You are on page 1of 26

ANALISIS TREND PENYERTAAN DAN KECICIRAN DI KALANGAN

PELAJAR ORANG ASLI


Nor Fariha Aniza Binti Md Isa , Nurul Nadia Binti Ahmad Sobri, Soffian Bin
Hashnuddin.
Fakulti Pendidikan
Universiti Kebangsaan Malaysia

ABSTRAK

Pelajar Orang Asli merupakan golongan minoriti yang didapati masih ketinggalan
dalam sektor pendidikan di Malaysia. Seiring dengan pembangunan menuju negara
maju, kerajaan telah merangka dan melaksanakan pelbagai dasar serta strategi bagi
meningkatkan pendidikan dalam kalangan Orang Asli. Walaupun pelbagai dasar dan
strategi telah dilaksanakan, namun kerajaan masih gagal meningkatkan tahap
penyertaan dan mengurangkan tahap keciciran dalam kalangan pelajar orang asli. Oleh
itu, kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti trend pendidikan di kalangan orang asli
dan juga melihat trend keciciran dikalangan pelajar orang asli. Kajian melibatkan
penggunaan data sekunder berkaitan penyertaan dan keciciran pelajar orang asli dalam
bidang pendidikan yang diperolehi melalui laman sesawang Jabatan Hal Ehwal Orang
Asli. Hasil kajian mendapati orang asli semakin mengutamakan pendidikan dan berlaku
peningkatan dalam enrolmen ke sekolah rendah, sekolah menengah dan IPT. Keciciran
di kalangan pelajar menunjukkan trend semakin menurun. Namun begitu kadar
perubahan masih didalam kadar perlahan.

Kata Kunci : Orang Asli, Trend Pendidikan, Pendidikan Orang Asli, Penyertaan,
Keciciran

1.0 PENGENALAN

Masyarakat Orang Asli merupakan komuniti minoriti yang mempunyai keunikan


tersendiri terutamanya dalam aspek sosiobudaya yang meliputi identiti, adat resam dan
ritual, pantang larang, makanan serta hubungan sosial. Bagi mengekalkan identiti mereka
sebagai Orang Asli, majoriti daripada mereka masih tinggal di kawasan hutan dan masih
mengamalkan cara hidup tradisional yang banyak dipengaruhi oleh alam sekitar dan

1
amalan lama tinggalan nenek moyang mereka (Seow Ta Wee, et al., 2013). Kesan
daripada pengekalan identiti tersebut, masyarakat orang asli sering dianggap golongan
yang miskin serta ketinggalan daripada masyarakat lain di negara ini. Orang Asli negara
ini terdiri daripada tiga suku kaum utama iaitu Senoi, Melayu-Proto dan Negrito dan
setiap suku kaum ini pula boleh dipecahkan lagi kepada enam suku bangsa berbeza.
Kepelbagaian suku kaum ini menjadikan cara hidup, pertuturan bahasa, kebudayaan dan
adat resam setiap suku kaum berbeza. Walau bagaimanapun, amalan dan budaya
masyarakat Orang Asli telah mengalami banyak perubahan dari segi sistem ekonomi,
politik, sosial, kepercayaan dan lain-lain (Siti Aminah Mohd Sam & Seow Ta Wee,
2013).

Menurut Mohd Nur Syufaat & Seow Ta Wee (2013) pelbagai program
pembangunan yang dilaksanakan oleh kerajaan telah memberi impak kepada seluruh
masyarakat di Malaysia. Tempias pembangunan turut dirasai oleh golongan minoriti iaitu
orang asli dan akhirnya membawa kepada berlakunya transformasi terhadap
sosioekonomi mereka. Aspek sosioekonomi yang mengalami transformasi berkaitan
dengan guna tenaga, demografi, pekerjaan serta organisasi yang formal dan kompleks
(Rahimah Abd Aziz, 2001). Sosioekonomi Orang Asli telah mengalami perubahan di
mana tahap ekonomi dan pendidikan Orang Asli kini lebih moden dan bukan lagi bersifat
primitif berbanding 20 tahun yang lalu. Namun begitu, perubahan yang berlaku masih
berada pada kadar yang perlahan. Masyarakat orang asli masih lagi terbelenggu dengan
kemiskinan, keciciran dan ketinggalan (Mohd Nur Syufaat & Seow Ta Wee, 2013).

Juli Edo menjelaskan bahawa penyebab utama pendidikan Orang Asli dibelenggu
keciciran sejak sekian lama adalah latar belakang sosioekonomi keluarga (Basir Zahrom,
2009). Kajian daripada Nocholas (2007) menjelaskan jika terdapat seratus murid Orang
Asli yang memasuki tahun satu, hanya enam murid sahaja yang menamatkan
persekolahan sehingga tingkatan lima. Selebihnya iaitu sebanyak 94% tidak dapat
dikesan sama ada menamatkan persekolahan atau tidak. Menurut pensyarah Jabatan
Antropologi, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Dr Hasan Mat Noor, tahap
keyakinan diri Orang Asli adalah rendah dan mereka sukar menyesuaikan diri dengan

2
persekitaran. Ini menyebabkan mereka ketinggalan dalam pelajaran (Basir Zahrom,
2009).

Perkembangan pendidikan anak-anak Orang Asli dipengaruhi oleh tahap


sosioekonomi dan pemikiran ahli dalam keluarga. Menurut Johari Talib & Nazri Muslim
(2006) kesukaran ekonomi seperti masalah kewangan akan memberi kesan kepada
tingkah laku ibu bapa, hubungan sesama sendiri serta hubungan bersama anak-anak dan
gaya keibubapaan. Masalah pencapaian akademik seperti kegagalan dan keciciran murid-
murid Orang Asli seperti ketidakupayaan menguasai kemahiran membaca, menulis dan
mengira (3M) berpunca daripada penerapan asas dirumah yang goyah dan kebanyakan
kanak-kanak Orang Asli tidak bertahan hingga ke sekolah menengah (Hassan Mat Nor,
1998).

Oleh kerana orang asli telah hidup di dalam masyarakat yang terasing dan kurang
mendapat perkhidmatan yang sempurna, kedudukan geografi yang jauh di pendalaman
mewujudkan pembentukan minda bahawa pendidikan sama sekali tidak penting. Walau
pun pelbagai kaedah dilakukan serta pelbagai dasar telah digubal, namun persepsi
bahawa pendidikan adalah tidak penting sukar diubah. Kajian yang dijalankan pada
tahuan 2007 mendapati bahawa terdapat lebih kurang 80 peratus kanak-kanak Orang
Asli yang tidak pernah menamatkan persekolahan di peringkat sekolah menengah
(Utusan Malaysia, Mei 2007). Kertas kerja ini bertujuan melihat trend pendidikan serta
keciciran di kalangan pelajar orang asli dengan menggunakan data sekunder yang
diperolehi daripada Jabatan Kemajuan Orang Asli.

Menurut Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP) 2006-2010, sekolah Orang


Asli merupakan antara penyumbang utama dalam memperolehi keputusan Peperiksaan
UPSR yang rendah. Jurang pendidikan yang wujud di sekolah Orang Asli selain Sekolah
Kurang Murid (SKM) dan sekolah di kawasan pedalaman menjadikan sekolah-sekolah
ini ketinggalan berbanding sekolah-sekolah di kawasan bandar (KPM, 2006). PIPP
2006-2010 memberi cabaran kepada warga pendidik supaya merapatkan jurang
pendidikan antara bandar dan luar Bandar. Jurang pendidikan dari segi lokasi, tahap

3
sosioekonomi, tahap keupayaan murid dan lain-lain dirapatkan akan meningkatkan
keupayaan murid untuk cemerlang.

2.0 PENDIDIKAN DALAM KALANGAN ORANG ASLI

Pendidikan dikalangan Orang Asli merangkumi perkembangan pendidikan dalam


masyarakat orang asli, faktor yang mempengaruhi pendidikan orang asli serta jurang
yang wujud dalam membangunkan pendidikan dalam kalangan orang asli.

2.1 Perkembangan Pendidikan Orang Asli

Rancangan mengenai pendidikan berkaiatan orang asli telah diperuntukkan di


dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025. Dasar yang digubal
bertujuan untuk memberi peluang pendidikan yang relevan dengan keperluan murid
Orang Asli. Berikutan dengan itu, pada Julai 2012, Kementerian telah melancarkan Pelan
5 Tahun Transformasi Pendidikan Orang Asli yang khusus, bermula pada 2013 hingga
2018 meliputi Gelombang 1 dan Gelombang 2. Pelan yang hampir serupa untuk kaum
minoriti di Sabah dan Sarawak telah dilancarkan pada April 2013 (KPM, 2013). Tujuh
Inisiatif Transformasi Pendidikan Orang Asli turut diunjurkan iaitu pemantapan tadbir
urus sekolah-sekolah yang mempunyai murid Orang Asli, Memasukkan elemen
Pendidikan Asas Vokasional di peringkat menengah rendah di semua sekolah menengah
harian yang menjadi tumpuan masyarakat Orang Asli, Mengurangkan kadar keciciran
murid Orang Asli ke sekolah sebanyak enam peratus setahun mulai 2014, Pengambilan
pelajar bagi Program Khas Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) di Institut
Pendidikan Guru Kampus Tengku Ampuan Afzan, Pahang yang akan ditingkatkan
mengikut keperluan semasa, Penambahbaikan kemudahan infrastruktur dan prasarana
pendidikan Orang Asli, Memperkasa jalinan kerjasama melalui pewujudan hubungan
yang lebih strategik dengan rakan sinergi, rakan di lapangan serta rakan antarabangsa,
dan mewujudkan satu Sistem Pengesanan Prestasi Sekolah dan murid Orang Asli
(Norizan Abdul Muhid, 2013).

4
Salah satu daripada tujuh Pelan Transformasi Pendidikan Orang Asli (PTPOA)
ialah memperluaskan Sekolah Model Khas Komprehensif (K9) bagi Orang Asli. Sekolah
ini menggunakan konsep Konvensional 9 (K9) yang menggabungkan enam tahun
pendidikan rendah dan tiga tahun pendidikan menengah rendah dalam satu premis.
(SUHAKAM, 2010). Projek pertama K9 adalah Sekolah Kebangsaan Long Bedian,
Baram, Sarawak dimana ianya adalah khusus untuk kaum Penan. Manakala bermula sesi
persekolahan 2013, Sekolah Kebangsaan Betau, Sungai Koyan, Kuala Lipis, Pahang telah
terpilih bagi melaksanakan K9. Kemudahan asrama yang lengkap disediakan di sekolah
yang sama. Tujuan K9 diwujudkan adalah sebagai salah satu usaha untuk mengurangkan
kadar keciciran di kalangan murid Orang Asli. Konsep sekolah ini ialah ia mengandungi
elemen Pendidikan Asas Vokasional (PAV) yang diyakini dapat melengkapkan murid
Orang Asli dengan pelbagai kemahiran sebagai persiapan mereka memasuki alam
pekerjaan (Norizan Abdul Muhid, 2013).

Kurikulum Bersepadu Orang Asli Penan (KAP) diperkenalkan pada awal tahun
2007 (Abu Samah et. al., 2007). Perlaksanaan awal KAP ini melibatkan 6 buah sekolah di
semenanjung yang muridnya 100% kanak-kanak Orang Asli sebagai sekolah rintis.
Kurikulum ini adalah kurikulum khas yang direkabentuk untuk memenuhi keperluan unik
murid Orang Asli bertujuan merapatkan jurang pencapaian akademik (SUHAKAM,
2010). Kurikulum ini mengandungi dua elemen, iaitu sukatan pelajaran minimum yang
mencukupi dan kurikulum yang digubal mengikut konteks komuniti Orang Asli dan
Penan. Dapatan awal menunjukkan tanda positif. Sebagai contoh, murid yang
menggunakan KAP dilaporkan lebih berkeyakinan, mencapai tahap literasi dan numerasi
yang lebih tinggi, dan mempunyai penghargaan diri yang lebih baik (KPM, 2013). Pada
tahun 2009, sebanyak 20 buah sekolah telah melaksanakan kurikulum berkenaan.

Selain itu pihak Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) juga mengadakan


kelas dewasa untuk ibu bapa Orang Asli di semua sekolah 100% murid Orang Asli
(SUHAKAN, 2010). Program ini dinamakan Kelas Dewasa Asli Penan atau KEDAP.
Program yang bermula pada tahun 2008 ini bertujuan untuk mendidik golongan dewasa
Orang Asli Penan mencapai kadar literasi dan numerasi yang sesuai untuk mereka

5
membantu pembelajaran anak-anak (KPM, 2013). Pembasmian buta huruf di kalangan
ibu bapa Orang Asli dan Penan diharap dapat memotivasikan anak-anak mereka untuk
hadir ke sekolah. KPM (2012) telah mengeluarkan surat siaran berkaitan Pelaksanaan
Kelas Dewasa Ibu Bapa Orang Asli dan Penan (KEDAP) Tahun 2012 yang bertarikh 21
Mei 2012. Di dalam surat siaran ini ada menyatakan beberapa garis panduan berkaitan
pelaksanaan KEDAP bagi tahun 2012. Menurut Bernama (2013), Jabatan Kemajuan
Orang Asli (JAKOA) telah menyediakan peruntukan RM4.8 juta tahun 2013 ini untuk
mentransformasikan pemikiran Orang Asli supaya mengikuti Kelas Dewasa Orang Asli
Peribumi Penan (KEDAP) di seluruh negara. Kelas KEDAP ini diadakan di sekolah yang
berhampiran dengan kampung dan rumah mereka untuk memudahkan mereka ke kelas
setiap hari. Mereka akan mengikuti kelas ini selama 100 hari dalam setahun.

Pelbagai inisiatif telah dilakukan oleh kerajaan dalam menandatangani isu


pendidikan Orang Asli. Usaha-usaha yang dilakukan menyeliputi segala sudut baik dari
segi kurikulum, guru di sekolah Orang Asli mahupun murid dan ibu bapa Orang Asli itu
sendiri. Kerajaan dan pihak-pihak berkenaan telah cuba sedaya upaya dalam mengatasi
masalah pendidikan mereka yang bermula dari rumah. Kebanyakan masyarakat Orang
Asli menjadikan alasan sosioekonomi yang rendah sebagai punca pencapaian akademik
mereka rendah. Inisiatif-inisiatif ini diharap dapat meningkatkan pencapaian akademik
mereka terutama mata pelajaran Sains tanpa menjadikan faktor sosioekonomi rendah
sebagai alasan.

2.2 Faktor Mempengaruhi Pendidikan Orang Asli

Faktor-faktor yang menentukan pencapaian pelajar adalah pekerjaan dan


pendapatan ibu bapa murid (Rosna Awang Hashim, et al., 2003). Kajian oleh Anuar
Abdullah (1990) ke atas 70 orang murid mendapati terdapat perkaitan yang positif di
antara pendidikan, pekerjaan dan pendapatan ibu bapa dengan pencapaian akademik
anak. Berns (1993) menyatakan bahawa faktor pendapatan menghalang ibu bapa daripada
menyediakan keperluan dan kemudahan kepada anak-anak untuk belajar. Ibu bapa yang

6
menerima pendapatan yang rendah tidak dapat menyediakan persekitaran pembelajaran
yang baik kepada anak. Ia akan mempengaruhi pencapaian akademik anak.

Menurut Norazlinda Saad (2004) ibubapa yang berpendidikan tinggi pula


mempunyai tahap kesedaran yang lebih tinggi. Mereka akan menyediakan keperluan
pendidikan yang terbaik demi menjamin masa depan anak-anak mereka. Pendidikan yang
tinggi lazimnya akan meletakkan seseorang pada tahap sosial yang tinggi. Anak-anak
daripada keluarga yang berpendidikan tinggi mungkin juga lebih banyak menerima
rangsangan kognitif. Oleh yang demikian, mereka lebih maju dalam pendidikan. Noraini
Ahmad (1994) berpendapat anak-anak yang berasal daripada keluarga berstatus
sosioekonomi tinggi adalah lebih baik tahap pendidikan berbanding anak-anak yang
berasal daripada keluarga berstatus sosioekonomi rendah. Ibu bapa yang mempunyai
status sosioekonomi yang tinggi mampu menyediakan kemudahan dan persekitaran
pembelajaran yang selesa. Ini menyebabkan anak-anak lebih berjaya dalam dan bagi
yang kurang mampu akan berlaku sebaliknya (Zukina Yusoff, 2003). Faktor persekitaran
serta sosioekonomi keluarga adalah antara penyebab murid Orang Asli kurang
mengambil berat tentang kepentingan pendidikan.

2.3 Jurang Pendidikan Orang Asli

Kementerian Pendidikan Malaysia telah pun mengenal pasti terdapat beberapa


jurang pendidikan yang perlu dirapatkan agar akses, ekuiti dan kualiti dalam
pembelajaran dan pengajaran dapat ditingkatkan. Antara jurang pendidikan yang wujud
adalah seperti, jurang antara bandar dan luar bandar, jurang digital, jurang antara tahap
pencapaian pelajar dan jurang sosioekonomi (Ariesda, 2011). Jurang bandar dan luar
bandar adalah merujuk kepada ketidaksamarataan yang berlaku. Contoh jurang yang
wujud adalah daripada segi penyediaan infrastruktur dan penempatan kepada para guru
yang mengajar. Kekangan sebegini berlaku terutamanya di Sekolah Kurang Murid
(SKM), sekolah Orang Asli dan yang paling ketara sekali ialah sekolah di kawasan
pedalaman. Selain itu, penempatan guru yang kurang berpengalaman juga mempengaruhi
pencapaian murid Orang Asli. Ini kerana menurut Bernama (2013b) kebanyakan guru

7
baru di tempatkan di sekolah pedalaman dan sekolah Orang Asli. Tahap pencapaian
tenaga pengajar bagi guru yang baru adalah berbeza dari guru senior. Ini kerana mereka
kurang pengalaman dan pengetahuan dari segi teknik pengajaran dan pendekatan kepada
murid.

Jurang digital merupakan perbezaan daripada segi akses kepada


kemudahan Information dan Communication Techology (ICT). Ariesda (2011)
menyatakan bahawa jurang digital ini biasanya wujud di lokasi yang memiliki keadaan
geografi yang berbukit bukau serta di kawasan pedalaman. Perkembangan yang pesat
dalam bidang ICT telah mengubah cara manusia bekerja. ICT dapat mempermudahkan
tugas serta meningkatkan prestasi murid seperti penggunaan teknologi sebagai medium
untuk bantuan pembelajaran selain dari pembelajaran formal di dalam kelas. Pengetahuan
dan kemahiran mengguna serta mengintegrasikan ICT di tahap awal pendidikan adalah
sangat penting dalam membentuk dan menaik taraf pendidikan di kalangan pelajar orang
asli agar tidak mundur berbanding bangsa lain di negara ini (Nurul Farhana Jumaat,
2010). Sekolah Orang Asli yang kebanyakannya terletak di luar bandar dan pedalaman
menunjukkan jurang digital yang amat ketara.

Jurang antara tahap pencapaian pelajar merupakan kesulitan pelajar dalam


menguasai 3M iaitu membaca, menulis dan mengira. Dalam situasi ini, kebanyakan
murid sekolah rendah tidak mampu menguasai 3M ini disebabkan oleh pelbagai faktor
sama ada faktor dalaman mahupun faktor luaran. Penguasaan 3M dikalangan murid
Orang Asli amat membimbangkan. Perkara ini menyebabkan sekolah Orang Asli gagal
mencapai standard minimum seperti yang dihasratkan oleh Kementerian Pendidikan
Malaysia (KPM). Keadaan ini akan menyebabkan seseorang murid Orang Asli itu tercicir
dalam pelajaran. Abdull Sukor Shaari, Nuraini Yusoff, Mohd Izam Ghazali & Mohd
Hasani Dali (2011) yang membuat kajian melibatkan Orang Asli suku kaum Semai di SK
Terisu, Cameron Highland, Pahang menyatakan bahawa masyarakat Orang Asli kurang
menggunakan Bahasa Melayu dalam pertuturan seharian mereka. Bahasa Semai
merupakan bahasa utama mereka manakala Bahasa Melayu sebagai bahasa kedua dan
Bahasa Inggeris sebagai bahasa ketiga. Apabila Bahasa Melayu tidak dapat dikuasai

8
maka sudah tentu mata pelajaran lain terutama matapelajaran yang memerlukan
pemahaman konsep dengan pembacaan tidak dapat dikuasai.

Jurang yang terakhir pula ialah jurang sosioekonomi. Kemiskinan menjadi faktor
utama yang menyebabkan berlakunya jurang sosioekonomi yang ketara di kalangan
Orang Asli (Ariesda, 2011). Menurut Azlina Mohd Khir dan Ma’rof Redzuan (2013)
terdapat empat faktor penyebab kemiskinan dalam kalangan Orang Asli iaitu faktor diri,
sokongan, ekonomi dan fatalistik. Berdasarkan Rancangan Malaysia Kesepuluh (RMK
10) 2011-2015 (JPM, 2011), kemiskinan keseluruhan di Malaysia telah berkurangan
dengan ketara daripada 49.3 peratus pada tahun 1970 kepada 3.8 peratus pada tahun
2009. Walau bagaimanapun, di sebalik kejayaan ini masih terdapat golongan masyarakat
yang terus dibelenggu masalah kemiskinan yang serius. Masyarakat tersebut adalah
masyarakat Orang Asli yang mempunyai kadar kemiskinan yang agak tinggi iaitu 49
peratus pada tahun 2009. Ini menunjukkan satu daripada dua Orang Asli adalah miskin
ketika itu. Justeru, menerusi Rancangan Malaysia Kesepuluh, pihak kerajaan telah
mensasarkan untuk mengurangkan insiden kemiskinan dalam kalangan masyarakat Orang
Asli daripada 50 peratus pada tahun 2009 kepada 25 peratus pada tahun 2015.

4.0 Teori Ekologi Urie Bronfenbrenner Dan Kaitannya Dengan Pendidikan


Orang Asli

Secara keseluruhannya, terdapat lima peringkat yang wujud dalam teori ekologi
Bronfrenbrenner. Walau bagaimanapun, kajian ini hanya membincangkan dua peringkat
iaitu peringkat pertama yang dinamakan mikrosistem dan peringkat ketiga iaitu ekosistem
(Urie Bronfenbrenner, 1994)

a) Mikrosistem
Menurut Brian Lewthwaite (2011), mikrosistem melibatkan persekitaran yang terdekat
dengan kanak-kanak dan interaksi yang berlaku adalah dalam persekitaran yang kecil.
Contoh interaksi yang berlaku dalam peringkat mikrosistem adalah interaksi dalam
keluarga iaitu antara ibu dan anak. Contoh lain adalah interaksi antara rakan sebaya dan

9
jiran tetangga. Dalam institusi kekeluargaan, ibu bapa merupakan agen sosialisasi
terpenting dalam kehidupan kanak-kanak. Faktor persekitaran dalam keluarga merupakan
faktor yang paling besar mempengaruhi perkembangan kanak-kanak. Bronfenbrenner
berpendapat individu yang terlibat dalam pembentukan sosialisasi peringkat awal di
sekeliling kanak-kanak sangat penting dalam pengembangan minda, fizikal dan emosi.
Dalam peringkat ini, kanak-kanak mula meletakkan kepercayaan yang tinggi kepada
orang-orang di sekeliling mereka.

Sekiranya dilihat dari sudut teori ekologi Bronfenbrenner pada peringkat


mikrosistem (Brian Lewthwaite, 2011) dengan pendidikan Orang Asli, kehidupan
keluarga dan masyarakat Orang Asli banyak mempengaruhi pandangan Orang Asli
terhadap pendidikan. Dari aspek ibu bapa dan kehidupan keluarga yang merupakan
pengaruh terbesar kepada pelajar Orang Asli, didapati tahap pendidikan ibu bapa yang
rendah mempengaruhi pencapaian akademik anak-anak Orang Asli. Ini kerana kurangnya
pendidikan dalam kalangan ibu bapa menyebabkan mereka tidak dapat atau gagal
membantu dalam pelajaran anak-anak. Selain itu, tahap sosioekonomi yang rendah turut
mempengaruhi pendidikan anak-anak. Ibu bapa yang memberi tumpuan kepada pekerjaan
bagi membaiki ekonomi keluarga dan menampung keperluan hidup juga menyebabkan
mereka kurang sedar bahawa mereka telah mengabaikan pendidikan anak-anak.

Hasil kajian yang dijalankan oleh Mohamad Johdi dan Abdul Razak (2009),
masyarakat Orang Asli khususnya ibu bapa telah menyedari hakikat kepentingan
pendidikan. Kebanyakan anak-anak mereka telah disekolahkan di peringkat awal lagi
iaitu sejak di peringkat prasekolah dan sekiranya mereka tidak bersekolah di peringkat
prasekolah, anak-anak mereka dihantar ke sekolah Kebangsaan. Walau bagaimanapun,
tahap kesedaran mereka masih rendah. Hasil temu bual Mohamad Johdi dan Abdul Razak
(2009) dengan seorang bapa dalam kalangan Orang Asli, pengkaji mendapati bapa
tersebut menyediakan kewangan yang mencukupi untuk pembelajaran anak-anak, namun
begitu beliau gagal membantu dalam pelajaran dan gagal menentukan hala tuju
pendidikan kanak-kanak. Kebanyakan urusan berkaitan pendidikan diserahkan
sepenuhnya kepada pihak sekolah. Ini kerana ibu bapa dalam kalangan masyarakat Orang

10
Asli mempunyai pengetahuan yang sangat rendah dalam bidang pendidikan. Mereka
hanya mampu menyediakan sumber kewangan namun gagal memberi bimbingan secara
langsung berkaitan pendidikan terhadap anak-anak. Hal ini memberi kesan terhadap
pandangan anak-anak kepada pendidikan.

Selain ibu bapa, masyarakat terdekat turut mempengaruhi tahap kesediaan anak-
anak untuk menyertai bidang pendidikan. Mentaliti masyarakat Orang Asli yang tidak
berubah sejak dahulu turut mempengaruhi pencapaian pelajar. Mereka masih berpendapat
bahawa walaupun tidak mempunyai pendidikan yang tinggi, kehidupan masih boleh
diteruskan sedangkan zaman sedang bergerak ke arah ekonomi global dan pendidikan
merupakan senjata yang amat penting untuk menghadapi cabaran dalam era globalisasi
ini. Sikap masyarakat Orang Asli yang hanya menerima apa sahaja yang ada tanpa usaha
memajukan diri dan meningkatkan taraf hidup turut mempengaruhi mentaliti anak-anak
Orang Asli untuk terus hidup dalam keadaan sederhana. Walau bagaimanapun, tidak
dinafikan terdapat anak-anak Orang Asli yang berjaya melanjutkan pelajaran di peringkat
yang lebih tinggi. Namun golongan minoriti Orang Asli yang berjaya ini kurang
berkemampuan untuk menyedarkan masyarakat yang majoritinya memandang ringan
terhadap kepentingan pendidikan.

b) Ekosistem
Ekosistem merupakan pengalaman dengan persekitaran yang tidak melibatkan murid
secara langsung tetapi keputusan yang diambil dalam persekitaran tersebut memberi
kesan kepada kanak-kanak atau orang dewasa yang terlibat dengan kanak-kanak tersebut
(Brian Lewthwaite, 2011). Pada peringkat ekosistem ini, bagi mempengaruhi masyarakat
Orang Asli untuk mengambil berat tentang pendidikan, kerajaan komited untuk memberi
perhatian serius mengenai pembangunan pendidikan dan kemajuan Orang Asli. Secara
realitinya di Malaysia masih terdapat sebilangan kecil masyarakat yang masih tercicir
dalam sektor pendidikan berbanding dengan kaum lain dan masyarakat yang
dimaksudkan ialah masyarakat Orang Asli (Mazdi Marzuki, Jabil Mapjabil, Rosmiza
Mohd Zainol 2014). Doris et al (2012) pula menjelaskan bahawa kumpulan minoriti ini
masih jauh ketinggalan dan mempunyai tahap keciciran yang tinggi dalam semua

11
peringkat pendidikan bermula dari prasekolah hinggalah ke peringkat Institusi Pengajian
Tinggi. Menyedari perkara tersebut, Dasar Kementerian Pendidikan Malaysia melalui
Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP) yang dikeluarkan pada tahun 2012
menekankan salah satu tujuan PPPM2013-2025 adalah untuk merapatkan jurang
pendidikan dari semua aspek termasuklah jurang antara lokasi iaitu antara bandar dan
luar bandar, jurang teknologi, jurang antara tahap pencapaian pelajar, jurang antara
pelajar normal dan pelajar berkeperluan khas serta jurang sosioekonomi.

Menurut Muhyiddin Yassin melalui teks ucapannya di Majlis Perutusan Khas


Kementerian Pelajaran Malaysia 2012, pelbagai inisiatif telah dilaksanakan bagi
menangani isu-isu yang melibatkan pendidikan murid Orang Asli bermula di peringkat
sekolah rendah hingga sekolah menengah. Antara inisiatif yang dilakukan oleh pihak
kerajaan adalah dengan meningkatkan kualiti kemudahan fizikal di sekolah sedia ada,
pelaksanaan Program Kelas Dewasa Ibu Bapa Murid Orang Asli dan Peribumi (KEDAP),
pelaksanaan Projek Rintis Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah iMurid Orang Asli dan
Penan (KAP) serta pengajaran pedagogi berasaskan perspektif peribumi. Semua usaha ini
adalah sejajar dengan matlamat Pelan Pembangunan Pendidikan KPM yang bertujuan
untuk memastikan setiap warganegara tanpa mengira kaum dan status ekonomi mendapat
peluang pendidikan terbaik dari segi akses, ekuiti dan kualiti.

4.2 Analisis Trend Pendidikan Orang Asli

Analisis trend pendidikan orang asli akan menganalisis status pendidikan


dikalangan orang asli yang melibatkan enrolmen di sekolah rendah, sekolah menengah
dan IPT. Selain daripada itu, turut akan dilihat bilangan keciciran pelajar yang tidak
tamat darjah enam, tamat darjah enam tetapi tidak mendaftar tingkatan satu serta bilangan
pelajar orang asli yang tidak tamat tingkatan lima. Trend penyertaan pelajar orang asli di
IPT seluruh negara turut dianalisis melalui enrolmen pelajar dalam pelbagai IPT di
seluruh negara.

12
4.2.1 Status Pendidikan Orang Asli

Jadual 1 menunjukkan status pendidikan dikalangan pelajar orang asli yang


ditunjukkan melalui enrolmen pelajar pada peringkat Tertiari, Sekolah Menengah dan
Sekolah Rendah. Status pendidikan secara keseluruhannya meningkat dari semasa ke
semasa dalam semua peringkat pengajian. Bilangan penyertaan pelajar di sekolah rendah,
sekolah menengah dan peringat tertiary dengan jelas menggambarkan trend yang semakin
meningkat seperti didalam gambarajah 1 dan gambarajah 2. Peningkatan enrolmen
pelajar sekolah rendah melonjak dengan ketara daripada 16806 orang pelajar pada tahun
1997 kepada 27926 orang pelajar orang asli pada tahun 2013. Enrolmen pelajar sekolah
menengah juga menunjukkan trend yang meningkat iaitu seramai 3306 orang pelajar
pada tahun 1997 meningkat kepada 12968 orang pelajar pada penghujung tahun 2013.
Pendidikan tertiar juga menunjukkan perubahan trend yang ketara. Pada tahun 1997
mencatatkan 10 orang pelajar di IPT meningkat menjadi 693 pelajar di IPT. Peningkatan
ini menunjukkan telah wujud kesedaran di kalangan orang asli tentang kepentingan
pendidikan kepada diri sendiri, keluarga dan masyarakat secara keseluruhannya.

Jadual 1 : Enrolmen Pelajar Orang Asli bagi Sekolah rendah, Sekolah Menengah dan IPT
dari tahun 1997 sehingga tahun 2013.

Enromen Pelajar Orang Asli (Status


Pendidikan)
Tahun
Sekolah Sekolah
IPT
Menengah Rendah
1997 10 3306 16806
1998 19 4186 19033
1999 2 4653 21131
2000 30 5971 21704
2001 35 5239 20871
2002 42 6219 22098
2003 112 6675 23607

13
2004 73 7754 25354
2005 62 8488 26210
2006 49 8774 26464
2007 61 9600 26791
2008 63 9738 27176
2010 235 11314 27585
2011 395 12148 26283
2012 476 11341 27868
2013 693 12968 27926
Jumlah 2357 128374 386907
Sumber: Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA) pelbagai tahun

Enrolmen Pelajar Orang Asli bagi Sekolah Rendah dan Sekolah Menengah bagi tahun 1997
hingga tahun 2013
45000

40000

35000

30000

25000 Sekolah Rendah


Sekolah Menengah
20000

15000

10000

5000

0
2006
1997
1998
1999
2000
2001
2002
2003
2004
2005

2007
2008
2010
2011
2012
2013

Gambarajah 1: Enrolmen Pelajar Orang Asli bagi Sekolah Rendah dan Sekolah
Menengah bagi tahun 1997 hingga tahun 2013

14
Enrolmen Pelajar Orang Asli ke IPT di seluruh Malaysia bagi
tahun 1997 hingga tahun 2010
800

700

600

500

400
Enromen Pelajar Orang
Asli ke IPT di Malaysia
300

200

100

Gambarajah 2 : Enrolmen Pelajar Orang Asli ke IPT di seluruh Malaysia bagi


tahun 1997 hingga tahun 2010

4.2.2 Trend Keciciran Pelajar Orang Asli

Daripada Jadual 2 di atas, dapat dilihat bahawa masih terdapat kanak-kanak


Orang Asli yang tercicir yang tidak meneruskan pendidikan mereka untuk tahap
berikutnya. Keciciran paling ketara apabila pelajar tamat darjah enam tetapi tidak
mendaftar bagi tingkatan satu. Keadaan ini mungkin disebabkan adanya peperiksaan
UPSR yang yang manjadi beban pelajaran atau ketakutan kepada pelajar atau kos-kos
perbelanjaan di sekolah pada peringkat menengah yang menjadi beban kepada ibu bapa
dan tidak dapat ditanggung. Dengan itu, ibu bapa memilih tidak menghantar anak ke
sekolah.

15
Jadual 2 : Keciciran Pelajar-Pelajar Orang Asli Sekolah Rendah dan Sekolah Menengah
bagi tahun 2009 hingga tahun 2013.
Pelajar Keciciran
Tamat Darjah 6 Tetapi
Tidak Tamat Tidak Tamat
Tidak Daftar Tingkatan
Darjah 6 Tingkatan 5
Tahun 1
2009 186 1404 1177
2010 111 1266 1183
2011 231 1270 1018
2012 728 1045 1171
2013 213 1186 1485
Jumlah 1469 6171 6034
Sumber : Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA) pelbagai tahun

4.2.3 Penyertaan Dalam Pendidikan Tinggi

Kebanyakan pelajar yang tamat Tahun enam di peringkat sekolah rendah tidak
memasuki sekolah menengah rendah. Walaupun pada setiap tahap sekolah menengah
terdapat peningkatan jumlah pelajar Orang Asli, namun begitu, jumlah yang
menyambung ke tahap berikutnya semakin berkurangan menunjukkan keciciran Orang
Asli daripada alam persekolahan sehingga akhirnya jumlah yang menduduki peperiksaan
STPM dan memasuki IPT juga menjadi kurang. Jumlah graduan universiti dalam
kalangan Orang Asli berjumlah 693 untuk tahun 2013 bagi keseluruhan enrolemen ke
IPT bagi tahun 2013. Trend penyertaan didalam IPT tempatan menunjukkan trend yang
semakin meningkat dalam tempoh sepuluh tahun sejak daripada tahun 2003 hingga
tahun 2013

Penyertaan pelajar menunjukkan trend yang semakin meningkat. Ini dapat


dijelaskan daripada jadual 3 dan gambarajah 3 yang menunjukkan penyertaan pelajar
orang asli di IPT dan perbandingan enrolmen bagi pelbagai universiti tempatan di
seluruh Malaysia bagi tempoh 2003, 2008 dan 2013. Berdasarkan perbandingan antara
tahun ini, trend kemasukan pelajar orang asli ke IPT semakin meningkat dan mereka
lebih cenderung memilih UiTM dan Politeknik. Tahun 2003 menunjukkan, bilangan

16
pelajar orang asli yang menyertai IPT seramai 112 orang. Kemudian bilangan penyertaan
menurun kepada 63 orang pada tahun 2008 berikutan kesan kemelesetan ekonomi yang
dirasai pada tahun 2007. Seterunya trend penyertaan terus meningkat secara mendadak
pada tahun 2013 menjadikan jumlah enrolmen seramai 693 orang pelajar.

Jadual 3 : Penyertaan Pelajar-Pelajar Orang Asli di IPT bagi tahun 2003, 2008 dan tahun
2013.
Institusi
Tahun 2003 Tahun 2008 Tahun 2013
Pendidikan
UM 3 1 24
UKM 0 1 11
USM 0 0 9
UIAM 0 1 9
UUM 0 1 20
UTM 3 0 9
UPM 6 0 14
UiTM 13 20 288
POLITEKNIK 15 19 97
UTHM 0 0 30
UNIMAS 0 0 19
UMS 1 3 21
UPSI 0 0 30
K.KOMUNITI 0 14 37
UMT 0 1 8
UTeM 0 1 10
UMP 0 0 14
UMK 0 0 5
IPG 71 0 13
UDM 0 1 9
MATRIKULASI 0 0 16
JUMLAH 112 63 693
Sumber : Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA) pelbagai tahun

Universiti Teknologi Mara telah menerima penyertaan pelajar orang asli paling
ramai iaitu sebanyak 288 orang pelajar, diikuti Politeknk seramai 97 orang dan Kolej
Komuniti seramai 37 orang pada tahun 2013. Manakala bagi tahun 2003 hanya
mencatatkan sejumlah 112 enrolmen sepanjang tahun dengan seramai 97 orang pelajar

17
orang asli menyertai Institut Pendidikan Guru, 15 pelajar memilih politeknik dan 13
pelajar memilih untuk menyertai UiTM.

Perbandingan Enrolmen Pelajar Orang Asli Di IPT Bagi


Tahun 2003, Tahun 2008 Dan Tahun 2013

300

250

200

Tahun 2003
150
Tahun 2008

100 Tahun 2013

50

0
UPM
UIAM

UPSI
UUM

UMT

UMP

UDM
UNIMAS
UMS

UTeM

UMK

MATRIKULASI
UKM
USM

K.KOMUNITI
UTM

POLITEKNIK
UiTM

UTHM

IPG
UM

Gambarajah 3 : Perbandingan Enrolmen Pelajar Orang Asli Di Ipt Bagi


Tahun 2003 Dan Tahun 2013

Hasil daripada program-program yang diusahakan oleh pihak kerajaan,


kementerian berjaya meningkatkan 3M dan kemahiran sosial dalam kalangan murid
Orang Asli, meningkatkan jumlah murid Orang Asli yang menamatkan pendidikan
sehingga peringkat menengah dan merapatkan jurang pendidikan bandar dan luar bandar.
Dapatan yang memberangsangkan ini akan mendorong Kementerian Pelajaran untuk
meneruskan program-program ini dengan lebih giat lagi agar manfaatnya dapat dinikmati
secara berterusan.

18
5.0 CADANGAN DAN PENAMBAHBAIKAN

Terdapat beberapa faktor yang boleh mendorong kepada pembelajaran yang cemerlang.
Bagi memastikan golongan Orang Asli terus menitikberatkan bidang pendidikan bagi
membaiki taraf hidup pada masa hadapan, faktor-faktor yang mendorong kepada
pembelajaran ini harus dititikberatkan. Faktor pertama adalah faktor dalam diri pelajar itu
sendiri atau dikenali sebagai intrinsic motivation. Faktor dalaman ini memberi pengaruh
yang besar kepada murid melalui kesedaran diri atau keinginan diri untuk mencapai suatu
matlamat. Ia juga merupakan faktor penting yang mendorong murid untuk belajar dan
memberi fokus yang baik terhadap pelajaran. Merujuk kepada Teori Pelaziman Klasik,
ibu bapa tidak digalakkan untuk memberi ganjaran kepada anak-anak untuk belajar,
sebaliknya anak-anak dilatih sejak kecil untuk mempunyai kesedaran kendiri dan
menyemai sikap cintakan ilmu sejak kecil. Di sini kerajaan boleh melakukan
penambahbaikan modul pelaksanaan Program Kelas Dewasa Ibu Bapa Murid Orang Asli
dan Peribumi (KEDAP) dengan memberi penekanan kepada ibu bapa untuk menyemai
sikap cintakan ilmu dalam diri kanak-kanak sejak kecil. Intrinsic motivation boleh
dibentuk dalam diri anak-anak sekiranya mereka diasuh sejak kecil untuk memandang
serius terhadap bidang pendidikan.

Selain itu, faktor luaran atau disebut sebagai extrinsic motivation juga boleh
menjadi faktor yang mempengaruhi pelajar-pelajar dalam kalangan orang asli untuk
bertindak secara positif terhadap bidang pendidikan. Antara individu yang terlibat dalam
membentuk extrinsic motivation kepada pelajar adalah dorongan ibu bapa, pengaruh
rakan sebaya, pengaruh guru-guru serta pengaruh sosiobudaya. Seperti yang diketahui,
faktor keadaan latar belakang keluarga dan masyarakat terdekat memberi pengaruh
terbesar kepada murid memandangkan golongan ini berinteraksi dalam peringkat
mikrosistem dengan murid. Oleh itu, disarankan kepada pihak yang terlibat secara
langsung dalam membentuk program-program pembangunan orang asli untuk merangka
program yang melibatkan golongan ini dan memantau penerimaan golongan ini terhadap
program-program tersebut. Ada kalanya sikap keras kepala sesuatu golongan
menyebabkan mereka sukar menerima sebarang program yang melibatkan perubahan

19
dalam gaya hidup dan budaya mereka dan di sinilah pentingnya pemantauan dilakukan
supaya program yang dijalankan tidak berlangsung secara sia-sia.

Pendekatan lain yang boleh digunakan untuk menangani masalah keciciran


pelajar Orang Asli adalah penyediaan kelas khas atau sekolah khas yang dilaksanakan
secara teratur dan sistematik. Di sini peranan guru untuk menarik minat pelajar untuk
belajar sangat penting. Salah satunya adalah dengan cara menggunakan teknik-teknik
pengajaran yang sesuai dan berkesan. Guru perlu bijak menggunakan peneguhan bagi
menggalakkan pembelajaran dan mempelbagaikan aktiviti-aktiviti yang boleh
meningkatkan tahap keyakinan pelajar. Guru juga memainkan peranan untuk mengubah
paradigma pelajar orang asli bagi memberi fokus bahawa kejayaan dan kecemerlangan
pelajaran merupakan matlamat utama. Guru boleh menjadikan masa depan diri mereka,
ibu bapa dan keluarga sebagai alasan utama untuk menarik perhatian murid orang asli
terhadap pelajaran. Di samping itu, guru boleh menjadi idola murid supaya murid
mempunyai individu yang pada pandangannya sangat layak untuk dicontohi. Pada
peringkat ini, guru digalakkan untuk berkongsi cara pembelajaran ketika guru berada di
peringkat pengajian tinggi dan berkongsi laluan yang pernah ditempuhi sehingga berjaya
bergelar seorang guru pada hari ini sebagai motivasi kepada murid untuk melakar
kejayaan melalui bidang pendidikan.

6.0 KESIMPULAN

Orang Asli merupakan golongan yang masih terpinggir dalam arus pendidikan negara.
Menyedari bahawa pentingnya pendidikan kepada golongan minoriti ini, pelbagai strategi
dan dasar telah dirangka bagi meningkatkan penyertaan pelajar orang asli dan
mengurangkan keciciran mereka dalam bidang pendidikan. Hasil kajian menunjukkan
terdapat peningkatan dalam trend penyertaan pelajar orang asli di peringkat IPT
berdasarkan perbandingan bagi tempoh 2003, 2008 dan 2013. Walaupun terdapat hampir
separuh penurunan enrolmen pelajar orang asli di IPT bagi tempoh 2003 dan 2008
disebabkan kemelesetan ekonomi, namun terdapat peningkatan secara mendadak dalam
tempoh 2008 sehingga 2013. Trend sebegini memberi gambaran bahawa hasrat kerajaan

20
untuk melahirkan orang asli yang berjaya menyertai bidang pendidikan sehingga
peringkat tertiari menujukkan hasil yang positif. Pengurangan yang berlaku sekitar tahun
2008 salah satunya berpunca daripada faktor luar seperti kemelesetan ekonom.

Bagi masalah keciciran pula, didapati masih terdapat kanak-kanak orang asli yang
masih gagal meneruskan pendidikan mereka untuk peringkat seterusnya dan keciciran
paling ketara adalah apabila pelajar tamat tahun enam namun tidak berminat untuk
menyambung pelajaran pada peringkat sekolah menengah. Masalah ini seterusnya
menyumbang kepada kurangnya penyertaan pelajar orang asli di untuk menyertai
pendidikan di peringkat tertiari. Selain masalah keciciran, masih wujud isu lain yang turut
menghalang pelajar orang asli mendapat pendidikan yang sewajarnya. Kajian lanjutan
perlu dilakukan bagi memantau masalah-masalah yang membelenggu masyarakat orang
asli terutamanya golongan pelajar. Namun begitu, sehingga sekarang kerajaan telah
menyediakan pelbagai kemudahan dan bantuan dan pihak berwajib seharusnya
memastikan penyampaian kepada bantuan dan kemudahan seharusnya lebih telus supaya
kebajikan dan hak golongan ini mendapatkan perkhidmatan terpelihara. Sehubungan itu,
semua pihak harus berganding bahu dan bersama-sama memikul tanggungjawab
meningkatkan pembangunan pendidikan bagi tujuan pembangunan negara secara
keseluruhannya

RUJUKAN

Abd. Aziz Shukor, Ramlah Jantan, Md. Nasir Masran, Suppiah Nachiappan dan Roslinda
Mustapha. 2010. Program pemulihan membaca di kalangan murid-murid Orang
Asli di Sek. Kebangsaan Batu 7 Tapah, Perak. Prosiding Seminar International
Management Education Conference 2010, 6-8 Oktober 2010 Mahkota Hotel,
Melaka.

Abdull Sukor Shaari, Nuraini Yusoff, Mohd Izam Ghazali dan Mohd Hasani Dali. 2011.
Kanak-kanak Minoriti Orang Asli di Malaysia: Menggapai Literasi Bahasa
Melayu. Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu. 1(2): 59-70.

Abu Samah et. al. 2007. Kurikulum bersepadu Orang Asli/Penan (KAP) - Satu
pendekatan baru dalam pembangunan pendidikan komuniti Orang Asli/Penan.

21
Seminar Kebangsaan Sains Sosial: Sains Sosial Teras Pembangunan Modal Insan,
20-21 Mei 2007, Kuala Lumpur. (Unpublished)

Aeda Ernawati. 2006. Hubungan faktor sosial ekonomi, higiene sanitasi lingkungan,
tingkat konsumsi dan infeksi dengan status gizi anak usia 2-5 tahun di kabupaten
semarang tahun 2003. Semarang: Universitas Diponegoro

Anuar Abdullah. 1990. Perkaitan antara latar belakang keluarga dan konsep kendiri
pelajar dengan pencapaian akademi. Kertas kerja yang tidak diterbitkan, Jabatan
Pembangunan Keluarga, Fakulti Ekologi Manusia, Universiti Pertanian Malaysia.

Ariesda. 2011. Jurang Pendidikan. http://ariesdasketchbook.blogspot.com/2011/11/


jurang-pendidikan.html.

Atwater, M. M., Wiggins, J. dan Gardner, C. M. 1995. A study of urban middle school
students with high and low attitudes toward science. Journal of research in
science teaching. 32(6): 665-677.

Aziz Nordin dan Lin Hui Ling. 2010. Hubungan Sikap Terhadap Mata Pelajaran Sains
Dengan Penguasaan Konsep Asas Sains Pelajar Tingkatan Dua. Fakulti
Pendidikan: Universiti Teknologi Malaysia. Journal of Science & Mathematics
Educational. (2): 89-101.

Azlina Mohd Khir dan Ma’rof Redzuan. 2013. Atribusi kemiskinan dalam kalangan
pelajar orang asli di Malaysia. Proceeding of the International Conference on
Social Science Research, ICSSR 2013. 4-5 June 2013, Penang, Malaysia.
Basir Zahrom. 2009. Pendidikan Orang Asli. Berita Harian 30 November 2009.
http://www.umlib.um.edu.my/newscutdetails.asp?cutid=832#sthash.eoqNNsCr.pf
16 Oktober 2013.

Bernama. 2013a. JAKOA belanja RM4.8 juta tingkat minda Orang Asli melalui kelas
dewasa. 25 Oktober 2013. http://my.news.yahoo.com/jakoa-belanja-rm4-8-juta-
tingkat-minda-orang-082608536.html.

Bernama. 2013b. Majoriti guru baru ditempatkan di sekolah pedalaman dan Orang Asli.
26 Disember 2013.http://web10.bernama.com/auto/newsDetail.php?id=305518
&vo=28

Berns, R. M. 1993. Child, family, community: socialization and support. (3rd ed.). Forth
Worth: Harcourt Javanovich College.

Borg, W. R. dan Gall, M. D. 1989. Educational Research: An Introduction. 5th ed. New
York & London: Longman

Brian, L. 2011. Applications and Utility of Urie Bronfenbrenner’s Boo-ecological


Theory. Manitoba Education Research Network (MERN).

22
Doris Padmini Selvaratnam, Abdul Hamid Jaafar, Norlida Hanim Mohd Salleh, Redzuan
Otman,Siti Hajar Idris. 2012. Transformasi Modal Insan Melalui Peningkatan
Peningkatan Pendidikan : Kajian Kes Komuniti Orang Asli di Cameron
Highlands, Pahang. Prosiding PERKEM vii, jilid 2, pp. 1212-1224.

Er Ah Choy, Zalina Che Mat Ariffin & Joy Jacqueline Pereira. 2010.
SosioekonomiMasyarakat Orang Asli : Kajian Kes di Hutan Simpan Bukit
Lagong, Selangor Malaysia. Jurnal Melayu (5)2010: 295-314
Fazliana Othman. 2006. Hubungan status sosioekonomi keluarga dengan pencapaian
pelajar bumiputera dan bukan bumiputera dalam mata pelajaran matematik di
dua buah sekolah daerah Johor Bahru. Skudai: Universiti Teknologi Malaysia.

Hairudin Harun. 2004. Daripada Sains Yunani kepada Sains Islam. Kuala Lumpur:
Universiti Malaya.

Halim Mokhtar. 2003. Penerimaan dakwah Islamiah dalam kalangan masyarakat Orang
Asli. Bangi: Universiti Kebangsaan Malaysia.

Haliza Abdul Rahman. 2010. Penglibatan masyarakat peribumi dalam isu berkaitan
persekitaran: Tinjauan terhadap suku Mah Meri di Pulau Carey, Kuala Langat,
Selangor. Jurnal Kemanusiaan 17 (2010).111–134. Georgetown: Universiti Sains
Malaysia.

Hanisah Abdullah. 2008. Gaya pembelajaran dan hubungannya dengan pencapaian


akademik pelajar tahun tiga UTM, Johor. Skudai: Univesiti Teknologi Malaysia

Hasan Mat Nor. 1998a. Laporan keciciran di kalangan pelajar Orang Asli. Bangi:
Universiti Kebangsaan Malaysia.

Hasan Mat Nor. 1998b. Warga Pribumi Menghadapi Cabaran Pembangunan. Bangi:
Universiti Kebangsaan Malaysia.

Hood Salleh. 2004. Dunia peribumi dan alam sekitar: Langkah ke hadapan. Bangi:
Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia.

Huzaimah Hj Ismail. 2006. Amalan-amalan yang berkaitan animism dalam kalangan


Orang Asli suku kaum Temuan di daerah Petaling, Selangor Darul Ehsan. Shah
Alam: Universiti Teknologi Mara.

Jabatan Perdana Menteri (JPM). 2011. Rancangan Malaysia Kesepuluh 2011-2015.


Putrajaya: Jabatan Perdana Menteri

Johari Talib dan Nazri Muslim. 2006. Bagaimana kanak-kanak OrangAsli gagal di
sekolah? Jurnal Pengajian Umum Bil. 8. Bangi: Universiti Kebangsaan Malaysia

23
Kamus Dewan. 2002. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Kamus Longman. 1997. Kuala Lumpur: Pearson Malaysia Sdn Bhd.

Kementerian Pelajaran Malaysia. 2006. Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP)


2006-2010. Kuala Lumpur: Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar
Pendidikan, Kementerian Pelajaran Malaysia.

Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM). 2012. Surat Siaran - pelaksanaan kelas dewasa
ibu bapa orang asli dan penan (KEDAP) tahun 2012. Putrajaya: Kementerian
Pelajaran Malaysia.

Kementerian Pendidikan Malaysia. 2013. Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia


(PPPM) 2013-2025. Putrajaya: Kementerian Pendidikan Malaysia.

Kementerian Pelajaran Malaysia. 2012. Ringkasan Eksekutif Pelan Pembangunan


Pendidikan Malaysia 2013-2025.

Mazdi Marzuki, Jabil Mapjabil & Rosmiza Mohd Zainol. 2014. Mengupas Keciciran
Pelajar Orang Asli Malaysia : Satu Tinjauan ke dalam Isu Aksesibiliti Sekolah.
Malaysian Journal of Society and Space 10 Issue 5 (107-122) © 2014, ISSN
2180-2491

Mohamad Johdi Salleh & Abdul Razak Ahmad, sunt . 2009. Kesedaran Pendidikan
Dalam Kalangan Masyarakat Orang Asli. Bangi : Penerbit UKM.

Mohd Fauzi Mohd Harun, Nor Aini Hj Idris, Madeline Berma dan Faridah Shahadan.
2006. Kemiskinan di kalangan masyarakat Orang Asli. Jumal Ekonomi Malaysia.
40: 95 – 101.

Mohd Nur Syufaat Jamiran dan Seow Ta Wee. 2013. Kelestarian transformasi
pembangunan sosioekonomi Orang Asli. Dlm. Persidangan Kebangsaan Geografi
dan Alam Sekitar Kali Ke 4, 5-6 Mac 2013. Tanjung Malim: Universiti
Pendidikan Sultan Idris. (Unpublished)

Muchlisin Riadi. 2012. Definisi, fungsi dan bentuk keluarga.


http://www.kajianpustaka.com/2012/11/definisi-fungsi-dan-bentuk- keluarga.html
#ixzz2i6bIA700.

Nicholas, C. 2000. The Orang Asli and the contest for resources: Indigenous politic,
development and identity in Peninsular Malaysia. Kuala Lumpur: Vinlin Press
Sdn. Bhd.

Nicholas, C. 2007. People first Orang Asli after 50 years of merdeka.


http://www.coac.org.my. 10 Ogos 2009.

24
Noraini Ahmad. 1994. Pengaruh cara gaya keibubapaan dan sikap ibu bapa ke atas
pencapaian akademik pelajar sekolah menengah. Serdang: Universiti Pertanian
Malaysia.

Noraini Awang Mat. 2001. Masyarakat Temiar dan perubahan: Kajian kes di rancangan
pengumpulan semula Orang Asli Kuala Betis Gua Musang, Kelantan. Kuala
Lumpur: Universiti Malaya.

Norazlinda Saad. 2004. Meritokrasi: Faktor sosio ekonomi dan peluang pendidikan
tinggi. Sintok: Universiti Utara Malaysia.

Norhani Bakri, Noor Zainab Abd. Razak, Hamidah Abd. Rahman dan Aminah Hj Ahmad
Khalid. 2005. Punca Prestasi Pembelajaran yang Lemah di Kalangan Pelajar
Fakulti Pengurusan dan Pembangunan Sumber Manusia. Skudai: Universiti
Teknologi Malaysia. Jurnal Teknologi. 43(E): 29–44.

Norizan Abdul Muhid, 2013. Elemen vokasional dalam sekolah K9. 28 Januari 2013.
http://www.utusan.com.my /utusan /Pendidikan /20130128 /pe_01 /Elemen-
vokasional-dalam-sekolah-K9

Nurahimah Yusoff, Mustapa Kassim, Nuraini Yusof, Abdul Malek Abdul Karim, Mohd
Izam Ghazali dan Abdul Sukor Shaari. 2009. Kajian pendidikan minoriti orang
Asli. Laporan Kajian Geran FRGS. Sintok: Universiti Utara Malaysia.

Nurul Farhana Jumaat. 2010. ICT dalam pendidikan anak-anak Orang Asli di sekolah-
sekolah rendah. Skudai: Universiti Teknologi Malaysia.

Rahimah Abd Aziz. 2001. Pengantar Sosiologi Pembangunan. Edisi Kedua. Kuala
Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Ramle Abdullah, Wan Hasmah Wan Mamat, W. A. Amir Zal & Asmawi Mohamad
Ibrahim. 2013. Teaching and Learning Problems of the Orang Asli Education:
Students’ Perspective. Asian Social Science Journal. 9(12): 118-124. Canada:
Canadian Center of Science and Education.

Rohana Yusof. 2010. Asas Sains Sosial: Dari Perspektif Sosiologi. Kuala Lumpur:
Dewan Bahasa dan Pustaka.

Siegel, M. A. dan Ranney, M.A. 2003. Developing the Changes in Attitude about the
Relevance of Science (CARS) Questionnaire and Assessing Two High School
Sciences Classes. Journal of research in Science teaching. 40(8), 757-775.

Siti Aminah Mohd Sam and Seow Ta Wee. 2013. Kelestarian pembangunan sosiobudaya
komuniti Orang Asli. Dlm. Persidangan Kebangsaan Geografi dan Alam Sekitar
Kali Ke 4 , 5-6 Mac 2013. Tanjung Malim: Universiti Pendidikan Sultan Idris.
(Unpublished)

25
Suparyanto, M.Kes. 27 November 2009. Tujuan, kerangka teori, kerangka konseptual dan
kerangka operasional penelitian. http://dr-suparyanto.blogspot.com/2009/11/
tujuan-kerangka-teori-konseptual-dan.html. dilayari pada 24 Disember 2013.

Suresh Kumar N Vellymalay. 2013. Relationship between malay parents’ socioeconomic


status and their involvement in their children’s education at home. Journal of
social science and humanities. Vol. 8, No. 1 (2013) 098-108. Bangi: Universiti
Kebangsaan Malaysia.

Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia. 2010. Laporan status hak pendidikan kanak-
kanak Orang Asli. Kuala Lumpur: SUHAKAM.

Ting Len Siong. 2003. Hubungan persekitaran kekeluargaan dengan pencapaian


akademik pelajar Siam sekolah menengah. Tesis Master. Serdang: Universiti
Putra Malaysia.

Urie Bronfenbrenner. 1994. Ecological Models of Human Development. International


Encyclopedia of Education, Vol. 3, 2nd. Ed. Oxford L Elsevier

YAB Tan Sri Dato’ HJ Muhyiddin bin Hj Mohd Yassin. 2012. Teks Ucapan Majlis
Perutusan Khas Kementerian Pelajaran Malaysia 2012. Pusat Konvensyen
Antarabangsa Putrajaya (PICC)

Wan Afizi Wan Hanafi, Shaharudin Ahmad & Noraziah Ali. 2014. Faktor Budaya dan
Persekitaran dalam Prestasi Pendidikan Anak Orang Asli Malaysia :
Kajian Kes di Kelantan.. Malaysian Journal of Society and Space 10 Issue 5
(107-122) © 2014, ISSN 2180-2491

Zahyah Hanafi. 2008. The relationship between aspects of socio economic factors and
academic achievement. Jurnal Pendidikan 33: 95-105.

Zarinah Arshat dan Rozumah Baharudin. 2001. Perkaitan antara faktor sosioekonomi dan
kualiti tingkahlaku keibubapaan dalam keluarga berisiko. Jumal Kemanusiaan.
17: 57 – 65

Zarinah Arshat, Rozumah Baharudin, Rumaya Juhari dan Rojanah Kahar. 2002. Tingkah
Laku Keibubapaan dan Penyesuaian Tingkah Laku Anak dalam Keluarga
Berisiko di Luar Bandar. Journal Pertanika Social Scienc & Humanities. 10(2):
165-178. Serdang: Universiti Putra Malaysia Press.

Zukina Yusoff. 2003. Hubungan antara latar belakang keluarga dengan pencapaian
akademik pelajar Melayu dalam PMR. Sintok: Universiti Utara Malaysia.

26

You might also like