You are on page 1of 2

sas merupakan komponen bangunan yang terletak paling bawah dan biasanya tidak kelihatan kerana terletak di

bawah aras bumi.Fungsi utama asas ialAsas merupakan komponen bangunan yang terletak paling bawah dan
biasanyaah menerima dan memindahkan beban ke tanah di bawahnya.Asas yang baik dapat mengelakkan
enapan dan seterusnya mengekalkan keadaan bangunan yang ditanggungnya.

Asas terdiri daripada beberapa jenis iaitu:

1)Asas pad

2)Asas jalur

3)Asas rakit

4)Asas cerucuk

Asas Pad

Biasanya digunakan sebagai asas kepada bangunan atau rumah kediaman yang tidak melebihi empat tingkat
di atas tanah kukuh seperti tanah berbatu kelikir.Kebanyakan bangunan sedemikian berupa struktur
kerangka yang bertiang.Beban yang ditanggung oleh tiang ini tidaklah besar kerana bangunannya rendah.

Asas pad merupakan alas tiang.Saiz asas pad bergantung kepada saiz beban yang ditanggungnya serta
keupayaan galas tanah.Bagi bangunan yang lebih tinggi dan lebih besar,asas pad tidaklah sesuai.Untuk
menanggung beban tinggi sudah tentu asas pad yang sangat besar diperlukan dan perkara ini menyebabkan
pembinaan tidak praktikal dan tidak ekonomi.Asas pad biasanya dibina daripada konkrit bertetulang.Nisbah
campuran konkrit yang biasa digunakan ialah 1:2:4 (simen:batu baur halus:batu baur kasar).Tetulang keluli
digunakan dalam pembinaan asas pad untuk mengukuhkan asas serta mengurangkan ketebalan asas
tersebut.Jenis tetulang keluli yang biasa digunakan ialah tetulang keluli tegangan tinggi.

Asas Jalur

Terdapat bangunan yang tidak mempunyai tiang tetapi menggunakan dinding yang bertindak mengagihkan beban
daripada komponen-komponen lain kepada asas bangunan.Oleh sebab dinding merupakan komponen yang
panjang,maka asas yang dibina di bawah dinding juga seharusnya sama panjang.Asas di bawah dinding ini
dinamakan asas jalur.

Asas jalur dibina daripada konkrit.Nisbah campuran konkrit yang biasa digunakan ialah 1:2:4. Asas ja

You might also like