You are on page 1of 1

SEKOLAH KEBANGSAAN ULU TAWAR

09700 KARANGAN
KEDAH DARUL AMAN

Tel : 019-4428470
e-mail : skulutawar0068@gmail.com

Kepada ,
Pengerusi Khemah ,
Kampung Ulu Tawar , Kedah Darul Aman . Tarikh : 09 OKTOBER 2018

Tuan ,
MEMOHON MEMINJAM KHEMAH UNTUK PROGRAM PERKHEMAHAN SEKOLAH TAHUN 2018

Berhubung dengan perkara yang tertera di atas , dimaklumkan kepada pihak tuan bahawa pihak
Sekolah Kebangsaan Ulu Tawar akan mengadakan program Perkhemahan Bersepadu Unit
Beruniform Peringkat Daerah Baling pada 11 hingga 13 Oktober 2018 . Program perkhemahan ini
melibatkan murid-murid SK Ulu Tawar dan juga beberapa buah sekolah lain di sekitar daerah Baling .
Program perkhemahan ini juga telah mendapat kerjasama daripada pihak Pejabat Pendidikan
Daerah Baling .

2. Namun demikian , pihak sekolah yang juga penganjur utama program menghadapi kekangan
dari aspek peralatan dan kelengkapan perkhemahan. Pihak sekolah amat memerlukan duah buah
khemah besar yang akan digunakan sebagai tempat para peserta makan sepanjang ia berlangsung .
Untuk makluman pihak tuan lagi , jumlah keseluruhan peserta yang akan mengambil bahagian dalam
perkhemahan ini adalah seramai 120 orang .

3. Justeru itu , pihak sekolah dengan rasa rendah diri ingin memohon jasa baik dan
keprihatinan pihak tuan untuk meminjamkan 2 buah khemah bagi kegunaan sekolah sepanjang
program ini berlangsung . Pihak sekolah tidak mempunyai dana untuk menampung kos bagi
menyewa khemah-khemah yang diperlukan .

4. Semoga perkara ini mendapat perhatian daripada pihak tuan dan diberi pertimbangan yang
sewajarnya . Kerjasama daripada pihak tuan , amatlah pihak sekolah hargai dan sanjungi serta
didahului dengan ucapan jutaan terima kasih .

Sekian , terima kasih .

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”


“KEDAH AMAN MAKMUR- HARAPAN BERSAMA MAKMURKAN KEDAH”

Saya yang menjalankan amanah ,

……………………………………………………….
(ABDULAZIM BIN ABDUL HAMID)
Guru Besar ,
Sekolah Kebangsaan Ulu Tawar ,
09700 Karangan , Kedah .

You might also like