You are on page 1of 8

Warisan masyarakat majmuk

Pembentukan masyarakat majmuk pada zaman kesultanan melaka seharusnya dijadikan


pengajaran kepada malaysia kini. Masyarakat majmuk pada kegemilangan zaman melaka telah
menjadikan melaka terkenal dalam pelbagai aspek, ini termasuklah keadaan persekitaran pada
masa tersebut yang harmoni sehingga mampu menarik para pedagang daripada luar untuk
menjalankan aktiviti perdagangan. Keadaan yang tenteram ini bukan sahaja telah menarik para
pedagang, malah, menguatkan lagi hubungan diplomatik melaka dengan kuasa-kuasa besar pada
ketika itu. Sejarah melayu melukiskan kebesaran dan kekayaan melaka seperti berikut:

“adapun zaman itu negeri melaka terlalu sekali ramainya, segala pedagang pun berkampung;
maka dari Ayer Leleh datang ke kuala muar pasar tiada berputusan lagi, dari kampung kelinang
datang ke kuala Penajoh ini pun tiada berputusan; jika orang dari melaka datang ke jugra tiada
membawa lagi, barang ini dimana berhenti di sana adalah rumah orang; dari sebelah sini hingga
datang ke Batu Pahat demikian juga, kerana masa itu rakyat melaka sembilan belas laksa
banyaknya yang di dalam negeri juga1.”

Seorang sarjana barat yang bernama Tome Pires di dalam bukunya yang diberi nama the suma
oriental of tome pires yang diterjemahkan ke bahasa inggeris oleh armanda Cortesao, pires
menyatakan:

“Di pelabuhan melaka lazimnya terdapat lapan puluh empat bahasa dipertuturkan, tiap-tiap satu
berlainan”2.

Situasi ini telah membawa kepada jalinan diplomatik yang erat dengan kuasa besar pada ketika
itu, misalnya jalinan hubungan dengan negara china melalui perkahwinan Puteri Hang Li Po yang
berkahwin dengan Sultan Mansor Shah. Puteri Hang Li Po dengan diiringi seramai 500 orang
pengikut telah bermustautin di Melaka. Ini merupakan pusingan pertama proses penghijrahan
mingran Cina di Tanah Melayu. Kesan daripada peristiwa bersejarah ini kewujudan kelompok
masyarakat peranakan di antara Melayu - Cina iaitu hasil daripada proses perkahwinan campur

1
Zainal abidin bin abdul wahid, Kesultanan melayu melaka, pentadbiran kuno atau moden?, institut kajian sejarah
dan patriotisme Malaysia (IKSEP), 1997, hlm 3
2
Zainal abidin bin abdul wahid, Kesultanan melayu melaka, pentadbiran kuno atau moden?, institut kajian sejarah
dan patriotisme Malaysia (IKSEP), 1997, hlm 4
antara kedua-dua etnik tersebut. Mereka ini dikenali sebagai kaum Baba dan Nyonya3. Keunikan
ini telah menjadi nilai tambah kepada melaka…

Warisan ini perlu difahami dan diamalkan dalam masyarakat majmuk di Negara ini bagi menjamin
keamanan yang berterusan. peristiwa-peristiwa seperti tragedi 13 Mei perlu dielakkan dan untuk
itu setiap anggota masyarakat perlu bersama-sama memelihara dan menghormati sensitiviti
masyarakat berbilaang kaum.

Warisan sosiobudaya

Kesultanan melayu melaka mempunyai warisan sosiobudaya yang tersendiri. Sejarah


menunjukkan sistem nilai yang berkembang dalam masyarakat melaka hasil daripada perjalanan
pembentukan melaka oleh parameswara daripada kerajaan Srivijaya selain penerapan pengaruh
hindu budha kepada pengaruh islam. Proses asimilasi yang berlaku telah membawa kepada
pengaruh budaya-budaya sedia ada dan baharu ke dalam sistem pemerintahan. Nilai-nilai
daripada sistem kepercayaan ini telah berkembang dan membentuk sosiobudaya yang unik dalam
kesultanan melayu melaka. Pengaruh hindu budhha dan islam dapat dilihat melalui amalan sistem
beraja itu sendiri di melaka. Perlambangan sultan sebagai wakil tuhan serta warna-warna tertentu
dalam adat istiadat melayu telah mendorong kepada keunikan sosiobudaya yang menjadi warisan
sejarah masyarakat Malaysia kini. Pengamalan sistem beraja merupakan teras kepada
masyarakat melayu yang juga secara langsung telah memberi impak kepada pembentukan
identiti di dalam pembentukan negara bangsa.

Daripada sudut tersebut, warisan sosiobudaya dapat dipelajari daripada sistem pemerintahan
melaka. Kerajaan melaka diketuai seorang sultan. Baginda merupakan seorang raja atau
pemerintah dan menjadi ketua pemerintahan. Baginda mempunyai hak kuasa yang tertinggi
dalam kesultanan melaka. Ini bermakna baginda bukan sahaja menjadi ketua negara tetapi juga

3
Dr Haji Ishak Bin Saat, Sejarah panjang hubungan Malaysia-China, Pusat Pengajian Pendidikan Jarak Jauh (USM),
2009, hlm 5
ketua kerajaan. Tidak wujud satu badan atau majlis yang dipilih oleh rakyat, biarpun dalam
bentuk penasihat sahaja. Lazimnya sultan akan berunding dengan bendahara atau pegawai-
pegawai kanan lain tetapi baginda yang akan membuat keputusan tentang sesuatu dasar.
Baginda juga menjadi ketua tentera dan kadangkala mengetuai angkatan tentera, secara
langsung, dalam peperangan. Baginda juga bertindak sebagai ketua hakim. Majlis menghadap
diadakan dari semasa ke semasa, dan pada ketika itu, rakyat boleh mengadu hal atau
mengemukakan masalah terus kepada sultan4. Pada harini, sebarang permasalahan akan
disuarakan melalui wakil rakyat yang dilantik.

Selain daripada itu, Untuk memperkuatkan lagi kedudukan sultan itu maka hak kuasanya tidak
terhad kepada asal-usul diraja yang biasa. Ini digambarkan apabila, raja kida hindi, seorang raja
yang memerintah separuh india, hendak mengahwinkan anaknya dengan iskandar zulkarnain.
Majlis pernikahan itu dikendalikan oleh nabi khidir. Seterusnya nabi khidir membuat pengumuman
semasa upacara pernikahan itu. Penyertaan nabi khidir dalam istiadat pernikahan itu
memasukkan unsur agama kepada hak kuasa sultan. Oleh kerana islam memainkan peranan yang
penting dalam masyarakat melayu maka perkaitan antara hak kuasa sultan dengan islam itu
menyebabkan ia dianggap lebih sahih dan berwibawa5.

Kedaulatan institusi beraja kesultanan melaka juga mempunyai ciri asas yang unik. Kedaulatan
raja juga diasaskan kepada kebendaan. Apabila seorang raja hendak ditabalkan, biasanya
baginda mestilah ada alat-alat kerajaan supaya upacara pertabalan itu dianggap sah. antara alat-
alat kerajaan ialah keris atau pedang, lembing, mahkota atau cop mohor dan lain-lain lagi
mengikut tradisi sebuah kesultanan. Alat-alat kerajaan bukanlah untuk hiasan sahaja. Tradisi ini
kekal sehingga ke hari ini dan dapat disaksikan di dalam adat istiadat pertabalan sultan. Warna-
warna tertentu dianggap sebagai warna diraja. Misalnya, payung putih dan warna kuning Cuma
boleh digunakan oleh keluarga diraja. Perkara-perkara ini diperundang-undangkan di dalam
hukum kanun. Dari segi bahasa juga ada perkataan-perkataan khas digunakan oleh rakyat apabila

4
Zainal abidin bin abdul wahid, Kesultanan melayu melaka, pentadbiran kuno atau moden?, institut kajian sejarah
dan patriotisme Malaysia (IKSEP), 1997, hlm

5
Zainal abidin bin abdul wahid, Kesultanan melayu melaka, pentadbiran kuno atau moden?, institut kajian sejarah
dan patriotisme Malaysia (IKSEP), 1997, hlm 5
berbicara dengan raja dan sebaliknya6. Semua ini dan beberapa perkara lain mengistimewa dan
mempertingkatkan kedudukan raja. 7

Contoh pentadbiran

Sistem pentadbiran kesultanan melayu melaka juga mempamerkan keunikan dan kebolehan
kesultanan melaka didalam mentadbir kerajaan. Sesebuah negara perlu mempunyai keperluan
asas di dalam pemerintahan seperti urustadbir, kewangan serta keselamatan. Di dalam
pemerintahan kerajaan melaka, urusan melibatkan aktiviti perdagangan merupakan diantara
perkara utama yang perlu diambilkira. Sistem pemerintahan ini merupakan satu bentuk sistem
kawalan bagi mengawal pelbagai aspek dalam negara yang juga sudah sebati dengan masyarakat
pada ketika itu. ini membuktikan bahawa kesultanan melayu melaka telah mencapai tahap yang
tersendiri didalam menguruskan negara dan boleh dijadikan contoh pentadbiran dalam sistem
pemerintahan pada masa kini.

Kebolehan kesultanan melaka didalam mengurustadbir negara didorong oleh sistem pentadbiran
yang tersusun. peranan golongan pembesar serta pegawai lain di dalam susun lapis pemerintahan
melaka telah membantu sultan dalam melaksanakan pemerintahan dengan lebih cekap. Susun
lapis pemerintahan ini juga telah menerangkan peranan golongan seperti bendahara, penghulu
bendahari, temenggung, laksamana dan shahbandar di dalam melancarkan lagi sistem
pemerintahan melaka pada masa tersebut. Sultan ketua negara dan merupakan individu yang
berkuasa mutlak dalam aspek pemerintahan. Namunbegitu, baginda masih memerlukan bantuan
untuk mentadbir negara. Beberapa orang pegawai kanan menolong baginda secara langsung.
Pegawai yang terpenting ialah bendahara. Beliau menjadi penasihat utama kepada raja. Tugas
bendahara boleh dibandingkan dengan perdana menteri malaysia pada masa sekarang,
sungguhpun bendahara bukan dipilih oleh rakyat. Kadangkala bendahara mengetuai angkatan
tentera melaka ke medan peperangan. Sekurang-kurangnya sekali, mengikut sejarah melayu,
bendahara terlibat secara langsung dalam pertempuran. Semasa majlis menghadap, beliau
lazimnya hadir dan duduk di bawah sedikit daripada sultan. Dalam beberapa hal, bendahara
mempunyai hak kuasa untuk membuat keputusan tanpa perlu merujuk kepada sultan. Beliau
bertanggungjawab mentadbirkan undang-undang kepada masyarakat atasan melaka. Di dalam

6
Zainal abidin bin abdul wahid, Kesultanan melayu melaka, pentadbiran kuno atau moden?, institut kajian sejarah
dan patriotisme Malaysia (IKSEP), 1997, hlm 7
keadaan kemangkatan sultan tanpa pengganti diraja, maka bendahara boleh menaiki takhta.
Kedudukan bendahara ketika itu dianggap begitu penting hingga raja daripada negeri-negeri kecil
makan sama bendahara sahaja dan tidak dengan sultan. Kesinambungan ini membolehkan
kecekapan dan kesediaan pemerintah dalam menghadapi sesuatu perkara yang tidak diingini.
Pentadbiran melaka agak tersusun. Sebenarnya bagi beberapa jawatan penting, pengganti
kepada jawatan itu memang telah dikenalpasti. Misalnya, sesiapa yang menyandang gelaran tun
pikharma maka ia berpeluang menjadi bendahara, yang bergelar sang guna dianggap sebagai
bakal laksamana san sang setia pula berkemungkinan menjadi seri bija diraja7.

Seterusnya, Jawatan penghulu bendahari bolehlah dikatakan seperti menteri kewangan pada
masa ini. Selalunya ia digelar seri nara diraja. Dibawah penghulu bendahari ada beberapa orang
bendahari dan shahbandar. Shahbandar ialah pegawai pelabuhan yang mengawal pedagang.
shahbandar menentukan tempat kapal berlabuh, memperuntukkan gudang tempat menyimpan
dagangan dan mengutip cukai daripada pedagang. Pedagang-pedagang asing di melaka pada
masa itu dikumpulkan mengikut keturunan etnik atau kawasan geografinya. Tiap-tiap kumpulan
akan dijaga oleh seorang shahbandar. Adakalanya seorang shahbandar berketurunan sama
dengan kumpulan yang dikawalinya. Lagi satu tanggungjawab shahbandar ialah menjaga anak
yatim. Lagi satu tugas penghulu bendahari ialah mengendalikan acara diraja. Beliau perlu
menentukan senarai jemputan, makanan dan perhiasan dewan jamuan8. Penghulu bendahari
perlu mengawalselia perihal pendapatan dan aliran kewangan negara disamping memastikan
upacara diraja dijalankan mengikut adat istiadat tertentu.

Keselamatan Melaka juga merupakan aspek penting di dalam pemerintahan, temenggung


merupakan pegawai yang mengendalikan soal keselamatan melaka. Beliau menjaga keselamatan
negara, agar undang-undang dipatuhi dan ketenteraman wujud. Tugas temenggung hampir sama
dengan tugas ketua polis negara. Semasa majlis diraja, beliau akan menentukan protokol tempat
duduk yang hadir. Apabila sultan berangkat naik gajah, temenggung akan duduk di hadapan di
atas kepala gajah. Beliau juga bertanggungjawab agar jalan sentiasa dalam keadaan baik dan

7
Zainal abidin bin abdul wahid, Kesultanan melayu melaka, pentadbiran kuno atau moden?, institut kajian sejarah
dan patriotisme Malaysia (IKSEP), 1997, hlm

8
Zainal abidin bin abdul wahid, Kesultanan melayu melaka, pentadbiran kuno atau moden?, institut kajian sejarah
dan patriotisme Malaysia (IKSEP), 1997, hlm
binaan rumah tidak menonjol masuk ke kawasan jalan. Temenggong turut hadir semasa
bendahara mengendalikan mahkhamah. Beliau berkewajipan menangkap dan memenjarakan
sesiapa yang didapati sabit kesalahannya. Beliau juga dibantu oleh Laksamana dalam soal
keselamatan. Laksamana kadangkala mengetuai angkatan tentera dan berperang di darat.
Laksaman juga dikehendaki hadir semasa bendahara menjalankan perbicaraan. Jika ada orang
yang berkelakuan tidak senonoh semasa perbicaraan, adalah menjadi tugas laksamana untuk
mengawal org itu9.

Sistem perundangan tersendiri

Kegemilangan kesultanan melaka tidak hanya berdasarkan kebolehan pemimpin semata-mata,


sistem urustadbir yang cekap turut memainkan peranan penting. Hal ini termasuklah
perlaksanaan undang-undang tersendiri yang digubal dalam menjamin kelangsungan
ketenteraman awam. Bagi membantu pegawai-pegawai mentadbir negara, melaka mempunyai
dua kumpulan undang-undang. Satu dikenali sebagai hukum kanun malaka dan satu lagi undang-
undang laut10…

Selain daripada itu, sistem perundangan melalui pemerintahan juga membantu dalam menjaga
keamanan melaka. Penubuhan balai polis pada zaman tersebut secara tidak langsung membentuk
budaya amanah dikalangan masyarakat. Di zaman sultan alauddin juga rakyat berasa selamat
dari segi kehilangan hak milik. Balai polis wujud di banyak persimpangan jalan. Apabila seseorang
itu tercicirkan dompet wangnya maka beliau Cuma perlu menjejak semula jalannya dan
bertanyakan di balai polis itu kalau ada orang telah mengembalikan dompetnya.lazimnya barang
siapa menjumpai barang orang lain di tepi jalan maka beliau akan memulangkannya ke salah

9
Zainal abidin bin abdul wahid, Kesultanan melayu melaka, pentadbiran kuno atau moden?, institut kajian sejarah
dan patriotisme Malaysia (IKSEP), 1997, hlm 9

10
Zainal abidin bin abdul wahid, Kesultanan melayu melaka, pentadbiran kuno atau moden?, institut kajian sejarah
dan patriotisme Malaysia (IKSEP), 1997, hlm
satu balai polis itu. ‘sistem Salleh’ yang diperkenalkan polis diraja malaysia tidak lama dahulu
telahpun diamalkan di kesultanan melaka lima ratus tahun dahulu11.

Panduan kepada Malaysia

Sejarah kesultanan melaka juga memiliki nilai-nilai penting disamping pengajara yang seharusnya
dijadikan panduan kepada Malaysia pada hari ini didalam mencapai kegemilangan dalam pelbagai
bidang. Hal ini memerlukan kerjasama daripada seluruh anggota masyarakat. Kesultanan melayu
melaka adalah satu kerajaan yang besar lagi kaya. Ia meliputi bukan sahaja semenanjung tanah
melayu, termasuk singapura, tetapi juga beberapa ‘negeri’ di pantai timur sumatera seperti
inderagiri, siantan, kampar dan siak. Malahan patani juga memohon nobat dari melaka. Pada
zaman itu, nobat bererti menerima ketuanan melaka12. Kebolehan pemimpin kesultanan melayu
melaka telah berjaya menjadikan melaka sebagai sebuah kuasa besar khususnya dari segi aktiviti
perdagangan. Ini dikuatkan lagi dengan kenyataan sarjana barat seperti Tom Pires yang
bermaksud, “barang siapa menguasai melaka, ia boleh mencekek Venice”13.

Keadaan ini juga didorong oleh pemerintah yang berkebolehan dalam mentadbir negara dan
memahami keadaan semasa rakyat yang diperintahnya. Sikap ‘turun padang’ ini perlu dicontohi
oleh semua pemimpin Malaysia bagi memahami permasalahan yang berlaku di pelbagai peringkat
dalam masyarakat selain tidak hanya bergantung kepada wakil atau orang tengah semata-mata.
Sifat ini memberi gambaran terhadap keperihatinan dan tanggungjawab pemimpin kepada rakyat
jelata. Sultan Alauddin pernah keluar di waktu malam untuk mencegah jenayah. Apabila kegiatan
mencuri meningkat dengan hebat. Tindakan sultan alaudin ini juga menunjukkan bahawa
kemutlakan penuh tidak semestinya mengkhayalkan raja daripada tanggunjawabnya14. Situasi ini
jelas memberikan panduan kepada para pemimpin untuk memacu negara kehadapan.

11
Zainal abidin bin abdul wahid, Kesultanan melayu melaka, pentadbiran kuno atau moden?, institut kajian sejarah
dan patriotisme Malaysia (IKSEP), 1997, hlm 12
12
Zainal abidin bin abdul wahid, Kesultanan melayu melaka, pentadbiran kuno atau moden?, institut kajian sejarah
dan patriotisme Malaysia (IKSEP), 1997, hlm
13
Zainal abidin bin abdul wahid, Kesultanan melayu melaka, pentadbiran kuno atau moden?, institut kajian sejarah
dan patriotisme Malaysia (IKSEP), 1997, hlm 4
14
Zainal abidin bin abdul wahid, Kesultanan melayu melaka, pentadbiran kuno atau moden?, institut kajian sejarah
dan patriotisme Malaysia (IKSEP), 1997, hlm

You might also like