You are on page 1of 1

Bismillahirrahmanirrahim

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Sejahtera.

Yang Berbahagia Dato’ Khalib bin Abdullah, Pengarah Syarikat Koridor Raya. Yang Berhormat Encik IR Razali
bin Kassim, ADUN Muadzam Shah. Yang Berhormat Datin Shamsiah bt Arshad, ADUN Bukit Ibam.
Yang Berusaha Puan Aishatul Akyah binti Ishak, Tuan Guru Besar Sekolah Kebangsaan Muadzam Shah,
pengurus-pengurus bank, ketua-ketua jabatan, pegawai-pegawai, barisan pentadbir Sekolah Kebangsaan
Muadzam Shah, guru-guru besar sekolah kelompok Muadzam Shah, Encik Radhi bin Che Ibrahim, mantan
Guru besar Sekolah Kebangsaan Muadzam Shah, barisan ALUMNI, guru-guru serta hadirin dan hadirat
sekalian.

Terlebih dahulu marilah kita sama-sama mengucapkan syukur ke hadrat Allah S.W.T. kerana dengan limpah
kurnia dan izinnya, kita dapat berhimpun di Majlis pada pagi ini untuk menyambut Jubli Perak SK Muadzam
Shah. Selawat dan salam kepada junjungan besar kita Nabi Muhammad S.A.W.

Saya mengucapkan berbanyak terima kasih kepada pihak penganjur, SK Muadzam Shah kerana sudi
menjemput saya bagi memeriahkan lagi Majlis Sambutan Jubli Perak dan Karnival Keusahawanan 2018. Majlis
ini merupakan satu inisiatif penggalakkan untuk pihak sekolah, guru-guru dan murid untuk terlibat lebih aktif
dan cemerlang dalam menjayakan karnival sekolah demi manfaat bersama, sekolah dan komuniti.
Hari ini merupakan hari yang sungguh bermakna bukan sahaja kepada warga SK Muadzam Shah tetapi juga
kepada seluruh penduduk Muadzam Shah dan kawasan sekitar amnya. Sesungguhnya 25 tahun adalah satu
jangka masa yang agak lama bagi penubuhan sebuah sekolah di kawasan ini.

Hadirin Yang Dihormati Sekalian


Dalam konteks negara dan dunia global, modal insan bermutu tinggi merupakan satu keperluan. Penekanan ini
diberi perhatian sewajarnya oleh kerajaan. Pencapaian akademik semata-mata tidak menjamin untuk murid-
murid menjadi insan yang berjaya. Mereka memerlukan satu platform untuk mengaplikasikan teori yang
dipelajari dalam bentuk latihan untuk mendapatkan pengalaman. Karnival sekolah hari ini merupakan wadah
berkesan yang menawarkan peluang untuk murid-murid belajar berniaga, menjadi usahawan, mentadbir dan
mengurus kiosk serta mendapat kemahiran-kemahiran insaniah lain yang tidak diajar dalam kelas. Malah
penglibatan mereka dalam aktiviti karnival sekolah mampu memperkukuhkan jati diri seperti bersatu padu,
tolerasi, kesaksamaan, tolong-menolong dan sebagainya selaras dengan prinsip-prinsip dan nilai-nilai murni
yang menjadi pegangan bersama.

Akhir sekali, saya sebagai wakil dari Jabatan Pendidikan Negeri mengucapkan syabas dan tahniah kepada pihak
sekolah diatas penganjuran program yang julung-julung kali diadakan ini.

Sekian, Wabillah Hitaufik Walhidayah


Assalamu’alaikum warahmatullah Hiwabarakatuh.

You might also like