You are on page 1of 1

KELAB PENGGUNA dan KEUSAHAWANAN PENDIDIKAN KHAS

PENGENALAN
Selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan bagi melahirkan insan yang seimbang dari segi
intelek, rohani, emosi dan jasmani, kurikulum Pendidikan Khas juga turut digubal bagi
melahirkan murid-murid Pendidikan Khas yang mampu membawa dimensi baru dalam
dunia pendidikan. Menyedari hakikat tentang keperluan pendidikan dan pembelajaran bagi
murid-murid Pendidikan Khas ini, pelbagai program telah disusun atur sebagai langkah
untuk mencapai matlamat di atas. Penyertaaan murid khas sama ada secara langsung atau tidak
langsung di dalam atau di luar sekolah merupakan intipati di dalam dunia Pendidikan Khas yang
perlu didedahkan kepada murid. Sehubungan dengan itu, satu Projek Keusahawanan telah
dirangka bagi mencapai tujuan di atas. Ia merupakan titik tolak bagi melahirkan murid khas yang
berupaya berdikari, mampu merancang dan seterusnya dapat mengaplikasikan kemahiran di
dalam menguruskan kehidupan.

PROJEK KEUSAHAWANAN
Salah satu aktiviti pembelajaran untuk murid-murid Pendidikan Khas adalah berbentuk program
pembelajaran di luar kelas. Ini kerana, murid-murid diberi pendedahan dan melihat sendiri apa
yang berlaku di sekitar mereka. Antara program luar yang dirancang adalah aktiviti
keusahawanan. Ia merupakan satu program percubaan untuk membantu meningkatkan potensi
diri murid-murid dari segi fizikal dan kognitif.Keusahawanan merupakan bidang kerjaya yang
sangat penting di negara ini.Menyedarikepentingan pendidikan keusahawanan untuk
membekalkan murid dengan peluang dan potensi untuk memilih kerjaya sebagai
usahawan,Kementerian Pendidikan Malaysia telah menunjukkan komitmen mereka terhadap
pelaksanaannya. Komponen Keusahawanan telah diperkenalkan dalam subjek Pengurusan Diri
dan aspek ini juga secara tidak langsung terdapat dalam subjek Kemahiran Manipulatif.
Berdasarkan usaha tersebut, kelas PPKI SMK Pekula Jaya ingin membudayakan keusahawanan
di kalangan murid khas.

OBJEKTIF KELAB dan KEUSAHAWANAN


1. melatih pelajar Pendidikan Khas menjalankan aktiviti perniagaan;
2. melakukan aktiviti jual-beli;
3. Membentuk keyakinan dalam diri murid supaya lebih berketrampilan;
4. Melahirkan murid yang mampu berdikari; dan
5. mempunyai keyakinan untuk berinteraksi dengan murid-murid lain.

You might also like