You are on page 1of 5

SAF226 : APLIKASI FIQH

MAHAR

Pengertian Maskawin (Al-Mahar)

Maskahwin ialah : pemberian yang wajib diberi oleh suami kepada isterinya dengan sebab
perkahwinan.Sebagaimana firman Allah:

Ertinya :Berikanlah kepada orang-orang perempuan itu maskahwin mereka S.A.W.:

Sabda Rasulullah SAW :

Ertinya : Carilah untuk dijadikan maskahwin walaupun sebentuk cincin yang dibuat daripada
besi.

(Riwayat Al-Bukhari Muslim)

Dari hadith tersebut nyatalah bahawa maskahwin boleh dijadikan daripada apa sahaja,
asalkan sesuatu yang berguna dan berfaedah,samada berupa wang, barang atau sesuatu
yang bermanfaat,Sebagaimana Rasulullah pernah mengkahwinkan seorang lelaki yang
tidak ada memiliki sesuatu apa pun untuk dijadikan maskahwin, lalu Rasulullah bertanya
kepada lelaki itu

"Adakah pada engkau sedikit dari ayat-ayat Quran," lelaki itu menyahut bahawa dia ada
mengingati beberapa surah, kemudian Rasulullah pun mengkahwinkan lelaki itu dengan
bermaskahwinkan surah yang diajarkan kepada perempuan yang bakal menjadi isteri lelaki
itu.

Maskahwin ini tidak dihadkan oleh syarak banyak atau sedikit.Jadi untuk menentukan
banyak atau sedikitnya maskahwin ini terpulanglah kepada persetujuan kedua belah pihak
pengantin dan biasanya mengikuti taraf atau darjat pengantin tersebut, walau
bagaimanapun pihak syarak tidak mengalakkan maskahwin yang terlalu tinggi yang
menyebabkan kesukaran bagi pihak lelaki, sebagaimana sabda Rasulullah S.A.W.:

CATATAN:
SAF226 : APLIKASI FIQH

Ertinya : Sebaik-baik maskahwin ialah yang lebih rendah.

Hadis tersebut menunjukkan bahawa disunatkan maskahwinkan itu rendah nilainya, supaya
tidak menjadi keberatan kepada lelaki untuk mencarinya, walaupun begitu, bukanlah
bermaksud rendah sehingga sampai menjatuhkan taraf wanita.

Bahagian Mahar

1. Mahar Misil
Ialah mahar yang dinilai mengikut maskahwin saudara-saudara perempuan yang
telah berkahwin lebih dahulu dan hendaklah dinilai sama dengan maskahwin
keluarga yang paling dekat sekali, seperti kakak, emak saudara dan seterusnya di
samping menilai keadaan perempuan itu sendiri dari segi kecantikan, kekayaan,
pelajaran dan sebagainya.

2. Mahar Musamma
Ialah maskahwin yang telah ditetapkan dan telah dipersetujui oleh kedua-dua belah
pihak dengan tidak memandang kepada nilai maskahwin saudara-saudara
perempuan itu.

Hukum Menyebut Maskahwin Di Waktu Akad

I. Sunat
Sunat, kerana Rasulullah sendiri tidak pernah meninggalkan dari menyebutnya di
masa akad bila menikahkan orang lain. Dengan menyebutnya di masa akad, dapat
mengelakkan dari berlaku perselisihan berhubung dengannya, juga dapat
membezakan di antara perkahwinan biasa dengan perkahwinan seorang
perempuan yang menghebahkan dirinya kepada Rasulullah tanpa mahar.
Sekiranya mahar tersebut tidak dinyatakan di masa akad bukanlah bererti akad
perkahwinan itu tidak sah tetapi makruh jika tidak disebut.

CATATAN:
SAF226 : APLIKASI FIQH

II. Wajib
Wajib disebut mahar di waktu akad dalam keadaan yang berikut :

a) Jika bakal isteri itu seorang yang masih budak kecil, gila, atau bodoh, sedangkan
bakal suami ingin membayar mahar yang lebih tinggi dari mahar yang sepatutnya
(mahar misil).

b) Jika bakal isteri yang sudah baligh, bijak dan boleh menguruskan diri sendiri dan
telah membenarkan wali untuk mengkahwinkannya, tetapi ia tidak menyerahkan
kepada walinya untuk menetapkan maskahwinnya.

c) Jika bakal suami itu seorang yang tidak boleh menguruskan hal dirinya sendiri,
seperti ia masih budak, gila atau bodoh dan sebelum akad telah mendapat
persetujuan dari bakal isteri tersebut tentang bayaran maskahwin kurang dari mahar
yang sepatutnya, oleh yang demikian maskahwin wajib dinyatakan sebagaimana
yang dipersetujui.

Maksud wajib di sini bukanlah bererti perkahwinan itu tidak sah, tetapi perbuatan itu
dianggap berdosa dan maskahwin dibayar mengikut kadar yang sepatunya (mahar
Misil).

Wajib Maskahwin

Maskahwin wajib dibayar mengikut sebagaimana yang tersebut di dalam akad, Jika
dinyatakan di masa akad, maskahwin wajib juga dibayar dengan keadaan yang berikut :

I. Bila suami menetapkan yang ia akan membayarnya sebelum dukhul (setubuh) dan
dipersetujui oleh pihak isteri. Oleh yang demikian, isteri berhak menghalang suami
dari mensetubuhinya sehingga suami tersebut menentukan kadar maskahwin yang
akan diberinya, samada dengan secara tunai atau berhutang. Jika dijanjikan tunai
maka pihak isteri berhak menghalang suami tersebut dari mensetubuhinya sehingga
dijelaskan maskahwin itu.

CATATAN:
SAF226 : APLIKASI FIQH

II. Bila penetapan maskahwin itu dibuat oleh qadhi dengan sebab keingkaran pihak
suami dari membuat ketetapan atau dengan senan perbalahan atau perselisihan
kedua belah pihak tentang kadar maskahwin tersebut dan bila qadhi menentukannya
maskahwin tersebut hendaklah dibayar tunai (tidak boleh berhutang).

III. Bila suami menyetubuhi isterinya wajib dibayar maskahwin menurut kadar yang
seimbang dengan taraf isteri tersebut.

Gugur Separuh Maskahwin

Apabila berlaku talak sebelum persetubuhan maka gugurlah separuh maskahwin, firman
Allah :

Ertinya : Dan jika kamu menceraikan perempuan sebelum mensetubuhinya,


sedangkan kamu telah menentukan maskahwinnya, maka bagi perempuan itu setengah dari
apa yang kamu tentukan itu.

Hal ini berlaku sekiranya perceraian itu berpunca dari pihak suami seperti suami
menjadi murtad, atau suami menganut Islam sedangkan isterinya tidak dan sebagainya,
tetapi jika penceraian itu berpunca dari pihak isteri, seperti suami menfasakhkan
perkahwinan tersebut dengan sebab kecacatan yang ada pada isteri, maka maskahwin itu
akan gugur semuanya.

Mati Suami Atau Isteri Sebelum Persetubuhan

Jika seorang suami meninggal dunia sebelum berlaku persetubuhan, pihak warithnya wajib
membayar maskahwin sepenuhnya kepada janda tersebut dan jika maskahwin itu belum
ditentukan kadarnya, maka wajib dibayar dengan nilai mahar misil.
Sebaliknya pula jika seorang isteri meninggal dunia sebelum berlaku persetubuhan,
pihak suami wajib membayar maskahwin sepenuhnya kepada wraith jandanya itu, jika
maskahwin belum dijelaskan lagi sebelum, sabda Rasulullah S.A.W. :

CATATAN:
SAF226 : APLIKASI FIQH

Ertinya : Dari Al-Qamah katanya : Seorang perempuan telah berkahwin dengan


seorang lelaki kemudian lelaki itu mati sebelum sampai mensetubuhi isterinya itu dan
maskahwinnya pun belum ditentukan kadarnya, kata Al-Qamah: mereka mengadukan hal
tersebut kepada Abdullah maka Abdullah berpendapat, perempuan itu berhak mendapat
pusaka dan wajib pula ia beriddah, maka ketika ini Ma’kil bin Sanan Al-Shakbi menjelaskan
bahawa sesungguhnya nabi S.A.W. telah memutuskan terhadap Buruq bte Wasiq seperti
yang dibuat oleh Abdullah tadi. (Riwayat Al-Kamsah dan Sahih At-Tirmidzi)

Al-Mut’aah
Ertinya: Satu pemberian dari suami kepada isteri sewaktu ia menceraikannya.
Pemberian ini wajib diberikan sekiranya perceraian itu berlaku dengan kehendak suami,
bukan kemahuan isteri.
Banyaknya pemberian ini adalah berdasarkan kepada persetujuan atau keredhaan
kedua-dua belah pihak, di samping mempertimbangkan keadaan kedua-duanya, kaya atau
miskin dan sebagainya tidak kurang dari separuh mahar. Firman Allah:

Ertinya :Terangkan olehmu hati mereka dengan pemberian dan lepaskanlah mereka
dengan cara yang baik. (Al-Ahzab : ayat 49)

Hikmah disyaratkan mahar antara lain:


 Menunjukkan kemuliaan kaum wanita. Hal ini menandakan bahwa merekalah yang
dicari, bukan mencari, dan yang mencarinya ialah laki-laki itulah yang mencari
berusaha dan mengeluarkan hartanya untuk mendapatkan wanita.
 Untuk menampakkan cinta dan kasih sayang seorang suami kepada isterinya,
sehingga pemberian harta itu sebagai nihlah dari padanya, yakni sebagai pemberian,
hadiah, dan hibah, bukan sebagai pembayaran harga sang wanita.
 Sebagai perlambang kesungguhan. Pernikahan bukanlah sesuatu yang dapat
dipermainkan kaum laki-laki dengan begitu saja, dengan menyatakan kepada si
wanita: “saya nikahi engkau,” sehingga menjadikannya terikat.
 Bahwa Islam meletakkan tanggung jawab keluarga ditangan laki-laki (suami), karena
kamampuan fitrahnya dalam mengendalikan emosi (perasaan) lebih besar
dibandingkan kaum wanita.

CATATAN:

You might also like