You are on page 1of 11

PERSEKUTUAN PENGAKAP MALAYSIA

DAERAH NIBONG TEBAL


d/a Sekolah Kebangsaan Keledang Jaya, Changkat 14300 Nibong Tebal,
Seberang Perai Selatan, Pulau Pinang.
Tel & Fax : (R) 04-5828328 atau 012-3327534(EN.NAZARUDIN B SHAARI)

Ruj. kami :PPMNT/PROGRAM/2015/(01)


Tarikh :4 Mac 2015

Pengarah Pendidikan,
Jabatan Pendidikan Pulau Pinang,
Jalan Bukit Gambir,
11700 Pulau Pinang.
(u.p. Tn. Hj. Zulkafli Bin Kamaruddin)

Tuan,

MEMOHON KELULUSAN DAN KEBENARAN UNTUK PENGLIBATAN PELAJAR


DAN GURU MENYERTAI KEMPORI PENGAKAP DAERAH NIBONG TEBAL
KALI KE-20 TAHUN 2015

Berhubung perkara di atas adalah dimaklumkan bahawa Persekutuan Pengakap


Malaysia Daerah Nibong Tebal akan mengadakan Kempori Pengakap Daerah
Nibong Tebal Kali ke-20 pada 24 April – 26 April 2015 , bertempat di Sekolah
Menengah Saujana Indah,Nibong Tebal, Seberang Perai Selatan. Bersama-
sama ini disertakan kertas kerja mengenai kem tersebut.

2. Sehubungan itu pihak Persekutuan Pengakap Malaysia Daerah Nibong Tebal


memohon kelulusan dan kebenaran tuan untuk penglibatan ahli-ahli pengakap di
sekolah-sekolah rendah dan menengah Daerah Nibong Tebal bagi menyertai kem
tersebut.

Kerjasama tuan amat dihargai bagi menjayakan aktiviti berpengakap di negeri ini
amnya dan di Daerah Nibong Tebal khasnya.

Sekian, terima kasih.

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA MELALUI BERPENGAKAP”

Saya yang menjalankan tugas,

………………………………………………….….
(EN. MEOR MOHD FAHMI BIN IDRIS)
Pen. Pesuruhjaya Pengakap Daerah Nibong Tebal (Program)
Tel: 012-5441278

Sk : 1)En.Nazarudin b Shaari (Pesuruhjaya Pengakap Nibong Tebal)


2)En.Ramli b Othman (Pegawai Kokurikulum Pejabat Pendidikan Selatan)
3)Fail PPMNT(Program)
PERSEKUTUAN PENGAKAP MALAYSIA
DAERAH NIBONG TEBAL
d/a Sekolah Kebangsaan Keledang Jaya, Changkat 14300 Nibong Tebal,
Seberang Perai Selatan, Pulau Pinang.
Tel & Fax : (R) 04-5828328 atau 012-3327534(EN.NAZARUDIN B SHAARI)

Ruj. kami :PPMNT/PROGRAM/2015/(02)


Tarikh :30 Mac 2015

Kepada,
Pemimpin/ Pen. Pemimpin

Melalui,

Pengetua/ Guru Besar


Sekolah Menengah/ Sekolah Rendah,
Daerah Seberang Perai Selatan.

Tuan/ Puan,

Salam Pengakap.

KEMPORI PENGAKAP KE-20 DAERAH NIBONG TEBAL 2015

Dengan segala hormatnya, perkara di atas adalah dirujuk.

2. Sukacita dimaklumkan bahawa Persekutuan Pengakap Malaysia Daerah Nibong Tebal


(PPMNT) akan menganjurkan satu perkhemahan daerah, Kempori Pengakap ke-20 Daerah Nibong
Tebal 2015.

3. Butiran pekhemahan adalah seperti berikut:

Tarikh : 24 – 26 April 2015 (Jumaat – Ahad)


Tempat : SK Sungai Acheh
Masa : 3.00 petang, Jumaat (Pendaftaran)
Bayaran : Kumpulan/Sekolah: RM50
: Peserta : RM25.00 seorang

4. Sehubungan dengan itu, Kumpulan Pengakap sekolah Tuan/Puan diminta untuk menghantar
satu kumpulan yang terdiri daripada 10 orang ahli Pengakap Kanak-kanak (sekolah rendah) / 10
orang ahli Pengakap Muda atau Remaja (sekolah menengah) yang telah berdaftar bagi tahun 2015.

5. Senarai barang yang perlu dibawa oleh setiap kumpulan adalah seperti Lampiran.

6. Bersama ini, disertakan syarat dan peraturan serta borang penyertaan untuk kempori ini
bagi rujukan dan tindakan pihak Tuan/Puan.

7. Tempat adalah terhad kepada 250 orang peserta pertama sahaja. Tarikh tutup penyertaan
ialah pada 10 April 2015. Borang penyertaan yang telah lengkap bersama bayaran boleh diserahkan
kepada:
Cik Nor Azidawati binti Mohd Nayan, SK Sg. Acheh
Urusetia Kempori
8. Sebarang Pertanyaan sila hubungi :
Pn. Norhayati binti Mohamad, SK Sg. Acheh (012- 504 0716)
Bendahari Kehormat, Kempori Pengakap Daerah ke-20/ 2015
Sekian, terima kasih.

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA MELALUI BERPENGAKAP”


“PENGAKAP MENTRANSFORMASI GENERASI”

Saya yang menjalankan tugas,

…………………………………………………………….
(EN. MEOR MOHD FAHMI BIN IDRIS)
Pen. Pesuruhjaya Pengakap Daerah Nibong Tebal (Program)
Tel: 012-5441278

s.k.:
1. Tn. Hj. Zulkafli bin Kamaruddin
Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negeri Pulau Pinang.
2. En. Nazaruddin bin Shaari
Pesuruhjaya Pengakap Daerah Nibong Tebal
3. Ketua Unit Kokurikulum, JPNPP.
4. Pegawai Kokurikulum, PPDS.
5. Fail PPMNT (program)
Lampiran 1

MAKLUMAT KEMPORI PENGAKAP KALI KE-20


PERINGKAT DAERAH NIBONG TEBAL

BIL PERKARA BUTIRAN / PENERANGAN


1. NAMA PROGRAM KEMPORI PENGAKAP KALI KE-20 PERINGKAT DAERAH NIBONG TEBAL
2. ANJURAN BERSAMA PERSEKUTUAN PENGAKAP MALAYSIA DAERAH NIBONG TEBAL
PEJABAT PENDIDIKAN DAERAH SELATAN
3. TARIKH 24 April – 26 April 2015 (Jumaat, Sabtu dan Ahad)

4. PENDAFTARAN 24 April 2015 (3.00 pm – 4.00pm)

5. TEMPAT Sk Sungai Acheh

6. OBJEKTIF
 Menambah pengetahuan dan kemahiran peserta melalui
aktiviti berpengakap
 Mewujudkan suasana disiplin dan kredibiliti yang mantap
bagi membentuk peribadi yang tinggi.
 Memperlengkapkan dan seterusnya mewujudkan pasukan
pengakap yang jitu.
 Memupuk sikap bertanggungjawab di kalangan pelajar
dengan mengutamakan aspek-aspek keselamatan diri dan
rakan-rakan.
 Memupuk sikap bekerjasama dan perpaduan antara kaum
di kalangan pelajar melalui aktiviti berkumpulan.

7. SASARAN 250 orang ahli pengakap sekolah rendah dan menengah daerah Nibong
Tebal.

8. SYARAT PENYERTAAN Ahli Pengakap Kanak-kanak (Tahun 4/ 5/6), Muda dan Remaja yang
berdaftar keahlian dengan Ibu Pejabat Persekutuan Pengakap Malaysia
tahun 2015 dan sihat tubuh badan.

 Penyertaan maksimum setiap sekolah ialah 10 orang ahli


pengakap sahaja.
9. SUMBANGAN Kumpulan (Sekolah) = RM50
PENYERTAAN Peserta (Setiap ahli pengakap) = RM25

10. KIT KEMPORI Setiap peserta akan dibekalkan dengan skaf kempori, Lencana kempori,
Tanda Nama, Kad Aktiviti dan sijil Penyertaan.
(Sijil pencapaian untuk pemenang sahaja)

11. MAKAN DAN MINUM Sajian utama disediakan penganjur:


Makan malam 2 kali
Makan tengah hari 1 kali
Sarapan 2 kali

12. PENGANGKUTAN Semua perbelanjaan pengangkutan pergi dan balik peserta adalah di
bawah tanggungjawab pihak sekolah.

13. KELENGKAPAN YANG PERALATAN INDIVIDU


PERLU DI BAWA 1.Uniform Pengakap lengkap
2. Pakaian untuk aktiviti
-t-shirt (berlengan panjang jika perempuan)
-Seluar trek panjang
-Kasut sukan dan kasut hitam
-Sarung kaki
3. Pakaian solat (peserta muslim)
4. Peralatan mandi
5. Selipar
6. Lampu suluh
7. Peralatan makan (sudu, garpu, dll) jika perlu
8. Ubat-ubatan peribadi
9. Tali pengakap (ikatan/simpulan)
10.Alat tulis & Buku log Pengakap
11. Lain-lain keperluan yang difikirkan perlu dan sesuai.

PERALATAN KUMPULAN
1.Khemah
2.Alas tempat tidur

14. LARANGAN Tidak dibenarkan membawa:


1. Seluar jeans (dilarang sama sekali sepanjang program
dijalankan)
2. Seluar pendek dan baju yang mencolok mata dilarang pakai
semasa aktiviti kecuali ketika mandi sahaja.
3. Barang kemas/perhiasan diri
4. Telefon bimbit
5. Wang dalam jumlah yang banyak
6. Senjata –senjata berbahaya (pisau, gunting, dll)
15. AKTIVITI CABARAN AKTIVITI INTEGRASI (PM&PR)
*Tertakluk kepada 1.Kembara 1.Kawad tongkat
perubahan mengikut 2.Ikhtiar Hidup
kesesuaian tempat , 3.Ikatan dan Simpulan
masa dan cuaca. UMUM 4.Isyarat Pengakap/Kod
1.Kerja Masa Lapang (KML) Fonetik/Semaphore
2.Ceramah 5.Bantu Mula
3.Khidmat Masyarakat 6.Kenegaraan
4.Malam Pengakap
5.Lagu/Tepukan/Yell AKTIVITI INTEGRASI (PKK)
1.Kawad kaki
PERTANDINGAN 2.Laung Agung
1.Malam Kebudayaan 3.Ikatan dan Simpulan
-Tarian kebudayaan negeri- 4.Kraftangan
Negeri di Malaysia 5.Bantu Mula
6.Kenegaraan
2.Permainan Kim (deria)
Lampiran 2

Syarat dan Peraturan Umum Kempori

1. Penyertaan
 Penyertaan terbuka kepada semua sekolah menengah dan rendah Daerah
Nibong Tebal yang berdaftar sahaja (2015) .
 Hanya 10 orang maksimum bagi satu kumpulan sahaja, tidak boleh lebih.
 Setiap kumpulan yang menyertai perkhemahan ini mestilah diringi oleh
sekurang-kurang seorang Pemimpin pada setiap masa. Setiap pasukan digalakkan
membawa seorang penolong pemimpin wanita bagi menjaga kebajikan peserta
wanita (jika ada).

2. Penempatan

 Penempatan bagi setiap pasukan akan ditentukan oleh urusetia Penempatan


berdasarkan jumlah penyertaan.
 Semua peserta dikehendaki tidur di dalam khemah.
 Peserta wanita dikehendaki tidur di khemah yang berasingan dengan kawalan
ketat oleh pemimpin setiap kumpulan. Tapak perkhemahan khas untuk peserta
wanita akan disediakan dan ditentukan oleh Urusetia Penempatan.
 Pemimpin perlu sentiasa berada bersama ahli kumpulan di tapak perkhemahan
sepanjang kempori berlangsung.

3. Pendaftaran Peserta
 Semua Peserta mestilah melapor dan mendaftarkan diri pada hari Jumaat jam
3.00 petang 24 April 2015 dengan diiringi pemimpin masing-masing.
 Pendaftaran dibuat di meja Urusetia Pendaftaran.

4. Bayaran pendaftaran adalah seperti berikut :

 Sekolah Rendah – RM 25.00


o (Sijil, Lencana, Skaf, Makanan & minuman dan lain-lain)
 Sekolah Menengah – RM 25.00
o (Sijil, Lencana, Skaf, Makanan & Minuman dan lain-lain)
 Pendaftaran kumpulan ialah RM50.00 (Pengurusan & bahan aktiviti)

5. Aktiviti Pertandingan
 Satu Tarian Kebudayaan Negeri-Negeri di Malaysia
 Contoh: Johor (Zapin), Penang (boria), Kelantan (Dikir Barat), Perlis (Terinai),
Sabah (Sumazau), Sarawak (Ngajat),Negeri Sembilan(Bongai),Kelantan(Dikir
Barat), Perak (Dabus) .
 Undian pilihan negeri dijalankan pada 15 April 2014.
 Sejarah tentang tarian yang dipilih termasuk dalam masa persembahan.
 Masa Persembahan 5 - 7 minit sahaja.
 Bilangan peserta 10 orang.

6. Hadiah
 Sijil Pencapaian Johan, Naib Johan, Tempat Ke-3
7. Fasiliti
 Kemudahan elektrik di tapak perkhemahan akan disediakan oleh urusetia.
Pasukan boleh membawa sendiri dan menambah kemudahan ini jika perlu.
 Bekalan air seperti sedia ada. Setiap pasukan digalakan membawa baldi untuk
kemudahan membawa air ke kem. Minuman air masak untuk keperluan peserta
perlu diuruskan sendiri sebagai tambahan dari bekalan minuman yang disediakan
oleh urusetia.
 Kemudahan tandas seperti sedia ada.
 Pemimpin perlu sentiasa memantau penggunaan air oleh para peserta agar tidak
membazir.

8. Keselamatan
 Urusetia dengan kerjasama pihak polis dan pasukan kelana menyediakan
kawalan keselamatan siang dan malam sepanjang perkhemahan.
 Setiap kumpulan dimestikan juga mengadakan kawalan di kumpulan dan khemah
masing-masing. Tanggungjawab pemimpin dan ketua kumpulan.
 Belerang/ sulfur akan ditabur disekeliling khemah dan kem.

9. Peraturan Am
 Undang-undang Pengakap adalah undang-undang kempori.
 Setiap peserta diwajibkan sentiasa berada di kawasan tapak perkhemahan
sepanjang perkhemahan berlangsung.
 Peserta diwajibkan sentiasa memakai skaf kempori sepanjang perkhemahan.
 Peserta dilarang menggunakan tandas dan bilik air untuk urusetia dan pemimpin.
Sila guna tandas peserta yang disediakan.
 Sentiasa hormati pemimpin dan orang yang lebih dewasa serta pelawat dengan
memberi salam dan hormat.
 Berjudi dan minuman memabukkan dilarang keras di kawasan perkhemahan.
 Jaga tingkah laku anda dan sentiasa amalkan sepuluh undang-undang pengakap
sebagai teras berpengakap.
 Pelawat atau orang luar tidak dibenarkan masuk. Pelawat mesti meminta
kebenaran Urusetia keselamatan dan direkodkan untuk keselamatan.
 Peserta yang melanggar tatacara serta disiplin semasa perkhemahan akan
dibawa kepada Urusetia untuk tindakan lanjut dan boleh disingkirkan jika
melakukan kesalahan berat.
Lampiran 3

BORANG PENYERTAAN
KEMPORI PENGAKAP KE-20 DAERAH NIBONG TEBAL
24 – 26 APRIL 2015
TEMPAT :SK SUNGAI ACHEH

BORANG KEBENARAN WARIS

1.Maklumat bapa/ibu/penjaga:

Nama:…………………………………………………………No.kp:………………………
Alamat Rumah:………………………………………………………………………………..
…………………………………………………………………………………………………..
No.Tel rumah:………………………………………. HP:……………………………………
2.Maklumat Ahli Pengakap:
Nama:………………………………………………………….No.kp:……………………….
Jantina:………………………….Bangsa:……………………. Agama:……………………
Alamat Sekolah:……………………………………………………………………………….
…………………………………………………………………………………………………..
No.Tel Sekolah:……………..........Ting/Darjah:…………………….. Umur:……………..

Dengan ini saya mengizinkan anak/jagaan saya mengikuti KEMPORI PENGAKAP


KE-20 DAERAH NIBONG TEBAL TAHUN 2015. Saya difahamkan bahawa terdapat
Guru Pengiring yang akan mengiringi para peserta sepanjang program berlangsung.
Soal keselamatan dan disiplin juga sentiasa diberi perhatian yang sewajarnya oleh
para jurulatih yang diamanahkan. Sekiranya kesihatan anak/jagaan saya terganggu
semasa program berlangsung, maka saya dengan sepenuh hati membenarkan pihak
penganjur atau wakilnya menguruskan bagi pihak saya untuk mendapatkan rawatan.
Saya juga mengaku tidak akan mengambil segala langkah undang-undang atau
mahkamah terhadap pihak penganjur atau wakilnya sekiranya berlaku apa-apa
perkara yang tidak diingini terhadap anak/jagaan saya yang di luar bidang kuasa dan
jangkaan.

Yang benar,

……………………………….. Tarikh:………………….
(Tandatangan bapa/ibu/penjaga)

Disahkan oleh,

…………………………………
(Tandatangan Guru Besar dan cap Rasmi)
Lampiran 4

BORANG PENYERTAAN
KEMPORI PENGAKAP KE-20 DAERAH NIBONG TEBAL,
24-26 APRIL 2015
TEMPAT: SK SUNGAI AHEH

BORANG KUMPULAN

NAMA SEKOLAH :………………………………………………………………………………….


NO. TEL. SEKOLAH :……………………………………. NO.FAKS SEKOLAH: ……………
BIL NAMA GURU PENGIRING NO.TELEFON BIMBIT
1
2

BIL NAMA PESERTA L/P NO.KP/ DARJAH/ YURAN


NO SIJIL TINGKATAN
LAHIR
SEKOLAH/KUMPULAN RM50
1
2
3
4
5
6
7
8
9
10
JUMLAH

a) Bersama-sama ini disertakan Yuran kumpulan dan yuran peserta-peserta di atas sebanyak
RM……………………….(tunai/CEK- atas nama PERSEKUTUAN PENGAKAP MALAYSIA
DAERAH NIBONG TEBAL / 2-00-2171-00005254-2 Agrotani)
b) Borang Penyertaan ini perlu dihantar pada atau sebelum 10 April 2015 kepada:
Urusetia : Cik Nor Azidawati bt Mohd Nayan (Sk.Sungai Acheh).
c) Sebarang pertanyaan boleh hubungi : Pn.Norhayati Mohamad (0125040716/Sk Sungai
Acheh)

Disediakan oleh: Disahkan oleh

…………………………….. ………………………………
Pemimpin:…………………………………… Guru Besar/Kuasa Penganjur
Cap rasmi

KEGUNAAN URUSETIA /PENDAFTARAN

Tarikh dan masa terima:………………………….. Nama Penerima:…………………………………

Jumlah Peserta:………………(L)+……………..(P)=…………… Jumlah bayaran:……………… (TUNAI / CEK)


Lampiran 5

BORANG PEMERIKSAAN KESIHATAN


KEMPORI PENGAKAP KE-20 DAERAH NIBONG TEBAL,
24-26 APRIL 2015
TEMPAT: SK SUNGAI ACHEH

NAMA PESERTA

NO K/PENGENALAN@
NO SURAT BERANAK
NAMA SEKOLAH

MAKLUMAT KESIHATAN

1. Penyakit Asma YA TIDAK

2. Pernah mengalami kepatahan YA TIDAK

Jika ya
a. Bahagian Anggota Badan ……………………………………..

b. Tarikh Kecederaan ……………………………………..

3. Kencing Manis YA TIDAK

4. Penyakit Jantung YA TIDAK

5. Penyakit Paru-paru YA TIDAK

6. Alahan YA TIDAK

Jika ya
a. Jenis Alahan (nyatakan) ………………………………………

7. Lain-lain Penyakit Kronik YA TIDAK

Jika ya
a. Jenis Penyakit (nyatakan) ……………………………………...

8. Saya mengaku maklumat yang diberikan di atas adalah benar.

…………………………………………… Tarikh:……………………………...
(Tandatangan Peserta)

Disahkan: Cap Sekolah:


(pihak sekolah)

You might also like