You are on page 1of 8
JABATAN PENDIDIKAN NEGERI PERAK JALAN TUN ABDUL RAZAK 30640 IPOH, PERAK DARUL RIDZUAN Fake "608927 7273 {aman Web :hitpllpnperak:moe.gow.my “I MALAYSIA: RAKYAT DIDAHULUKAN, PENCAPAIAN DIUTAMAKAN" Rujukan Kami: 3.Pel.Pk (HEM)5128/5/7 Jid.5 (2Q) Tarikh: 24 Rabiulakhir 1438 H 23, Januari 2017 Pengetua / Guru Besar Negeri Perak Tuan, PENGURUSAN DAN PEMATUHAN DASAR-DASAR PERKHIDMATAN BIMBINGAN DAN KAUNSELING, KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA DI SEKOLAH-SEKOLAH MENENGAH DAN SEKOLAH-SEKOLAH RENDAH NEGERI PERAK Sukacita saya merujuk perkara di atas. 2. _Adalah dimaklumkan bahawa Jabatan Pendidikan Negeri Perak telah menyediakan satu Garis Panduan Pelaksanaan dan Pematuhan Dasar-dasar Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling di sekolah-sekolah bertujuan membantu pihak sekolah mengurus, mentadbir dan melaksanakan perkhidmatan tersebut. 3. Sehubungan dengan itu, bersama-sama ini disertakan Lampiran 1 - Garis Panduan Pelaksanaan Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling di sekolah-sekolah Negeri Perak. Semua Pengetua dan Guru Besar diminta mematuhi garis panduan ini dan dilaksanakan secara lebih berkesan kepada murid-murid, 4, Jabatan Pendidikan Negeri Perak dan Pejabat Pendidikan Daerah akan memantau secara berterusan sepanjang tahun untuk memastikan garis panduan ini dipatuhi. 5. _ Sebarang pertanyaan berhubung perkara di atas, sila hubungi Encik Mior Anuar bin Haji Ghazali ditalian 05-5015140 atau Puan Masiina binti Mohamed Khalib ditalian 05-5015144. Kerjasama dan perhatian tuan amatlah dihargai dan disanjung tinggi. Sekian, terima kasih. “BERKHIDMAT UNTUK NEGARA” Saya yang mepurut perintah, Lampiran 1 GARIS PANDUAN PELAKSANAAN PERKHIDMATAN BIMBINGAN DAN KAUNSELING DI SEKOLAH-SEKOLAH 1.Pelaksanaan Perkhidmatan Guru Bimbingan dan Kaunseling Sepenuh Masa (GBKSM) ‘Sekolah-sekolah yang mempunyai waran perjawatan Guru Bimbingan dan Kaunseling Sepenuh Masa di sekolah hendaklah melaksanakan arahan Pelaksanaan Perkhidmatan Guru Bimbingan dan Kaunseling Sepenuh Masa sekiranya sekolah mempunyai guru yang berkelayakan dalam bidang Bimbingan dan Kaunseling. Arahan ini hendaklah dipatuhi sepertimana yang terkandung dalam Surat-surat Pekeliling dan surat-surat siaran Kementerian Pendidikan Malaysia seperti berikut: KP(BS-HEP8543/6D(91) bertarikh 18 Mac, 1996 KP(BS)8591/JId.VII(35) bertarikh 11 Julai, 1996 KP(BS)8591/Jid.VIII(56) bertarikh 6 Mei, 1997 KP(BS/PSR)8542/019/JId.11(9) bertarikh 27 Mei, 1998 dan KP(BS/HEP)8543/019/JId.11(45) bertarikh 21 Mac, 1999. Semua Guru Bimbingan dan Kaunseling,Sepenuh Masa yang telah dilantik oleh Jabatan Pendidikan Negeri hendaklah dikecualikan dari beban tugas mengajar secara tetap dan berjadual untuk memastikan Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling di sekolah dapat dilaksanakan secara sepenuh masa. Bagi sekolah-sekolah yang tidak mempunyai waran perjawatan Guru Bimbingan dan Kaunseling Sepenuh Masa, pihak sekolah hendakiah membuat pelantikan secara dalaman dalam kalangan guru-guru sedia ada bagi merancang dan melaksanakan program-program Bimbingan dan Kaunseling di sekolah mengikut keperluan. Tugas guru tersebut bukanlah sepenuh masa seperti mana Guru Bimbingan dan Kaunseling Sepenuh Masa kerana beliau perlu memberi keutamaan kepada tugas pengajaran dan pembelajaran. 2, Masa Bertugas dan Cuti Guru Bimbingan dan Kaunseling Sepenuh Masa Masa bertugas rasmi dan cuti Guru Bimbingan dan Kaunseling Sepenuh Masa adalah sama seperti Guru Akademik yang lain iaity mengikut waktu sesi persekolahan. Walau bagaimanapun waktu-waktu bertugas tidak rasmi adalah bergantung kepada keperluan sekolah dan persetujuan antara pihak pentadbir dan Guru Bimbingan dan Kaunseling. Surat Siaran Pejabat Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia, Kementerian Pelajaran Malaysia, KP(BPSH-SPPK)601/3 JId.3(23) bertarikh 17 Disember, 2008 hendaklah dirujuk. 3. Fokus Perkt imatan Bimbingan dan Kaunseling Unit Bimbingan dan Kaunseling sekolah hendaklah membuat perancangan program yang teratur sepanjang tahun berdasarkan kepada analisis kajian keperluan peringkat sekolah. Kementerian Pendidikan Malaysia telah menetapkan supaya fokus perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling hendaklah kepada : a, Pembangunan dan pengembangan sahsiah murid b, Peningkatan disiplin diri murid ¢, Psikososial dan kesejahteraan mental murid d. Pendidikan Kerjaya murid Surat Siaran Kementerian Pelajaran Malaysia Bilangan 12 Tahun 2012, KP(BPSH- SPKD)201/005/02 Jid.4(5) bertarikh 16 April 2012 Perekayasaan Perkhidmatan 4, Sasaran Kerja Guru Bimbingan dan Kaunseling Sepenuh Masa ‘Sasaran kerja seseorang Guru Bimbingan dan Kaunseling Sepenuh Masa di sekolah pada setiap minggu hendaklah berdasarkan kepada aktivti-aktivti berikut: a. Sesi Kaunseling / Bimbingan Individu - 5 waktu b. Sesi Kaunseling / Bimbingan Kelompok - Lwaktu c, Melaksanakan Kelas Ganti (Modul Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling) - 8 waktu 4d. Pelaksanaan Program - 4 Fokus B & K - 8 waktu . Pengurusan dan Pentadbiran Perkhidmatan BK - 10 waktu Jumlah waktu seminggu - 32 waktu 5. Jadual Waktu Perkhidmatan Guru jingan dan Kaunseling Sepenuh Masa Setiap orang Guru Bimbingan dan Kaunseling Sepenuh Masa hendakiah merancang Jadual Waktu Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling tersendiri berdasarkan sasaran kerja mingguan. Jadual waktu tersebut hendaklah diselaraskan sesama Guru Bimbingan dan Kaunseling Sepenuh Masa di sekolah untuk mengelak pertembungan penggunaan bilik-blik sesi kaunseling. Jadual waktu yang telah diselaraskan hendaklah mendapat pengesahan Pengetua . / Guru Besar dan diserahkan kepada Penolong Kanan Pentadbiran atau Penyelaras Kelas Ganti untuk menyusun atur waktu kelas-kelas ganti kepada Guru Bimbingan dan Kaunseling. Pihak pentadbir sekolah hendaklah sebaik-baiknya memberi kelas ganti berdasarkan kepada Jadual waktu yang telah ditetapkan oleh Guru Bimbingan dan Kaunseling bagi mengelak pertembungan sesi-sesi kaunseling yang telah dirancang terlebih awal. Jika keadaan tidak mengizinkan, waktu kelas ganti boleh mengambil jadual waktu-waktu kosong yang ada dalam Jadual waktu pada hari berkenaan ataupun mengambil jadual waktu pengurusan dan pentadbiran Guru Bimbingan dan Kaunseling tersebut. Dengan itu Guru Bimbingan dan Kaunseling boleh mengubahsuai jadual waktu pada hari berkenaan berdasarkan keperluan tanpa mengganggu waktu-waktu sesi kaunseling yang telah diatur terlebin awal. Jadual waktu perkhidmatan setiap Guru Bimbingan dan Kaunseling Sepenuh Masa hendaklah dipamerkan dalam setiap kelas dan papan kenyataan utama Bimbingan dan Kaunseling sekolah untuk memudahkan murid mendapatkan perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling di sekolah, 6. Sesi Kaunseling Individu dan Sesi Kaunseling Kelompok Pihak pentadbir dan guru-guru sekolah hendaklah membenarkan Guru Bimbingan dan Kaunseling Sepenuh Masa menjalankan sesi kaunseling individu atau kelompok semasa sesi pengajaran dan pembelajaran berjalan. Rasionalnya, murid yang bermasalah atau menghadapi tekanan emosi dan sebagainya jika dibiarkan terus berada dalam kelas akan memberi tekanan yang berterusan dan boleh mengganggu proses pengajaran guru dan proses pembelajaran ‘murid-murid yang lain. Perjumpaan sesi kaunseling dengan seseorang murid kebiasaannya hanya memerlukan 2 hingga 5 kali perjumpaan sahaja. Sebaik-baiknya Guru Bimbingan dan Kaunseling hendaklah mengaturkan waktu perjumpaan sesi kaunseling dengan murid berkenaan tidak pada waktu mata pelajaran yang sama pada setiap kali perjumpaan. Seseorang Guru Bimbingan dan Kaunseling yang hendak menjalankan sesi kaunseling semasa pengajaran dan pembelajaran hendaklah mengikut prosedur yang betul bagi mengelak kekeliruan dan keadaan yang tidak ingini

You might also like