemilihan pekerja meliputi pencarian tenaga pekerja yang
sesuai, pengiklanan, temuduga dan sebagainya. Pengurus sumber manusia yang akan
memastikan tenaga kerja yang dipilih adalah calon yang sesuai dan memenuhi kriteria yang
dikehendaki oleh organisasi. Keputusan yang dibuat harus mempunyai pertimbangan yang
wajar kerana keputusan yang salah akan memberi impak yang negatif kepada organisasi.
Sekiranya tenaga kerja yang dipilih tidak sesuai, ini akan mengakibatkan kos dan juga
kekosongan jawatan yang diperlukan tidak dapat dipenuhi pada masa yang tepat. Berikut
merupakan sebabnya mengapa penting sesebuah organisasi melaksanakan proses
pengambilan pekerja yang betul dan meyakinkan untuk mewujudkan dasar pemilihan tenaga
pekerja yang betul dan juga adaptasi amalan ini akan membawa kepada prestasi organisasi
yang unggul.

Pada era teknologi, pengunaan internet sudah semakin berleluasa di seluruh dunia dan
memainkan peranan yang tinggi dalam kehidupan manusia. Kebanyakan organisasi sudah
mula mengiklanan jawatan kosong dalam laman web, bagi LUSR halaman “Jobstreet”
merupakan sumber utama yang digunakan untuk memaparkan jawatan kosong. Ini kerana
pencari kerja lebih mudah mengakses internet dan membuat permohanan kerja atas talian dan
ini juga memudahkan Pengurus sumber manusia untuk membuat pemilihan calon.
Permohonan di Jobstreet akan dimuat dalam halaman dan jabatan sumber manusia boleh
mengulangi proses pencarian calon untuk memastikan pemilihan calon.Organisasi tidak lagi
perlu melakukan kerja secara manual dan ini akan meningkatkan efisien jabatan sumber
manusia.Selain itu, organisasi juga melantik agensi pengambilan pekerja untuk memudahkan
3

proses pengambilan pekerja. Eksekutif Sumber Manusia akan memaklumkan kepada agensi
jawatan yang diperlukan dan juga kriteria yang dihendaki dan agensi akan mengenalpasti
calon yang sesuai. Ini merupakan salah satu cara rekrut yang giat digunakan oleh
kebanyakkan organisasi walaupun pengunaan agensi melibatkan kos namun kerja
pengambilan dan pemilihan dapat dibuat secara cepat. Agensi pekerjaan juga akan memberi
waranti untuk servisnye. Sekiranya pekerja yang direkomen oleh agensi ditawar kerja dan
pekerja tersebut berhenti kerja sebelum tiga bulan maka agensi akan mengganti dengan
pekerja baru tanpa sebarang caj perkhidmatan.

Proses permohonan pekerjaan harus diteliti dengan telus. Pemohon akan mengisi
borang permohonan kerja yang disediakan oleh organisasi. Oganisasi juga akan meminta
pemohon membawa resume, sijil akademik, slip gaji dan sebagainya. Pemilihan untuk
jawatan bukan teknikal tidak akan menyebabkan banyak masalah dan proses pemilihan juga
boleh dilakukan secepat mungkin. Namun permohonan untuk jawatan yang melibatkan
teknikal agak kompleks kerana kemahiran dan kepakaran diperlukan bagi jawatan ini. Untuk
mengatasi masalah ini jabatan sumber manusia akan membuat pertimbangan bagi faktor-
faktor ini. Pertama pemohon akan dipanggil untuk temuduga penyaringan awal agar
mendapat maklumat asas tentang pemohon. Kedua meneliti borang permohonan kerja,ini
boleh mengesahkan maklumat latar belakang pemohon berpandukan dokumen yang diberi.
Seterusnya ujian penilaian yang komprehsif perlu diadakan untuk memastikan tahap
kepekaan individu tersebut. Selain itu, ujian saringan kesihatan juga salah satu aspek sebelum
pengambilan pekerja.Ujian saringan akan memberi gambaran akan keadaan kesihatan calon
samada sesuai untuk bekerja atau tidak.

Seisi temuduga juga penting dalam pengambilan dan pemilihan pekerja. Panel
temuduga yang harus memainkan peranan penting dan harus peka terhadap kebolehan calon
tersebut.Ini kerana panel temuduga lebih tahu tentang job skop calon yang ditemuduga. Panel
harus menentukan samada calon yang dipilih boleh melaksanakan tugas yang akan dipikul
dengan baik selepas mula bekerja dengan organisasi tersebut. Organisasi juga akan
menyediakan ujian penilaian kepada pekerja teknikal. Panel juga boleh menilai kemahiran
calon tersebut berpandukan skor ujian tersebut. Panel juga haruslah menyediakan soalan yang
berkaitan dengan job kerja dan memastikan samada calon memahami skop kerja dan pernah
melaksanakan tugas yang sama di organisasi yang beliau kerja buat masa sekarang. Panel
temuduga juga digalakkan untuk mengelak soalan yang boleh diperolehi dari resume yang
dihantar. Panel temuduga perlu menyediakan senarai soalan yang akan ditanya semasa
4

temuduga dan ini membolehkan proses boleh diterus secara konsisten dan soalan penting
yang wajib disoal tidak akan ditinggalkan dan ini juga akan membantu semua calon dinilai
dibawah piawaian yang sama.

Pemilihan calon haruslah dipertimbangkan sebaik-baiknya sebelum ditawar


pekerjaaan ini kerana pekerja yang tidak dapat mejalankan tugas yang menjadi
tanggungjawabnya di bawah pengawasan yang minimum akan menyusahkan ketua jabatan
atau penyelia. Bukan sahaja menjadikan keadaan kompleks ini juga akan melibatkan kos
kepada organisasi. Sekiranya pekerja tidak boleh melakukan tugas dengan baik mungkin
boleh ditamatkan kontrak kerana tempoh percubaan selama enam bulan dan juga sebaliknya
jika pekerja tersebut hendak berhenti kerja. Jabatan sumber manusia perlu mengulangi proses
pengambilan dan pemilihan pekerja dari awal. Ini akan melibatkan kos pengiklanan dan kos
ujian saringan kesihatan. Panel temuduga harus memainkan peranan yang penting semasa
seisi temuduga dan memilih calon yang berkaliber untuk mengisi jawatan kosong tersebut.

3.0 Kaedah Pengambilan Jawatan Kerani Pejabat

Proses pengambilan dan pemilihan tenaga kerja akan berlainan mengikut kategori pekerja.
Berikut adalah proses pemilihan calon bagi jawatan kerani.Ketua Jabatan akan mengisi
borang keperluan tenaga kerja dan menyertakan dengan deskripsi kerja bagi jawatan tersebut
untuk memastikan Pengurus / Eksekutif Sumber Manusia memilih calon yang sesuai dengan
kriteria yang diperlukan. Selepas Pengurus Sumber Manusia meneliti borang keperluan
tenaga kerja yang dikemukakan oleh ketua jabatan tersebut dan memastikan jawatan tersebut
diperlukan di organisasi tersebut untuk meningkatkan produktiviti dan efiensi untuk jabatan
tersebut maka seterusnya kelulusan daripada pihak pentadbiran diperlukan sebelum jabatan
sumber manusia meneruskan proses pengambilan pekerja baru. Kelulusan pihak pentadbiran
adalah untuk memastikan pihak atasan tahu kemasukan pekerja baru di organisasi.

Selepas mendapat kelulusan daripada pihak pentadbiran untuk mengambil tenaga


pekerja baru, jabatan sumber manusia akan meneruskan proses pengambilan dan pemilihan
pekerja. Pengiklanan untuk jawatan kosong untuk kerani akan dibuat dalam bentuk media
cetak. Pengiklanan tersebut akan dipaparkan di Bangunan Pusat Bandar di Pasir Gudang, di
mana terdapat tempat untuk organisasi memaparkan pengiklanan. Calon yang berminat, akan
menghubungi jabatan sumber manusia untuk menghantar resume. Eksekutif sumber manusia
akan menerima resume calon yang mengemukan permohanan menerusi e-mel dan terus ke
pejabat. Selepas meneliti resume yang diterima, Eksekutif sumber manusia akan memilih
calon yang sesuai dan memenuhi ciri yang dihendaki. Selepas Eksekutif Sumber manusia
5

memilih calon yang sesuai berpandukan pengalaman kerja dan kelulusan Diploma dalam
bidang yang dihendaki. Pengurus sumber manusia akan senarai pendekkan calon untuk
proses temuduga.

Eksekutif sumber manusia akan menghubungi calon yang dipilih dan akan
mengadakan seisi temuduga. Ketika menghadiri temuduga, calon akan diberi Borang
Permohonan Kerja untuk disi dan calon perlu membawa dokumen seperti Resume dan Sijil
Akademik. Dokumenn ini diperlukan untuk memastikan tahap pendidikan dan pengalaman
kerja calon tersebut. Seisi temuduga tersebut akan disertai oleh Pengurus Sumber Manusia
and Ketua Jabatan tersebut. Ketua Jabatan akan menyertai seisi temuduga kerana beliau akan
lebih mengetahui job kerja yang akan dilaksanakan oleh pekerja tersebut. Selepas seisi
temuduga, Pengurus Sumber Manusia dan Ketua Jabatan akan memilih calon yang paling
sesuai untuk memenuhi kekosongan tersebut. Selepas pemilihan calon dibuat, pengurus
sumber manusia akan mendapatkan kebenaran daripada pihak pentadbiran untuk memilih
calon dengan menggunakan Borang Penilaian Kerja. Di dalam borang tersebut Ketua Jabatan
dan Pengurus Sumber Manusia akan menilai calon tersebut berpandukan pengalaman kerja
sebelumya. Ringkasan biodata calon dan gaji pokok calon akan diisi oleh Pengurus Sumber
Manusia untuk pengetahuan pihak atasan.
Selepas mendapat kelulusan, eksekutif sumber manusia akan menghubungi calon yang dipilih
dan memberitahu yang dia dipilih untuk memenuhi jawatan tersebut di organisasi dan pakej
gaji serta manfaat lain seperti subsidi perumahan, elaun makanan dan sebagainya juga akan
diberitahu kepada calon.

Selepas calon yang dipilih bersetuju untuk menerima tawaran kerja dia, calon harus
melalui ujian saringan kesihatan unuk memastikan tahap kesihatan calon berada dalam
keadaan yang baik dan sesuai untuk menjalankan tugasan di pejabat. Keputusan ujian
saringan yang memuaskan akan dilantik untuk bekerja di organisasi manakala keputusan
disebaliknya akan ditolak permohonan. Calon yang melepasi ujian saringan akan dihubungi
oleh Eksekutif Sumber Manusia untuk memastikan tarikh untuk memulakan kerja di
organisasi. Surat tawaran kerja akan disediakan kepada calon yang dipilih. Surat tawaran ini
merupakan perjanjian di antara majikan dan pekerja. Terma dan syarat termasuk amaun gaji
pokok and dinyatakan di dalam perjanjian tersebut. Kedua-dua pihak majikan dan pekerja
akan menandatangi surat tawaran tersebut menunjukkan kedua-dua pihak bersetuju dengan
perjanjian tersebut dan akan mematuhi terma dan syarat yang dinyatakan.
6

Pada hari pertama memulakan kerjaya di organisasi, Eksekutif Sumber manusia akan
mengadakan program induksi kepada pekerja tesebut. Program induksi adalah penting untuk
pekerja baru untuk mengetahui latar belakang dan polisi syarikat. Manakala Eksekutif dari
jabatan keselamatan dan kebersihan persekitaran akan mengadakan seisi induksi untuk
pekerja baru untuk dia memahami peraturan keselamatan yang perlu dipatuhi semasa berada
di organsasi dan sepanjang masa bekerja. Pekerja akan diberi senarai semakan induksi untuk
ditandatangani eelepas tamat kedua-dua induksi. Prosedur ini untuk memastikan pekerja baru
sudah dimaklumkan mengenai semua maklumat organisasi. Setelah itu, pekerja akan
dikenalkan dengan pihak pentadbiran dan pihak pengurusan pejabat. Selepas itu, pekerja akan
dihantar ke ketua jabatan Ketua Jabatan akan memperkenalkan pekerja baru kepada semua
ahi jabatan untuk memasikan semua ahli jabatan mengenali pekerja baru yang akan
memulakan tugas pada hari tersebut.

4.0 Kaedah Pengambilan Jawatan Pengurus Besar

Jawatan Pengurus Besar merupakan jawatan pengurusan dan calon yang akan dipilih haruslah
mempunyai kapasiti untuk memegang jawatan tersebut. Proses pengambilan pengurus kilang
biasanya akan memerlukan masa yang agak panjang iaitu lebih kurang sebulan untuk
memastikan calon yang dipilih memenuhi kriteria. Borang Keperluan tenaga kerja untuk
jabatan pengurusan biasanya akan disi oleh Pengurus Kanan selepas mendapat arahan
daripada pihak pentadbiran. Selepas diisi, Pengurus Kanan akan mendapatkan kelulusan
daripada pihak atasan untuk membuat pengambilan bagi jawatan pengurus besar. Selepas
mendapat kelulusan, pengurus kanan akan memaklumkan kepada Pengurus Sumber manusia
yang pihak atasan hendak merekrut Pengurus Besar dan deskripsi kerja untuk jawatan
tersebut juga akan disertakan bersama borang keperluann tenaga kerja. Selepas meneliti
borang dan job deskripsi, pengurus sumber manusia akan memberi arahan kepada Eksekutif
Sumber Manusia untuk mencari calon yang sesuai.

Pengiklanan untuk jawatan Pengurus Besar akan dibuat melalui saluran media.
Biasanya akan mengunakan saluran “Jobstreet”. Pengiklanan untuk jawatan Pengurus Besar
akan dipos dalam halaman “Jobstreet”. Cara pengiklanan secara atas talian merupakan cara
yang mudah untuk menghebahkan jawatan kosong di organisasi dan akan mendapat perhatian
daripada pihak yang aktif mencari kerja. Pada masa ini, ramai calon boleh dikatakan peka IT
dan ini memudahkan mereka untuk memohon jawatan kosong secara mudah. Selain itu,
Eksekutif Sumber Manusia juga akan menghubungi agensi pengambilan pekerja dan
menyatakan terdapat kekosongan di organisasi dan memberitahu kriteria yang diperlukan
7

bagi calon tersebut. Agensi pengambilan pekerja akan mencari calon yang sesuai berdasarkan
kriteria yang diberi oleh Eksekutif Sumber Manusia. Terdapat calon yang akan mendeposit
resume mereka kepada agensi pengambilan pekerja. Agensi pengambilan pekerja akan
membantu organisasi untuk mencari calon yang sesuai tetapi kos untuk agensi ini agak
mahal. Sekiranya, organisasi memilih calon yang direkomen oleh agensi, organisasi perlu
membayar 50% peratus daripada gaji pekerja kepada agensi pengambilan pekerja sebagai
bayaran perkhidmatan.

Eksekutif Sumber Manusia akan mencari calon yang sesuai melalui sumber
“Jobstreet”. Eksekutif Sumber Manusia akan meneliti resume calon yang mengemukan
permohonan berdasarkan tahap pendidikan, pengalaman kerja yang memenuhi kriteria yang
diminta pihak atasan serta mengikut prosedur ISO: 9001. Pengambilan pekerja juga harus
sama seperti dinyatakan dalam prosedur ISO 9001. LUSR merupakan organisasi yang
memperolehi pensijilan ISO: 9001 (Sistem Pengurusan Kualiti) dan ISO: 14001 ( Sistem
Pengurusan Alam Sekitar). Eksekutif Sumber Manusia juga akan mendapatkan resume
daripada agensi pengambilan pekerja dan membuat perbandingan di antara resume yang
diperolehi daripada “Jobstreet” dan juga daripada agensi pengambilan pekerja. Setelah
meneliti semua resume, Eksekutif Sumber Manusia akan membuat senarai pendek pertama
dan menyerahkan resume kepada Pengurus Sumber Manusia untuk membuat senarai pendek
kedua. Seterusnya resume yang disenarai pendek oleh Pengurus Sumber Manusia akan
diberikan kepada Pengurus Kanan untuk disenarai pendek buat kali ketiga.

Selepas penelitian dibuat oleh Pengurus Kanan, jabatan sumber manusia akan
menghubungi calon yang dipilih untuk membuat pengaturan bagi seisi temuduga manakala
calon yang direkomen oleh agensi, maklumat calon yang dipilih akan diberi kepada agensi
untuk membuat pengaturan bagi seisi temuduga. Selepas mendapat kepastian calon untuk
menghadiri seisi temuduga berdasarkan masa yang ditetapkan, Eksekutif Sumber Manusia
akan membuat pengaturan untuk seisi temuduga. Seisi temuduga ini akan disertai oleh
Presiden, Naib Presiden, Pengurus Kanan & Pengurus Sumber Manusia. Ketika calon
menghadiri seisi temuduga calon perlu mengisi borang permohonan pekerjaan yang diberikan
oleh Eksekutif Sumber Manusia. Calon juga perlu membawa dokumen asal dan salinan sijil-
sijil akademik, penyata gaji. Permintaan dokumen asal adalah untuk memastikan kesahihan
dokumen tersebut. Calon juga perlu membuat ujian penilaian sebelum seisi temuduga. Ujian
ini untuk memastikan kemahiran dan kepakaran calon dalam bidang kerja yang dipohon.
8

Seisi temuduga untuk jawatan Pengurus Besar biasanya akan diadakan selama
seminggu dan sekurang-kurang 10 orang calon akan dipanggil untuk seisi temuduga. Selepas
tamat semua seisi temuduga yang diatur panel akan membincang dan membuat keputusan
calon yang akan dipilih untuk memenuhi jawatan kosong tersebut. Selepas memilih calon
yang sesuai berlandaskan tahap pendidikan dan pengalaman kerja serta kemahiran, Pengurus
Kanan akan maklum kepada Pengurus Sumber Manusia untuk meneruskan proses tersebut.
Pengurus Sumber Manusia akan mengumpul Borang Penilaian Tenaga Kerja yang diisi
semasa seisi temuduga dan membuat rumusan secara ringkas tentang calon yang dipilih.
Seterusnya, Pengurus Sumber Manusia akan memberi maklumat kepada Eksekutif Sumber
Manusia mengenai calon yang dipilih dan membuat pengaturan untuk ujian saringan
kesihatan.

Eksekutif Sumber Manusia akan menghubungi calon yang dipilih dan memaklumkan
kepada dia yang panel temuduga membuat keputusan untuk memilih dia bagi mengisi
jawatan kosong untuk Pengurus Besar dan perlu melalui ujian saringan kesihatan. Sekiranya
keputusan ujian saringan memuaskan calon akan terus ditawarkan untuk bekerja di organisasi
tersebut. Selepas memastikan tarikh boleh memulakan kerja di organisasi, Eksekutif Sumber
Manusia akan menyediakan surat tawaran kerja kepada calon. Dalam surat tawaran kerja gaji
pokok, subsidi perumahan, elaun pengangkutan, elaun makanan dan terma dan syarat akan
dinyatakan. Surat tawaran ini akan ditandatangani oleh kedua-dua pihak majikan dan pekerja
dan menyatakan persetujuan mereka untuk mematuhi perjanijian tersebut.

Pada hari pertama memulakan kerjaya di organisasi, Pengurus Sumber Manusia akan
mengadakan program induksi kepada pekerja tesebut. Program induksi adalah penting untuk
pekerja baru untuk mengetahui latar belakang dan polisi syarikat. Manakala Eksekutif dari
jabatan keselamatan dan kebersihan persekitaran akan mengadakan seisi induksi untuk
pekerja baru untuk dia memahami peraturan keselamatan yang perlu dipatuhi semasa berada
di organsasi dan sepanjang masa bekerja. Pekerja akan diberi senarai semakan induksi untuk
ditandatangani selepas tamat kedua-dua induksi. Prosedur ini untuk memastikan pekerja baru
sudah dimaklumkan mengenai semua maklumat organisasi.

5.0 Rumusan

Jabatan Sumber Manusia merupakan jabatan yang penting dalam sesebuah organisasi
walaupun tidak membawa pendapatan kepada organisasi. Jabatan sumber manusia
menpunyai sistem yang lancar dan sempurna untuk membantu jabatan-jabatan lain untuk
9

membuat pemilihan calon apabila diperlukan. Salah satu tugas utama jabatan sumber manusia
ialah pengambilan dan pemilihan pekerja. Jabatan sumber manusia harus berkaliber untuk
mengenalpasti calon yang sesuai untuk mengisi jawatan kosong yang wujud. Perancangan
sumber manusia sangat penting untuk memastikan calon yang memenuhi kriteria yang
dihendaki dan mempunyai kepakaran di mata pasaran. Proses perancangan sumber manusia
yang berkesan akan membolehkan proses pengambilan dan pemilihan pekerja dilakukan
secara efektif.

Jabatan sumber manusia juga mempunyai proses rekrut yang berbeza mengikut
jawatan dan kategori. Ini akan memudahkan jabatan sumber manusia untuk melakukan
aktiviti rekrut berpandukan garis panduan yang telah sedia ada. Dengan adanye prosedur
untuk proses rekrut jabatan sumber manusia taidak akan menghadapi masalah untuk
permintaan pekerja baru atau ganti oleh jabatan lain dan tenaga kerja juga akan sentiasa
mencukupi di organisasi. Akhirnya, strategi perancangan sumber manusia dalam proses
rekrut yang betul tidak akan mengalami masalah kekurangan pekerja dan sekiranya terdapat
kekosongan ia juga akan boleh ditampungi secepat mungkin.

Jumlah perkataan: 2953 patah perkataan

6.0 Rujukan

(Malaysia), L. U. (2018, 11 15). Retrieved from https://www.emis.com/php/company-


profile/MY/Lotte_Ube_Synthetic_Rubber_Sdn_Bhd_en_6696752.html

Global Journal of Finance and Management. (2014). Retrieved from


http://www.ripublication.com

Gusdorf, M. L. (2008). Recruitment and Selection: Hiring the Right Person. 19.

Process, R. (n.d.). tutorialspoint. Retrieved from


https://www.tutorialspoint.com/recruitment_and_selection/recruitment_process.htm

Salemme, I. (n.d.). What is a recruitment process? Retrieved from


https://www.pipefy.com/blog/human-resources/recruitment-process/

Wikipedia. (n.d.). Recruitment. Retrieved from https://en.wikipedia.org/wiki/Recruitment


10

You might also like