You are on page 1of 14

NAMA : _______________________ TINGKATAN : ______________________

SEK. MEN. KEB. SERI TITIWANGSA


JALAN TEMERLOH,
53200 KUALA LUMPUR

PEPERIKSAAN PERTENGAHAN TAHUN TINGKATAN 5 2016


MATEMATIK
( Kertas 2 )
( 2 jam 30 minit )

Untuk kegunaan Pemeriksa


ARAHAN Bahagian Soalan Markah Markah
1. Kertas soalan ini mengandungi dua bahagian : Bahagian Penuh Diperolehi
1 3
A dan Bahagian B. 2 3
2. Jawab semua soalan dalam Bahagian A dan mana-mana 3 4
4 5
empat soalan daripada Bahagian B. 5 4
3. Tulis jawapan anda pada ruang yang disediakan dalam A 6 5
7 5
kertas soalan ini
8 6
4. Tunjukkan kerja mengira anda. Ini boleh membantu anda 9 5
untuk mendapatkan markah. 10 6
11 6
5. Anda dibenarkan menggunakan kalkulator saintifik yang 12 12
tidak boleh diprogramkan. 13 12
B 14 12
15 12
16 12
Jumlah

Disediakan oleh, Disemak oleh, Disahkan oleh,

PN. SITI HAWA MAT RODI EN. AZRUL FAHMI BIN ISMAIL
Ketua Panitia Matematik
1
2
BAHAGIAN A
[ 52 markah ]

Jawab semua soalan dalam bahagian ini.

1. Gambar rajah Venn di ruang jawapan menunjukkan set P, set Q dan set R dengan keadaan set
semesta, ξ = 𝑃 ∪ 𝑄 ∪ 𝑅.
Pada rajah di ruang jawapan, lorek set
(a) 𝑃 ∩ 𝑅 (b) (𝑃′ ∩ 𝑅) ∪ 𝑄
[ 3 markah ]
Jawapan :

(a) A (b)

___________________________________________________________________________________

2. Rajah 1 menunjukkan sebuah prisma tegak dengan tapak segi empat tepat PQRS di atas satah
mengufuk. Trapezium PQVU ialah keratan rentas seragam prisma itu.

Rajah 1

(a) Namakan sudut di antara satah QTU dengan satah PSTU


(b) Hitung sudut di antara satah QTU dengan satah PSTU
[ 3 markah ]
Jawapan :

(a)

(b)

3
3. Hitung nilai x dan nilai y yang memuaskan persamaan linear serentak berikut :
𝑥 − 2𝑦 = 7
3𝑥 + 5𝑦 = −1
[ 4 markah ]
Jawapan :

___________________________________________________________________________________

4. Rajah 2 menunjukkan sebuah segi empat tepat PQRS dan PT : TS = 1 : 2.

Rajah 2

(a) Ungkapkan luas, dalam cm2, kawasan yang berlorek dalam sebutan x.
(b) Diberi luas kawasan yang berlorek ialah 144 cm2.
Cari panjang, dalam cm, bagi PQ.
[ 5 markah ]
Jawapan :

(a) (b)

4
5. Rajah 3 menunjukkan pepejal yang tinggal setelah sebuah piramid tegak yang bertapak segi empat
sama dikeluarkan daripada sebuah hemisfera. Diameter hemisfera itu ialah 21 cm dan tinggi piramid
itu ialah 7 cm.

Rajah 3

22
Dengan menggunakan 𝜋 = , hitung isi padu, dalam cm3, pepejal yang tinggal itu.
7
Beri jawapan betul kepada dua tempat perpuluhan.
[ 4 markah ]
Jawapan :

________________________________________________________________________________

6. Dalam Rajah 4, RSTU ialah sebuah trapezium yang dilukis pada suatu satah Cartes. RU adalah
selari dengan ST dan O ialah asalan. Persamaan garis lurus RU ialah 𝑦 = 𝑘𝑥 + 6 dan persamaan
garis lurus ST ialah 3𝑦 = −2𝑥 + 27.

Cari
(a) nilai k
(b) pintasan-x bagi garis lurus RU

Rajah 4

Jawapan :

(a) (b)

5
7. Yuran masuk suatu pertandingan bagi orang dewasa ialah RM 12 seorang dan bagi kanak-kanak
ialah RM 5 seorang. Sekumpulan 100 orang peserta membayar sejumlah RM 780. Dengan
menggunakan kaedah matriks, cari bilangan orang dewasa dan kanak-kanak dalam kumpulan itu.
[ 5 markah ]
Jawapan :

________________________________________________________________________________

8. Rajah 5 menunjukkan sektor OPQR dan OST dengan pusat sepunya O. Diberi bahawa OP = 7cm
dan RT = 3.5 cm.

Rajah 5

22
Guna 𝜋 = dan berikan jawapan betul kepada dua tempat perpuluhan.
7
Hitung
(a) Perimeter, dalam cm, seluruh rajah itu.
(b) Luas, dalam cm3, kawasan yang berlorek
[ 6 markah ]
Jawapan :

(a) (b)

6
9. (a) Untuk setiap pernyataan berikut, tentukan sama ada pernyataan ini benar atau palsu.
(i) 57 ialah nombor perdana
3
(ii) √64 = 8 atau (−3)2 = 9

(b) Tulis dua implikasi berdasarkan pernyataan majmuk berikut :


𝑝
ialah pecahan wajar jika dan hanya jika 𝑝 < 𝑞
𝑞
(c) Tulis Premis 2 untuk melengkapkan hujah berikut :
Premis 1 : Jika y = - 3, maka 3y + 13 = 14
Premis 2 : …………………………………………………………………………
Kesimpulan : y ≠ - 3.
[ 5 markah ]
Jawapan :

(a) (i) …………………………………………………………………………..

(ii) ………………………………………………………………………….

(b) Implikasi 1 : ………………………………………………………………………………………………….

Implikasi 2 : ………………………………………………………………………………………………….

(c) Premis 2 : ……………………………………………………………………………………………………


___________________________________________________________________________________

10. Diberi :
−4 𝑛 2 3 1 0
𝑚( )( )=( )
6 2 −6 −4 0 1
(a) Cari nilai m dan nilai n.
(b) Tulis persamaan linear serentak berikut dalam bentuk persamaan matriks :
2𝑥 + 3𝑦 = 5
−6𝑥 − 4𝑦 = −5

Seterusnya, menggunakan kaedah matriks, hitung nilai x dan nilai y.


[ 6 markah ]
Jawapan :

(a) (b)

7
11. Rajah 6 menunjukkan graf laju-masa bagi pergerakan dua zarah, K dan L, dalam tempoh T saat.
Graf AB mewakili pergerakan zarah K dan graf ACDE mewakili pergerakan zarah L. Kedua-dua
zarah itu bermula dari titik yang sama dan melalui laluan yang sama.

Rajah 6

(a) Nyatakan laju seragam, dalam ms-1, zarah L.


(b) Hitung kadar perubahan laju, dalam ms-2, bagi zarah L dalam masa 8 saat yang pertama.
(c) Pada T saat, beza antara jarak yang dilalui oleh zarah K dan L ialah 42 m. Hitung nilai T.
[ 6 markah ]
Jawapan :

(a)

(b)

(c)

8
Bahagian B
[ 48 markah ]

Jawab mana-mana empat soalan daripada bahagian ini.

12. (a) Rajah 7.1 menunjukkan titik A dan satu garis lurus y + x = 6 dilukis pada suatu satah Cartes.

4
Penjelmaan T ialah satu translasi ( ).
−2
Penjelmaan P ialah satu pantilanpada garis y + x = 6.
Penjelmaan R ialah satu putaran 180o pada pusat ( 5, 3 ).
Nyatakan koordinat imej bagi titik A di bawah setiap
gabungan penjelmaan berikut :
(i) RT (ii) TP
[ 4 markah ]

Rajah 7.1

(b) Rajah 7.2 menunjukkan pentagon PQRST dan pentagon WTSUV dilukis pada suatu satah
Cartes.

(i) WTSUV ialah imej bagi PQRST di bawah gabungan


penjelmaan NM.
(a) M (b) N

(ii) Diberi bahawa PQRST mewakili suatu kawasan yang


mempunyai luas 72 m2.
Hitung luas, dalam m2, kawasan yang diwakili oleh kawasan
yang berlorek.
[ 8 markah ]
Rajah 7.2

Jawapan :

(a) (i)

(ii)

(b) (i) (a)

(b)

(ii)

9
13. (a) Lengkapkan Jadual 1 di ruang jawapan bagi persamaan 𝑦 = 2𝑥 2 + 3𝑥 − 10 dengan menulis nilai-
nilai y apabila x = -2 dan x = 3.
[ 2 markah ]
(b) Untuk ceraian soalan ini, gunakan kertas graf yang disediakan.
Dengan menggunakan skala 2 cm kepada 1 unit pada paksi-x dan 2 cm kepada 5 unit pada
paksi-y. Lukis graf 𝑦 = 2𝑥 2 + 3𝑥 − 10 untuk −5 ≤ 𝑥 ≤ 3.
[ 4 markah ]
(c) Daripada graf di 13(b), cari
(i) nilai y apabila x = 2.1
(ii) nilai-nilai x apabila y = - 7.5.
[ 2 markah ]
(d) Lukis satu garis lurus yang sesuai pada graf di 13(b) untuk mencari nilai-nilai x yang memuaskan
persamaan 2𝑥 2 + 6𝑥 − 5 = 0 untuk −5 ≤ 𝑥 ≤ 3.
Nyatakan nilai-nilai x ini.
[ 4 markah ]
Jawapan :

(a)
x -5 -4 -3.5 -2 -1 0 1 2 3
y 25 10 4 -11 -10 -5 4
Jadual 1

(b) Rujuk graf

(c) (i) y = ……………………….

(ii) x = ……………………… , ………………………

(d) x = ………………………….., …………………………………

Persamaan garis lurus : …………………………………………………………………………

10
14. Rajah 8 menunjukkan bilangan kupon yang dijual oleh sekumpulan 35 orang murid dalam suatu
projek mengutip dana.
33 27 41 19 39 23 35
29 35 46 38 22 39 39
44 40 26 16 43 39 48
24 45 29 41 25 36 31
32 28 40 37 36 27 30

Rajah 8

(a) Berdasarkan data di Rajah 8, lengkapkan Jadual 2 di ruang jawapan.


[ 4 markah ]
(b) Nyatakan kelas mod
[ 1 markah ]
(c) Hitung min anggaran bagi bilangan kupon yang dijual oleh seorang murid.
[ 3 markah ]
(d) Dengan menggunakan skala 2 cm kepada 5 keping kupon pada paksi mengufuk dan 2 cm
kepada 1 orang murid pada paksi mencancang, lukis satu histogram bagi data tersebut.
[ 3 markah ]
(e) Berdasarkan histogram di 14(d), cari peratusan murid yang menjual lebih daripada 40 keping
kupon.
[ 1 markah ]
Jawapan:

(a)
Selang Kelas Kekerapan Titik Tengah
16 – 20 2 18
21 – 25
26 – 30
Jadual 2
31 – 35
36 – 40
41 – 45
46 – 50

(b)

(c)

(d) Rujuk graf

(e)

12
4
15. (a) Penjelmaan T ialah translasi ( ) dan penjelmaan P ialah putaran 90o lawan arah jam pada
−3
pusat ( 0, 1 ). Nyatakan koordinat bagi imej titik ( 6, 2 ) di bawah penjelmaan berikut:
(i) Translasi T
(ii) Putaran P
(iii) Gabungan penjelmaan P2
[ 4 markah ]

Rajah 9

(b) Rajah 9 menunjukkan tiga segitiga, ABC, FDE dan IHG, yang dilukis pada suatu satah Cartes.
(i) FDE ialah imej bagi IHG di bawah gabungan penjelmaan VU.Huraikan selengkapnya
penjelmaaan :
(a) U (b) V
[ 6 markah ]
2
(ii) Diberi segi tiga IHG mewakili suatu kawasan yang mempunyai luas 24 m . Hitung luas,
dalam m2, kawasan yang diwakili oleh rantau yang berlorek.
[ 2 markkah ]
Jawapan :

(a) (i)

(ii)

(iii)

(b) (i) (a) …………………………………………………………………………………………………………..

…………………………………………………………………………………………………………..

(b) …………………………………………………………………………………………………………

………………………………………………………………………………………………………….

(ii)

14
16. Jadual 3.1 menunjukkan taburan kekerapan tinggi, dalam cm, bagi sekumpulan 44 murid.
Tinggi ( cm ) Kekerapan
146 – 150 2
151 – 155 5
156 – 160 8
161 – 165 12 Jadual 3.1
166 – 170 8
171 – 175 6
176 – 180 3

(a) Hitung min anggaran tinggi seorang murid


[ 3 markah ]
(b) Berdasarkan Jadual 3.1, lengkapkan Jadual 3.2 di ruang jawapan.
[ 3 markah ]
(c) Dengan menggunakan skala 2 cm kepada 5 cm pada paksi mengufuk dan 2cm kepada 5 orang
murid pada paksi mencancang, lukis satu ogif bagi data tersebut.
[ 4 markah ]
(d) Diberi bahawa murid yang tingginya melebihi 173 cm akan layak dipilih unuk mewakili sekolah
dalam suatu perlawanan bola tampar.
Menggunakan ogif di 16(c), cari bilangan murid yang layak.
[ 2 markah ]
Jawapan :

(a)

(b)
Kekerapan
Sempadan Atas
Longgokan
145.5 0
150.5

Jadual 3.3

180.5 44

(c) Rujuk Graf

(d)

15

KERTAS SOALAN TAMAT

You might also like