You are on page 1of 17

KES 1

Tajuk : Dihempap ‘Tailgate’ Lori

Tempat : Bengkel, Kuala Lumpur

Tarikh : 25 Mac 2006

Ringkasan kemalangan:

Seorang pekerja kimpalan telah maut akibat dihempap pintu ‘tailgate’ lori sampah.
Semasa kejadian, mangsa baru sahaja selesai melakukan kerja kimpalan ke atas lori
tersebut di dalam bahagian kompaktor. Semasa hendak keluar daripada lori tersebut,
mangsa terlanggar batang besi yang digunakan untuk menyangga pintu berkenaan
menyebabkan ia tertutup menimpa mangsa. Berat pintu dianggarkan dua (2) tan.
Mangsa telah dibawa ke hospital tetapi meninggal dunia sejam kemudian.

Faktor-faktor penyebab:
Mangsa tidak sepatutnya menggunakan penyangga besi yang di ‘spotweld’ pada
pintu dan lantai lori berkenaan tetapi menggunakan penyokong besi khas yang
disediakan.
Hasil pemerhatian:
Menggunakan kelengkapan yang tidak sesuai menyebabkan kemalangan tersebut
terjadi. Majikan seharusnya menyelia kerja-kerja yang dilakukan oleh pekerjanya.

Klasifikasi kemalangan:

Ditimpa objek

KES 2
Tajuk : Menumpang Dalam Jengkaut Jentolak Membawa Maut

Tempat : Kuari, Sarawak

Tarikh : 9 Mac 2006

Ringkasan kemalangan:

Seorang pekerja kuari maut akibat tercampak daripada jentolak yang ditumpangnya.
Semasa kejadian, mangsa yang menumpang dalam jengkaut jentolak itu tercampak
keluar setelah jentolak tersebut gagal dikawal menuruni bukit. Akibat daripada hilang
kawalan, jentolak tersebut telah melanggar bongkah batu lalu mangsa telah
tercampak ke atas batu tersebut. Pemandu juga tercampak keluar tetapi cuma
cedera ringan. Mangsa dibawa ke hospital tetapi disahkan meninggal dunia setibanya
di situ.

Faktor-faktor penyebab:
Mangsa telah meletakkan diri sendiri dalam risiko kerana duduk di dalam jengkaut
jentolak tersebut. Pemandu jentolak juga mengunakan gear tingi semasa menuruni
cerun bukit.

Hasil pemerhatian:
Pemandu jentolak tersebut tidak menerima latihan mengenai penggunaan jentolak.
Didapati bahawa pemandu sebenar ditugaskan memandu lori pada hari kejadian.

Klasifikasi kemalangan:

Melanggar objek

KES 3

Tajuk : Guna Kayu Sebagai Penyangga, Pekerja Maut


Tempat : Kilang kayu, Sarawak

Tarikh : 5 Mac 2006

Ringkasan kemalangan:

Seorang pengimpal yang sedang mengimpal ‘Bulldozer Blade’ maut setelah struktur
tersebut jatuh lalu menimpa kaki mangsa. Mangsa meninggal dunia akibat
pendarahan yang banyak. Ketika kejadian, mangsa menggunakan kayu bulat
berukuran lebih kurang dua (2) kaki tinggi diletakkan secara menegak untuk
menyangga ‘Bulldozer Blade’ berkenaan. Mangsa melakukan kerja dengan
kedudukan kakinya di bawah struktur berkenaan apabila kayu yang digunakan
terbelah dua (2) lalu struktur itu jatuh menimpa kaki mangsa. Pada hari kejadian,
struutur tidak dapat dinaikkan secara automatik kerana ‘hidraulik jack’ juga sedang
dibaiki. Kaki mangsa hanya dapat dikeluarkan selepas setengah jam setelah dibantu
oleh pekerja lain dan terus dikejarkan ke hospital tetapi malangnya mangsa
meninggal dunia dalam perjalanan ke hospital.

Faktor-faktor penyebab:
Kayu penyangga yang digunakan tidak mempunyai kekuatan yang mencukupi untuk
menahan berat ‘Bulldozer Blade’ berkenaan. Selain daripada itu, kedudukan mangsa
semasa kejadian juga menyumbang kepada kemalangan tersebut.

Hasil pemerhatian:

Majikan gagal menyediakan penyangga yang sesuai untuk kerja-kerja menahan


struktur berkenaan. Tiada seliaan sempurna yang dilakukan disamping prosedur kerja
selamat yang lengkap tidak disediakan.

Klasifikasi kemalangan:

Ditimpa objek

KES 4

Tajuk : Gagal Mengawal Traktor, Pemandu Terbunuh


Tempat : Ladang kelapa sawit, Negeri Sembilan

Tarikh : 6 Mac 2006

Ringkasan kemalangan:

Seorang pemandu traktor telah maut akibat tercampak keluar daripada traktor yang
dipandunya setelah traktor tersebut melanggar pokok kelapa sawit. Ketika kejadian,
mangsa bersama dua (2) orang pekerja lain sedang mengutip buah kelapa sawit
melalui jalan yang tidak berturap. Mangsa telah mengambil jalan pintas menuruni
kawasan berbukit apabila mangsa gagal mengawal traktor. Menyedari kegagalan
mangsa mengawal traktor, dua (2) pekerja lain segera melompat keluar tetapi
mangsa tidak dapat keluar. Mangsa pengsan setelah tercampak keluar dan terus
dihantar ke klinik dan meninggal dunia di klinik tersebut pada hari yang sama.

Faktor-faktor penyebab:

Tindakan mangsa melalui jalan pintas yang berlubang dan berkecerunan meletakkan
mangsa dan pekerja lain dalam situasi berbahaya. Jalan yang dilalui oleh mangsa
tidak sesuai untuk traktor yang dipandu kerana jalan berkenaan hanya untuk traktor
bersaiz kecil.

Hasil pemerhatian:

Tiada prosedur kerja selamat, latihan pemanduan traktor secara selamat dan arahan
bertulis berkenaan penggunaan jalan yang boleh dilalui oleh traktor semasa bekerja
di dalam ladang.

Klasifikasi kemalangan:

Melanggar objek

KES 5

Tajuk : Letupan Tangki, Tiga Terkorban


Tempat : Kilang, Pulau Pinang

Tarikh : 28 Februari 2006

Ringkasan kemalangan:

Ketika melakukan kerja-kerja penukaran batang paip pada salah satu tangki yang
digunakan untuk menyimpan methanol di kilang tersebut, berlaku satu letupan di
tangki yang sedang disenggara dan juga tangki bersebelahan beberapa ketika
kemudian. Akibat daripada kejadian itu, dua (2) orang pekerja mati di tempat
kejadian manakala seorang lagi mati di hospital akibat terbakar hampir keseluruhan
badannya. Kejadian juga menyebabkan kerosakan pada kedua-dua tangki terbabit
dan juga struktur berdekatan dengan tempat kejadian. Api daripada kejadian hanya
dapat dipadamkan 20 minit selepas kejadian.

Faktor-faktor penyebab:

Masih terdapat methanol iaitu bahan yang mudah terbakar di dalam tangki yang
disenggara tersebut. Ini menyebabkan letupan apabila kerja-kerja kimpalan
dilakukan.

Hasil pemerhatian:

Pekerja syarikat penyenggara gagal mendapatkan kebenaran untuk aktiviti ‘hot


works’ daripada pihak kilang. Didapati Borang Kebenaran Bekerja masih berada di
dalam bilik mesyuarat dan belum ditandatangani oileh pihak kilang. Selain daripada
itu, pengurusan ke atas ‘Work Permission Instruction’ adalah longgar tanpa kawalan
khusus.

Klasifikasi kemalangan:

Letupan

KES 6

Tajuk : Tertimbus Akibat Tanah Runtuh


Tempat : Tapak bina, Negeri Sembilan

Tarikh : 26 Februari 2006

Ringkasan kemalangan:

Dua (2) orang pekerja binaan telah mati setelah tebing bukit yang telah
dicerunkan runtuh menimbus kedua-dua mangsa tersebut. Mangsa dan
pekerja lain sedang melakukan kerja-kerja mengikat cerucuk besi bagi
membina tembok penahan konkrit di bawah tebing berketinggian 25 kaki dan
berkecerunan di antara 800 hingga 900. Tebing berkenaan telahpun dicerunkan
sebulan sebelum hari kejadian dan tidak dilindungi dengan pelindung hakisan.
Kejadian berlaku ketika hujan bergerimis mula turun menyebabkan tanah
runtuh dan menimbus mangsa pertama sehingga paras atas lutut mangsa
pertama. Melihat kejadian, pekerja-pekerja lain cuba membantu mangsa
tetapi berlaku keruntuhan kedua yang menyebabkan mangsa pertama dan
mangsa kedua, yang cuba membantu mangsa tertimbus. Kedua-dua mangsa
disahkan meninggal dunia setibanya di hospital.

Faktor-faktor penyebab:

Kerja-kerja pengorekan yang dilakukan menyebabkan tebing tersebut tidak stabil.


Lebih daripada itu, tebing itu tidak disangga atau dilindungi untuk mengelakkan
kejadian tanah runtuh.

Hasil pemerhatian:

Pihak majikan gagal melantik orang bertanggungjawab terhadap pemeriksaan


kawasan yang dikorek dan kawasan sekitarnya setelah berlaku hujan dan gelinciran
tanah atau runtuhan. Tiada prosedur kerja selamat bagi kerja-kerja berisiko
terutamanya kerja-kerja lerengan dan curam, kerja cerucuk dan kerja tempat tinggi.

Klasifikasi kemalangan:

Tertimbus

KES 7

Tajuk : Terjatuh Ke Dalam Tangki Berisi Bahan Kimia

Tempat : Kilang Paip, Pulau Pinang


Tarikh : 17 Januari 2006

Ringkasan kemalangan:

Seorang pekerja kilang paip maut setelah terjatuh ke dalam tangki yang berisi
campuran air panas dan Sodium Metasilicate Pentahydrate. Ketika kejadian, mangsa
sedang berdiri di atas tangki tersebut sambil memegang alat kawalan kren kembara
atas apabila mangsa terjatuh ke dalam tangki berkenaan. Mangsa lantas bangun dan
mengadu rasa panas dibahagian badan. Rakan mangsa terus menyimbah mangsa
dengan air dan menghantar mangsa ke hopital. Mangsa meninggal dunia di hospital
pada keesokan harinya.

Faktor-faktor penyebab:

Tiada pengadang yang dipasang pada tangki tersebut. Selain daripada itu, mangsa
tidak dibekalkan alat pelindung diri yang sesuai umtuk kerja-kerja pengendalian
bahan kimia.

Hasil pemerhatian:

Tiada prosedur kerja selamat yang disediakan oleh majikan berkenaan kerja-kerja
dibahagian tersebut.

Klasifikasi kemalangan:

Terdedah kepada bahan kimia

KES 8

Tajuk : Terjerut Tudung Di Leher

Tempat : Kilang Kayu, Sabah

Tarikh : 12 Januari 2006


Ringkasan kemalangan:

Seorang pekerja kilang kayu maut setelah kain tudung yang dipakainya menjerut
leher pada ‘shaft’ mesin. Ketika kejadian, mangsa bersama empat (4) pekrja lain
sedang membersihkan sisa-sisa dan reja dari lebihan veneer yang jatuh di bawah
mesin ‘Veneer Back Composser’ yang masih beroperasi. Kejadian berlaku semasa
mangsa bekerja bersendirian kerana pekerja-pekerja yang lain pergi mengetip kad
masa.

Faktor-faktor penyebab:

Tudung yang dipakai oleh mangsa terjulur keluar dan tidak diikat kemas untuk
mengelak daripada tersentuh dengan mana-mana bahagian jentera yang bergerak.

Hasil pemerhatian:

Tiada prosedur kerja selamat yang disediakan untuk aktiviti yang dilakukan. Lebih
dari itu, majikan gagal menyediakan latihan kepada pekerja-pekerja.

Klasifikasi kemalangan:

Tersepit di antara objek

KES 9

Tajuk : Silo Meletup, Mangsa Terjatuh Dari Ketinggian Enam Kaki

Tempat : Kilang Paip, Perak

Tarikh : 11 Januari 2006


Ringkasan kemalangan:

Seorang pekerja kilang paip maut setelah terjatuh dari ketinggian enam (6) kaki
setelah silo yang sedang diselenggaranya meletup. Ketika kejadian, mangsa sedang
mengikat penutup sub-silo yang mengandungi kaolin apabila tiba-tiba berlaku satu
letupan yang menyebabkan mangsa terjatuh daripada platform tempat mangsa
berdiri ke lantai. Letupan juga turut menyebabkan kaolin yang terkandung di dalam
silo tersebut bertaburan dan penutup silo melayang lalu terkena kepala mangsa.
Mangsa yang cedera parah dibahagian kepala meninggal dunia tidak lama selepas
itu.

Faktor-faktor penyebab:

Paip yang mengandungi kaolin telah tersumbat akibat kaolin yang mengeras
menyebabkan udara bertekanan lima (5) bar tidak dapat melalui paip.

Hasil pemerhatian:

Loji dibahagian kaolin filling section gagal diselenggara dengan baik menyebabkan
letupan tersebut berlaku.

Klasifikasi kemalangan:

Di langgar objek

KES 10

Tajuk : MautDigilis Tayar Treler

Tempat : Ladangkelapa sawit, Sabah

Tarikh : 12September 2005


Ringkasan kejadian:

Seorang pekerja am ladang yang sedang melakukan kerja-kerja pemunggahan


tandan

dan buah sawit lerai ke dalam treler maut setelah digilis tayar treler tersebut. Ketika
kejadian, mangsa bersama rakannya yang berada di atas treler terse but barn sahaja

selesai memunggah buah sawit dilokasi pertama apabila rakan mangsa menyedari
ketiadaan mangsa pada jarak 37 kaki kemudian. Mangsa ditemui terbaring di atas
tanah sejauh lebih kurang 13 kaki dari tempat pemunggahan pertama. Mangsa
disahkan meninggal dunia setibanya di klinik kesihatan yang berdekatan.

Faktor-faktor penyebab:

Tiada penyeliaan yang sempurna ke atas kerja-kerja yang dibuat.

Hasil pemerhatian:

Tiada prosedur kerja selamat yang lengkap bagi aktiviti yang dijalankan. Se1ain
daripada itu, majikan gagal memberi latihan yang khusus berkaitan kerja-kerja
pemunggahan buah sawit dan pengendalian traktor serta treler.

Klasifikasi kemalangan:

Tersepit diantara objek.

KES 11

Tajuk : KrenMenara Jatuh, Seorang Pekerja Maut

Tempat : TapakPembinaan, Selangor

Tarikh : 17Ogos 2005


Ringkasan kejadian:

Semasa melakukan kerja-kerja 'jacking up' sebuah kren menara, secara tiba-tiba
'jacking

cage' melurut ke bawah lebih kurang 2.5 meter menyebabkan keadaan kren menara
tersebut tidak seimbang. lni menyebabkan hujung 'boom' telah menghempap tanah
manakala lima unit beban timbal (counter weight) telah terkeluar daripada
kedudukan lalu jatuh menimpa formwork lantai tingkat satu bangunan terse but.
Akibatnya formwork tersebut telah runtuh bersama-sama dengan seorang pekerja
mengakibatkan mangsa telah maut di tempat kejadian.

Faktor-faktor penyebab:

Struktur 'jacking cage' melurut ke bawah kemungkinan disebabkan kegagalan


komponen 'mast' untuk menyokong struktur tersebut.

Hasil pemerhatian:

Pihak yang berkenaan gagal untuk memastikan bahawa tiada orang yang bekerja
disekitar kawasan kren menara tersebut semasa kerja-kerja penyenggaraan
dilakukan.

Klasifikasi kemalangan:

Terjatuh

KES 12

Tajuk : Maut dihempap ‘Dumb Truck’

Tempat : Kuari,Terengganu

Tarikh : 30 Mei 2005


Ringkasan kejadian:

Seorang pemandu ‘Dumb Truck’ telah maut setelah jentera yang dipandunya terbalik
lalu meghempap mangsa. Ketika kejadian, mangsa sedang mengangkut ketulan-
ketulan batu kuari daripada kawasan pemunggahan ke bawah bukit pada ketinggian
150 meter. Semasa menuruni bukit, secara tiba-tiba jentera yang dipandu mangsa
bergerak laju menuruni bukit pada satu selekoh tajam lalu mangsa gagal mengawal
jentera. Mangsa telah berpaut pada besi cermin dibahagian pemandu apabila jentera
tersebut terbalik ke atas jalan pada sebelah pemandu. Mangsa meninggal dunia
akibat kecederaan parah pada bahagian kepala dan rusuk akibat dihempap besi
cermin tingkap.

Faktor-faktor penyebab:

Jentera telah dipandu dengan laju melalui selekoh tajam menyebabkan jentera
tersebut tidak dapat dikawal.

Hasil pemerhatian:

Didapati bahawa tiada penyeliaan dibuat semasa kerja-kerja pemunggahan ketulan


batu dijalankan. Tiada prosedur kerja selamat secara bertulis disediakan oleh majikan
berkenaan kerja-kerja berkaitan.

Klasifikasi kemalangan:

Dihempap objek

KES 13

Tajuk : Maut dilanggar jentolak

Tempat : Kilang,Johor

Tarikh : 21 Mei 2005


Ringkasan kejadian:

Seorang operator pengeluaran kilang telah maut setelah mangsa dilanggar jentolak
di dalam kawasan kilang. Semasa kejadian, mangsa sedang berjalan ke arah gudang
bersebelahan apabila jentolak yang datang dari arah bertentangan telah hilang
kawalan lalu melanggar mangsa dan tembok bersebelahan. Pemandu jentolak
berkenaan gagal mengawal jentera semasa sedang mengambil selekoh yang berada
14 meter daripada mangsa.

Faktor-faktor penyebab:

Jentolak yang digunakan tidak diselenggara dengan baik.

Hasil pemerhatian:

Daripada rekod yang diperiksa, didapati jentolak berkenaan tidak diselenggara


dengan baik. Pemandu jentolak berkenaan tidak mendapat latihan yang sepatutnya
diberi kepada pemandu. Selain daripada itu, majikan gagal menyediakan prosedur
kerja selamat berkenaan cara-cara pengendalian jentolak.

Klasifikasi kemalangan:

Dilanggar objek

KES 14

Tajuk : MautDi Langgar “Forklift”

Tempat : LahatDatu Sabah

Tarikh : 29Mac 2005


Ringkasan kejadian:

Kejadian berlaku semasa seorang pekerja yang sedang memandu sebuah ‘forklift’
dengan muatan kayu menuruni jalan berbukit di kawasan kilang terbabit dan telah
melanggar seorang pekerja dari belakang. Ketika kejadian mangsa sedang berjalan
menuju ke kilang dari rumah berhampiran dengan kilang tersebut. Mangsa
mengalami kecederaan teruk pada bahagian belakang dan kaki. Mangsa meninggal
dunia di tempat kejadian.

Faktor-faktor penyebab:

‘Forklift’ yang digunakan sudah lama tidak di selenggara dan terdapat bahagian
penting seperti brek dan hon tidak berfungsi dengan sempurna.

Hasil pemerhatian:

Pihak majikan gagal menyediakan prosedur kerja selamat secara bertulis bagi kerja –
kerja mengangkut kayu dan pengendalian ‘forklift’ tersebut.

Klasifikasi kemalangan:

KES 15

Tajuk : MautTayar ‘Shovel’ Meletup

Tempat : BalingKedah

Tarikh : :16 Feb 2005

Ringkasan kejadian:

Mangsa merupakan seorang pekerja penyelenggaraan ‘shovel’. Kejadian berlaku


semasa mangsa sedang menjalankan kerja-kerja penyelenggaran ‘shovel’ iaitu
mengepam tayar. Setelah selesai mengepam tayar, mangsa seterusnya ke bahagian
enjin untuk mencuci ‘air filter’ sambil berdiri di belakang tayar yang baru di pam.
Tiba-tiba tayar tersebut meletup dan mangsa terpelanting, kepala mangsa telah
terhantuk pada rim ‘forklift’ yang terletak berhampiran dengan ‘shovel’ tersebut.
Mangsa mengalami kecederaan teruk di kepala dan telah meninggal dunia dua hari
kemudian.

Faktor-faktor penyebab:

Semasa melakukan kerja-kerja penyelenggaran, tiada pengawasan dan penyeliaan di


buat oleh majikan bagi memastikan kerja – kerja tersebut di buat mengikut prosedur
yang betul.

Hasil pemerhatian:

Pihak majikan tidak menyediakan prosedur kerja selamat bagi kerja-kerja


penyelenggaran dan pengendalian ‘shovel’ terutama kerja mengepam tayar ‘shovel’.

Klasifikasi kemalanganTerkena objek.

KES 16

Tajuk : Maut Dihempap ‘Excavator’

Tempat : CameronHighlands Pahang

Tarikh : 3Februari 2005

Ringkasan kejadian:
Seorang pekerja maut semasa dalam perjalanan untuk menyimpan mesin ‘excavator’
di kawasan penyimpanan yang terletak agak tinggi dalam kawasan ‘base camp’. Di
dalam perjalanan untuk naik ke tempat penyimpanan tersebut, tiba-tiba enjin
excavator telah mati, ini menyebabkan ‘excavator’ tersebut telah menggelungsur ke
belakang. Mangsa gagal memberhentikan ‘excavator’ tersebut kerana dipercayai
mengalami kegagalan sistem brek, mangsa dalam keadaan panik secara tidak
sengaja telah membelokkan ‘excavator’ ke arah gaung. Mangsa telah terjatuh dan
ditindih oleh ‘excavator’. Mangsa meninggal dunia dalam perjalanan ke Hospital.

Faktor-faktor penyebab:

Enjin ‘excavator’ telah mati semasa mendaki disebabkan kehilangan kuasa, ini
mungkin disebabkan oleh mangsa terlupa menukar gear kepada gear rendah semasa
mendaki. Mangsa juga didapati telah panik kerana brek tidak berfungsi menyebabkan
‘excavator’ mengundur ke belakang.

Hasil pemerhatian:

Pihak majikan gagal menyediakan sistem kerja selamat dan pekerja – pekerja juga
tidak di beri latihan serta krusus berkaitan dengan kerja yang dijalankan.

Klasifikasi kemalangan:

Di hempap objek.

You might also like