You are on page 1of 4

Lampiran B

PERATURAN BOLA TAMPAR LELAKI & WANITA

1. UNDANG-UNDANG

Pertandingan ini dijalankan mengikut undang-undang yang sedang berkuatkuasa sebagaimana


yang diperuntukkan oleh Persekutuan Bola Tampar Antarabangsa (FIVB) dan telah diterima
oleh Persatuan Bola Tampar Malaysia (MAVA).

2. PEMBENTUKAN PASUKAN

2.1 Setiap pasukan perlu mendaftarkan maksimum:


2.1.1 1 orang pengurus pasukan
2.1.2 1 orang jurulatih
2.1.3 1 orang penolong jurulatih
2.1.4 12 orang pemain

2.2 Pegawai boleh terdiri daripada salah seorang daripada 12 orang pemain berdaftar.

3. PENDAFTARAN PASUKAN

3.1 Setiap pasukan dikehendaki mengemukakan ‘Borang Pendaftaran Rasmi’ yang telah
ditandatangani oleh Pengurus Pasukan dan diserahkan semasa Mesyuarat Pengurus
Pasukan.

4. KELAYAKAN DAN STATUS PEMAIN

Sila rujuk Peraturan 8 di dalam ‘Peraturan Am Pesta MSKPPM 2018’.

5. PAKAIAN

5.1 Semua pemain diwajibkan memakai jersi dan seluar yang seragam KECUALI libero.

5.2 Jersi pemain mestilah:


5.2.1 Bernombor dari 1 hingga 20 SAHAJA.
5.2.2 Nombor dilekatkan di tengah-tengah bahagian hadapan dan belakang jersi.
5.2.3 Nombor mestilah berukuran:
5.2.3.1 Ketinggian – minimum 15 cm pada bahagian hadapan jersi
5.2.3.2 Ketinggian – minimum 20 cm pada bahagian belakang jersi
5.2 3.4 Kelebaran jalur / garisan yang membentuk nombor – minimum 2 cm

5.2.4 Warna dan kecerahan nombor mestilah kontras dengan warna serta kecerahan
jersi.

5.3 Ketua pasukan mestilah melekatkan satu jalur berukuran 8 cm x 2 cm secara melintang
di bawah nombor pada bahagian hadapan jersi.
Lampiran B

5.4 Pemain tidak dibenarkan:

5.4.1 Memakai jersi yang mempunyai warna berlainan dengan pemain lain (KECUALI
libero)

5.4.2 Memakai jersi yang tidak bernombor

5.5 Pegawai pasukan hendaklah memakai pakaian yang seragam dan memakai seluar
panjang serta berkasut.

6. SISTEM PERTANDINGAN

6.1 Hanya dua pertandingan akan dijalankan dalam permainan bola tampar, iaitu 1
perlawanan untuk kategori lelaki dan 1 perlawanan untuk kategori perempuan.

7. SISTEM MATA RALI DIMAINKAN

7.1 Memenangi Satu Set:

7.1.1 Setiap set (kecuali set penentuan - set ke 5) dimenangi oleh pasukan yang
mendapat 25 mata terdahulu dengan kelebihan minimum 2 mata. Jika berlaku seri
24-24, permainan diteruskan sehingga skor kelebihan 2 mata diperolehi. (26-24,
27-25, ….)

7.1.2 Jika set penentuan dimainkan, set penentuan akan dimenangi oleh pasukan yang
mendapat 15 mata terdahulu dengan kelebihan minimum 2-mata. Jika berlaku seri
pada 14-14, permainan diteruskan sehingga skor kelebihan 2 mata diperolehi
(16-14, 17-15, ….)

7.2 Memenangi Perlawanan:

7.2.1 Perlawanan dimenangi oleh pasukan yang memenangi tiga (3) set dengan
keputusan 3-0 atau 3-1.

7.2.2 Dalam kes seri 2-2, set penentu (set ke 5) dimainkan.

7.2.3 Untuk set penentuan, pasukan akan bertukar gelanggang apabila mana-mana
pasukan mencapai mata 8.

8. SISTEM KIRAAN MATA

8.1 Pasukan yang memenangi perlawanan akan dikira sebagai pemenang.

9. SESI MEMANASKAN BADAN (OFFICIAL WARM-UP SESSION)

9.1 Setiap pasukan diberi masa 6 minit bagi sesi memanaskan badan dalam gelanggang
pertandingan pada masa yang sama (serentak).
Lampiran B

10. KELEWATAN

10.1 Setiap pasukan yang akan bertanding hendaklah berada di gelanggang permainan 30
minit sebelum perlawanan dimulakan.

10.2 Pasukan yang tiba lewat 15 minit (mengikut jadual pertandingan) tanpa sebab yang
munasabah akan dianggap sebagai ‘menarik diri’ dan pihak lawannya akan diberikan
kemenangan percuma dengan kiraan 25-0, 25-0 dan 25-0.

11. MENARIK DIRI DAN MENANG TANPA BERTANDING

11.1 Semua pasukan wajib melengkapkan perlawanan dan tidak dibenarkan menarik diri.

11.2 Sekiranya mana-mana pasukan menarik diri daripada perlawanan, maka pihak
lawannya akan diberikan kemenangan percuma tanpa bertanding.

12. PERLAWANAN YANG DITUNDA ATAU DIBERHENTIKAN

12.1 Jika referi berpendapat bahawa perlawanan tidak dapat diteruskan atas sebab-sebab
tertentu (contoh: blackout) referi pertama dan Jawatankuasa Pengelola akan membuat
keputusan yang bersesuaian dengan keadaan semasa.

12.2 Jika gangguan berlaku tidak melebihi 4 jam:

12.2.1 Sekiranya perlawanan dimulakan semula di gelanggang yang sama, set yang
terganggu akan disambung secara normal dengan skor, pemain dan posisi
kekal sebagaimana ketika perlawanan terhenti. Keputusan / skor set yang
terdahulu juga dikekalkan.

12.2.2 Sekiranya perlawanan berlangsung di gelanggang yang berlainan, set yang


terganggu dibatalkan dan dimainkan semula dengan pemain serta ‘starting
line-up’ yang sama. Keputusan / skor set yang terdahulu juga dikekalkan.

12.3 Jika gangguan berlaku melebihi 4 jam, maka keseluruhan perlawanan akan dimainkan
semula.

13. REFERI DAN PENGADIL GARISAN

13.1 Pelantikan dan bidang tugas referi dan pengadil garisan bagi sesuatu perlawanan
adalah di bawah bidang kuasa Jawatankuasa Pengelola.
Lampiran B

14. PENGGANTUNGAN

Sila rujuk Peraturan 13 di dalam ‘Peraturan Am Pesta MSKPPM 2018’.

15. BANTAHAN

Sila rujuk Peraturan 15 di dalam ‘Peraturan Am Pesta MSKPPM 2018’.

16. LEMBAGA JURI RAYUAN

Sila rujuk Peraturan 16 di dalam ‘Peraturan Am Pesta MSKPPM 2018’.

17. LEMBAGA TATATERTIB

Sila rujuk Peraturan 17 di dalam ‘Peraturan Am Pesta MSKPPM 2018’.

17. PERKARA-PERKARA YANG TIDAK DINYATAKAN

Semua perkara yang tidak dinyatakan di dalam undang-undang dan peraturan ini akan dirujuk
dan diselesaikan oleh Jawatankuasa Pengelola mengikut undang-undang dan peraturan-
peraturan yang meliputi tiap-tiap satu permainan yang sedang berkuat kuasa dan berhak
meminda atau menambah mana-mana yang bersesuaian.

You might also like