You are on page 1of 16

UNIT: PISMP MATEMATIK 2

KUMPULAN 4:
1) NOR LINNA BT SAMIAN
2) NOR HIDAYAH BT MOHD YUSOP
3) NUR ADILA BT CHE RAHIM
4) RABIATUL ZAHIDAH BT MOHD ZAIDI

PENSYARAH: ENCIK ABD.HALIM BIN ISMAIL


Pendahuluan
Jacob Kounin (1971), pakar
psikologi pendidikan dari Wayne
State University memfokuskan
kajiannya terhadap
::cara pengurusan bilik darjah dan
pengurusan p&p mempengaruhi
tingkah laku murid di sekolah::
Asas keberkesanan
 Kounin menekankan
kepada pengawasan dan
penyeliaan yang teliti
guru dalam pengurusan
bilik darjah.
Faktor dalam menguruskan
tingkah laku
1. Kebolehan guru untuk mengawal semua
perkara yang berlaku dalam b.darjah
pada setiap masa
2. Cara guru menangani masalah sebelum
menjadi masalah disiplin
3. Kesedaran dan kepekaan guru dalam
mengawasi pergerakan dalam b.darjah
(withitness)
4. Dapat menangani lebih dari 1 situasi
serentak (overlapping).
 Menurut kajian Kounin:
 Teguran dan tindakan guru terhadap
seseorang murid yg melakukan
kesalahan akan turut memberi kesan
kepada murid lain.
 Kesan ini dikenali sebagai kesan
gelombang (ripple effect)
 Kesan gelombang secara aktif
mempunyai 3 ciri:
1) Jelas
2) Tegas
3) Serius
Teguran yang diberikan kepada
murid mestilah jelas.
Nyatakan teguran dengan spesifik
bukan secara umum.

Contoh:
Haikal berhenti bercakap
dengan Ziqri, buka buku muka
surat 17 dan buat latihan A.
Memberi teguran terhadap salah laku
murid dengan memberikan akibat kepada
salah laku tersebut dalam arahan.

Contoh:
Suraya, duduk ditempat
awak atau saya akan
potong markah kumpulan
awak 5 markah.

Guru perlu menjalankan akibat yang telah


dinyatakan sekiranya murid masih
melakukan salah laku tersebut.
Arahan guru perlu tegas dan
bernada serius.
Mimik muka guru juga perlu
serius.

Contoh:
Saya mahu awak lakukan
sekarang!
Siti awek aku
la! Siti aku yang
punya! Budak-budak
zaman
sekarang.
Siti

Guru harus mengawasi persekitaran


bilik darjah pada setiap masa.

Pilih masa yang sesuai untuk


memberikan teguran.

Jangan melengah-lengahkan teguran.


1) Kounin juga mencadangkan kelancaran dan pelaksanaan
aktiviti di dalam bilik darjah amat penting.
2) Aktiviti P&P yang tidak lancar, tertangguh,arahan yang tidak
jelas menyumbang kepada masalah pembelajaran murid di
dalam bilik darjah.
3) Kounin dengan jelas menyatakan, guru harus mengelak
daripada tersekat-sekat dalam proses P&P, contohnya;
 Pengajaran meleret-leret sehingga keluar daripada sukatan
sebenar.
 Memberikan arahan-arahan yang tidak wajar atau tidak
difahami.
 Selalu menukar-nukar tugasan.
1) Penyebab kepada gangguan kelancaran P&P adalah
penerangan yang meleret dan fragmentasi.
2) Dalam penerangan yang meleret, guru terus menerangkan
dan mengulang perkara-perkara yang telah lama difahami
oleh murid-murid.
3) Fragmentasi, guru memecahkan kepada beberapa bahagian
kecil dalam aktiviti-aktiviti P&P, sedangkan hal ini dapat
dijalankan menyeluruh oleh murid.
1) Kounin juga memberikan tumpuan utama terhadap
pengurusan P&P.
2) Menggunakan strategi yang pelbagai untuk menarik perhatian
murid;
 Guru mendapatkan perhatian yang sepenuhnya daripada
murid sebelum memberikan arahan atau membuat
penerangan. Kemudian, guru melibatkan murid dengan aktif
dalam aktiviti-aktiviti yang berpusatkan murid.
 Selalu memanggil murid untuk memberikan maklum
balas, menjawab soalan, membuatkan demonstrasi atau
memberikan penerangan.
Keadaan
1. Guru memulakan pengajaran dgn
menarik perhatian murid.
2. Meneruskan pengajaran dengan
lancar.
3. Melakukan peralihan antara
aktiviti p & p dengan cekap.
4. Membuat penutup dengan
menyimpulkan pengajaran hari
itu secara berkesan.
5. Guru memastikan murid tidak
bosan dengan pengajaran.
Aktiviti
1.Dikira dari aspek:
Minat
Kebolehan
Perkembangan Murid
2.Aktiviti perlu mencabar &
mencabar.
Pengajaran membosankan

Salah laku
pelajar
 Model Kounin masih tidak meliputi sistem
pengurusan bilik darjah yang sepenuhnya .

 Dalam keadaan yang sebenar, murid


masih melakukan tingkah laku yang salah
walaupun diawasi oleh guru dgn cara yg
paling baik.

 Antara sebab:
1. Latar belakang
2. Personaliti
3. Masalah luar sekolah

You might also like