You are on page 1of 28

EDM 2104 [ PEDAGOGI PENDIDIKAN]

1.0 PENDAHULUAN

Model Pengajaran satu perihalan persekitaran pembelajaran yang boleh


dijadikan panduan guru semasa merancang kurikulum, kursus dan unit pengajaran serta
menyediakan bahan-bahan pengajaran, seperti program multi-media,pengajaran
berbantukan komputer, lembaran-lembaran kerja dan sebagainya. Model-model ini
berdasarkan pengkategorian yang diutarakan oleh Bruce, Weil & Calhoun (2009)1.Setiap
mazhab tersebut mengandungi beberapa jenis model pengajaran yang berkongsi
orientasi yang sama terhadap manusia dan cara manusia belajar.

Dalam menghasilkan satu proses pengajaran yang sistematik, kita perlu


merujuk kepada beberapa model pengajaran. Antara fungsi utamanya ialah sebagai satu
panduan kepada guru bagi menghasilkan satu sessi p&p yang menyeronokkan dan
memotivasikan murid-murid selain untuk mengukur sejauh mana keberkesanan
penggunaan terhadap murid-murid. Di antara model-model pengajaran yang sering kali
diamalkan dalam bilik darjah adalah:

 Model Pemprosesan Maklumat


 Model Behavioral
 Model Sosial
 Model Personal

Bahagian 1:

2.0 MODEL PEMPROSESAN MAKLUMAT (GAGNE)

2.1 Pengenalan

Model pemprosesan maklumat menganggap ingatan manusia sama seperti


komputer.2 Seorang pembelajar dilihat sebagai pemproses maklumat seperti mana yang
dilakukan oleh komputer, iaitu menggunakan model input-output. Maklumat merupakan input
yang diperoleh pelajar daripada persekitaran pembelajaran. Maklumat diproses dan
disimpan dalam ingatan. Kemudian, maklumat ini boleh menjadi output melalui proses
retrieval. Kajian susun atur, simpan dan dikeluarkan daripada ingatan. Operasi mental iaitu
menerima, mengekod, menyimpan dan mengingat kembali maklumat atau bagaimana
manusia belajar ialah pemprosesan maklumat. Model ini merupakan komponen penting
dalam beberapa strategi pengajaran dan pembelajaran (Galbraith, 1994). Mengikut model

1 Bruce ,R.Joyce (2009), Model Of Teaching. University of California


2 Azizi Yahaya, Asmah Suboh (2005), Aplikasi Kognitif dalam Pendidikan. Kuala Lumpur, PTS

1
EDM 2104 [ PEDAGOGI PENDIDIKAN]

pemprosesan maklumat, terdapat tiga mode ingatan yang mana pemprosesan maklumat
berlaku dalam otak manusia. Tiga mode tersebut terdiri daripada daftar deria / sensori,
ingatan jangka pendek dan jangka panjang.

2.2 Konsep Teori:

Robert M. Gagne dalam bukunya Essentials of Learning for Instuction (1975)


mengemukakan satu teori mengenai bagaimana manusia memperoleh maklumat dalam
sesuatu proses pembelajaran. Teori ini melihat dari segi pembelajaran sebagai satu proses
input-output3, yang dikenali dengan nama teori pemprosesan data atau maklumat. Gagne
(1970)4 banyak membuat penyelidikan tentang fasa dan rangkaian pembelajaran. Mengikut
teorinya, ransangan-ransangan dari persekitaran luar akan diterima dalam sistem saraf
melalui deria-deria manusia. Menurut Gagne juga,5 proses pembelajaran yang berkesan
adalah melaluli tiga proses iaitu keadaan sebelum input, peristiwa penting ataupun proses
semasa dan peristiwa menyusul ataupun aspek yang berkaitan dengan tindak balas. Hal ini
akan ditafsir dalam stor ingatan, kemudian dihantar kepada stor ingatan jangka panjang dan
akhirnya kepada penggerak tindak balas melalui sistem saraf. Model memproses maklumat
terdiri daripada:

2.2.1) Ingatan Deria

Ingatan deria merupakan ingatan jangka pendek yang telah wujud pada deria. Masa
simpanan maklumat yang mungkin berlaku ialah antara 1 hingga 3 saat. Malah, maklumat
akan hilang serta merta sekiranya tidak diproses.

2.2.2) Ingatan Jangka Pendek

Tempoh simpanan maklumat bagi ingatan jangka pendek adalah antara 5 hingga 20 saat.
Maklumat akan diproses, ditapis disusun atau disintesis untuk dihantar ke stor ingatan
jangka penjang untuk disimpan. Pemindahan ke ingatan jangka pendek berlaku apabila kita
memberi perhatian kepada bahagian maklumat yang disalurkan ke ingatan jangka pendek
melalui tumpuan terpilih iaitu “selective attention”. Selain itu, maklumat yang pada asalnya
tidak bermakna dikenal pasti berdasarkan pola-pola yang sedia ada dan dipindahkan ke
ingatan jangka pendek. Sesuatu “chunk” tidak mempunyai unit tertentu dan boleh
merupakan satu huruf atau angka, satu perkataan, satu ayat atau pun satu perenggan,

3 Mohd Sharani Ahmad (2003), Tip Pandai Belajar. Kuala Lumpur, PTS Millennia
4 Ibid
5 Mohd. Sharani Ahmad (2004), Mengurus Kanak-Kanak yang Susah Belajar. Kuala Lumpur,PTS

Professional

2
EDM 2104 [ PEDAGOGI PENDIDIKAN]

tertakluk kepada kebolehan seseorang menyimpan butir maklumat dan ia berbeza antara
individu. Kita mencari maklumat daripada ingatan jangka pendek secara 'scanning' bersiri
(satu demi satu) atau 'scanning' selari (serentak).

2.2.3) Ingatan Jangka panjang

Ingatan jangka panjang adalah satu proses menyimpan maklumat lebih lama, iaitu
lebih daripada beberapa minit hingga ke beberapa tahun. Satu komponen dalam struktur
memori yang menyediakan gudang atau stor penyimpanan yang kekal segala maklumat.
Memori jangka panjang adalah lebih kekal penyimpanan maklumatnya. Ingatan jangka
panjang adalah komponen memori yang mengandungi info tentang peristiwa lepas yang
spesifik termasuk pengetahuan am tentang dunia. Ingatan Jangka Panjang masih menjadi
tumpuan kebanyakkan kajian menyiasat cara maklumat dikod, disimpan, diingat kembali dan
lupa. Ingatan jangka panjang sebenarnya melibatkan gelombang otak semasa sesuatu
proses kemasukan maklumat itu berlaku.

2.3 Teori

Berdasarkan Model Pemprosesan Maklumat yang dikemukakan Gagne, beberapa aspek


utama dapat dikenal pasti dalam fasa proses pembelajaran.Di antaranya ialah kesediaan,
motivasi, pengamatan, ingatan dan lupaan serta pemindahan. Teori ini menumpukan
kepada bagaimana pelajar memproses maklumat.Maklumat yang baru disimpan dalam
ingatan jangka pendek.Kemudian diproses sebelum disimpan ke ingatan jangka panjang.
Kombinasi pengetahuan (maklumat yang diproses) & kemahiran di ingatan jangka panjang
akan membina strategi-strategi kognitif atau kemahiran yang berkaitan dengan tugas-tugas
yang kompleks. Langkah pengajaran mengikut teori pemprosesan maklumat:

1. Perhatian pelajar: Mulakan pengajaran dengan memberikan set induksi yang dapat
menarik perhatian pelajar kepada guru & pengajaran. Cth: Dalam pengajaran tajuk
perkakasan komputer guru boleh bersoaljawab dengan pelajar dan menunjukkan beberapa
contoh perkakasan komputer ke dalam kelas.

2. Merangsang ingatan pelajar kepada tajuk yang berkaitan. Perbincangan tajuk-


tajuk lepas yang sudah dipelajari & dikaitkan dengan topik yang akan diajar.

3. Penekanan kepada isi pengajaran yang penting. Penggunaan bahan bantu


mengajar yang tepat dengan tajuk yang akan disampaikan. Cth: Edarkan hand out,
penyediaan slaid Powerpoint.

3
EDM 2104 [ PEDAGOGI PENDIDIKAN]

4. Persembahkan maklumat dengan teratur dengan menggunakan bahan bantu mengajar


yang bersesuaian.Cth: Perisian kursus yang berkaitan dengan tajuk perkakasan komputer.

5. Tunjukkan pelajar bagaimana mengkategorikan maklumat yang diterima &


memahaminya.Beri peluang kepada pelajar untuk mengembangkan maklumat yang baru
diterima.

6. Pengulangan. Cth: Meningatkan pelajar beberapa isi penting yang dipelajari (ingatan
jangka pendek).

7. Menyediakan beberapa aktiviti atau latihan yang berkaitan dengan pelajaran lepas
(ingatan jangka panjang).

2.4 Pengkodan Maklumat dalam Ingatan Jangka Panjang (Encoding Information in


Long Term Memory)

Apakah yang dimaksudkan dengan 'pengkodan'? Pengkodan ialah proses memori


yang melibatkan transformasi (pembentukan) maklumat untuk diingat kepada bentuk yang
boleh disimpan dalam memori. Pengkodan ialah cara maklumat dikenal pasti, dikod dan
diletakkan dalam memori. Mula-mula maklumat di kenal pasti dan kemudian dikod. Pelbagai
eksperimen telah dijalankan untuk mengkaji bagaimana manusia mengkod maklumat yang
diterima. Salah satu sebab lupaan berlaku ialah kerana maklumat itu tidak dikod dengan
baik atau berkesan. Walau pun maklumat itu berada diingatan jangka pendek, selagi kita
tidak melakukan sesuatu seperti pengulangan elaborasi ('elaborative rehearsal'), maklumat
itu tidak akan dipindahkan ke ingatan jangka panjang. Kajian-kajian menunjukkan bahawa
individu yang mengkod maklumat pada peringkat MAKSUD ('meaning level') berjaya
memindahkan maklumat itu ke ingatan jangka panjang dengan lebih berkesan dan
seterusnya membantu proses mengingat kembali maklumat berkenaan. Ini terbukti dengan
eksperimen yang dijalankan oleh Craik & Lockhart pada 1972.

Prinsip penentuan pengkodan (encoding)

Prinsip memori yang menunjukan perkaitan rapat antara encoding dan proses pemulihan
memori yang menetapkan bahawa pencapaian dalam ujian memori secara tidak langsung
berkait dengan jumlah persamaan antara praktis dan konteks ujian. Contohnya, lebih

4
EDM 2104 [ PEDAGOGI PENDIDIKAN]

banyak persamaan, lebih baik pencapaian dalam ujian tersebut. Penyimpanan (atau
'Perwakilan') Pengetahuan dalam Ingatan Jangka Panjang (Storage or 'Representation' of
Knowledge in Long Term Memory) Maklumat yang kita simpan atau mewakili dalam ingatan
jangka panjang boleh merupakan pengalaman beberapa minit yang lampau atau
pengalaman berpuluh tahun yang lampau (seperti memori kita semasa kita kanak-kanak
lagi).

Berdasarkan apa diketahui pada masa kini, maklumat disimpan dalam Ingatan Jangka
Panjang terbahagi kepada 3 bentuk utama:

1. Pengetahuan Deklaratif

a. Memori Semantik
b. Memori Episodik.

2) Pengetahuan Prosedural

3) Imageri

Pengetahuan deklaratif

Semua maklumat yang terdiri daripada fakta, konsep, prinsip, teori, hukum yang
dipanggil Memori Semantik, manakala segala peristiwa yang telah berlaku kepada diri kita
dipanggil Memori Episodik.

Contoh : Memori semantik

Ciri-ciri hari akan hujan dan tidak sesuai untuk meneruskan permainan

Contoh : Memori episodic

Saya tercedera semasa bermain hoki semalam

Collins & Quillian (1969)6 mencadangkan Model TLC yang menerangkan bagaimana
manusia menyimpan atau mewakili maklumat dalam ingatan jangka panjang. Model ini
mencadangkan bahawa kita menyimpan maklumat sebagai suatu hiraki yang berjaringan
('network hierarchy structure'). Maklumat yang disimpan berdekatan lebih cepat diingat
kembali berbanding dengan maklumat yang terletak jauh.

6 Wolfgang Klimesch (1994), The Structure of Long- Term Memory: A Connectivity Model of Semantic
Processing. Hillsdale,New Jersey.Lawrence Erlbaum Associates,Inc.

5
EDM 2104 [ PEDAGOGI PENDIDIKAN]

Pengetahuan Prosedural

Semua maklumat berkenaan cara, kaedah atau prosedur melakukan sesuatu.


Contoh: Saya tahu menukarkan mentol yang terbakar.

Imageri

Perwakilan abstrak dalam ingatan jangka panjang mengenai sesuatu objek atau
peristiwa. Berapakah bilangan bola yang ada dalam simpanan? Secara tidak langsung
seseorang itu akan cuba membayangkan dirinya berada di stor peralatan sukan dan melihat
ke arah bola tersebut. Ini bermakna kita mempunyai imej mental ('mental image') keadaan
stor sukan yang disimpan dalam ingatan jangka panjang.

Mengingat Kembali, apabila kita cuba mengingat kembali maklumat yang disimpan
dalam ingatan jangka panjang, beberapa perkara berlaku seperti kita ‘menambahkan
maklumat’ dan ‘kita meninggalkan maklumat.’ Terdapat 3 fenomena yang mendorong kita
berbuat demikian:

1) Inferens

Contohnya, seseorang penjaga gol cedera di kepala semasa perlawanan bola sepak. Dalam
pada masa yang sama tidak pula dinyatakan bagaimana kepala penjaga itu boleh tercedera.
Mungkin terkena kaki pemain lawan, mungkin juga terhantuk pada tiang gol atau
sebagainya.

2) Stereotaip

Stereotaip ialah butir maklumat / pengetahuan berkenaan ciri-ciri personaliti atau atribut
fizikal yang kita andaikan sebagai benar bagi suatu kumpulan orang. Bermaksud kita hanya
mengandaikan sahaja mengenai orang itu.

3) Skema

Skema ialah struktur kognitif dalam ingatan jangka panjang yang merupakan perwakilan
abstrak mengenai sesuatu objek, perkara atau peristiwa yang kita telah mengalami dalam
dunia sebenar.

4) Lupaan

Lupaan ialah kegagalan mengingat kembali sesuatu butir maklumat dengan tepat. Lupaan
ialah proses yang menyebabkan maklumat 'hilang' atau sukar diingat kembali daripada
ingatan jangka pendek dan ingatan panjang. Proses lupaan sering kali berlaku dalam

6
EDM 2104 [ PEDAGOGI PENDIDIKAN]

kehidupan seseorang. Keadaan berlaku mungkin kerana data yang telah tersimpan lama
tidak digunakan atau diaplikasikan sepanjang masa. Akibatnya, apabila data ini ingin
dikeluarkan, ianya tidak pula dapat diingat dengan baik.

2.5 Fasa-fasa proses pembelajaran menurut teori Gagne

Rajah 1: Fasa-fasa proses pembelajaran menurut teori Gagne

Mengikut Gagne, pengalaman-pengalaman yang disimpan dalam stor ingatan jangka


panjang adalah penting bagi manusia untuk mengaitkannya dengan pengalaman-
pengalaman baru demi memudahkan proses pembelajaran berlaku. Gagne mengenal pasti
dan menyarankan lapan fasa yang biasa dialami oleh manusia dalam sesuatu
pembelajaran, iaitu fasa motivasi, fasa kefahaman, fasa penyimpanan, fasa penahanan,
fasa ingatan kembali, fasa generalisasi, fasa prestasi dan fasa maklum balas.7

7 Shahabuddin Hashim, Dr. Rohizani Yaakub, Mohd. Zohir Ahmad(2007).Pedagogi:Strategi dan Teknik
Mengajar dengan Berkesan.Kuala Lumpur,PTS Professional

7
EDM 2104 [ PEDAGOGI PENDIDIKAN]

a) Fasa Motivasi- Jangkaan

Fasa motivasi ialah fasa pertama yang berlaku dalam sesuatu proses pembelajaran.
Lazimnya, manusia belajar kerana didorong oleh motivasi tertentu. Tanpa motivasi, proses
pembelajaran tidak akan bermakna dan berkesan. Oleh itu, motivasi memainkan peranan
yang penting dalam mana-mana proses pembelajaran. Manusia berusaha belajar kerana
mempunyai motif tertentu. Motivasi merupakan tindakan yang menimbulkan motifnya
supaya belajar. Jadi motivasi digunakan untuk menggalakkan murid-murid supaya berusaha
belajar.

b) Fasa Tanggapan – Perhatian

Fasa ini melibatkan aktiviti pemerhatian dan pemilihan rangsangan yang tepat dan
relevan. Di dalam fasa ini, seseorang akan menumpukan perhatian terhadap sesuatu
rangsangan yang dimotivasikan dan memilih serta membezakan rangsangan-rangsangan
melalui organ derianya. Contohnya, semasa belajar di bilik darjah, seorang murid
menumpukan perhatian terhadap aktiviti pengajaran guru dan menolak gangguan yang lain
seperti bunyi perbualan daripada rakan sekelas yang lain.

c) Fasa Penyimpanan- Kod

Apabila seseorang telah berjaya memilih rangsangan yang relevan dan


mempersepsikannya denga tepat, maka rangsangan itu akan dibawa oleh sistem saraf ke
dalam stor ingatan jangka pendek. Di situ, rangsangan tersebut akan dikodkan dengan
suatu cara yang ringkas dan tersendiri seperti merekodkan isi-isi penting dalam bentuk yang
mudah disimpan.

d) Fasa Penahanan- Stor Ingatan

Selepas rangsangan yang dipilih dan dikodkan dalam stor ingatan jangka pendek,
sebahagian atau keseluruhanya akan disalurkan dan disimpan dalam stor ingatan jangka
panjang. Kod-kod yang disimpan dalam stor jangka panjang akan ditransformasikan dan
disusun semula dengan satu sistem yang lebih kekal dalam ingatan dan lebih mudah
dikeluarkan. Fasa ini dinamakan fasa penahanan, iaitu menyimpan maklumat, peristiwa atau
pengalaman yang diperoleh dengan cara yang sistematik.

8
EDM 2104 [ PEDAGOGI PENDIDIKAN]

e) Fasa Mengingat Kembali- Mencari

Fasa mengingat kembali merupakan tindakan mencari maklumat atau pengalaman


yang telah disimpan dalam stor ingatan jangka panjang. Tindakan ini biasanya digerakkan
oleh rangsangan luaran atau motif dalaman. Misalnya seorang murid berusaha mengingat
kembali apa yang telah dipelajarinya untuk menjawab soalan guru.

f) Fasa Generalisasi- Pindaan

Fasa generalisasi ini merujuk kepada fasa pemindahan pembelajaran atau fasa
aplikasi di mana seseorang individu boleh mengingat kembali maklumat dalam stor ingatan
jangka panjang dan menggunakannya untuk situasi yang sama atau serupa.
Misalnya, seorang murid telah mengetahui bentuk segiempat tepat, segiempat sama sisi,
rombus yang masing-masing mempunyai empat sisi, maka murid itu akan membuat
generalisasi bahawa bentuk-bentuk tersebut boleh diklasifikasikan dalam kategori sisiempat.

g) Fasa Prestasi- Gerak Balas

Fasa prestasi juga dikenali sebagai fasa perlakuan. Mengikut Gagne, fasa ini boleh
diperlihatkan dan diukur daripada perubahan tingkah laku seseorang dalam proses
pembelajaran. Fasa prestasi berlaku apabila seseorang bertindak balas dengan perubahan
tingkah lakunya sebaik sahaja isyarat ransangan diberikan. Misalnya, murid bertindak balas
dengan menjawab soalan guru secara lisan.

h) Fasa Maklum Balas-Peneguhan

Fasa ini merupakan fasa terakhir dalam sesuatu proses pembelajaran. Fasa maklum
balas ini berlaku selepas seseorang individu telah bertindak balas dengan prestasi atau
perubahan tingkah laku yang tepat. Tindakan maklum balas mempunyai fungsi peneguhan
seperti memberi galakan kepada orang yang telah menunjukkan prestasi yang tepat.
Contohnya, seseorang murid yang dapat memberi jawapan yang harus diberikan pujian oleh
guru.

9
EDM 2104 [ PEDAGOGI PENDIDIKAN]

2.6 Peringkat

Lapan jenis pembelajaran untuk memperolehi maklumat pada tahun 1977, Gagne cuba
menghuraikan lapan jenis pembelajaran daripada peringkat yang mudah kepada peringkat
yang kompleks. Pembelajaran di aras yang tinggi bergantung pada pembelajaran di aras
yang rendah. Gagne telah mengenal pasti lapan jenis pembelajaran seperti berikut :

(a) Pembelajaran Isyarat

Jenis pembelajaran ini merupakan pembelajaran yang paling mudah. Ia lebih


merupakan perubahan tingkah laku yang disebabkan oleh pengaruh kebiasaan. Misalnya,
apabila loceng berbunyi pada 7.30 pagi, semua murid akan berkejar ke bilik darjah masing-
masing. Apabila guru masuk ke bilik darjah, semua murid akan terus beridri untuk member
penghormatan. Pembelajaran isyarat seperti ini tidak banyak menggunakan akal fikiran.
Seseorang individu mempelajari gerak balas terhadap sesuatu isyarat. Contohnya, apabila
seseorang menguap, kita dapat isyarat dia mengantuk. Apabila ayah pulang ke rumah
dengan wajah masam atau muram, anak-anaknya dapat isyarat ayah mereka tidak suka
diganggu. Pembelajaran berlaku melalui pelaziman tingkah laku. Contohnya, bila guru
masuk ke bilik darjah, semua murid akan berdiri dan memberi ucapan, “Selamat sejahtera,
cikgu!”. Dalam hal ini, murid-murid telah dilazimkan dengan tingkah laku tersebut.

(b) Pembelajaran Gerak Balas

Pembelajaran rangsangan gerak balas bergantung kepada proses peneguhan. Ini


bermakna guru perlu memberi pujian dan ganjaran tingkah laku yang diingati. Proses
peneguhan penting untuk memperkuatkan pertalian antara rangsangan dengan gerak balas.
Peneguhan mesti diberi secara konsisten dan tekal supaya gerak balas yang positif dapat
dikekalkan. Contohnya, Ali menunjukkan kerja sekolah yang dia dapat 80%. Ibunya memberi

10
EDM 2104 [ PEDAGOGI PENDIDIKAN]

pujian, “Bagus, Ali pandai !”. Ali akan mengulang tingkah laku itu lagi (membuat kerja
sekolah dengan baik) untuk mendapat pujian daripada ibunya.

(c) Pembelajaran Rangkaian Motor

Pembelajaran rangkaian motor digunakan dalam pembelajaran kemahiran seperti


permainan, muzik, elektronik, mekanikal dan lain-lain. Rangkaian merupakan satu siri
tingkah laku yang berkaitan untuk melengkapi tugasan yang dijalankan. Misalnya, ketika
menyampaikan bola dalam permainan tenis, pemain hendaklah berdiri dengan posisi tubuh
yang sesuai, di tapak yang munasabah dan mengayun raket dengan gaya yang betul agar
bola tenis dipulangkan dengan baik. Siri tingkah laku ini disebut rangkaian.

(d) Pembelajaran Pertalian Bahasa

Untuk menyatakan sesuatu prinsip, pelajar memerlukan kemahiran bahasa untuk


mengaitkan fakta, data dan konsep. Pertalian bahasa merupakan satu rangkaian
berbahasa. Ini berlaku apabila seseorang kanak-kanak menghubungkaitkan apa yang dilihat
dengan nama objek secara menyebutnya. Misalnya, ketika melihat sebiji bola, kanak-kanak
itu akan menyebut bola. Pertalian berbahasa seperti ini hendaklah diulangi sehingga
beberapa kali untuk menjamin peneguhan pertalian. Ia memerlukan kemahiran berbahasa
yang telah dipelajari dahulu.

(e) Pembelajaran Diskriminasi

Belajar membezakan benda-benda yang dipelajari mengikut ciri-ciri tertentu, untuk


memudahkan proses mengkategori dan menyimpannya dalam ingatan. Pada masa yang
sama, pelajar dapat membezakan rangsangan atau maklumat penting berbanding maklumat
tidak penting dan memberi gerak balas berlainan untuk rangsangan yang berlainan.
Pembelajaran diskriminasi adalah sangat penting dalam proses pembelajaran. Pelajar dapat
menapis maklumat penting daripada maklumat tidak penting dan ini memudahkan proses
pengkodan maklumat untuk disimpan dalam ingatan jangka panjang.

(f) Pembelajaran Konsep

Pembentukan konsep bermula dengan pertalian berbahasa dan diskriminasi, iaitu


mengenali ciri-ciri sesuatu konsep secara tepat. Pelajar dapat membentuk konsep yang baik
setelah membuat persepsi dan pengamatan terhadap objek, orang dan peristiwa. Pelajar
perlu didedahkan dengan banyak contoh-contoh yang jelas supaya dia dapat membentuk
konsep yang betul dan tepat. Ini berlaku apabila murid bertindak balas kepada benda-benda

11
EDM 2104 [ PEDAGOGI PENDIDIKAN]

sebagai satu kelas atau kategori. Misalnya, muird yang mempelajari warna, saiz dan bentuk,
akan menggolongkan kuning, merah, hitsm, putih dan hijau sebagai warna; bulat, segitiga,
segiempat dan bujur sebagai bentuk dan bola sepak, bola lisut, bola tenis, bola jaring
sebagai bola.

(g) Pembelajaran Hukum

Pembelajaran ini melibatkan gabungan dua atau lebih konsep yang berkaitan dalam
sesuatu urutan atau rangkaian. Pembelajaran ini melibatkan penggunaan rumus, prinsip dan
generalisasi. Ini merupakan pembelajaran yang kompleks kerana ia melibatkan
pembelajaran konsep rangkaian dan pertalian berbahasa. Misalnya, ketika murid
mempelajari apabila air membeku, isipadunya bertambah. Konsep-konsep yang perlu
dipelajari ialah ‘membeku;. ‘isipadu’ dan ‘bertambah’. Kemudiannya, konsep-konsep ini perlu
dirangkaikan atau dikaitkan di antara satu sama lain untuk membentuk hukuman tersebut.
Contoh yang lain ialah apabila seseorang mengaitkan konsep ‘bulat’ dan ‘bola’ ketika
mempelajari hukum ‘benda-benda bulat tergolek’.

(h) Pembelajaran Penyelesaian Masalah

Pembelajaran ini melibatkan penggunaan prinsip, rumus, generalisasi, konsep dan


hukum untuk menyelesaikan masalah dalam sesuatu situasi baru. Terdapat beberapa
langkah dalam penyelesaian masalah, iaitu mengenal masalah, mencari maklumat,
membuat hipotesis, membuat pilihan, membuat rumusan. Penyelesaian masalah
merupakan pembelajaran paing kompleks. Ia melibatkan penggunaan konsep serta
pembelajaran hokum. Gagne telah menggunakan urutan-urutan penyelesaian masalah
sebagaimana yang dicadangkan oleh John Dewey. Urutan langkah-langkah adalah seperti
berikut : a) Mengenal masalah b) Mencari maklumat c) Membuat hipotesis (memilih cara
menyelesaikan masalah) d) Menguji hipotesis (melaksanakan pelan penyelesaian) e)
Membuat rumusan (melihat kembali dan menyemak) Pembelajaran penyelesaian masalah
bergantung kepada jenis pembelajaran di peringkat yang rendah daripadanya (iaitu yang
sebelumnya). Selagi jenis-jenis pembelajaran di bawah seperti pembelajaran hukum,
pembelajaran konsep, diskriminasi, perkaitan berbahasa, rangkaian dan pembelajaran
isyarat belum dicapai, maka penyelesaian masalah tidaklah dapat dijalankan.

12
EDM 2104 [ PEDAGOGI PENDIDIKAN]

3.0 Implikasi Terhadap P&P

Setiap teori mahupun model pengajaran mempunyai implikasinya yang tersendiri


terhadap sesi pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah. Begitu juga dengan model
pengajaran pemprosesan maklumat Gagne ini. Antara implikasinya model ini adalah
terhadap guru dan juga murid selain kepada proses pengaajran dan pembelajaran itu
sendiri. Implikasi pertama, guru perlu menggunakan bahan konkrit untuk mengajar bahasa.
Ini kerana dengan menggunakan bahan konkrit, murid akan lebih memahami pengajaran
bahasa kerana murid memerlukan benda maujud untuk mengaitkannya dengan pemahaman
mereka.

Seterusnya, guru perlu mengajar sesuatu kemahiran mengikut urutan (rangkaian


motor). Hal ini kerana dengan mengajarkan sesuatu kemahiran mengikut urutan bagi
memudahkan murid untuk menguasai kemahiran tersebut. Contohnya, dalam kemahiran
bahasa, guru akan mengajarkan kemahiran lisan terlebih kerana kemahiran ini merupakan
kemahiran yang lebih rendah berbanding kemahiran membaca dan seterusnya kemahiran
menulis yang lebih tinggi.

Selain itu, guru perlu membimbing murid membezakan ciri-ciri penting. Bimbingan
guru ini penting bagi mengelakkan murid membuat kesilapan ketika membezakan sesuatu
ciri penting. Apabila guru membimbing murid, guru perlulah membuat penerangan terlebih
dahulu bagi memastikan murid faham apa ciri penting tersebut.

Implikasi lain, melalui model ini guru dapat membimbing murid mengenal pasti ciri-
ciri khusus untuk membina konsep dan hukum. Hal ini kerana apabila murid telah dibimbing
oleh guru mengenal pasti ciri khusus maka murid akan dapat membina konsep atau rumus.
Contohnya, guru memberikan beberapa ciri khusus seperti bersisik, berekor, bersirip dan
berenang kepada murid kemudian murid akan dapat membina konsep bahawa ciri tersebut
merupakan ciri seekor ikan.

Terakhir, guru dapat membimbing murid menggunakan prinsip, hukum dan teorem
untuk menyelesaikan masalah. Ini dapat dilihat ketika guru mengajarkan operasi +,-,x dan ÷
kepada murid. Kemudian dengan bimbingan guru, murid akan cuba menyelesaikan masalah
matematik yang diberikan oleh guru.

13
EDM 2104 [ PEDAGOGI PENDIDIKAN]

4.0 Penilaian Model Pemprosesan Maklumat dalam Konteks Bilik Darjah

S (Strenght)
 Rangsangan dari persekitaran luar diterima dalam sistem saraf melalui deria, selepas
itu, maklumat akan di tafsir dalam satu ingatan, kemudia ia di hantar ke stor jangka
panjang dan akhirnya kepada pengerak tindak balas melalui sistem saraf.
 Berfokuskan kepada naluri semulajadi kita untuk memahami dunia dengan lebih
mendalam melalui langkah-langkah yang bersistematik dan berurutan.
 Melalui model projek, murid boleh belajar melalui aktiviti permainan, kerja praktik, kajian
luar dan lawatan.
 Berdasarkan model inkuiri, murid dapat melibatkan diri dalam proses penaakulan bagi
mengasahkan kemahiran menyoal dan membuat kesimpulan serta membina dan
seterusnya menguji konsep dan hipotesis.
 Mendapat ganjaran daripada guru dan melakukan tingkah laku melalui peneguhan yang
diberikan.
 Guru lebih bersedia sebelum membuat pengajaran di dalam bilik darjah.
 Guru mengetahui teknik dan kaedah yang dapat membantu murid mengingati isi
pelajaran.
 Model ini mempunyai maklumat yang holistik mengenai bagaimana minda memproses
maklumat, menerima maklumat, menyimpan maklumat, mengeluarkan maklumat untuk
menggunakannya jika perlu dan mengubahsuai maklumat.
 Model pemprosesan maklumat telah menekankan cara-cara merangsang desakan
dalaman manusia untuk mencari makna dengan memperolehi dan mengorganisasi
data, menyedari masalah dan menjana penyelesaian kepada masalah dan membentuk
konsep dan bahasa untuk menyampaikannya.
 Tokoh Gagne telah menerangkan beberapa fasa yang penting dalam ingatan jangka
panjang. Pengalaman-pengalaman yang disimpan dalam stor ingatan jangka panjang
adalah penting bagi manusia untuk mengaitkannya dengan pengalaman-pengalaman
baru demi memudahkan proses pembelajaran berlaku. Gagne mengenal pasti dan
menyarankan lapan fasa yang biasa dialami oleh manusia dalam sesuatu
pembelajaran, iaitu fasa motivasi, fasa kefahaman, fasa penyimpanan, fasa penahanan,
fasa ingatan kembali, fasa generalisasi, fasa prestasi dan fasa maklum balas.
 Tokoh Gagne juga telah menerangkan mengenai lapan teori pembelajaran. Teori ini
boleh dijadikan panduan kepada guru-guru dalam mengaplikasikannya semasa
menjalankan aktiviti pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas. Teori-teori ini telah
menerangkan beberapa langkah iaitu daripada peringkat yang mudah ke peringkat yang

14
EDM 2104 [ PEDAGOGI PENDIDIKAN]

lebih kompleks.
 Di dalam model pemprosesan maklumat ini, ia mempunyai beberapa model lain yang
manjadi sub-sub di bawahnya. Antaranya adalah, model ekspositori, model inkuiri, dan
model projek. Model-model ini sesuai untuk dijadikan rujukan oleh guru-guru sebagai
panduan dalam memastikan keberkesanan dalam proses pengajaran dan
pembelajaran.

W (Weakness)
 Memerlukan motivasi untuk melaksanakan proses pembelajaran.
 Pembelajaran berlaku melalui proses pelaziman tingkah laku yang sudah biasa di
lakukan.
 Murid akan mengulang tingkah laku yang baik jika di beri pujian atau ganjaran daripada
guru.
 Guru perlu menarik perhatian murid ketika ingin memulakan proses pembelajaran.
 Murid tidak akan mendapat ilmu pengetahuan baharu.
 Sebahagian murid akan menghadapi masalah dalam memahami isi pelajaran
 Tahap kemampuan intelektual setiap murid berbeza antara satu sama lain.

O (Oppurtunity)
 Murid dapat memahami konteks konsep dan prinsip melalui model ekspositori.
 Murid dapat menetapkan matlamat untuk diri sendiri.
 Dapat memotivasikan murid supaya mengambil inisiatif
 Masyarakat dapat mencapai matlamat pendidikan peribadi, sosial dan kendiri.
 Melalui pengajaran dan pembelajaran, guru dapat menyalurkan nilai kebudayaan dan
kebangsaan.
 Model ini dapat menunjukkan kesedaran dan penghargaan mengenai potensi diri murid-
murid.
 Guru boleh mempelbagaikan cara pengajaran bagi menarik minat murid.
 Menerusi model pemprosesan maklumat ini, pelbagai peluang yang boleh diambil oleh

15
EDM 2104 [ PEDAGOGI PENDIDIKAN]

guru-guru mahupun pelajar dalam mengaplikasikan model ini di dalam proses


pengajaran dan pembelajaran supaya menjadi lebih berkesan.
 Kupasan mengenai model ini oleh Robert Mills Gagne telah memperkenalkan pelbagai
fasa dan teori-teori mengenai proses pengajaran dan cara menyimpan maklumat dalam
ingatan jangka masa panjang.

 Kajian yang lengkap mengenai model pemprosesan maklumat ini memberi banyak
faedah kepada individu dalam cara memproses maklumat.

T (Treat )
 Murid hanya ingin mempelajari sesuatu sekiranya mendapat ganjaran daripada guru
sahaja.
 Guru perlu mempelbagaikan aktiviti pengajaran dan pembelajarn untuk mengelakkan
murid merasa bosan.
 Peneguhan yang diberikan perlulah bersesuaian dengan tahap dan potensi murid.
 Murid akan keliru dengan isi pelajaran apabila mereka tidak memahami apa yang guru
sampaikan.

Secara analisis, Teori Gagne terhadap pengajaran dan pembelajaran sesuai


dijalankan di kelas. Guru perlu menekankan sistem pembelajaran harus bermula daripada
yang mudah kepada rumit. Selain itu, proses pengajaran dan pembelajaran mestilah
menurut hierarki kemahiran kecerdasan. Berdasarkan teori Gagne ini proses pengajaran
dan pembelajaran mestilah dilakukan secara berulang-ulang iaitu pembelajaran melalui
rangkaian. Sebagai contoh pengajaran seperti pembacaan teks melalui nyanyian yang
berulang kali lebih diingati oleh pelajar berbanding hanya melalui kaedah biasa pembacaan
teks.

Teori ini menekankan kepada proses mental kanak-kanak. Teori ini juga berasaskan
prinsip pembelajaran kognitif yang menerangkan bagaimana pelajar menerima, memproses,
menyimpan dan mencari maklumat dalam memori. Implikasi teori kognitif dalam pengajaran
dan pembelajaran iaitu guru hendaklah menjadi fasilitator semasa mengajar. Mereka perlu
menyusun maklumat yang ingin disampaikan supaya murid dapat mengaitkan konsep baru
dengan pengetahuan yang sedia ada. Aktiviti dan alatan yang sesuai perlu dibekalkan

16
EDM 2104 [ PEDAGOGI PENDIDIKAN]

kepada mrid-murid mengikut tahap kebolehan mereka. Selain itu, guru perlu mengenalpasti
murid-murid yang berada pada mod pembelajaran berbeza sama ada enaktif, ikonik atau
simbolik. Sekian.

Bahagian 2: Grafik

REFLEKSI - Terhadap Satu Pengalaman Pengajaran

S a ya S it i N ur ul H a id ar bt A bd u l la h S api a n d ar i k um p u la n Pe n d id ik a n
I s l am D P LI - j Q A F Jan u ar i 20 1 3 t el ah m en ye d iak a n R an cang an Pe l aj ar an
H ar i a n P en d id ik a n I s l am t ah un t ig a. P e ng aj ar a n yang sa ya p i l ih ad a la h
b i d ang A l - Q u r a n, d i m a na m ur i d sa ya p er l u m eng u as a i b ac a an S ur ah A l -
A ’ d i ya at ber m u la da r i a yat 1 h i ng g a 5. Mu r id s a ya ad a la h t a hu n 3 Dam a i
d ar i Sek o l ah K eb nag s aa n S et ia A l am , S h ah A l am S e la ng or . Jum l ah m ur id
a d a la h s er am a i 33 or ang . Ke l as i n i d i k et og er ik an k e l as se de r h an a.

N i l a i- n i la i m ur n i yang sa ya t er apk a n ia l a h s up a ya m ur id s a ya r aj in
m em b ac a A l- Q ur an s er t a m e ng am a lk a n b ac aa n s ur ah in i k et ik a
m el ak sa n ak an i ba da h so l at l im a wak t u s eh ar i sem a lam . S e l a in i t u, n i la i
b ek er j as am a d al am ba ca an b er k um pu l an pe r lu d i lak uk an de ng a n
b er su ng g uh - su ng g uh d a lam m eng u as a i b a ca an ag ar l an car s er t a f as ih.

T ek n ik pe ng aj a r a n ya ng t e l ah s a ya p i li h i a la h ap l ik a s i dar i m u da h
k e pa da s uk ar i a it u s a ya m em i li h k a l im ah p en d ek yang t er d ap at d a lam
s ur ah yang i ng in d i b ac ak an. Set e la h m ur i d m eng ua sa in ya , k em ah ir an
d ik em b ang k an m enj a d i a yat - a yat m eng ik ut nom bor ya ng ta r d ap at da l am
s ur ah . P en dek at a n ya ng sa ya p i l ih be r d a sar k a n t e or i Ta kso n omi Dom ai n
K o g ni t i f Bl o om ( Bo om et al . 1 98 9 ) . Me l a l u i t i ng k ah lak u m ur i d se p er t i
b er f ik ir , m er as a da n ber t i nd ak m aka p en yu su na n o bj ek t if m eng ik ut
k e up a yaa n m u r i d da r i m u da h k e pa da sus a h. Ak t i vit i i n i m em b o le hk an
p e ng aj ar a n d ap at d ij a l a nk an de ng a n le b ih s ist em at ik da n b er k es a n.

Set Induksi

Saya mulakan set induksi dengan menayangkan orang membaca surah Al- A’diyaat,
dan gambar surah Al-A’diyaat kemudian bersoal jawab bersama murid, murid dapat

17
EDM 2104 [ PEDAGOGI PENDIDIKAN]

menjawab soalan yang diberi berkaitan dengan surah yang hendak dibacakan. Soalan yang
ditanya adalah berkaitan dengan nama surah, jumlah ayat yang terkandung dalam surah
dan dimanakah surah ini diturunkan. Soalan diajukan secara keseluruhan kelas, murid yang
sukarela menjawab soalan dipilih terlebih dahulu.

KEKUATAN

Murid berminat untuk menjawab soalan yang diajukan kerana tidak semua murid
tahu berkaitan surah yang hendak dibacakan dalam pengajaran hari itu. Sebahagian murid
dapat menjawab soalan yang diberikan berdasarkan pengetahuan mereka sebelum ini.

KELEMAHAN

Murid yang lemah hanya mendiamkan diri dan tidak berusaha untuk menjawab
soalan yang diajukan

2) LANGKAH SATU

Dalam langkah satu saya menggunakan kad kalimah pendek dengan meminta
seorang murid untuk membacakan kad kalimah di hadapan sementara murid yang lain
mengikut bacaan murid tersebut secara kelas, berkumpulan dan individu. Permainan ini
diulang melebihi tiga kali bagi menarik minat membaca tanpa memilih murid yang pandai
dan murid yang tidak pandai di dalam kelas tersebut.

KEKUATAN

Murid kelihatan seronok membaca kalimah dan melihat kawan mereka sama-sama
membacakan kalimah pendek yang dipegang di hadapan kelas. Mereka cuba juga
menyebut kalimah pendek walaupun terdapat sedikit kesalahan dalam bacaan.

KELEMAHAN

Terdapat juga murid yang tidak membaca kalimah tetapi hanya menggerakkan bibir
sahaja jika tidak diperhatikan dengan baik.

18
EDM 2104 [ PEDAGOGI PENDIDIKAN]

3) LANGKAH DUA

Saya meneruskan langkah dengan menggunakan kad kalimah ayat iaitu ayat satu
hingga lima dalam surah Al-A’diyaat. Di sini mereka membacakan ayat dengan
memerhatikan terdapatnya ulangan kalimah pendek yang telah dibacakan pada langkah
satu. Penekanan yang diberikan adalah murid dapat membacakan ayat yang dipaparkan
dengan sebutan yang betul. Mereka diminta untuk membunyikan ayat berulang kali. Kaedah
latih tubi ini saya gunakan agar murid dapat membaca dan mengingat kalimah dengan lebih
baik.

KEKUATAN

Murid dapat membaca dan berminat dengan kaedah ini, mereka kelihatan seronok
membaca kalimah berulang kali. Penekanan diberikan kepada murid agar boleh membaca
dengan betul Seorang guru itu perlu mempunyai suara yang kuat agar mudah didengari
oleh pelajar. Suara yang kuat akan merupakan keperluan seorang guru bagi memudahkan
murid mendengar seterusnya membantu murid memahami apa yang ingin disampaikan oleh
guru. Apabila guru mempunyai suara yang kuat maka murid akan memberi tumpuan kepada
pengajaran guru dan tidak menghiraukan sebarang gangguan.

KELEMAHAN

Terdapat sesetengah murid yang bermain.Kelemahan yang dapat dikenalpasti dalam


pelaksanaan tugasan pengajaran makro ialah guru tidak dapat mengikut masa seperti di
dalam rancangan mengajar. Ketepatan masa penting bagi memastikan proses pengajaran
dan pembelajaran berjalan dengan baik dan lancar.

LANGKAH TIGA

Dalam langkah yang ketiga saya gunakan kaedah perrmainan, dimana semua murid
membacakan kembali surah Al-A’diyaat sementara diedarkan bekas pensel kepada setiap
murid mengikut giliran. Selesai sahaja bacaan surah itu, murid yang di atas mejanya ada
bekas pensel tersebut dikehendaki membacakan satu ayat daripada surah, begitulah
seterusnya. . Saya sentiasa bergerak bagi mempastikan P&P berjaya.

KEKUATAN

Murid memang paling seronok dengan kaedah ini, sambil memerhatikan bacaan rakan
mereka juga dikehendaki membaca surah secara tidak langsung. Ini membolehkan murid
membaca dan mendengar dengan betul.

19
EDM 2104 [ PEDAGOGI PENDIDIKAN]

KELEMAHAN

Permasalahan timbul dari sudut kawalan kelas, murid agak teruja hingga kadang-kadang
meninggikan suara kepada rakan agar membaca dengan baik untuk kumpulan mereka.

4) PENUTUP

Saya mengakhiri proses pengajaran dan pembelajaran dengan murid sama-sama


membacakan kembali surah Al-Adiyaat secara kelas dan saya mengingatkan murid supaya
terus membaca surah ini di dalam solat juga dalam kehidupan seharian agar tidak lupa.

KEKUATAN

Murid boleh membaca secara kelas dengan baik kerana mereka telahpun mengetahui cara
sebutan yang betul untuk membaca surah Al-Adiyaat ayat satu hingga lima.

KELEMAHAN

Murid yang yang lemah dalam bacaan masih ada, namun mereka cuba juga untuk
membaca.

20
EDM 2104 [ PEDAGOGI PENDIDIKAN]

Analisis terhadap Keberkesanan Pengajaran:

Strategi yang digunapakai:

Strategi yang saya gunakan adalah Pemusatan Murid dan Pemusatan Bahan Bantu
Mengajar.

Pemusatan Bahan
Pemusatan Murid
Bantu Mengajar

murid dapat
Kad kalimah ayat
menjawab soalan
pendek dan ayat
yang diajukan pada
panjang
set induksi

seorang murid
mengetuai bacaan Lcd dan Pembesar
dan diikuti oleh suara
pelajar yang lain.

kaedah bermain
melibatkan semua
murid dalam p&p

21
EDM 2104 [ PEDAGOGI PENDIDIKAN]

Kaedah yang digunapakai:

Guru tidak dapat


Guru dapat
mengenalpasti
membetulkan
kesalahan sebutan
kesalahan ayat
murid secara kelas
yang dibaca murid
Semua murid dan kumpulan
yang terpilih
melibatkan diri
dalam kedua-dua
kaeda Kaedah
Kaedah
Latih Tubi
Bermain

Semua murid dapat


Tidak Semua murid dapat
menyebut kalimah
menyebut kalimah dan
dan ayat
ayat kerana menunggu
giliran pensel box di meja
masing-masing

22
EDM 2104 [ PEDAGOGI PENDIDIKAN]

Faktor-faktor lain yang menyumbang kepada keberkesanan P&P:

penggunaan
surau

Faktor
Lain
penggunaan
komunikasi
teknologi
yang baik
maklumat

23
EDM 2104 [ PEDAGOGI PENDIDIKAN]

Analisis yang dapat saya berikan adalah seperti berikut:

S W
Strategi yang
diguna pakai
-Pemusatan - Dapat menimbulkan rasa minat -Tumpuan tidak boleh diberi kepada
murid murid untuk belajar kerana semua keseluruhan murid kerana jumlah
murid terlibat dalam p&p. pelajar yang ramai menyebabkan
-Menimbulkan rasa yakin setiap saya sukar untuk memberi perhatian
murid kerana murid dapat kepada tiap-tiap murid.
menyampaikan idea secara bebas. -Penglibatan setiap pelajar tidak
-Dapat memahami minat murid menyeluruh.
dengan lebih mendalam dan -Faktor masa iaitu masa yang terhad
memudahkan saya dalam proses yang diperuntukkan kepada guru
pengajaran. akan menyebabkan apa yang ingin
-Banyak masa diperuntukkan untuk disampaikan oleh guru tidak
aktiviti murid sahaja. tercapai.
-Murid terlibat secara aktif dalam -Kawalan kelas tidak menyeluruh
pembelajaran mereka. menjadikan kelas tidak teratur dan
-saya dapat mengetahui tahap tidak bagus.
kemampuan murid. -Potensi murid yang berbeza-beza
dalam kelas menyukarkan saya
semasa dalam proses pembelajaran.

-Pemusatan - Menarik minat murid untuk -saya perlu memperbesarkan kad


bahan memberi lebih fokos terhadap kalimah kerana saya menggunakan
pembelajaran dalam kelas dengan surau sebagai medium atau tempat
memberi tumpuan yang berlakunya pembelajaran.
sepenuhnya.
-Membuatkan murid memberi
perhatian sepenuhnya terhadap
saya.
-Interaksi berlaku antara saya
dengan bahan pengajaran atau
murid dengan bahan pengajaran.

24
EDM 2104 [ PEDAGOGI PENDIDIKAN]

Kaedah yang
diguna pakai
- Bermain - Pembelajaran dalam kelas lebih - Aspek keselamatan.
aktif. -Kawalan murid tidak dapat diberi
-Sifat kepimpinan murid dapat perhatian sepenuhnya.
dibentuk. -Masa yang terhad diperuntukkan
-Memupuk nilai murni dalam murid untuk menjalankan projek kadang
dengan sifat tanggungjawab,hormat- kala tidak dapat dilaksanakan
menghormati, sopan santun, sepenuhnya semasa dalam
kerjasama antara kumpulan dan pembelajaran dan pengajaran.
sebagainya.

- Latih tubi -memperkukuhkan daya ingatan -agak membosankan kerana ulang


murid dengan kekerapan perkara yang sama.
pengulangan yang berlaku - tidak semua murid membuka mulut
menyebut kalimah yang diberi
Faktor Lain
-Surau - Ruang yang besar untuk kaedah - sukar untuk mangawal keadaan
bermain murid yang terlalu teruja.

-Komunikasi -saya menyampaikan dengan suara -disebabkan saya seorang guru


yang baik yang jelas perempuan, keadaan terkawal
-nada suara saya yang sentiasa selepas ditegur, kemudian masih
berubah-ubah sukar untuk mengawal kelas.

-Penggunaan -Menggunakan LCD dan speaker -tiada kelemahan-


teknologi yang baik.
maklumat

1.

25
EDM 2104 [ PEDAGOGI PENDIDIKAN]

O (OPPURTINITIES) T (THREATS)
Strategi yang
diguna pakai
-Pemusatan - Guru perlu berusaha mencari -
strategi atau cara yang sesuai dan
murid
menarik kerana dalam sesebuah
kelas murid-murid adalah berbeza
daripada pelbagai segi mental,
fizikal, dan emosi

-Pemusatan -Membuat kad kalimah dengan


bahan menarik.
Kaedah yang
diguna pakai
- Bermain - saya dapat melihat murid yang -masa yang singkat bagi
selama ini diam, terlibat secara menyempurnakan aktiviti.
aktif dalam aktiviti permainan.
- Latih tubi
Faktor Lain
-Surau -Saya mencuba medium selain -Terlalu luas menyebabkan murid
kelas. berlari sampai ke hujung surau

-Komunikasi -mengubah nada suara mengikut - Kesihatan suara


yang baik situasi.

-Penggunaan
teknologi -menarik minat murid kerana di -Laptop tidak detected LCD sreen
maklumat kelas tiada ssitem LCD. -Pemasangan mengambil masa yang
lama

26
EDM 2104 [ PEDAGOGI PENDIDIKAN]

KESIMPULAN

Secara keseluruhannya saya berpuas hati dengan pembelajaran murid pada hari itu.
Setiap guru hendaklah kreatif menggunakan sumber yang ada di dalam kelas. Selain itu,
guru juga haruslah mengambil kira sosio budaya dan ekonomi setempat agar pengajaran
dapat dimanfaatkan sepenuhnya. Saya perlu mengadakan penambahbaikan dengan
merancang masa dengan betul supaya sesi pengajaran berjalan dengan lancar Hal ini juga
akan memudahkan saya menyelesaikan setiap bahagian penyampaian pengajaran dari
permulaan sesi pengajaran hingga tamat.

27
EDM 2104 [ PEDAGOGI PENDIDIKAN]

RUJUKAN:

1. Bruce ,R.Joyce (2009), Model Of Teaching. University of California

2. Azizi Yahaya, Asmah Suboh (2005), Aplikasi Kognitif dalam Pendidikan. Kuala
Lumpur, PTS

3. Mohd Sharani Ahmad (2003), Tip Pandai Belajar. Kuala Lumpur, PTS Millennia

4. Mohd. Sharani Ahmad (2004), Mengurus Kanak-Kanak yang Susah Belajar. Kuala
Lumpur,PTS Professional

5. Wolfgang Klimesch (1994), The Structure of Long- Term Memory: A Connectivity


Model of Semantic Processing. Hillsdale, New Jersey.Lawrence Erlbaum
Associates,Inc.

6. Shahabuddin Hashim, Dr. Rohizani Yaakub, Mohd. Zohir


Ahmad(2007).Pedagogi:Strategi dan Teknik Mengajar dengan Berkesan.Kuala
Lumpur,PTS Professional

7. PISMP (2010) retrived from: http://pismpf2010.blogspot.com/2010/08/model


pengajaran-pemprosesan-maklumat.html

8. Model-model Pengajaran (2006),retrived from:


http://kheru2006.webs.com/pedagogi/pengajaran_model.htm

28

You might also like