You are on page 1of 1

CADANGAN JAWAPAN

Pelancaran Bulan Kemerdekaan peringkat sekolah akan disambut oleh warga Sekolah
Kebangsaan Taman Damai pada 19 Ogos 2018 di Dewan Budiman. Acara ini
dianjurkan bagi mengenang kemerdekaan yang telah dicapai di negara kita. Program
itu akan disempurnakan oleh Encik Zulfikar Ali bin Abdul Samad, iaitu Yang Dipertua
PIBG Sekolah Kebangsaan Taman Damai.

Acara yang pertama ialah upacara menaikkan Jalur Gemilang dan nyanyian
lagu “Negaraku” oleh semua guru dan murid. Mereka akan berdiri tegak sebagai
tanda hormat akan negara sekali gus menyemai semangat cinta akan negara.
Seterusnya, acara perarakan basikal berhias yang bertemakan kemerdekaan dan
perarakan murid-murid sambil membawa bendera Jalur Gemilang turut diadakan bagi
menunjukkan bahawa generasi muda kini begitu menghargai nikmat kemerdekaan.

Rumusannya, suasana sambutan Bulan Kemerdekaan yang dijalankan di


sekolah melambangkan semangat patriotik yang tinggi dalam kalangan warga
sekolah. Oleh itu, sambutan tersebut haruslah dijayakan dengan penuh penghayatan.

You might also like