You are on page 1of 3

*LENGKAP DOA, NYANYIAN NEGARAKU

TEKS CATATAN

Assalamualaikum WBT, Salam Sejahtera, dan Salam 1 Malaysia. Kata Alu-aluan

Yang Berbahagia,
______________________________________________________

Yang Berusaha, Tn Haji Daud Bin Mustapa, Penolong Kanan Akademik,

Yang dihormati barisan Guru-guru Penolong Kanan,

Guru-guru Ketua Bidang, Rakan-rakan pendidik,

dan seterusnya murid-murid yang dikasihi sekalian.

NYANYIAN LAGU NEGARAKU

Bagi memulakan majlis, hadirin diminta berdiri untuk sama-sama

menyanyikan lagu Negaraku.

******************************************************

Hadirin dipersilakan duduk.

BACAAN DOA

Hadirin hadirat yang dihormati sekalian,

Pada pagi yang berbahagia ini, kita mulakan dengan munajat doa memohon

restu dari yang maha Esa. Majlis mempersilakan al-fadzil Ustaz

______________________________________________________________

bagi memimpin bacaan doa. Dipersilakan.

Terima kasih al-fadzil Ustaz atas pimpinan bacaan doa sebentar tadi.
Rakan-rakan guru dan para pelajar yang dikasihi sekalian,

Program SWM COCA COLA JELAJAH 3R merupakan sebuah program yang

melibatkan kerjasama antara SWM Environment Sdn Bhd dan Coca Cola

Bottlers (Malaysia) Sdn Bhd, bersama Jabatan Pelajaran Negeri Sembilan.

Program ini berlangsung selama 6 bulan bermula pada bulan Julai 2016 sehingga

bulan November 2016, melibatkan 14 buah Sekolah Menengah di Negeri

Sembilan, termasuk SMK Tinggi Port Dickson & SMK Raja Jumaat bagi
Daerah Port Dickson.

Hadirin hadirat sekalian,

Tanpa membuang masa lagi, majlis mempersilakan Yang Berbahagia

______________________________________________________________

Bagi memberikan penerangan yang lebih menyeluruh tentang projek ini.

Dipersilakan.

Majlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih

kepada Yang Berbahagia ________________________________________ di

atas maklumat yang disampaikan sebentar tadi.


PENYAMPAIAN CENDERAHATI

Sebelum tirai majlis dilabuhkan, sebagai tanda penghargaan, majlis

mempersilakan Yang Berusaha Tn Haji Daud bin Mustapa,

Penolong Kanan Akademik SMK Tinggi Port Dickson, bagi menyampaikan

cenderamata sebagai tanda kenang-kenangan kepada Yang Berbahagia

_________________________________________________________

di atas kesudian beliau meluangkan masa bersama-sama kita semua pada

hari ini.

Rakan-rakan guru dan para pelajar yang dikasihi,

Dengan berakhirnya penyampaian cenderamata itu tadi, maka berakhirlah

program kita pada pagi ini.

Pihak majlis dengan sukacitanya menjemput Yang berusaha Tn Haji Daud Bin

Mustapa bagi mengiringi tetamu jemputan kita untuk menikmati

jamuan di Kantin.

Majlis mempersilakan.

************************************************************

Sekian, wassalamualaikum wbt.

You might also like