You are on page 1of 6

TAJUK : ELEMEN YANG BOLEH MENGGUGAT KEHARMONIAN KAUM DALAM

KONTEKS EKONOMI
PENGERUSI : YANG MULIA AINA JAFFAR
PANEL 1 : DR.HJH NOR SHAFISA BINTI MAT ARIFIN
PANEL 2 : PROF MADYA SITI AINA UMILLIA

Pengerusi Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada …….Saya, ……….selaku


pengerusi bagi forum pada hari ini ingin membincangkan mengenai
keharmonian kaum yang semakin goyah. Jadi pada hari ini kita telah
menjemput 2 panel yg arif lagi bijaksana bagi membincangkan mengenai isu
ini. Panel yg pertama yang tidak asing lagi kita kenali iaitu DR.HJH NOR
SHAFISA BINTI MAT ARIFIN .dan panel kedua pula ialah PROF MADYA
SITI AINA UMILLIA . Saudara, atas kesedaran bahawa negara Malaysia
terdiri daripada berbagai bangsa, dan agama .Jadi, kerajaan telah
menentukan perpaduan sebagai matlamat utama dalam usaha
membangunkan bangsa dan juga identitinya yang tersendiri. Justeru itu.
kerajaan sentiasa merangka strategi dan membuat perancangan tertentu
bagi menghadapi serta menangani isu dan masalah yang berkaitan,
kerajaan mempunyai falsafah yang jelas dari segi corak dan hak
pentadbirannya iaitu membangunkan negara dengan pembangunan bangsa
yang ada maruah dan identiti sendiri malahan berkeupayaan serta
berkebolehan dalam segala segi kemahiran yang diperlukan secara
menyeluruh meliputi aspek, mental, fizikal, material dan juga rohani. Dan ini
bermakna rakyat di negara ini mempunyai peranan masing-masing dalam
menyumbang ke arah pembangunan negara. Memandangkan betapa
pentingnya perpaduan dalam menjamin kesejahteraan negara Malaysia.
Saya ingin bertanya kepada panel pertama mengenai elemen yang boleh
menggugat keharmonian kaum dalam konteks ekonomi dengan lebih lanjut
Silakan..........
Panel 1 Pertama sekali saya ingin berterima kasih kepada pengerusi majlis kerana
menjemput saya untuk memberi sedikit informasi yang perlu dihuraikan
kepada para penonton sekalian. Baiklah, perpaduan adalah konsep yang
bermakna negara kita sebagai satu entiti ataupun pati yang tidak berbelah
bagi. Di sini dapat kita rumuskan bahawa untuk mencapai perpaduan adalah
lebih kompleks darjpada apa yang dijangka kerana banyak perkara yang
perlu kita fahami tentang perhubungan di antara aspek-aspek perpaduan
dan peringkat-peringkatnya serta memahami psikologi manusia dan
perhitungannya dengan kelompok masyarakat itu sendiri. Oleh sebab itu
sebagai rakyat Malaysia kita haruslah sentiasa ingat apa yang telah terjadi di
sesetengah negara yang rakyatnya sesama sebangsa sendiri bergaduh
yang akibatnya membawa kepada porak-peranda dan penderitaan yang
tidak berkesudahan. Kerana itu, kita rakyat Malaysia berbilang kaum dan
keturunan perlu ingat bahawa perbalahan yang membawa kepada
persengketaan sesama kita akan hanya membawa kepada keburukan dan
kerugian kepada diri kita sendiri.
Saya ingin petik daripada Datuk Haji Abdul Ghani Othman iaitu Menteri
Besar Johor – Ingatlah sumber kekuatan kita selama ini, tak lain tak bukan
ialah perpaduan. Inilah senjata yang membawa kita menempa
kemerdekaan, dan inilah padu kekuatan dalaman sepanjang kita mengurus
negara sendiri.Jadi saya ingin menegaskan bahawa perpaduan amat
penting kesejahteraan negara.
Pengerusi Terima kasih kepada ahli panel pertama yang telah menjawab persoalan
saya sebentar tadi. Seterusnya mungkin para penonton masih lagi tertanya -
tanya mengenai tajuk ini dan saya ingin pula mengaju soalan kepada panel
kita kedua yang cantik bergaya pada pagi ini iaitu PROF MADYA SITI AINA
UMILLIA dan soalannya ialah apakah elemen yang boleh menggugat
keharmonian kaum dalam konteks ekonomi. Silakan....
Panel 2 Terima kasih kepada tuan pengerusi majlis. Elemen yang boleh menggugat
keharmonian kaum dalam konteks ekonomi ialah perbezaan ekonomi
berdasarkan kaum. Perlaksanaan dasar pecah dan perintah Inggeris telah
mengeruhkan perpaduan masyarakat di Tanah Melayu. Pengelasan kaum
merujuk pekerjaan dan sistem pelajaran yang berbeza mengelakkan
interaksi antara penduduk di Tanah Melayu yang terdiri daripada 3 rumpun
utama iaitu bangsa Melayu, Cina dan India. Melalui dasar ini orang Melayu
kebanyakannya menetap di kawasan luar bandar (kampung) dan bekerja
sebagai nelayan dan petani, orang Cina menetap di kawasan bandar dan
kawasan perlombongan serta bekerja sebagai peniaga dan pelombong bijih
timah, manakala orang India kebanyakannya tinggal di kawasan ladang-
ladang dan bekerja sebagai buruh, secara tidak langsung telah mewujudkan
perasaan curiga mencurigai antara satu sama lain yang merupakan bom
jangka yang menjadi teras peristiwa 13 Mei 1969.
Peristiwa berdarah yang berlaku pada 13 Mei 1969 telah mendedahkan
manifestasi sebenar perasaan tiga etnik yang terbesar di Malaysia.
Semenjak negara mencapai kemerdekaan pada 31 Ogos 1957, didapati
bangsa Melayu masih tertinggal jauh dari segi penguasaan ekonomi dan
pendidikan di Tanah Melayu memandangkan majoriti orang Melayu tinggal di
luar bandar. Manakala orang Cina pula lebih terkehadapan dengan
menguasai bidang perniagaan dan bidang ekonomi lain memandangkan
mereka tinggal di kawasan bandar dan menguasai kawasan perlombongan.
Lantas timbul kesedaran di kalangan orang Melayu yang dapat merasakan
bahawa mereka telah tertinggal dan tertindas di bumi sendiri akibat
kemiskinan. Bagi masyarakat Cina dan India pula, mereka bimbang tentang
syarat-syarat hak kerakyatan walaupun sebahagian daripada mereka telah
bersedia untuk menumpahkan kesetiaan kepada Tanah Melayu.
Bagi masyarakat Cina yang terdiri dari golongan yang kaya, bersiap sedia
untuk mengambil Tanah Melayu kerana beranggapan bahawa merekalah
yang banyak memberikan sumbangan terhadap kemajuan Tanah Melayu,
bukannya orang Melayu sendiri. Orang India pula tidak terlibat dengan
tragedi tersebut. Hal ini tidak dinafikan kerana pada ketika itu, orang Melayu
masih lagi dengan 'kampung dan bercucuk tanam', dan dilemahkan dengan
dunia hiburan
Pengerusi Sebentar tadi kita sudah mendengar elemen yang boleh menggugat
keharmonian kaum dalam konteks ekonomi daripada panel kedua kita. Saya
mempunyai satu soalan yang ingin diajukan kepada ahli panel pertama
apakah punca berlakunya isu perbezaan ekonomi antara kaum.
Silakan...
Panel 1 Terima kasih tuan pengerusi majlis. Punca berlakunya isu perbezaan
ekonomi antara kaum di Malaysia sering dikatakan akibat dasar pecah dan
perintah (divide and rule) oleh penjajah Inggeris. Inggeris sengaja
memisahkan kaum-kaum bagi mengelakkan dan menyekat sebarang usaha
penyatuan yang membawa risiko penentangan terhadap
penjajahan.penjajah inggeri bimbang apabila semua bangsa bersatu dan
menentang segala pemerintahanya dan menolak sekeras keras undang-
undang mereka. Inggeris perlu mengekalkan penduduk peribumi di
kampung-kampung serta mengekalkan aktiviti pertanian orang Melayu bagi
memastikan bekalan makanan penduduk Tanah Melayu tidak terjejas.
Tindakan membawa masuk pekerja asing adalah bagi mengelakkan
penduduk pribumi meninggalkan aktiviti pertanian.penjajah inggeris
mengaturkan setiap pekerjaan orang di tanah melayu dan mengimport
pekerja asing untuk menlipatgandakan keuntungannya dengan membolot
segala hasil di bumi tanah melayu pada ketika itu. Punca kesan dan perintah
ini kita masih boleh lihat di Malaysia yang telah merdeka ini walaupun ada
segilintir kaum melayu dan india yang telah berhijrah daripada bekerja buruh
dan petani kepada pekerjaan yang lebih baik dan menjamin masa depan
mereka.
Pengerusi Terima kasih kepada ahli panel pertama yang membicarakan tentang punca
yang menyebabkan perbezaan ekonomi antara kaum yang boleh menggugat
keharmonian kaum dalam konteks ekonomi. Namun, saya juga ingin
mengetahuai kesan berlakunya isu perbezaan ekonomi antara kaum.
Silakan.....
Panel 2 Terima kasih tuan pengerusi majlis. Kedudukan yang tidak seimbang dari
segi penguasaan ekonomi dalam kalangan kaum masih wujud akibat dasar
pecah dan perintah yang dijalankan oleh british sebelum merdeka lagi.
Kerajaan pula telah menjalankan strategi penyusunan semula masyarakat
untuk selesaikan masalah ini melalui beberapa cara . Hal ini bertujuaan,
untuk menggalakan kemajuan ekonomi semua golongan masyarakat supaya
jurang perbezaan antara masyarakat bumiputera dan bukan bumiputera
dapat dihapuskan. Kerajaan juga telah menjalankan pelbagai usaha dan
strategi untuk memneri peluang kepada masyarakat Melayu dan bumiputera
agar bergiat aktif dalam sektor ekonomi . Ia juga melibatkan pembangunan
ekonomi dalam negara kita dilakukan dengan mengambil kira kedudukan
masyarakat yang dilihat berperingkat agar lebih seimbang melalui dasar-
dasar kerajaan dari dulu hingga sekarang.
Pengerusi Jadi saya mempunyai satu soalan lagi kepada panel kedua iaitu
bagaimanakah cara untuk menyelesaikan masalah dan isu perbezaan
ekonomi antara kaum.
Panel 1 Dasar Ekonomi Baru merupakan satu bentuk perancangan yang dilancarkan
oleh kerajaan dalam tahun 1970 melalui Rancangan Malaysia Kedua.
Matlamat utamanya ialah perpaduan negara selain itu juga bertujuan untuk
menyusun semula ketidakseimbangan sosio-ekonomi yang wujud di negara
ini. Menyedari hakikat bahawa pengagihan ekonomi yang seimbang penting
demi mewujudkan sebuah negara yang bersatu padu, serta mengambil kira
kemiskinan serta ketidakupayaan sesetengah kaum untuk bersaing dengan
kaum yang lain maka DEB telah dirancang untuk memperbaiki keadaan ini.
Ketegangan antara golongan yang berharta dan yang tidak berharta adalah
berpunca daripada isu kemiskinan. Didapati bahawa orang Melayu lebih
banyak menghadapi kemiskinan berbanding kaum-kaum yang lain. Didapati
juga orang Melayu masih jauh ketinggalan dan kurang mampu bersaing
dengan kaum-kaum lain walaupun Malaysia mengalami pertumbuhan
ekonomi yang baik. DEB dirancang sebagai satu program jangka panjang
yang akan berjalan selama 20 tahun, bermula dari tahun 1970 hingga tahun
1990.
Bagi memastikan matlamat untuk menghapuskan kemiskinan tercapai,
strategi ditumpukan untuk menghapuskan kemiskinan di kawasan luar
bandar dan kawasan bandar. Berdasarkan banci penduduk 1970, didapati
bahawa kira-kira 49.3% daripada semua keluarga miskin di Malaysia
berpendapatan di bawah garis kemiskinan (pendapatan garis kemiskinan
tahun 1970 ialah RM200) dan kira-kira 86% daripada jumlah itu berada di
kawasan luar bandar. Bagi mencapai matlamat, kerajaan telah
melaksanakan pelbagai perkhidmatan dan kemudahan awam melalui
kemudahan pendidikan, kesihatan, bekalan air dan elektrik. Di samping itu,
keutamaan juga diberikan kepada golongan miskin untuk mendapatkan
bantuan seperti program bantuan subsidi baja, biasiswa pelajaran dan buku
teks, makanan tambahan kepada kanak-kanak serta program rumah murah.
Menjelang tarikh akhir pelaksanaan DEB, matlamat untuk membasmi
kemiskinan telah tercapai. Laporan Rancangan Malaysia Keenam telah
menunjukkan bahawa kadar kemiskinan negara pada tahun 1990 ialah
17.1% berbanding 49.3% pada tahun 1970.
Bagi memastikan matlamat yang kedua dalam DEB turut tercapai, kerajaan
telah cuba memperbaiki keadaan ekonomi dan pada masa yang sama,
menghapuskan pengenalan kaum mengikut fungsi-fungsi ekonomi.
Berasaskan pada ketidakseimbangan antara kaum, kerajaan telah
melancarkan beberapa program seperti perindustrian dan perdagangan,
pertanian, perlombongan, pembinaan, pengangkutan dan pertanian.
Pengerusi Kita sudah mendengar pandangan daripada ketiga – tiga panel jemputan
kita pada hari ini. Jadi sebagai konklusinya, semua pihak haruslah
berganding bahu ibarat bukit sama didaki ke lurah sama-sama dituruni untuk
memastikan perpaduan rakyat dapat dikekalkan. Janganlah meranapkan
impian Malaysia untuk mencapai wawasan 2020 yang sering diuar-uarkan
oleh mantan Perdana Menteri kita, Tun Dr. Mahathir Mohamad. Bersama-
samalah kita memanifestasikan iltizam Malaysia untuk menjadi Negara yang
berjaya di persada antarabangsa. Biar matahari terus bersinar, biar pepohon
terus menghijau dan biarlah Malaysia terus gemilang melalui perpaduan
yang kita bina. Tanpa perpaduan, Negara kita tidak akan maju atau berjaya
untukberdiri sama tinggi duduk sama rendah dengan negara yang telah
maju. Terima kasih kepada anda semua yang sudi mendengar. Sehingga
kita bertemu lagi. Salam....

You might also like