You are on page 1of 26

ISI KANDUNGAN

BAB 1....................................................................................................................................................3
PENDAHULUAN.................................................................................................................................3
1.1 PENGENALAN.............................................................................................................................3
1.2 PERNYATAAN MASALAH..........................................................................................................4
1.3 TUJUAN KAJIAN.........................................................................................................................6
1.4 OBJEKTIF KAJIAN......................................................................................................................6
1.5 PERSOALAN KAJIAN................................................................................................................6
1.6 HIPOTESIS KAJIAN....................................................................................................................7
1.7 SKOP DAN BATASAN KAJIAN.................................................................................................7
1.8 KEPENTINGAN KAJIAN............................................................................................................8
1.9 DEFINISI OPERASIONAL..........................................................................................................8
1.10 RUMUSAN................................................................................................................................10

BAB 2 TINJAUAN LITERATUR....................................................................................................11


2.1 PENGENALAN KEPADA KONTEKS KAJIAN......................................................................11
2.2 TEORI/MODEL KAJIAN............................................................................................................11
2.2.2 TEORI PERKEMBANGAN KOGNITIF................................................................................14
2.3 DAPATAN KAJIAN LALU.........................................................................................................14
2.4 KERANGKA KONSEPTUAL....................................................................................................16
2.5 RUMUSAN...................................................................................................................................16

BAB 3 METADOLOGI KAJIAN......................................................................................................17


3.1 PENGENALAN...........................................................................................................................17
3.2 REKA BENTUK KAJIAN...........................................................................................................17
3.3 PERSAMPELAN.........................................................................................................................18
3.4 INSTRUMEN KAJIAN................................................................................................................19
3.5 KAJIAN RINTIS..........................................................................................................................20
3.6 PROSEDUR PENGUMPULAN DATA.....................................................................................21
3.7 PROSEDUR PENGANALISAN DATA.....................................................................................21
3.8 RUMUSAN...................................................................................................................................22
RUJUKAN..........................................................................................................................................23
LAMPIRAN.........................................................................................................................................26

PELAKSANAAN KEM KECEMERLANGAN JAWI DAN IMPAKNYA DALAM KALANGAN


MURID TAHUN 3 SEKOLAH KEBANGSAAN SUNGAI PETANI

BAB 1

PENDAHULUAN

1.1 PENGENALAN

Menurut Harun (2004) abad ke-14 Masihi merupakan zaman peralihan iaitu menebalnya

pengaruh Arab dan menipisnya pengaruh India. Rentetan itu, lahirlah tulisan jawi. Menurut

Syed Naquib al-Attas (1990), Tulisan Jawi ialah hasil daripada pengubahsuaian dan

penambahan huruf-huruf Arab yang disesuaikan dengan lidah dan bunyi perkataan orang

Melayu bagi tujuan pengajaran dan pembelajaran. Sebagai contoh, huruf ga (‫)ض‬

diperkenalkan dalam Tulisan Jawi berasal dari huruf kaf ‫) ك‬, begitu juga dengan huruf cha (‫)خ‬

yang diperkenalkan berasaskan huruf Ta (‫ ) ت‬dan Jim (‫) ج‬. Digunakan dengan amat meluas

sejak zaman Kesultanan Melayu Melaka, Tulisan Jawi memainkan peranan yang amat

penting dalam penyebaran maklumat paling utama. Namun sejak akhir-akhir ini, Tulisan Jawi

nampaknya semakin goyah dan menunggu masa untuk terkubur jika tiada pihak yang cakna

tentang isu ini.

Justeru, Kementerian Pelajaran Malaysia telah mengambil satu inisiatif dengan mewajibkan

semua murid mempelajari Tulisan Jawi sebagai satu usaha mempertahankan warisan

bangsa ini. Guru-guru di Kementerian Pelajaran Malaysia telah mengajar menggunakan

sukatan pelajaran yang disediakan khas oleh pihak Kementerian Pelajaran Malaysia itu

sendiri. Aspek menguasai kemahiran menulis Jawi adalah salah satu daripada kandungan

yang terkandung dalam Standard Pembelajaran Jawi di peringkat sekolah rendah.


Penguasaan murid dalam kemahiran menulis akan membantu murid untuk lebih menguasai

kemahiran yang lebih mencabar seperti menulis rangkai kata, ayat dan karangan dalam

Jawi.

1.2 PERNYATAAN MASALAH

Bidang Jawi dalam Pendidikan Islam diajar sejak Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah

(KBSR) sehingga Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR). Sejak itu, penguasaan

murid dalam kemahiran Jawi masih berada di tahap yang tidak membanggakan. Menurut

Kang (1990) dalam kajiannya menyatakan rakyat Malaysia kini lebih selesa dengan tulisan

rumi dan mengakibatkan tulisan jawi diketepikan (Abdullah,2003).Kini sebagai langkah

menyuburkan kembali warisan ini, Tulisan Jawi telah diangkat sebagai medium asas

pengajaran dan pemudahcaraan Pendidikan Islam di sekolah-sekolah di seluruh Malaysia

(Kang Kyoung Seok, 1990).

Pada tahun 2015, program j-QAF telah memperkenalkan Kem Cemerlang Jawi dengan

harapan agar program ini dapat memperkasakan lagi mata pelajaran Pendidikan Islam dan

meningkatkan penguasaan kemahiran menulis Jawi dalam kalangan murid sekolah

rendah.Kem Cemerlang Jawi ini merupakan satu program yang diibaratkan sebagai medium

pemulihan kepada murid-murid yang lemah Jawi. Terdapat beberapa modul yang telah

disediakan oleh pihak Kementerian Pelajaran Malaysia. Modul ini juga digunakan bersama

metadologi dan teknik yang berkesan agar murid dapat menguasai kemahiran mengenal,

membaca dan menulis jawi dengan sempurna.

Menurut Karmila (2017), dalam Jurnal Praktikum Mingguan yang tidak diterbitkan

menyatakan bahawa rata-rata murid tahun 2 dan 3 di Sk Sungai Petani masih tidak
menguasai kemahiran menulis huruf jawi tunggal dan bersambung. Dapatan ini juga

disokong dengan maklumat yang diperoleh daripada hasil penilaian guru-guru Pendidikan

Islam di Sekolah Kebangsaan Sungai Petani, Sungai Petani. Situasi murid-murid Islam yang

lemah dalam menguasai tulisan jawi merupakan satu perkara yang serius kerana kebanyak

bahan bantu belajar seperti lampiran kerja dan buku teks adalah dalam tulisan jawi.

Dapatan ini juga disokong dengan kajian lain yang dijalankan oleh Mohd Nasir (2012)

menyatakan bahawa pengkaji mendapati ramai murid yang lemah dan kurang memahami

kaedah menulis huruf jawi bersambung sehingga mereka gagal menulis perkataan dengan

betul. Disamping itu juga, kajian lepas oleh Mohd Ridzuan (2012) mendapati bahawa

terdapat murid yang menghadapi masalah untuk menulis huruf bersambung seperti nga di

hadapan perkataan, di tengah perkataan dan di akhir perkataan.

Selain itu juga, Farhatul Madihah (2014) turut menyatakan bahawa murid kelihatan bosan

apabila membuat latihan berkaitan menulis huruf jawi terutamanya melibatkan penulisan

huruf jawi bersambung. Masalah berkaitan kemahiran menulis huruf jawi ini bukan hanya

dapat dilihat apabila murid menulis suku kata, malah ada di antara murid yang tidak dapat

menulis huruf jawi tunggal dengan kaedah yang betul. Hal ini menyebabkan guru mengambil

masa yang agak lama untuk meneliti hasil kerja murid kerana terdapat beberapa perkataan

jawi yang mengandungi huruf hamzah tidak dapat ditulis dengan betul (Masitah, 2014).

Kebanyakan murid juga tidak dapat mengecam huruf jawi yang mewakili huruf rumi dan

menyebabkan mereka tidak dapat menulis huruf jawi tunggal dan bersambung dengan betul

(Mohd Khairul Anuar,2014).

Sebagai satu langkah untuk mendalami masalah tersebut, satu kajian tinjauan telah

dijalankan untuk mengumpul data berkaitan perlaksanaan kem cemerlang jawi dan
kesannya terhadap penguasaan kemahiran menulis huruf jawi tunggal dan huruf jawi

bersambung. Dari penyataan masalah ini didapati bahawa pencapaian akademik murid

dalam matapelajaran pendidikan Islam dipengaruhi oleh beberapa faktor antaranya ialah

kurangnya penguasaan dalam menulis dan membaca jawi. Dapatan kajian ini diharap dapat

meningkatkan penguasaan murid ke tahap yang lebih baik dan sempurna.

1.3 TUJUAN KAJIAN

Kajian ini dijalankan untuk melihat sejauhmana KCJ membantu murid untuk meningkatkan

penguasaan kemahiran menulis huruf jawi tunggal dan bersambung dalam kalangan murid-

murid tahun 3 Sekolah Kebangsaan Sungai Petani. Kajian ini juga dilaksanakan untuk

mengenalpasti faktor-faktor murid tidak menguasai tulisan jawi dan kesan pelaksanaan kcj

terhadap masalah tersebut.

1.4 OBJEKTIF KAJIAN

- Mengenal pasti faktor murid tidak menguasai kemahiran menulis huruf jawi tunggal

dan huruf jawi bersambung


- Mengenal pasti kesan penggunaan modul kcj terhadap murid dalam kemahiran

menulis huruf jawi tunggal dan bersambung

1.5 PERSOALAN KAJIAN

- Apakah faktor murid tidak menguasai kemahiran menulis huruf jawi tunggal dan huruf

jawi bersambung?
- Apakah kesan penggunaan modul KCJ dalam kalangan murid lelaki dan perempuan?
- Apakah kesan penggunaan modul KCJ dalam kalangan murid kelas 3UM, 3UKM dan

3 USM?
- Apakah jenis modul yang digunakan oleh murid kelas 3UM, 3 UKM dan 3 USM dalam

pelaksanaan KCJ?

1.6 HIPOTESIS KAJIAN

- Terdapat perbezaan yang signifikan faktor murid tidak menguasai kemahiran menulis
huruf jawi tunggal dan huruf jawi bersambung.

- Terdapat perbezaan yang signifikan mengenai penggunaan modul KCJ dalam


kalangan murid lelaki dan perempuan.

- Terdapat perbezaan yang signifikan mengenai penggunaan modul KCJ dalam


kalangan murid kelas 3UM, 3UKM dan 3 USM

- Terdapat perbezaan yang signifikan dalam penggunaan jenis modul dalam kalangan
murid kelas 3UM, 3UKM dan 3USM.

1.7 SKOP DAN BATASAN KAJIAN

Kajian ini merupakan satu kajian kuantitati deskriptif. Kajian ini akan dijalankan terhadap 90

orang murid tahun 3 di SK Sungai Petani. Kajian ini dijalankan ke atas 3 kelas murid tahun 3

iaitu kelas 3 UM, 3 USM dan 3 UKM. Setiap kelas mempunyai 30 orang murid. Kelas

pertama, iaitu kelas 3 UM merupakan kelas yang kebanyakan muridnya mempunyai

pencapaian yang baik dari segi akademik. Murid-murid kelas 3 UM terdiri daripada 15 lelaki

dan 15 orang perempuan. Kelas kedua yang menjadi pilihan pengkaji ialah kelas 3 USM.

Murid-murid daripada kelas 3 USM ini adalah murid dengan pencapaian akademik

sederhana. Jumlah murid dalam kelas ini ialah 19 orang murid perempuan dan 11 orang

murid lelaki. Kelas terakhir di dalam tahun 3 di Sk Sungai Petani ini ialah kelas 3 UKM. Kelas

ini mempunyai 20 orang murid lelaki dan 10 orang murid perempuan. Kelas ini terdiri
daripada murid-murid yang lemah dalam pelajaran dan ada di antara mereka yang gagal

dalam peperiksaan.

1.8 KEPENTINGAN KAJIAN

Kepentingan kajian ini dijalankan bertitik tolak daripada beberapa persoalan melalui tinjauan

terhadap kesan pelaksanaan Kem Kecemerlangan Jawi terhadap murid tahun 3. Antara

kepentingan kajian ini adalah seperti berikut:

1) Kajian ini juga diharap dapat memberikan satu data rasmi kepada pihak JPN bagi

membolehkan pihak JPN untuk membuat penambahbaikan demi meningkatkan

penguasaan jawi di peringkat sekolah agar tulisan jawi tidak luput ditelan zaman.
2) Kajian ini diharap dapat membantu pihak sekolah untuk merancang dan mengelola

satu aktiviti atau projek bagi menambahbaik kemahiran murid dalam menulis jawi.
3) Kajian ini juga diharap mampu membuka mata ibu bapa tentang pencapaian anak-

anak zaman sekarang dan membolehkan ibu bapa mengambil langkah mengatasi

masalah ini.
4) Kajian ini juga diharap dapat membantu guru untuk merancang Pdpc dengan lebih

baik dan menarik agar kemahiran menulis jawi dapat ditingkatkan ketahap

maksimum.
5) Kajian ini diharap dapat membantu mengesan punca murid tidak menguasai

kemahiran menulis huruf jawi tunggal dan huruf jawi bersambung dan membolehkan

pihak berkenaan merancang langkah mengatasinya.

1.9 DEFINISI OPERASIONAL

Berikut merupakan beberapa istilah yang digunakan dalam kajian ini.

i) KCJ
Merujuk kepada Kem Kecemerlangan Jawi yang dijalankan di sekolah-sekolah
mengikut sukatan yang ditetapkan oleh Jabatan Pendidikan Negeri.

ii) Huruf Tunggal Jawi : Kamus Dewan (2002), mendefinisikan jawi merupakan
huruf Arab yang digunakan untuk menulis dalam bahasa Melayu. Pedoman Ejaan
dan Sebutan Bahasa Melayu, DBP (2000), tulisan Jawi ditulis (dan dibaca) dari
kanan ke kiri (seperti sistem tulisan bahasa Arab). Sistem tulisan ini tidak
mempunyai huruf besar atau huruf kecil seperti tulisan Rumi, tetapi perubahan
bentuk akan berlaku bagi beberapa huruf tertentu apabila dirangkaikan dengan
huruf yang lain dalam penulisan sesuatu perkataan. Abjad Jawi bahasa Melayu
sekarang mengandungi 36 huruf tunggal.

iii) Huruf Jawi Bersambung


Huruf-huruf jawi yang boleh bersambung antara satu huruf dengan huruf yang
lain. Keadaan huruf-huruf bersambung boleh berlaku sama ada di hadapan, di
tengah atau di belakang.--

iv) Suku kata terbuka


Suku kata terbuka ialah suku kata yang diakhiri dengan huruf vocal. Huruf vocal
Jawi ialah alif , waw, dan ya. Atau dalam ejaan rumi diakhiri dengan huruf vokal
a,e,I,o dan u.

Contohnya:
a) Selipar – ‫سليفر‬ b) Gamat - ‫ضامت‬

v) Suku kata tertutup

Perkataan atau suku kata yang diakhiri dengan huruf konsonan. Huruf konsonan
Jawi sama juga dengan huruf rumi iaitu selain daripada alif, waw, dan ya. Atau
selain a,e,I,o dan u.

Contohnya:

a) Pelampung – ‫فلمفوغ‬ b) Kasut ‫ كاسوت‬-

1.10 RUMUSAN
Kajian ini merupakan satu kajian tinjauan yang akan dijalankan di sebuah sekolah yang
terletak di Daerah Kuala Muda Yan, Sekolah Kebangsaan Sungai Petani. Kajian ini
dijalankan bagi melihat kesan penggunaan Modul Kem Kecemerlangan Jawi dan faktor
murid tidak menguasai kemahiran menulis jawi. Kajian ini akan menggunakan 90 sampel
yang terdiri daripada murid tahun 3 UM, 3 USM dan 3 UKM. Pengkaji berharap kajian ini
dapat dilaksanakan agar usaha mengatasi masalah lemah menulis jawi ini dapat diatasi
segera..
BAB 2 TINJAUAN LITERATUR

2.1 PENGENALAN KEPADA KONTEKS KAJIAN

Di zaman modenisasi kini, tulisan jawi semakin di anak tirikan. Kebanyakan


masyarakat kini kurang mengambil berat tentang tulisan jawi. Masyarakat Malaysia kini lebih
gemar membaca buku, majalah atau surat khabat dalam bahasa melayu dan inggeris yang
menggunakan tulisan rumi. Maka, rentetan dari hal ini, tulisan jawi kian dilupai dan
menjadikan masyarakat kian leka dan alpa. Mereka terlupa untuk memantapkan
penguasaan jawi sehingga mereka tidak dapat membantu anak mereka dalam pelajaran
jawi. Kajian ini bertujuan untuk melihat impak Kem Kecemerlangan Jawi terhadap
penguasaan kemahiran menulis huruf jawi tunggal dan huruf jawi bersambung. Oleh yang
demikian itu, bab ini membincangkan tentang teori-teori yang berkaitan dengan aspek kajian
ini. Bab ini juga melihat pandangan dan dapatan kajian yang terdahulu yang boleh dijadikan
rujukan dan panduan kepada kajian ini.

2.2 TEORI/MODEL KAJIAN

Pendidikan Jawi juga bermulanya dengan beberapa kemahiran yang perlu dititikberatkan.
Antaranya ialah kemahiran mengingat ( menghafaz ), membaca dan menulis. Ia amat berkait
rapat di antara satu sama lain untuk mencapai satu objketif utama yang berkaitan dengan
kajian.

Daripada The Discovery of the child, Dr. Montessori mendapati bahawa ,

Penulisan mendahului bacaan …………Penulis adalah tindakan di mana psikomotor


mekanisme amat ketara , sebaliknya dalam pembacaan, kami hanya mencapai sesuatu
pekerjaan yang intelektual.
Biarlah kanak-kanak itu meraih faedah dalam tempoh masa yang lama melalui aktiviti-aktiviti
motor ini sebelum bergerak kepada sesuatu pembacaan yang amat abstrak. Ingat bahawa
masa penulisan yang panjang atau pembinaan perkataan adalah cara semulajadi untuk
seorang kanak-kanak belajar membaca. Dr. Montessori kerap menekankan bahawa tangan
itu adalah guru utama kanak-kanak. Beliau mengambil satu petikan daripada The Absorbant
Mind .

Aristotle adalah orang yang pertama mengenali kemampuan unik ingatan manusia dalam
pepatah masyhurnya :

Tidak ada apa dalam intelektual ini yang tidak dikesan dalam derianya
tetapi ia wujud dalam inteleknya dalam kaedah yang berlainan daripada
dalam deria

2.2.1 TEORI BEHAVIORISME

Dalam menjalankan penyelidikan berkaitan pendidikan, penyelidik lebih suka untuk


menggunakan Teori Behaviorisme. . Teori ini telah diasaskan oleh J.B Watson yang popular
dengan teori Little Albert. Selain daripada J.B Watson terdapat tokoh lain yang turut mengkaji
tentang teori ini. Mereka adalah tokoh terkenal seperti B.F Skinner, Thondike dan Pavlov.
Mereka berpendapat bahawa pembelajaran merupakan satu tingkah laku yang boleh
diperhatikan, dikawal dan diramal. Dari perspektif teori behaviorisme, pembelajaran hanya
bermula apabila wujudnya tindak balas terhadap suatu rancangan yang diberi. Proses
pembelajaran akan diteruskan jika terdapat motivasi ekstrinsik yang sesuai (sama ada
peneguhan positif atau negatif) sementara pembelajaran dikatakan berakhir apabila
perubahan tingkah laku dapat dibentuk dan dikekalkan.

Secara lebih terperinci, penyelidik memilih untuk melihat kepada Konsep Khas Teori
Behaviorisme (Ivan Pavlov). Teori ini amat relevan dan amat membantu penyelidik dalam
mencari rujukan berkaitan kajian yang dijalankan kerana teori ini menggunakan gerak balas.
Dalam penulisan Rabiatul Faezah Rameli et.al (2010) Teori Behaviorisme yang dikemukakan
oleh Ivan Pavlov ini menerangkan bahawa “Gerak balas ialah apa sahaja tingkah laku yang
timbul akibat daripada rangsangan. Manakala rangsangan pula adalah apa sahaja bentuk
tenaga yang menimbulkan gerak balas pembelajaran. Rangsangan juga boleh dikaitkan
dengan satu rangsangan yang lain untuk mendatangkan pembelajaran”. Teori ini
bersesuaian dengan kajian penyelidikan dalam bidang pendidikan kerana penyelidik
menggunakan cara rangsangan melalui modul. Murid diberikan modul untuk merangsang
pengetahuan sedia ada mereka untuk menulis huruf jawi tunggal dan huruf jawi
bersambung.

Teori Tingkah Laku atau dikenali sebagai Teori Pembelajaran dengan ahli-ahlinya
Skinner (1957), Jenkins dan Palemo (1964) serta Braine (1971) mengatakan kanak-kanak
tidak mempunyai kemahiran memperoleh bahasa secara semula jadi . Namun, mereka
percaya kanak-kanak mempunyai keupayaan untuk mempelajarinya dan persekitaran
memainkan peranan utama untuk merangsang penguasaan tersebut. Oleh yang demikian
minat dan tahap penguasaan seorang murid dalam sesuatu pembelajaran itu bergantung
kepada rangsangan dan bahan bantu belajar yang disediakan oleh seorang guru. Misalnya,
modul atau permainan. Dalam kajian ini, rangsangan yang disediakan oleh guru ialah modul.
Oleh itu, teori ini juga boleh dijadikan rujukan sepanjang kajian ini dijalankan.

Selain itu juga, menurut kajian yang dijalankan oleh UPSI-KPT4033 Group S (2012)
Teori Pengajaran tingkah laku, “Teori B.F Skinner sangat bersesuaian dengan guru di
sekolah sebagai contoh dalam pengajaran guru selalu menggunakan pujian 'bagus' atau
'betul' kepada pelajar-pelajar yang menjawab soalan dengan betul, untuk mengukuhkan
jawapannya, manakala ‘cuba lagi’ bagi jawapan yang salah atau tidak tepat.Gred dan
markah digunakan bagi menggalakkan pelajar tersebut belajar. Pelajar yang terbaik pula
diberi hadiah tahunan”. Kesemua ini adalah berdasarkan teori tingkah laku.Pembelajaran
berlaku dalam proses pelaziman operan kerana ini melibatkan berbagai-bagai gerak balas
operasi.

Opportunity (Peluang Teori Behaviorisme) yang digunakan oleh penyelidik kerana guru
perlulah mengamalkan pengajaran yang seimbang iaitu dengan mengurangkan aktiviti
pengajaran dan pembelajaran berpusatkan guru tetapi sebaliknya lebih banyak
mempraktikkan aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang berpusatkan pelajar dan aktiviti.
Melalui teknik ini, murid dapat mengembangkan idea dan bebes memberi pendapat mereka.
Murid juga mempunyai tahap keyakinan yang lebih tinggi.Ini bersesuaian dengan tahap
pemikiran murid yang terlibat dengan pemulihan Jawi menggunakan Modul KCJ. Murid
memerlukan latih tubi perkataan atau huruf yang dipamerkan bagi mengingat perkataan atau
huruf tersebut.

2.2.2 TEORI PERKEMBANGAN KOGNITIF

Teori ini diasaskan oleh Jean Piaget (1960) yang menyatakan bahawa kanak-kanak
adalah pelajar yang aktif dan mereka sudah mula menjalankan aktiviti berfikir semenjak
mereka masih bayi. Kajian beliau tentang perkembangan berfikir manusia telah
menunjukkan bahawa dalam jangka hayat setiap individu itu, mereka akan melalui empat
tahap berfikir iaitu semasa mereka masih bayi (dari lahir hingga 1tahun setengah atau 2
tahun, peringkat umur prasekolah (1 tahun setengah atau dua tahun hingga 6 atau 7 tahun),
peringkat umur kanak-kanak (6 atau 7 tahun hingga 11 atau 12 tahun) dan peringkat remaja
sehingga dewasa (11 atau 12 tahun hingga seterusnya).

Berpandukan teori yang digariskan oleh Jean Piaget ini, kanak-kanak berjaya
memperoleh kemahiran berbahasa menerusi hubungan antara keupayaan kognitif dan
pengalaman yang dialaminya.Persekitaran kanak-kanak ini ini dan perkembangan
neurologinya menentukan pembelajaran. Keupayaan bahasa dan berfikir kanak-kanak
berkembang seiring apabila mereka melalui tahap-tahap yang semakin kompleks. Piaget
yakin bahawa kemahiran berbahasa adalah sesuatu keupayaan semula jadi.

Ahli-ahli psikologi kognitif menekankan bahawa kita bukanlah penerima rangsangan


yang pasif sebaliknya otak kita akan memproses secara aktif setiap maklumat yang diterima
dan menukarkan maklumat kepada bentuk atau kategori baru. Sebagai manusia yang telah
dikurniakan otak untuk berdikir, kita seharusnya dapat bertindak balas dengan sewajarnya
apabila menerima sesuatu maklumat.

2.3 DAPATAN KAJIAN LALU

Kamaruddin (1998) di dalam kajiannya berpendapat bahawa kemahiran menulis


merupakan sebahagian daripada kemahiran yang penting untuk semua murid di bangku
sekolah. Hal ini kerana sebahagian besar daripada pendidikan formal memerlukan kerja-
kerja menulis dan mengarang karangan untuk menyampaikan maklumat, idea, perasaan dan
pendapat.

Lansing (1971) berpendapat bahawa murid-murid di peringkat sekolah rendah perlu


diberi latihan untuk meningkatkan kemahiran psikomotor dalam penggunaan bahan dan
peralatan. Begitu juga dengan menulis Jawi. Pada pandangan saya, latihan perlu diberikan
kepada murid agar mereka mahir menulis jawi. Latihan ini diberi melalui penggunaan modul-
modul sedia ada di samping latihan daripada lembaran kerja yang disediakan oleh guru.

Ishak (1992) menekankan bahawa kemahiran menulis bukan sahaja tertumpu kepada
mata pelajaran Bahasa Melayu sahaja, bahkan melibatkan mata pelajaran lain yang
memerlukan kecekapan pengucapan idea, fakta, dan hujah berbentuk tulisan. Selain
daripada menulis perkataan dalam bahasa melayu, murid juga perlu menguasai tulisan jawi.
Hal ini kerana tulisan jawi adalah tulisan warisan kita.

Menurut S. Nathesan (2010) kemahiran menulis merupakan kemahiran yang agak


kompleks dan mencabar. Oleh itu, guru perlu sentiasa memantau hasil kerja murid terutama
berkaitan penulisan jawi. Guru perlu membantu murid dengan kaedah penulisan jawi yang
betul agar mereka akan menulis dengan cekap dan kemas.

Menurut Azlan Shah (2012) masalah utama murid adalah mereka tidak mampu untuk
mengenal dan menyebut huruf Jawi yang hampir sama bentuk dengan betul. Sebagai
seorang guru Pendidikan Islam penyelidik terpanggil untuk melihat cara modul KCJ ini
membantu murid-murid yang lemah ini untuk menguasai huruf jawi tunggal dan bersambung
seterusnya membantu mereka untuk menulis huruf jawi tunggal dan bersambung ini dengan
tepat.

Gibson dan Lewin (1975) telah mengenal pasti bahawa huruf dipelajari dengan
mengenali ciri-ciri spartial yang tertentu. Dalam kajian ini, guru sangat memainkan peranan
penting dalam membantu murid-murid pada tahap awal untuk mengenal huruf secara visual
menggunakan alat bantu belajar. Modul KCJ merupakan salah satu bentuk bahan
rangsangan untuk Bahan Bantu Belajar.
Menurut Taufid (2005), mendapati bahawa murid masih lagi menghadapi masalah
dalam aspek menyambung huruf jawi. Hal ini menunjukkan bahawa penguasaan kemahiran
menulis jawi di kalangan murid adalah lemah (Farizah, 2005). Oleh itu, pengkaji ingin
mengenal pasti faktor murid lemah dalam kemahiran menulis jawi agar langkah mengatasi
masalah ini dapat diambil segera.

Nik Najmiah (2011) telah menghasilkan satu jadual rumus transliterasi huruf jawi-rumi.
Selepas penghasilan rumus ini murid-murid lebih bersemangat untuk membuat latihan jawi.
Modul KCJ juga merupakan satu medium alat bantu yang boleh menyuntik semangat murid
untuk belajar jawi.

2.4 KERANGKA KONSEPTUAL

PENGUASAAN KEMAHIRAN MENULIS HURUF JAWI TUNGGAL


DAN HURUF JAWI BERSAMBUNG DALAM KALANGAN MURID
TAHUN 3 SKSP

JANTINA KUMPULAN MURID :

KELAS
MODUL KCJ
UJIAN PASCA
UJIAN PRA

AKTIVITI AKADEMIK RENDAH


-MODUL PENGENALAN
HURUF JAWI TUNGGAL DAN SEDERHANA
BERSAMBUNG
MENGUASAI

Kerangka Konseptual Kajian Tinjauan


2.5 RUMUSAN

Kajian ini memerlukan saya untuk meninjau dan mencari maklumat berkaitan tajuk yang
ingin saya kaji. Saya berjaya mendapatkan maklumat dari sumber seperti Prosiding, Jurnal
yang tidak diterbitkan dan juga tesis-tesis berkaitan. Kebanyakan bahan sumber ini saya
peroleh daripada pensyarah dan internet. Terdapat beberapa bahan yang saya temuinya di
Perpustakaan. Melalui tinjauan yang dilakukan, saya perlu mengutip maklumat berdasarkan
artikel-artikel kajian yang dilakukan mulai tahun 2013- 2018. Hal ini memberikan sedikit
cabaran namun saya berjaya menemukan artikel-artikel yang bersesuaian. Bukan hanya
perlu bersandar kepada kajian lampau, saya juga perlu membuat perkaitan antara tajuk yang
saya ingin kaji dengan teori dan model-model yang ada. Saya berjaya menghubungkan teori
dengan tajuk saya ini. Saya perlu bersungguh-sungguh agar dapat menepati kajian saya ini
BAB 3 METADOLOGI KAJIAN

3.1 PENGENALAN

Metadologi kajian merujuk kepada kaedah penyelidikan tentang bagaimana sesuatu


maklumat dapat dikumpul. Kajian ini memerlukan perancangan yang teliti agar dapat
membantu memudahkan data penyelidikan itu diperoleh, dianalis dan dan dinilai. Metadologi
kajian ini dijadikan sebagai satu garis panduan kepada penyelidikan yang akan dijalankan
oleh pengkaji. Metadologi yang digunakan akan memudahkan penyelidik dalam menjalankan
penyelidikan secara lebih sistematik.

Kajian ini merupakan salah satu kajian penyelidikan mengenai keberkesanan murid
dalam menguasai kemahiran menulis jawi setelah murid mengikuti KCJ. Setelah tinjauan
dijalankan, bab ini akan membincangkan mengenai reka bentuk penyelidikan, lokasi kajian,
persampelan, pengumpulan data, ujian diagnostik, ujian pos, borang soal selidik dan analisis
data.

3.2 REKA BENTUK KAJIAN

Reka bentuk kajian merupakan kaedah yang digunakan untuk mendapatkan maklumat yang
diperlukan bagi menyelesaikan masalah. Reka bentuk kajian juga merupakan sesuatu yang
penting dalam melaksanakan sesuatu kajian. Menurut Sabitha (2006), reka bentuk kajian
merupakan satu kajian yang menggambarkan bagaimana sesuatu kajian itu dibuat.

Dalam kajian permasalahan menulis jawi dari perkataan rumi atau menjawikan
perkataan, penyelidik menentukan agar kajian yang akan dijalankan ini berbentuk kajian
tinjauan dan kuantitatif. Melalui reka bentuk ini, penyelidik akan dapat mengumpul maklumat
serta data yang diperlukan secara langsung daripada pihak responden melalui ujian
diagnostik, ujian pos dan borang soal selidik yang diberikan kepada murid tersebut. Reka
bentuk kajian ini digunakan adalah kerana ia merupakan contoh terbaik bagi rekabentuk
penyelidikan.

Ujian pasca ini akan diberikan kepada semua murid tahun 3 di sekolah tersebut bagi
membolehkan penyelidik mengetahui tahap penguasaan kesemua murid tahun 3 itu dalam
menulis huruf jawi tunggal dan huruf jawi bersambung sebelum menggunakan modul KCJ
manakala ujian pos pula membolehkan penyelidik mengetahui tahap penguasaan dan
keberkesanan murid menulis huruf jawi tunggal dan bersambung setelah mengikuti sesi
pengajaran dan pemudahcaraan (PDPc) Pelajaran Jawi. Pengajaran dan pemudahcaraan ini
dilakukan oleh guru matapelajaran Pendidikan Islam ini dengan menggunakan modul KCJ.
Borang soal selidik pula membolehkan penyelidik mengetahui sebab kelemahan murid
menguasai kemahiran menulis huruf jawi tunggal dan huruf jawi bersambung sama ada
kerana faktor individu itu sendiri, faktor minat atau kerana guru itu menggunakan kaedah
mengajar yang kurang menarik dan sukar difahami oleh murid tersebut.Semua proses kajian
adalah sangat penting dan saling berkait antara satu sama lain bagi membolehkan
terhasilnya satu dapatan kajian yang tepat dan sahih.

Menurut kajian Shazana Muhamed Sa’ad (2009), menyatakan bahawa dalam


menguasai kemahiran menulis dalam tulisan jawi bukanlah satu proses yang mudah seperti
kemahiran menulis dalam bahasa yang lain. Tulisan jawi memerlukan keupayaan kognitif
dan psikomotor, perkembangan dan kecekapan deria motor yang sempurna untuk
membentuk dan menghasilkan bentuk-bentuk huruf disamping memerlukan koordinasi mata
dan otak.

3.3 PERSAMPELAN

Populasi adalah sekumpulan individu yang mempunyai ciri-ciri yang sama (John
W.Creswell,2012). Di ambil daripada 400 orang murid di sekolah tersebut, hanya 90 orang
murid tahun 3 sahaja yang dipilih untuk dijadikan sampel kajian. Sampel yang terpilih tadi
akan diberikan ujian diagnostik bagi membolehkan penyelidik mengenalpasti punca sebenar
kurangnya penguasaan kemahiran menulis huruf jawi tunggal dan huruf jawi bersambung di
kalangan murid tahun 3. Responden dan sampel ini dipilih mengikut tahun persekolahan iaitu
tahun 3.

Ujian pasca dijalankan dengan mengedar terus kertas ujian kepada responden. Responden
yang terdiri daripada semua murid tahun 3 itu akan menjawab ujian yang diberi berdasarkan
penguasaan dan kemahiran sedia ada mereka dan memasuki proses pengumpulan data.
Mohd Najib (2007) dan Patton (2002) menyatakan bahawa kaedah tinjauan soal selidik
merupakan satu kaedah yang amat mudah, tepat dan cepat untuk mendapatkan maklumat
secara lintas lalu melalui sekali kutipan sahaja. Menurut Mohd. Najib (2003), reka bentuk
kajian yang bersifat kuantitatif merujuk kepada soalan apa dan berapa banyak pada
bahagian objektif, selain penyelidik memutuskan persoalan kajian yang ditentukan
menggunakan soalan yang khusus, mengumpulkan data yang boleh dikuantitatifkan
responden serta menjalankan inkuiri dalam bentuk yang difahami.

3.4 INSTRUMEN KAJIAN

Instrumen kajian adalah merupakan satu alat yang digunakan oleh penyelidik ketika
menjalankan sesuatu penyelidikan. Instrumen kajian digunakan sebagai asas bagi
memperoleh data seperti mana yang dikehendaki oleh penyelidik untuk mencapai objektif
kajian. Pengkaji akan menggunakan beberapa kaedah untuk mendapatkan data antaranya
ialah dengan menjalankan ujian diagnostik, ujian pos dan temubual dengan guru yang
mengajar.

3.4.1 Ujian Pasca

Ujian pra ini merupakan satu ujian yang akan diberikan kepada murid-murid tersebut bagi
membolehkan saya membuat penilaian awal tntang pengetahuan sedia ada mereka. Ujian
pra ini akan mengandungi 16 soalan yang menguji mereka mengenai kemahiran menulis
jawi. Soalan ini berbentuk menulis huruf jawi yang melambangkan huruf rumi yang diberi dan
menjawikan suku kata terbuka dan tertutup berdasarkan suku kata yang diberi, Ujian pra ini
akan di jalankan secara serentak dan murid-murid diletakkan berjauhan antara satu sama
lain agar mereka tidak dapat meniru. Sebelum menjalankan ujian pra, ke semua murid
hendaklah mengosongkan meja mereka bagi mengelakkan mereka meniru contoh daripada
buku atau bahan-bahan lain.

3.4.2 Ujian Pos

Ujian pos pula merupakan satu ujian yang dijalankan bagi menguji sama ada murid masih
berada di tahap yang sama atau semakin meningkat setelah didedahkan dengan modul
KCJ. Ujian pos ini akan dijalankan 3 hari selepas ujian pasca dijalankan. Ujian pos ini
mengandungi soalan yang sama seperti ujian pasca. Kedudukan soalan ujian pos ini adalah
sedikit berbeza dengan susunan soalan ujian pasca. Melalui ujian pos ini, pengkaji dapat
membuat penilaian tentang perbezaan pencapaian murid secara individu dan kelas.
3.4.3 Soal Selidik

Selain daripada ujian pos, murid turut dibekalkan dengan soal selidik. Soal selidik ini dibina
bagi mengetahui faktor-faktor murid kurang menguasai kemahiran menulis jawi. Soal selidik
yang dibina ini akan dibahagikan kepada 3 bahagian iaitu bahagian A : Aktiviti Akademik
Murid, bahagian B : Modul Yang Digunakan dan bahagian C: Peranan Keluarga. Melalui soal
selidik ini, pengkaji ingin mengkaji yang manakah merupakan faktor murid kurang menguasai
kemahiran menulis jawi.

3.5 KAJIAN RINTIS

Sebelum kajian sebenar ini dijalankan, penyelidik akan menjalankan satu tinjauan rintis
berkaitan isu kemahiran menulis huruf jawi tunggal dan huruf jawi bersambung ini. Item-item
bagi instrument kajian rintis ini akan dibina berdasarkan beberapa panduan daripada buku
teks, buku latihan jawi, modul KCJ dan turut mendapatkan rujukan dan pandangan daripada
beberapa orang guru dan pakar dalam bidang penyelidikan bagi mendapatkan kesahan
kandungan sebelum kajian dilaksanakan.

Tinjauan ini dilaksanakan bermula dari bulan Julai-Oktober tahun 2018 ke atas 45 orang
murid tahun 2 di Sekolah Kebangsaan Sungai Petani untuk melihat sejauhmana item ini
dapat difahami oleh responden. Responden kajian rintis ini tidak melibatkan responden
sebenar sama ada secara langsung dan tidak langsung.
3.6 PROSEDUR PENGUMPULAN DATA

3.7 PROSEDUR PENGANALISAN DATA


3.8 RUMUSAN

RUJUKAN

Abdullah Sani Yahya (2005). Mengurus Disiplin Pelajar. Bentong : PTS Profesional
Publishing Sdn Bhd.

Azlan Shah Ibrahim 2009, Permainan Kad Huruf Bergrafik Dalam Kemahiran Mengenal dan
Menyebut Huruf Jawi Yang Sama Hampir Bentuk. Koleksi Artikel Penyelidikan
Tindakan PISMP Pendidikan Islam . Seminar Penyelidikan Tindakan IPG KBL
Tahun 2012, 1-9

Azman Wan Chik. 1986. Kaedah hayati amali: satu pendekatan mengajar Pendidikan Islam.
Kuala Lumpur: Karya Bistari.

Elias, R. M. (2007). Psikologi Pendidikan untuk Perguruan. Karisma Publication Sdn. Bhd.

Harun Jaafar (2004), Ikhtisar Kebudayaan dan Prosa Melayu Klasik, Tanjong Malim:

Husin, K. H. (n.d.). Psikologi Bilik Darjah Asas Pedagogi. Dasar Cetak ( M ) Sdn. Bhd.

Ishak, M.S. (1992). Atlas Budaya Islam. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Kamarudin Hj. Husin. (1998). KBSM dan Strategi Pengajaran Bahasa (Edisi Baru). Siri
Pendidikan Perguruan. Kuala Lumpur: Kumpulan Budiman Sdn.Bhd

Kamus Dewan edisi ketiga (2002). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka
Kang Kyoung Seock (1990) Perkembangan Tulisan Jawi Dalam Masyarakat Melayu. Kuala
Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Kaur, R. (2010). Panduan Ilmu Pendidikan Komprehensif untuk KPLI Sekolah Rendah. UG
Press Sdn. Bhd.

Keow, C. L. (2008). Murid dan Alam Belajar. Kumpulan Budiaman Sdn. Bhd.

Lansing, Kenneth M, (1971). Arts, Artists and Art Education, New York. Hill Books Company.

Muhammad Endut. (1992). Pendidikan Islam KBSM: Satu kajian tentang masalah
pengajaran di sekolah-sekolah di negeri Johor. Tesis M. Ed., Universiti
Kebangsaan Malaysia, Bangi.

Nik Najmiah Nik Lah (2011). Inovasi Pendidikan Islam dan Bahasa Arab. Kangar: Red Frame
Multimedia Sdn. Bhd.

Nik Rosila Yaakob. 2001. Penguasaan Jawi dan Hubungannya dengan Minat dan
Pencapaiannya Dalam Pendidikan Islam. Jurnal Pendidik dan Pendidikan,
KementerianPelajaran Malaysia. Pusat Penerbitan Universiti Pendidikan Sultan
Idris, h. 23.

Rahil Mahyuddin, J. M. (2000). Psikologi Pendidikan II. ADDISON WESLEY LONGMAN


MALAYSIA SDN. BHD.

Sang, M. S. (2001). Psikologi pendidikan Untuk Kursus Diploma Perguruan Semester 2.


Percetakan Sentosa K.L Sdn. Bhd.

Sulaiman Ngah Razali (1997) Pedagogi teori dan praktik. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan
Pustaka.
Syed Muhammad Naquib al-Attas (1990). Islam dalam sejarah dan kebudayaan Melayu.
Petaling Jaya: Angkatan Belia Islam Malaysia.

Taufid Abdul Hapip (2005). Keberkesanan Teknik Penguasaan Huruf Dalam Program
Pembacaan Jawi Di Kalangan Pelajar Tingkatan Satu. Universiti Malaya.
LAMPIRAN

You might also like