You are on page 1of 4

Biodata

o Nama sebenar Imam Syafie ialah Muhammad Bin Idris Bin


bin Syafie Bin Saib Bin Abdu Yazid Bin Hasyim Bin Abdul
Mutalib Bin Abdul Manaf.
o Imam Syafie adalah berasal dari keturunan arab Quraisy.
Nasabnya berkait dengan Nabi Muhammad saw.
o Beliau dilahirkan di Kota Gaza Palestin pada bulan Rejab 150
Hijrah @ 767 Masihi.
o Beliau telah berkahwin dengan Hamidah dari keturunan
khalifah Uthman Bin Affan.
o Dikurniakan 3 orng anak
o Ibunya bernama Fatimah bt. Abdullah b. Hassan b.Ali b.Abi
Talib
o Ayahnya bernama Abbas Bin Uthman
o Imam Syafie meninggal dunia selepas waktu isyak, malam
jumaat 28 Rejab tahun 204 Hijrah (tahun 820 M)
o Imam Syafie telah menulis 142 buah kitab semasa hayatnya.

Kehebatan / Kelebihan Imam Syafie

 Imam Syafie menghafal Al-Quran sewaktu berumur 9 tahun.


 menghafal Kitab al-Muwatta’ yang ditulis oleh Imam Malik
(Mazhab Maliki) semasa 10 tahun.
 mempunyai kecerdikan dan daya ingatan yang sangat luar
biasa.
 Dibenarkan memberikan fatwa sendiri oleh gurunya untuk
mengajar murid-murid di Masjidil Haram pada usia 15 tahun
 Menghafal kesemua pelajaran yang diajar.
 Fasih berbahasa arab daripda pelbagai kaum dan kabilah.
 Menguasai lahjah bahasa dan kebudayaan arab
 mahir bidang penulisan dan mampu mengubah syair2 dan sajak2
 Beliau telah menghafal Kitab al-Awsat karangan Imam Hanafi
dalam masa 3 hari saja (kebiasaannya mengambil masa paling
kurang 1 tahun untuk menghafalnya)
 mampu menghafal 10,000 rangkap syair kaum Bani Huzail dlm
msa 3 buln
 seorng pemanah yg handal
Riwayat hidup

 Ibu bapa imam syafie menziarahi palestin semasa beliau ada di


dalam kandungan.
 Ayah beliau meninggal sewaktu beliau masih dalam kandungan
ibunya lagi.
 imam syafie dilahirkan selepas kematian bapanya
 gelaran syafie sempena nama datuknya iaitu syafie bin saib
(seorang yg kuat ingttn,terang hati rajin dan mempunyai peribadi
yg tinggi)
 ibunya meninggal dunia pada 29 rejab tahun 204 hijrah @ 820
masihi di masir
 Imam Syafie meninggal dunia selepas waktu isyak, malam
jumaat 28 Rejab tahun 204 Hijrah (tahun 820 M) di rumah
Abdullah bin Hakam sewaktu berumur 54 tahun di bumi Mesir.

Telah Difitnah & Ditangkap

 Semasa di Najran, Imam Syafie difitnah oleh Gabenor as-Saud


(Gabenor Najran) bahawa Imam Syafie sedang menghasut
rakyat untuk memusuhi dan menjatuhi kerajaan Bani
Abbasiyah yang diperintah oleh Khalifah Harun ar-Rashid.

 Akibat dari fitnah tersebut Imam Syafie dan anak muridnya telah
ditangkap, tangan dan kaki mereka dirantai .Mereka juga
dipaksa berjalan kaki dari Najran ke Kota Kufah.

 Dengan izin Allah swt Imam Syafie terlepas dari hukuman oleh
Khalifah dan orang yang memfitnah mendapat hukuman yang
setimpal.

Proses Pembelajaran
 Gurunya yang pertama ibunya sendiri. Ibunya mengajar
beliau mengenal huruf dan mengaji al-Quran.
 Semasa berumur 9 tahun beliau sudah dapat menghafal
Al-Quran.
 Berguru dengan Imam Ismail Kustantani, (seorang guru
ilmu Al-Quran yang terkenal waktu itu).imam ismail
menolak kerana beliau baru berumur 9 thun (hanya
menerima 12 thun keatas) .Setelah dia diguji hafalan dan
ingatan Imam Syafie tentang Al-Quraan, beliau amat
tertarik dengan daya ingatan dan suara Imam Syafie
yang merdu lalu terus mengambil Imam Syafie menjadi
muridnya .Apabila Imam Ismail ada urusan lain, Imam
Syafie pula disuruh menggantikan tempatnya mengajar
disitu

 Semasa di mekah ,Imam Syafie berguru pula dengan


Imam Sufian Ainiah dalam ilmu hadis sehingga menjadi
pakar dalam bidang hadis

 Selepas itu Imam Syafie berguru dengan Imam Muslim al-


Zanji dalam bidang Feqah .Akhirnya dia diakui oleh
gurunya dan dibenarkan mengajar serta memberikan
fatwa pula.Namun Imam Syafie masih merasakan kurang
ilmunya lalu dalam diam beliau mula membaca dan
menghafal Kitab Muwatta’ yang dikarang oleh Imam Malik
bin Anas pula.

 Selepas itu Imam Syafie merantau pula ke Iraq untuk


belajar dengan anak murid Imam Hanafi (Imam Muhamad
al-Hassan dan Imam Abu Yusof).Beliau telah menghafal
Kitab al-Awsat karangan Imam Hanafi dalam masa 3 hari

 Imam Syafie pernah mengembara ke Madinah yang


mengambil masa selama 8 hari dengan menaiki unta sambil
sempat mengkhatamkan Al-Quran sebanyak 16 kali untuk
menemui dan berguru dengan Imam Malik. Imam Syafie
belajar dari Imam Malik selama 8 bulan.

 Imam Syafie juga amat meminati syair dan puisi, beliau


pernah berguru dengan Mas’ab bin Zubair (seorang
penyair terkenal).Dalam masa 3 bulan saja, Imam syafie
mampu menghafal 10,000 rangkap syair kaum Bani
Huzail.
 Imam Syafie juga pernah belajar ilmu peperangan dan
bermain senjata dengan gurunya iaitu Amiruddin (bekas
tentera.)Selepas itu Imam Syafie terkenal sebagai seorang
pemanah yang handal.

..

You might also like