You are on page 1of 2

Pengajaran dan Pembelajaran

Merancang dan mengajar mata pelajaran antara 6 hingga 8 waktu seminggu.

2 Merancang, mengurus dan melaksanakan aktiviti berkaitan pengajaran dan pembelajaran


berbantukan ICT di sekolah.

Pengurusan ICT Sekolah

1 Merancang dan menyelaras program bimbingan pengintegrasian teknologi dalam pengajaran


dengan kerjasama Guru Cemerlang di sekolah.

2 Merancang, mengurus, membimbing dan bekerjasama dengan panitia mata pelajaran untuk
menyediakan kemudahan ICT yang terdapat disekolah bagi tujuan pengintegrasian dalam
pengajaran danpembelajaran.

3 Merancang, mengurus, membimbing dan bekerjasama dengan panitia mata pelajaran untuk
menyelaras pembekalan perisian-perisianaplikasi pendidikan di sekolah berdasarkan keperluan
bagi tujuanpengintegrasian dalam pengajaran dan pembelajaran.

4 Mengurus dan menyelaras dan menyediakan akaun pengguna emel bagi warga sekolah untuk
tujuan pengajaran dan pembelajaran serta pengurusan pentadbiran sekolah.

5 Merancang, menyelaras dan mengurus dan menjadualkan penyelenggaraan (corrective dan


preventive) kemudahan ICT danperisian-perisian aplikasi pendidikan oleh Juruteknik Komputer
serta menyelesaikan masalah teknikal yang mungkin timbul dari semasa ke semasa

6 Mengurus, memantau dan melaksana program bagi mempromosipenyaluran maklumat


berkaitan integriti, etika penggunaan, isu-isu sosial dan keselamatan data yang berkaitan dengan
teknologi di sekolah

Khidmat Bantu Kepakaran ICT Sekolah

1 Pentadbir, Guru dan Staf

1.1 Merancang dan menyediakan program bimbingan guna bagi guru menggunakan kemudahan
ICT secara efektifdalam mengintegrasi ICT dalam P&P

1.2 Merancang dan menyediakan program bimbingan bagi staf menggunakan kemudahan ICT
secara efektif dalam aktiviti pengurusan dan pentadbiran.

1.3 Merancang dan menyediakan khidmat bantu di sekolah sebagai pakar rujuk berkaitan
teknologi pendidikanuntuk tujuan pengajaran, pembelajaran dan pentadbiran.

1.4 Merancang, menyelaras dan melaksanakan program latihan dan bimbingan untuk guru
meningkatkan kemahiran abad ke-21 dalam pembelajaran murid dengan mengintegrasikan ICT
melalui pengajaran dan pembelajaran.
1.5 Membantu guru dalam pembangunan objek pembelajaran serta bahan pengajaran dan
pembelajaran yang bolehdigunakan dalam pelbagai platform, seperti laman web,pangkalan data,
aplikasi interaktif, blog, wiki, laman perkongsian video dan lain-lain untuk membantu guru
mengintegrasi ICT dalam P&P

Pengurusan Penarafan Sekolah Melalui Smart School Qualification Standards (SSQS)

1 Mengurus, menyelaras dan melaksanakan penarafan SSQS di sekolah.

2 Menyediakan laporan keputusan pencapaian SSQS di sekolah kepada pihak yang berkenaan.

3 Merancang, mengurus dan melaksanakan program-program peningkatan budaya ICT di


sekolah berdasarkan pencapaian keputusan SSQS semasa.

Am

1 Menyediakan laporan dan maklumat perkembangan aktiviti Pembestarian Sekolah kepada


pihak yang berkenaan.

2 Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh pengurusan sekolahdari semasa ke semasa.

You might also like