You are on page 1of 2

Kaunseling Keluarga

Kaunseling keluarga ialah satu teknik psiko terapuetik untuk meneroka dan mengubah masalah
emosi masa kini yang saling berkait dalam sesebuah sistem keluarga dengan membantu ahli-ahli di
dalam sistem keluarga itu mengubah corak interaksi mereka yang tidak berfungsi" Goldenberg dan
Goldenberg (2002 : 133).

Dalam proses kaunseling ahli-ahli keluarga dibantu untuk memperbaiki perhubungan mereka antara
satu sama lain. Perubahan yang berlaku akan menyebabkan perkembangan dan pertumbuhan ahli-
ahli keluarga. Semasa proses kaunseling juga, ahli-ahli keluarga berhadapan dengan konflik dan
dibantu untuk menyelesaikan konflik yang dihadapi secara produktif supaya ke dua-dua individu dan
keluarga berkembang, sejahtera dan 'subur'.

KAUNSELING PERKAHWINAN

Kaunseling perkahwinan merupakan sejenis psikoterapi untuk pasangan yang berkahwin. Kaunseling
ini melibatkan satu proses perhubungan menolong secara bersemuka antara kaunselor dengan
pasangan suami isteri yang berusaha untuk menyelesaikan masalah yang berkaitan dengan
perhubungan mereka. Kaunseling perkahwinan juga membantu pasangan suami isteri untuk
mengurus atau menangani masalah mereka dengan cara yang lebih efektif agar mereka dapat
menghindarkan masalah kecil daripada menjadi besar dan serius.

Dalam proses kaunseling keluarga dan perkahwinan, biasanya kaunselor memberikan fokus kepada
peranan, corak perhubungan, matlamat yang ingin dicapai oleh ahli keluarga atau perkahwinan
pasangan (klien) yang terlibat. Kaunselor membantu klien menilai aspek positif dan negatif
perhubungan mereka dan membantu mereka memahami bahawa dalam isu keluarga atau
perkahwinan, ahli keluarga atau pasangan suami dan isteri menyumbang kepada pembentukan dan
penyelesaian masalah. Justeru, mereka perlu belajar untuk memahami, mengubah corak
berinteraksi dan mengamalkan pendekatan yang lebih berkesan bagi menangani masalah mereka.

Kaunseling keluarga atau Kaunseling Perkahwinan Kaunseling merupakan sebagai suatu proses
hubungan menolong yang sistematik berasaskan prinsip psikologi yang dilakukan oleh kaunselor
profesional bagi menghasilkan perubahan, perkembangan dan penyesuaian peribadi klien, yang
baik, dan menyeluruh secara sukarela sepanjang hayat berlandaskan etika kaunseling (PERKAMA).
Mengikut akta kaunselor 1998 (Akta 580) kaunseling merupakan proses sistematik untuk membantu
perhubungan berdasarkan prinsip-prinsip psikologi yang dilaksanakan oleh kaunselor berdaftar
mengikut kod etika kaunseling untuk mencapai suatu perubahan, kemajuan dan penyesuaian secara
holistik, baik dan sukarela pada diri klien supaya perubahan, kemajuan dan penyesuaian itu akan
berterusan sepanjang hayat klien. Goldenberg & Goldenberg (2002) mengatakan bahawa kaunseling
keluarga adalah satu teknik psiko terapeutik untuk meneroka dan cuba mengubah masalah emosi
masa kini yang saling berkait dalam sesebuah keluarga dengan membantu ahli-ahli dalam sistem
keluarga untuk mengubah corak interaksi mereka yang tidak berfungsi. Boleh ditakrifkan sebagai
satu perjumpaan bersemuka antara seorang kaunselor keluarga dengan ahli-ahli keluarga dalam
satu-satu sesi tertentu Di luar negara kaunseling keluarga merupakan perkhidmatan kaunseling
keluarga yang dapat meningkatkan daya saing sesebuah keluarga, membantu mengurangkan salah
laku pelajar sekolah dan membantu proses pemulihan pelajar (Milliren & Barrett-Kruse, 2002).

Proses kaunseling Keluarga Dalam proses kaunseling keluarga, Adler telah mengemukakan empat
tahap atau peringkat dalam proses kaunseling keluarga yang kini menjadi asas kepada amalan proses
kaunseling keluarga. Empat peringkat dalam kaunseling keluarga iaitu a) perhubungan (Relationship)
b) penilaian dan analisis (Analysis and Assessment) c) Celik akal (Insight) dan d) Orientasi
semula/pendidikan semula (reorientation/reeducation). Saedah (2004) dan Petrocelli (2002),
mendapati lima peringkat sesi kaunseling keluarga perlu dilaksanakan dalam amalan proses
kaunseling yang bertujuan untuk menolong klien membuat perubahan dalam mencapai matlamat
kehidupan mereka. Saedah (2004) mengatakan proses kaunseling keluarga adalah dalam lima tahap
iaitu i) pembinaan perhubungan antara kaunselor dengan ahli keluarga, ii) pemahaman
permasalahan dan struktur keluarga, iii) penstrukturan pola transaksi keluarga dan pengubahan
tingkah laku, iv) pengukuhan tingkah laku dan pendidikan mengenai perubahan keluarga dan
keibubapaan, dan v) penamatan. Begitu juga kajian yang dibuat oleh Norhayati Mohd. Noor, Zuria
Mahmud, dan Saemah Abd. Rahman (2012) menyatakan bahawa 6 terdapat lima peringkat dalam
proses kaunseling keluarga iaitu peringkat pembinaan hubungan, peringkat analisis dan menilai
masalah keluarga, peringkat kesedaran emosi dan celik akal , peringkat penstrukturan semula
keluarga dan orientasi pembelajaran semula keluarga dan akhir sekali peringkat penamatan.
Kesimpulannya ialah kaunseling keluarga sangat penting perlu diberikan penekanan dalam usaha
pihak tertentu untuk menangani atau mencegah isu-isu yang berkaitan dengan keluarga dapat
dikurangkan dalam masyarakat bekeluarga khususnya dan amnya pada sesebuah Negara.
Memandangkan isu dan masalah keluarga telah meningkat setiap masa walaupun beberapa aktiviti
dan program telah dilaksanakan oleh pihak kerajaan. Namun begitu untuk meningkatkan lagi
keberkesanan bagi mencegah dan mengurangkan permasalahan dalam sesebuah keluarga dan
sekaligus meningkatkan kualiti keluarga maka perkhidmatan kaunseling keluarga sangat penting
harus diberi perhatian oleh semua pihak

You might also like