You are on page 1of 14

1.

0 PENGENALAN

Dunia ekonomi kini telah mengalami polarisasi dari dua kekuatan sistem ekonomi, iaitu
Sistem Ekonomi Konvensional dan Sistem Ekonomi Islam. Menurut Dumairy (1996), sistem
adalah suatu organisasi besar yang mempunyai pelbagai subjek atau objek serta
mempunyai peringkat perlembagaan dalam sesuatu organisasi tertentu. Ekonomi pula
merujuk kepada ilmu tentang asas-asas pengeluaran, pembahagian, penggunaan barang-
barang dan perkhidmatan serta masalah-masalah kewangan yang bersangkutan
dengannya (Samuelson, P. A & Wiliam, 2004). Oleh yang demikian, sistem ekonomi telah
ditakrifkan sebagai suatu sistem yang mengatur serta menjalin hubungan ekonomi antara
manusia berdasarkan perlembagaan yang telah ditetapkan (Ab. Mumin Ab. Ghani, 1999).
Bukan itu sahaja, sistem ekonomi juga merupakan cara yang dipakai oleh sesebuah negara
untuk menyelesaikan atau menghadapi masalah dalam bidang ekonomi (Gregory
Grossman dan M. Manu, 1989).

Dalam sesuatu sistem ekonomi Islam, perkataan ekonomi itu sendiri merupakan
kajian tentang aktiviti tingkah laku manusia yang menggunakan sumber-sumber alam
ciptaan Allah. Kesemua sumber alam ciptaan Allah digunakan dengan adil dan cekap
sejajar dengan hukum-hukum syarak dan ianya digunakan untuk kebaikan diri dan
masyarakat bagi mendapat keredhaan Allah. Setiap sistem ekonomi itu mempunyai
matlamat dan tujuannya yang tersendiri. Perlu diketahui bahawa matlamat utama sistem
ekonomi Islam ialah untuk mencapai kebahagiaan di dunia mahupun di akhirat ataupun
dikenali sebagai al-Falah (Mohd Dali at el, 2004). Agama Islam telah menganggap kegiatan
ekonomi ini sebagai ibadah yang perlu ada bagi kegunaan manusia. Dalam konteks ini,
kegiatan ekonomi dalam sistem ekonomi Islam merupakan ibadah yang merangkumi
tanggungjawab manusia dengan Allah sebagai pencipta dan juga hubungan manusia
sesama manusia.

Sistem ekonomi konvensional pula didefinisikan sebagai suatu sistem ekonomi yang sudah
dipraktikkan secara meluas di dalam sesebuah masyarakat. Berdasarkan maksud ini ianya
bolehlah dikatakan sebagai suatu sistem yang ditentukan oleh manusia di dalam sesebuah
masyarakat yang tidak mempunyai piawai yang mutlak tetapi bersifat anjal dan boleh
berubah mengikut ketentuan masyarakat (Nor Mohamed Yakeop, 1996). Disebabkan ianya
merupakan sistem manusia yang tidak tetap maka sudah tentulah ianya berbeza dengan
Islam yang mempunyai piawai yang tetap iaitu bersumberkan wahyu di dalam kesemua
bidang termasuklah ekonomi. Sistem ekonomi konvensional juga dikenali sebagai suatu
sistem yang berdasarkan kepada akal manusia semata-mata. Ekonomi konvensional
merupakan sistem perekonomian yang memberikan kebebasan sepenuhnya kepada setiap
orang untuk melaksanakan kegiatan perekonomian mengikut kehendak dirinya.

1
2.0 PERBEZAAN SISTEM EKONOMI ISLAM DAN SISTEM EKONOMI KONVENSIONAL

Pada dasarnya, kita dapat lihat bahawa terdapat banyak perbezaan dari pelbagai aspek
apabila membicarakan tentang sistem ekonomi Islam dan sistem ekonomi konvensional.
Perbezaan ini boleh juga di ibaratkan sebagai perbezaan antara benar dan salah atau
perbezaan antara hak dan bathil mengikut kaca mata Islam. Hal ini kerana, sistem ekonomi
Islam sangat jauh berbeza jika dibandingkan dengan sistem konvensional yang banyak
diterapkan oleh negara-negara barat termasuk negara-negara Islam. Antara perbandingan
yang jelas dilihat adalah dari aspek-aspek berikut:-

Ciri-ciri

Aspek
Aspek-
Kebajikan aspek Prinsip Asas
Masyarakat
Perbezaan

Aspek
Penggunaan

Rajah 1: Aspek-aspek Perbezaan Sistem Ekonomi Islam dan Konvensional

2.1 Ciri-ciri

Antara perbezaan ketara yang dapat kita lihat bagi sistem ekonomi Islam dan ekonomi
Kovensional ialah dari aspek ciri-cirinya yang tersendiri. Ciri-ciri ekonomi Islam terbahagi
kepada dua aspek iaitu ciri-ciri umum dan juga ciri-ciri khusus. Ciri-ciri umum ekonomi Islam
terdiri daripada rabbani, berakhlak, insaniah serta seimbang. Ciri-ciri khusus pula adalah
berasaskan Al-quran dan sunnah, sebahagian daripada keseluruhan sistem kehidupan
Islam yang lengkap, kepentingan individu dan masyarakat dalam ekonomi sentiasa
diseimbangkan, kegiatan ekonomi bersifat kebendaan, tetapi bercorak kerohanian dan
akhir sekali ekonomi Islam sentiasa sesuai sepanjang zaman. Bukan itu sahaja, kedua-dua
ciri ini saling berkait rapat antara satu sama lain dalam memastikan sistem ekonomi Islam
2
yang dijalankan adalah mengikut syariah Islam serta prinsip yang telah ditetapkan oleh
Islam. Selain itu, dalam menjalankan kegiatan ekonomi pula, Islam sangat mengharamkan
kegiatan riba atau dalam erti kata lain ialah "kelebihan". Hal ini dapat dibuktikan apabila
terdapat beberapa surah di dalam Al Qur'an iaitu surah Al Baqarah ayat 275 disebutkan
bahawa “orang-orang yang makan (mengambil) riba tidak dapat berdiri melainkan seperti
berdirinya orang yang kemasukan syaitan lantaran (tekanan) penyakit gila. Hal demikian,
adalah disebabkan mereka berkata (berpendapat), sesungguhnya jual beli itu sama dengan
riba, padahal Allah telah menghalalkan jual beli dan mengharamkan riba”. Menurut Chapra
(1992), segala aturan yang diturunkan Allah swt dalam sistem Islam mengarah pada
tercapainya kebaikan, kesejahteraan, keutamaan, serta menghapuskan kejahatan,
kesengsaraan, dan kerugian pada seluruh ciptaan-Nya.

Terpisah
daripada
agama

Berlandaskan
Mengikis sifat
kepada
tolong-
kebebasan
menolong
individu

Ciri-ciri
Ekonomi
Konvensional
Mementingkan
Mementingkan
pengumpulan
kekayaan
modal dan
material
harta

Berunsurkan
riba, gharar
dan maisir

Rajah 2: Ciri-ciri Ekonomi Konvensional

Rajah di atas menunjukkan ciri-ciri ekonomi konvensional yang merupakan suatu ilmu
yang mengkaji kegiatan manusia yang hanya mementingkan aspek keuntungan semata-
mata yang berkaitan dengan urusan dunia sahaja. Ciri-ciri ekonomi konvensional jauh
berbeza jika dibandingkan dengan ciri-ciri ekonomi Islam. Hal ini kerana, sistem ekonomi
konvensional ini dikatakan jauh terpisah daripada agama di mana ianya lahir berdasarkan
pemikiran manusia yang boleh berubah pada bila-bila masa berdasarkan pengalaman atau
3
maklumat yang baru. Sistem ekonomi konvensional juga berlandaskan kepada kebebasan
individu dalam pelbagai aspek, termasuklah kepentingan modal dan sistem tawaran serta
permintaan. Selain itu, sistem ini juga sangat mementingkan pengumpulan modal dan harta
dengan mengetepikan nilai halal atau haram dalam sesuatu urusan. Sistem ekonomi
konvensional juga dikatakan lebih terjurus ke arah sistem ekonomi yang berunsurkan
amalan riba, gharar (ketidakpastian) dan maisir (pertaruhan). Bukan itu sahaja, sikap
mementingkan kekayaan material semata-mata dan mengikis sifat tolong-menolong dalam
sistem ekonomi konvensional ini jelas menunjukkan ianya jauh berbeza jika ingin
dibandingkan dengan sistem ekonomi Islam yang saling bantu-membantu antara satu sama
lain. Tidak cukup dengan itu, sistem ini juga dilihat sangat mementingkan diri sendiri tanpa
mengambil kira hak asasi orang lain. Di samping itu, sistem ini juga sangat mengutamakan
kuntungan individu. Menurut Sarimah Hanim Aman Shah (1994), individu akan bertindak
dalam memenuhi keperluan hidupnya iaitu memaksimumkan kepuasan atau keuntungan
berdasarkan pada keperluan dan keinginan-keinginan yang digerakkan oleh akal yang sihat
dan tidak akan bertindak secara sengaja membuat keputusan yang boleh merugikan
kepuasan atau keuntungan mereka sendiri.

2.2 Prinsip Asas

Sistem ekonomi Islam dan sistem ekonomi konvensional memiliki perbezaan dari
aspek prinsip asas. Dasar ekonomi Islam mengakui pemilikan peribadi mempunyai batas-
batas tertentu. Setiap aktiviti ekonomi yang dijalankan perlu patuh pada peraturan yang
berkaitan dengan agama islam. Hal ini kerana, ekonomi Islam menggunakan akal
berpandukan wahyu Ilahi. Penerimaan wahyu Ilahi sebagai sumber ilmu yang mutlak
bukanlah sekadar untuk maksud pembangunan sumber ekonomi tetapi ia adalah tuntutan
akidah Islam itu sendiri bertunjangkan tauhid dan dengan menyedarkan manusia akan
hakikat kewujudan Allah sebagai rujukan dalam segala benda. Hal ini termasuklah bidang
ekonomi yang memerlukan syariat bagi memandu manusia memikul amanah dan
tanggungjawab dalam pengendalian harta serta sumber-sumber yang menjadi kepunyaan
Allah. Bukan itu sahaja, ekonomi Islam meletakkan kejayaan ekonomi individu bergantung
kepada bantuan dan pertolongan individu-individu lain yang ada dalam masyarakat. Sistem
ini percaya bahawa kekuatan yang menjadi penggerak utama ekonomi Islam adalah
kerjasama. Dalam pembangunan ekonomi Negara perlu ada sifat saling membantu antara
rakyat dan menteri, orang atasan dan bawahan supaya segala urusan dapat dijalankan
dengan mudah (Surtahman Kastin Kasan dan Sanep Ahmad. 2005).

4
Hal ini berbeza pula dengan prinsip asas sistem ekonomi konvensional yang
berpaksikan kebendaan dan kepuasan dengan panduan akal semata-mata. Sistem
konvensional menganggap ketika pertumbuhan ekonomi berjalan baik maka semua orang
akan mencapai kepuasan individu yang diinginkan. Sementara ekonomi Islam berprinsip
bahwa agama dan ekonomi memiliki kaitan yang kuat, dimana kegiatan ekonomi dilakukan
sebagai ibadah. Sistem ini menjadikan manusia sebagai watak penting dalam memberi
rangsangan kepada pertumbuhan ekonomi. Ekonomi konvensional mengutarakan falsafah
melihat manusia sebagai kejadian mementingkan diri sendiri serta mampu merangsang
persaingan dalam pengeluaran barangan termasuk jumlah kuantiti yang masyarakat perlu
dan paras harga yang sanggup dibayar oleh masyarakat. Sebagai contoh, dalam prinsip
asas sistem ekonomi sosialisme, sistem ini berpegang kepada manusia berkepentingan
menjadi ukuran kejayaan atau dikenali sebagai economic man. Economic man merupakan
tindakan individu yang dianggap rasional jika tertumpu kepada kepentingan diri sendiri (self
interest) yang menjadi satu-satunya tujuan bagi semua kegiatan. Pertimbangan moral, etika
serta keterbatasan langsung diabaikan demi mencapai keuntungan yang diingini.

2.3 Aspek Penggunaan

Aspek penggunaan adalah merupakan aspek yang sering kali menjadi isu utama di
kalangan pengguna. Konsep kepenggunaan menurut Islam dan konvensional adalah
berbeza sekali menurut ilmu ekonomi Islam. Menurut ekonomi konvensional, konsep
kepenggunaan bermula dengan mengandaikan semua pengguna adalah rasional dalam
membuat keputusan perbelanjaan. Rasionaliti di dalam ekonomi konvensional bermakna
mana-mana pengguna akan selalu cuba memaksimumkan kepuasan material mereka dari
penggunaan sumber pendapatan yang terhad yang mereka ada. Mereka mengambil
keputusan berdasarkan pemikiran sendiri bagaimana mereka membelanjakan pendapatan
mereka yang terhad untuk memaksimumkan kepuasan mereka. Keputusan yang dibuat
mungkin dipengaruhi oleh citarasa, perubahan fesyen, harga, pendapatan, dan lain-lain.
Selalunya nilai-nilai agama kurang dititikberatkan di dalam membuat keputusan tersebut.
Utiliti adalah kebolehan atau kuasa barangan atau perkhidmatan yang dapat memberikan
kepuasan kepada apa yang dikehendaki oleh pengguna. Oleh yang demikian, utiliti boleh
juga dimaksudkan sebagai menggambarkan tingkat kepuasan pengguna terhadap
penggunaan sesuatu atau perkhidmatan. Utiliti yang berkaitan dengan kehendak yang telah
dipenuhi sebagai utiliti material atau kepuasan material. Oleh itu, secara konklusinya dalam
ekonomi konvensional, pengguna dianggap rasional apabila mereka membelanjakan
pendapatannya dengan cara mereka memaksimumkan utiliti material atau kepuasan
material.

5
Hal ini berbeza pula jika dilihat dari aspek teori kepenggunaan menurut perspektif Islam
di mana pengguna dianggap rasional apabila mereka membelanjakan pendapatan mereka
untuk memaksimumkan kepuasan material sejajar dengan kepuasan kerohanian. Utiliti
material akan menjadikan mereka sangat puas di dunia ini, manakala utiliti kerohanian
membuatkan mereka puas di kemudian hari, iaitu di akhirat kelak. Maka dengan itu,
pendapatan digunakan bukan sahaja untuk memenuhi utiliti material bahkan juga utiliti
kerohanian. Contohnya, disamping kita membelanjakan pendapatan untuk makanan,
pakaian, dan lain-lain keperluan, mereka mungkin juga mahu membelanjakan sebahagian
pendapatan mereka sebagai derma kepada mereka yang memerlukan. Mereka membuat
keputusan perbelanjaan bukan sahaja berdasarkan kepada pemikiran sendiri tetapi juga
yang lebih penting berasaskan nilai-nilai agama iaitu agama Islam. Walaupun, barangan
bukan halal lebih murah daripada barangan halal, mereka akan tetap membeli barangan
tersebut walaupun mahal. Bukti orang-orang Islam mencari jalan untuk memaksimumkan
utiliti material dan juga utiliti kerohanian telah difirmankan oleh Allah s.w.t di dalam Al-Quran
Surah Al-Baqarah ayat 201, maksudnya: “Dan di antara mereka pula ada yang berdoa
dengan berkata: Wahai Tuhan kami, berilah kami kebaikan di dunia dan kebaikan di akhirat
dan peliharalah kami dari azab neraka”.

2.4 Aspek Kebajikan Masyarakat

Terdapat beberapa perbezaan antara sistem ekonomi Islam dan sistem ekonomi
konvensional mengenai aspek kebajikan masyarakat. Pada dasarnya, sistem ekonomi
konvensional tidak mementingkan kebajikan masyarakat. Malahan hanya menjaga
kepentingan orang perseorangan sahaja. Setiap individu masing-masing berusaha dalam
memonopolikan nilai pasaran sehingga terjadi persaingan bebas. Contohnya dalam sistem
ekonomi kapitalis. Hal ini menunjukkan bahawa sistem ini adalah bersifat individualistik
sehingga setiap individu bebas berbuat apa sahaja dengan harta kekayaannya asal
kegiatannya tidak mengganggu hak orang lain dan individu juga bebas mencari harta
kekayaan semaksimum yang boleh untuk memenuhi kepuasan mereka. Oleh kerana hak-
hak memiliki harta dibenarkan oleh masyarakat maka hak-hak ini boleh diatasi melalui
tindakan masyarakat itu sendiri. Jika dilihat dari sudut falsafah sistem ekonomi kapitalis
juga, ia menjadikan riba ataupun bunga sebagai modal untuk memperoleh imbuhan. Bunga
atau riba ini akan menjadi insentif agar modal dapat diperolehi secara berterusan. Aspek
kebajikan masyarakat langsung diketepikan lantaran untuk mendapatkan keuntungan yang
berlipat kali ganda. Menurut E. Ray Canterbery (1978), bila setiap individu diperbolehkan
mengejar kepentingannya sendiri tanpa adanya campur tangan pihak pemerintah, maka ia
seakan-akan dibimbing oleh tangan yang tak nampak (the invisible hand), untuk mencapai
yang terbaik pada masyarakat.

6
Dalam sistem ekonomi Islam pula, perlakuan serta kegiatan ekonomi dalam sektor
kebajikan mempunyai fungsi yang tersendiri. Tamsilnya, membantu golongan yang lemah
seperti anak-anak yatim, orang-orang fakir dan miskin. Selain itu, Islam turut membenarkan
peranan kerajaan dalam ekonomi negara. Hal ini kerana, campur tangan kerajaan adalah
sangat penting bagi melindungi kebajikan masyarakat. Bukan itu sahaja, kerajaan juga
berupaya memainkan peranan dengan membantu masyarakat terutamanya masyarakat
yang miskin dalam memenuhi keperluan asas harian mereka. Hal ini secara tidak langsung
mampu menghapuskan jurang antara golongan kaya dan golongan miskin terus meluas.
Menurut Sarimah Hanim Aman Shah (1994), sistem ekonomi Islam turut menyediakan
prasarana di peringkat asas. Sebarang jenis aktiviti atau kegiatan-kegiatan dalam sekor ini
dilakukan dengan menggunakan harta milik persendirian yang juga disebut sebagai
sadaqah tatawwu awam dan jika perlu turut menggunakan harta milik kerajaan (baitulmal).
Berdasarkan konteks ini juga, ia juga menerapkan hukum-hakam yang bersangkutan
seperti zakat dan segala jenisnya seperti zakat fitrah, pemberian sukarela, waqaf (sama
ada waqaf am atapun khas) dan akhir sekali pinjaman kebajikan (qardan hasan).

3.0 KEWIBAWAAN DAN KEISTIMEWAAN SISTEM EKONOMI ISLAM DALAM


MENANGANI PERMASALAHAN PEREKONOMIAN SEMASA

Perbezaan antara sistem ekonomi Islam dan sistem ekonomi konvensional telah
membuka mata orang ramai atau telah memperlihatkan bahawa sistem ekonomi Islam
sesuai digunakan bagi mengatasi permasalahan perekonomian semasa di negara kita.
Kewibawaan dan keistimewaan sistem ekonomi Islam ini boleh dilihat secara menyeluruh
dari pelbagai aspek. Hal in bertepatan dengan Mohd Dali at el (2004), matlamat utama
sistem ekonomi Islam ialah untuk mencapai kebahagiaan di dunia mahupun di akhirat
ataupun dikenali sebagai al-falah. Sistem ekonomi Islam juga dilihat mempunyai potensi
besar bagi menggantikan sistem konvensional di negara kita sekaligus menjadi jalan keluar
kepada masalah ekonomi semasa pada hari ini. Hal ini kerana, sistem kewangan Islam
amat menekankan aspek keadilan apabila menggariskan prinsip dan nilai yang wajib diikuti
dalam memastikan aktiviti ekonomi berjalan dengan baik dan sempurna.

Jika diberi perhatian terhadap isu perekonomian semasa di negara kita, isu riba
bukanlah isu yang asing lagi dalam ekonomi masa kini. Isu riba di negara kita sering kali
menjadi buah mulut orang ramai dan ianya semakin tular dan berleluasa. Menurut Abu
Bakar Abdullah (1986), riba ialah sesuatu yang diharamkan oleh Islam secara mutlak.
Namun begitu riba tetap menjadi amalan dalam kalangan masyarakat masa kini. Amalan
ini banyak dipraktikkan dalam sistem kewangan kita sekaligus turut mengheret umat Islam
di Malaysia terlibat dengan riba yang banyak diamalkan dalam sistem bank-bank
konvensional terutamanya. Secara tidak disedari amalan riba ini telah lama dipraktikkan
7
dalam kalangan masyarakat Islam di Malaysia terutamanya apabila membuat sesuatu
pinjaman dengan syarikat-syarikat kewangan yang tidak mengamalkan sistem pinjaman
secara Islam. Umum telah pun mengetahui bahawa di dalam agama Islam sendiri amat
menegaskan amalan riba iaitu amalan yang amat dikeji dan tergolong sebagai salah satu
dosa besar. Dari segi bahasa sendiri digambarkan bahawa amalan riba itu sendiri
membawa kepada maksud tambahan atau kenaikan, dan diperjelaskan dalam istilah riba
iaitu sendiri bahawa bunga berganda yang membebankan.

Oleh yang demikian, sistem perbankan dan kewangan Islam dilihat mampu menjadi
instrumen ekonomi dan kewangan yang berkesan dalam mendepani kemelut tersebut.
Sistem perbankan dan kewangan Islam lebih berdaya tahan dan berdaya saing dalam
menangani isu perekonomian di negara kita khususnya isu riba. Sistem perbankan Islam,
kini bukan sahaja semakin popular dalam kalangan negara Islam, malahan sistem patuh
Syariah Islam ini, semakin popular dalam kalangan negara bukan Islam. Ianya memberi
pilihan kepada orang ramai, sama ada mahu menggunakan sistem perbankan
konvensional atau perbankan Islam. Sebelum ini, suka atau tidak, orang ramai terpaksa
mengguna pakai sistem perbankan konvensional, walaupun mengetahui sistem itu
mengamalkan riba, kerana tidak mempunyai pilihan. Jesteru, sistem perbankan dan
kewangan Islam tampil sebagai penyelesaian atau jalan keluar kepada umat Islam bagi
mengatasi masalah riba dalam urusan kewangan dan perbankan.

Selain itu, rata-rata sistem perbankan di Malaysia pada hari ini adalah berasaskan
kepada pemikiran manusia semata-mata malahan terlalu banyak aktiviti yang bercanggah
dengan Islam termasuklah sistem riba yang menjadi paksi kepada sistem perbankan
konvensional secara amnya. Oleh itu, kewujudan sistem ekonomi Islam sangat sesuai
untuk diguna pakai dalam sistem ekonomi Islam agar isu ini dapat ditangani. Sebagai
contoh, di Malaysia sudah terdapat banyak bank-bank yang telah menerapkan banyak
terma-terma yang berlandaskan Islam dalam ekonomi negara umpamanya insuran takaful,
perbankan Islam, pajak gadai secara Islam (Ar-Rahnu), sewa beli secara Islam dan
sebagainya. Perbankan Islam adalah bertunjangkan aqidah islamiyyah. Hal ini jelas
menunjukkan bahawa pelaksanaan perbankan Islam mengiktiraf bahawa Allah SWT
sebagai pencipta dan tuhan yang wajib disembah dan dipatuhi. Maka, segala dasar dan
peraturan yang telah digariskan oleh Allah S.W.T. dalam segenap aspek kehidupan juga
adalah menjadi wajib untuk diikuti kerana kita tiada pilihan lain lagi.

8
Jika dilihat dari segi matlamat perbankan Islam juga adalah untuk mendapatkan redha
Allah semata-mata. Hal ini dapat dibuktikan apabila Islam mengharamkan aktiviti riba yang
bermaksud setiap urusan hutang tidak boleh mempunyai elemen faedah atau nilai tambah.
Prinsip ini jelas berbeza dengan sistem kapitalisme dalam dua perkara iaitu mengharamkan
pinjaman dengan amalan faedah (riba). Pada masa yang sama, ia turut menegah sebarang
bentuk spekulasi berunsur penindasan. Sebagai alternatif, pembiayaan boleh dilakukan
secara jual beli atau sewaan yang bersandarkan kepada aset sebenar. Sekiranya bank
ingin membiayai pembelian rumah, ia tidak boleh memberikan wang dan mengaut
keuntungan melalui hutang. Sebaliknya perlu membeli aset tersebut dan menjualnya
kepada pelanggan dengan harga yang mengambil kira keuntungan kepada bank.
Sistem ekonomi Islam juga menekankan aspek perkongsian untung dan rugi yang
memerlukan bank terlibat secara langsung dengan aktiviti ekonomi pelanggan. Ia secara
tidak langsung dapat mendisiplinkan aktiviti ekonomi kerana bank harus melakukan
penelitian rapi bagi setiap projek yang dibiayai. Ini kerana sistem perekonomian Islam
menyokong perkongsian risiko antara pihak institusi kewangan dan pelanggan dengan
membawa prinsip menang-menang bagi semua pihak (Mohd Fadhli Mohd Faudzi, 2011).

Dalam pada itu, perbankan Islam juga berlandaskan kaedah fiqah muamalat di mana
ianya benar-benar bertepatan dengan cara yang digariskan oleh Islam. Agama Islam tidak
pernah sama sekali melarang umatnya daripada mencari keuntungan, namun ia perlu
dilandasi dengan cara yang betul (Abu Bakar Abdullah. 1986). Pernyataan di atas juga
bertepatan dengan hasan (2004), berpendapat bahawa Islam melihat pembangunan
ekonomi sebagai pertumbuhan kematangan manusia. Dalam konteks perbankan Islam, kita
tidak menggunakan cara memberi pinjaman untuk mendapatkan keuntungan kerana ia
jelas mempunyai unsur riba yang sangat-sangat dilarang keras dalam Islam. Namun, Islam
memberikan jalan penyelesaian dengan pemakaian kontrak seperti kontrak jual beli,
kontrak mudharabah dan musyarakah yang boleh memperolehi keuntungan daripada
penggunaan kontrak-kontrak tersebut. Walaubagaimanapun, kepatuhan syariah terhadap
sesuatu kontrak yang digunakan itu mestilah juga menjadi keutamaan bagi melahirkan
produk-produk yang benar-benar halal.

Jika dilihat dari aspek positif disebalik pengharaman riba dalam Islam adalah kerana
amalan riba boleh menyebabkan kemudaratan atau keruntuhan akhlak dan sikap
seseorang individu muslim. Jika dilihat Islam menganjurkan agar umatnya hidup dalam
keadaan saling sayang-menyayangi serta tolong-menolong antara satu sama lain. Amalan
riba adalah satu amalan yang boleh menyebabkan satu pihak yang lain akan tertindas. Ini
telah terpesong dari akhlak yang di ajar oleh Islam kepada kita. Malah amalan ini akan
melunturkan perasaan kasih sayang sesama muslim malah sebaliknya menyuburkan
perasaan cinta terhadap harta benda. Jika amalan ini dibiarkan berleluasa, ia bukan sahaja
menindas golongan yang kurang berkemampuan malah sifat tamak akan meguasai diri
9
pemilik harta. Disamping itu, amalan riba juga akan menyuburkan sikap malas bekerja dan
kurang dinamik. Sikap ini bukanlah satu sikap yang baik dan tidak sepatutnya berada dalam
diri umat Islam kerana ia bukanlah satu akhlak yang didik oleh Rasulullah s.a.w. Dengan
adanya riba, masyarakat hanya akan menjalankan jual beli yang membolehkan mereka
mengaut keuntungan dengan cara yang mudah. Islam tidak menerima konsep untung tanpa
bekerja keras. Ini bertepatan dengan sabda Baginda Nabi s.a.w (Zaharuddin Abd Rahman,
2011).

Oleh hal yang demikian, Islam secara tegas telah mengharamkan pengamalan riba
dan ummat Islam wajib meninggalkannya (al-Baqarah:278), akan tetapi Islam
menghalalkan mencari keuntungan melalui perniagaan (Qs.83:1-6). Jelaslah, sistem
ekonomi Islam mempunyai keistimewaan dan kewibawaan kerana tidak menjadikan riba
sebagai satu altenatif untuk mendapatkan keuntungan tetapi berasaskan kepada sistem
jual beli dan mudharabah. Pernyataan di atas di sokong oleh Mutairi (2002), mengatakan
bahawa pembangunan ekonomi menurut Islam bersifat universal kerana bukan sahaja
meliputi kesejahteraan material di dunia malahan kesejahteraan di akhirat. Bukan itu
sahaja, sistem ekonomi Islam amat mementingkan aspek keadilan dan keseimbangan
antara kebebasan individu dengan maslahah awam dan soal agama dengan perkara-
perkara keduniaan. Prinsip ekonomi dalam Islam tidak hanya bermatlamatkan kebendaan
semata-mata tetapi turut bermatlamatkan ibadat yang membolehkan kita mendapat pahala
jika diusahakan dengan niat kerana Allah S.W.T. dan berhasrat untuk mendapatkan
keredaan-Nya.

4.0 KESIMPULAN

Kesimpulannya, sistem ekonomi Islam atau dikenali sebagai muamalat adalah suatu
sistem yang mantap kerana berdasarkan wahyu yang jelas dari Yang Maha Berkuasa iaitu
Allah S.W.T. Namun ianya menjadi agak rumit terutamanya akhir-akhir ini, disebabkan
kerana terikut dengan rentak dan cara hidup serta pendidikan barat yang mengabaikan
aspek yang paling penting kepada manusia iaitu pembangunan manusia hakiki berteraskan
paradigma tauhid bagi menuju pengiktirafan AllahS.W.T. bagi mencapai al-falah dan
bukannya semata-mata bangunan yang barangkalinya didiami oleh manusia-manusia yang
ketandusan jiwa dan akhlaknya. Sebagai seorang Islam yang meyakini bahawa Islam
adalah satu cara hidup, kita tidak dapat menolak keperluan untuk merealisasikan sistem
ekonomi dan kewangan yang berteraskan Islam. Realiti juga turut menunjukkan bahawa
usaha memajukan Islam dan umatnya tidak dapat lari dari usaha memajukan ekonomi
mereka. Oleh itu, sebahagian dari agenda memajukan masyarakat Islam ialah memajukan
ekonomi mereka sejajar dengan prinsip-prinsip Islam dalam lingkungan keterbatasan yang
ada.

10
REFLEKSI

Saya telah menerima tugasan kerja kursus pendek bagi kursus MPU3092 Pendidikan Islam
daripada pensyarah yang mengajar selepas pensyarah tersebut memberi beberapa
taklimat tentang perlaksanaan kerja kursus pendek ini. Setelah selesai melaksanakan
tugasan satu iaitu penulisan akademik mengenai sistem ekonomi Islam dan sistem ekonomi
konvensional, dan ini merupakan tugasan seterusnya di mana pelajar dikehendaki
menghasilkan satu penulisan refleksi tentang sistem ekonomi secara keseluruhan untuk
menunjukkan tahap kefahaman mengenai topik yang dibincangkan.

Pada mulanya, apabila menerima tugasan ini, saya agak keliru tentang kehendak
soalan. Saya berasa begitu bimbang dan tercabar untuk menyiapkan tugasan ini kerana
saya tidak ada sebarang pengalaman atau pengetahuan yang luas tentang topik atau tajuk
yang akan dikupaskan. Namun demikian, cabaran dan halangan ini tidak mematahkan
semangat saya untuk cuba menghasilkan tugasan yang terbaik. Setelah mendapat
beberapa taklimat tentang penghasilan tugasan ini daripada pensyarah, barulah saya dapat
memahami serba sedikit tentang cara untuk mengemukakan analisis yang komprehensif
berkenaan banding beza antara sistem ekonomi Islam dan konvensional serta
menunjukkan fakta tentang keistimewaan ekonomi Islam dalam menangani permasalahan
perekonomian semasa. Sepanjang melaksanakan tugasan ini, saya telah menerima
banyak faedah yang berguna dan baik untuk diri saya sebagai seorang bakal guru.

Semasa melaksanankan tugasan ini, saya telah menggunakan sumber internet


sebagai rujukan utama. Di samping itu, buku-buku rujukan dan tunjuk ajar dari pensyarah
mengajar juga merupakan aspek penting dalam menyempurnakan tugasan ini. Kesukaran
mencari maklumat yang dingini agak sukar diperoleh semasa melaksanakan tugasan ini.
Hal ini telah memberi sedikit tekanan kepada saya kerana pengetahuan sedia ada tentang
sistem ekonomi amatlah cetek. Banyak perkara yang saya tidak tahu tentang sistem
ekonomi, baik sistem ekonomi Islam mahupun sistem ekonomi konvensional. Sebagai
contoh, saya tidak pernah tahu bahawa terdapat pelbagai aspek yang menunjukkan
perbezaan yang ketara antara kedua-dua sistem ekonomi tersebut. Walaubagaimanapun,
penggunaan teknologi yang canggih pada masa kini tidak menghalang saya untuk
mendalami dan mencari maklumat yang diperlukan dalam menyempurkan tugasan ini.

11
Saya telah membuat perbandingan antara sistem ekonomi Islam dan konvensional dari
beberapa aspek. Antaranya ialah aspek ciri-ciri, prinsip asas, aspek penggunaan dan aspek
kebajikan masyarakat. Perbezaan dari aspek-aspek tersebut sedikit sebanyak telah
membuka mata saya tentang sistem ekonomi yang sesuai digunakan dalam dunia
perekonomian masa kini dan kelak. Melalui tugasan tersebut, saya juga telah memperoleh
satu pengalaman baharu di mana saya mempunyai pengetahuan atau sedikit ilmu tentang
sistem ekonomi yang diamalkan di Malaysia negara kita. Bukan itu sahaja, sebagai umat
Islam saya turut berbangga dengan sistem ekonomi Islam yang tidak hanya
bermatlamatkan kebendaan semata-mata tetapi turut bermatlamatkan ibadat yang
membolehkan kita mendapat pahala jika diusahakan dengan niat kerana Allah S.W.T. dan
berhasrat untuk mendapatkan keredaan-Nya.

Sepanjang melaksanakan tugasan ini, saya telah memperolehi pelbagai kebaikan dari
pelbagai aspek. Antaranya, saya mendapati tugasan yang diberi ini memberi peluang
kepada saya untuk mendalami ilmu pengetahuan mengenai sistem ekonomi di mana saya
sendiri sedar sekiranya bukan kerana tugasan ini, saya tidak mungkin akan meluaskan ilmu
berkenaan sistem ekonomi tersebut. Pencarian maklumat berdasarkan tugasan telah
membuka ruang yang luas kepada saya untuk meneroka topik perbincangan secara
lebih mendalam. Selain itu, tugasan yang perlu disiapkan dalam tempoh yang pendek
ini secara positifnya telah memotivasikan diri saya untuk bergerak secara aktif dalam
mencari maklumat dan menjadikan saya dapat mengenepikan perasaan malu bertanya
mahupun dalam menjalinkan hubungan sosial dengan rakan sekelas atau sesiapa sahaja
yang berkaitan dalam proses menyiapkan tugasan ini.

Jika terdapat kebaikan sepanjang melaksanakan tugasan ini, sudah tentu saya juga
tidak terlepas daripada beberapa kelemahan atau kekurangan. Antara kelemahan yang
dapat dikesan ialah kegagalan mengurus masa dengan baik. Hal ini dapat dilihat apabila
saya menyiapkan tugasan ini di saat-saat akhir. Hal ini telah menyebabkan aspek
persediaan berada pada tahap yang kurang baik seterusnya menghasilkan tugasan yang
kurang memuaskan. Saya juga menghadapi masalah untuk mencari pelbagai sumber
rujukan untuk diisi dalam tugasan saya. Tambahan pula saya sebelum ini tidak ada asas
dalam topik ini. Di samping itu, kesibukkan menyempurnakan tugasan kerja kursus bagi
subjek lain juga merupakan halangan yang perlu ditempuhi kerana saya juga perlu
menghantarkan tugasan tersebut pada hari dan tarikh yang sama.

12
Daripada kelemahan yang dikesan saya telah memikirkan beberapa cara
penambahbaikan untuk mengatasi kekurangan dan kelemahan yang dilalui. Antaranya,
bagi mengatasi masalah membuat tugasan di saat-saat akhir, saya perlu membuat
persediaan awal sebaik sahaja menerima soalan tugasan dan saya juga perlu membuang
tabiat menangguhkan kerja atau tugasan yang diterima. Selain itu, saya juga perlu
mendalami tentang ilmu atau topik yang akan dibincangkan dengan lebih mendalam
dengan membuat rujukan di internet dan sebagainya. Dengan meningkatkan pengetahuan
tentang pengetahuan dalam sistem ekonomi secara menyeluruh, ianya dapat membantu
saya menyempurnakan tugasan tanpa banyak halangan dan cabaran.

Sebagai kesimpulan, tugasan ini menyedarkan saya bahawa Islam meletakkan


ekonomi sebagai suatu aspek yang penting dalam kehidupan manusia kerana ekonomi
Islam menyentuh urusan rohaniah dan jasmaniah manusia malah menggariskan panduan
berdasarkan nilai-nilai dan akhlak baik agar membawa kesejahteraan di dunia dan akhirat.
Melaksanakan sistem ekonomi Islam adalah salah satu tuntutan dalam syariat Islam. Ianya
sangat penting bagi meningkatkan sosio ekonomi umat Islam khususnya dan umat manusia
umumnya. Dengan terlaksananya sistem ekonomi Islam, maka kehidupan manusia akan
lebih tersusun dan terjamin tanpa ada sebarang penindasan dari pihak yang tidak
bertanggungjawab. Tuntasnya, sistem ekonomi Islam jelas merupakan suatu sistem yang
mantap kerana berdasarkan wahyu yang jelas dari Allah S.W.T. Islam akan menjamin
kehidupan umat Islam dan juga bukan Islam.

13
RUJUKAN

Abu Bakar Abdullah. (1986). Ke arah Pelaksanaan Undang-Undang Islam di Malaysia:


Masalah dan Penyelesaiannya. Kuala Lumpur: Pustaka Damai.
Chapra, M. Umer. (1992). Islam and The Economic Challenge. The Islamic Foundation and
IIIT: United Kingdom.
Dumairy. (1996). Perekonomian Indonesia. Jakarta: Erlangga.
E. Ray Canterbery. (1978). The Making of Ekonomin. California : Wardsworth Pub.
Company.
Gregory Grossman dan M. Manu. (1989). Ethics of Administration and Development in
Islam: A Comparative Perspective, Journal of King Saud University, Administrative
Sciences, 14 (1): 49-64.
Mohd Dali at e. (2004). Islamic E-commerce. Its theoretical framework and challenges
forislamic business. Proceeding of Knowledge Management of International
Conference & Exhibition (KMICE). Evergreen Laurel Hotel, Penang & Covention,
UUM Malaysia.
Mohd Fadhli Mohd Faudzi. (2011). Perbezaan Antara Perbankan Islam dan Konvensional.
Kuala Lumpur: Sepantas Kurnia (M) Sdn. Bhd.
Nor Mohamed Yakeop. (1996). Teori, Amalan dan Prospek Sistem Kewangan Islam di
Malaysia. Utusan Publication & Distributors Sdn. Bhd.
Samuelson, P. A & Wiliam. (2004). Mikroekonomi Edisi Ke-14 (Terjemahan). Penerbit
Erlangga. Jakarta
Sarimah Hanim Aman Shah. (1994). Perniagaan Menurut Islam. Penerbit Fajar Bakti Sdn.
Bhd.
Surtahman Kastin Kasan dan Sanep Ahmad. (2005). Ekonomi Islam: Dasar dan Amalan.
Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka, Edisi Kedua,
Zaharuddin Abd Rahman. (2011). Sistem Kewangan Islam dan Perlaksanaannya Di
Malaysia. Kuala Lumpur: Jabatan Kemajuan Islam Malaysia

14

You might also like