You are on page 1of 9

IBN HAITHAM

Nama sebenar : Abu Ali Muhammad Al -Hassan Ibn Al-Haitham.


Dikenali Sebagai :Alhazen dalam kalangan cerdik pandai barat.
Dilahirkan di :Basrah pada tahun 354H bersamaan dengan 965 Masihi.Beliau memulakan Pendidikan
awal :Basrah sebelum dilantik menjadi pegawai pemerintah di bandar kelahirannya. Setelah beberapa
lama berkhidmat dengan pihak pemerintah di sana, beliau mengambil keputusan merantau ke Ahwaz
dan Baghdad. Di perantauan beliau telah melanjutkan pengajian dan menumpukan perhatian pada
penulisan.

Kecintaannya kepada ilmu telah membawanya berhijrah ke Mesir. Semasa di sana beliau telah
mengambil kesempatan melakukan beberapa kerja penyelidikan mengenai aliran dan saliran Sungai Nil
serta menyalin buku-buku mengenai matematik dan falak. Tujuannya adalah untuk mendapatkan wang
saraan dalam tempoh pengajiannya di Universiti al-Azhar.Hasil daripada usaha itu, beliau telah menjadi
seorang yang amat mahir dalam bidang sains, falak, matematik, geometri, perubatan, dan falsafah.
Tulisannya mengenai mata, telah menjadi salah satu rujukan
yang penting dalam bidang pengajian sains di Barat. Malahan kajiannya mengenai perubatan mata telah
menjadi asas kepada pengajian perubatan moden mengenai mata.Ibnu Haitham merupakan ilmuwan
yang gemar melakukan penyelidikan. Penyelidikannya mengenai cahaya telah memberikan ilham
kepada ahli sains barat seperti Boger, Bacon, dan Kepler mencipta mikroskop serta teleskop. Beliau
merupakan orang pertama yang menulis dan menemui
pelbagai data penting mengenai cahaya.Beberapa buah buku mengenai cahaya yang ditulisnya telah
diterjemahkan ke dalam bahasa Inggeris, antaranya ialah Light dan On Twilight Phenomena. Kajiannya
banyak membahaskan mengenai senja dan lingkaran cahaya di sekitar bulan dan matahari serta bayang
bayang dan gerhana.Menurut Ibnu Haitham, cahaya fajar bermula apabila matahari berada di garis 19
darjah di ufuk timur. Warna merah pada senja pula akan hilang apabila matahari berada di garis 19
darjah ufuk barat. Dalam kajiannya, beliau juga telah berjaya menghasilkan kedudukan cahaya seperti
bias cahaya dan pembalikan cahaya.
Ibnu Haitham juga turut melakukan percubaan terhadap kaca yang dibakar dan dari situ terhasillah teori
lensa pembesar. Teori itu telah digunakan oleh para saintis di Itali untuk menghasilkan kanta pembesar
yang pertama di dunia.Yang lebih menakjubkan ialah Ibnu Haitham telah menemui prinsip isi padu udara
sebelum seorang saintis yang bernama Trricella mengetahui perkara itu 500 tahun kemudian. Ibnu
Haitham juga telah menemui kewujudan tarikan graviti sebelum Issaac Newton mengetahuinya.Selain
itu, teori Ibnu Haitham mengenai jiwa manusia sebagai satu rentetan perasaan yang bersambung-
sambung secara teratur telah
memberikan ilham kepada saintis barat untuk menghasilkan wayang gambar. Teori beliau telah
membawa kepada penemuan filem yang kemudiannya disambung-sambung dan dimainkan kepada para
penonton sebagaimana yang dapat kita tontoni pada masa kini.Selain sains, Ibnu Haitham juga banyak
menulis mengenai falsafah, logik, metafizik, dan persoalan yang berkaitan dengan keagamaan. Beliau
turut menulis ulasan dan ringkasan terhadap karya-karya sarjana
terdahulu.Penulisan falsafahnya banyak tertumpu kepada aspek kebenaran dalam masalah yang
menjadi pertikaian. Padanya pertikaian dan pertelingkahan mengenai sesuatu perkara berpunca
daripada pendekatan yang digunakan dalam mengenalinya.Beliau juga berpendapat bahawa kebenaran
hanyalah satu. Oleh sebab itu semua dakwaan kebenaran wajar diragui dalam menilai semua pandangan
yang sedia ada. Jadi, pandangannya mengenai falsafah amat menarik untuk disoroti.Bagi Ibnu Haitham,
falsafah tidak boleh dipisahkan daripada matematik, sains, dan ketuhanan. Ketiga-tiga bidang dan
cabang ilmu ini harus dikuasai dan untuk menguasainya seseorang itu perlu menggunakan waktu
mudanya dengan sepenuhnya. Apabila umur semakin meningkat, kekuatan fizikal dan mental akan turut
mengalami kemerosotan.Ibnu Haitham membuktikan pandangannya apabila beliau begitu ghairah
mencari dan mendalami ilmu pengetahuan pada usia mudanya. Sehingga kini beliau berjaya
menghasilkan banyak buku dan makalah.

Antara buku karyanya termasuk:


1. Al'Jami' fi Usul al'Hisab yang mengandungi teori-teori ilmu metametik dan metametik
penganalisaannya;
2. Kitab al-Tahlil wa al'Tarkib mengenai ilmu geometri;
3. Kitab Tahlil ai'masa^il al 'Adadiyah tentang algebra;
4. Maqalah fi Istikhraj Simat al'Qiblah yang mengupas tentang arah kiblat bagi segenap rantau;
5. M.aqalah fima Tad'u llaih mengenai penggunaan geometri dalam
urusan hukum syarak dan
6. Risalah fi Sina'at al-Syi'r mengenai teknik penulisan puisi.

Sumbangan :
Sumbangan Ibnu Haitham kepada ilmu sains dan falsafah amat banyak. Kerana itulah Ibnu Haitham
dikenali sebagai seorang yang miskin dari segi material tetapi kaya dengan ilmu pengetahuan. Beberapa
pandangan dan pendapatnya masih relevan sehingga ke hari ini.
Walau bagaimanapun sebahagian karyanya lagi telah "dicuri" dan "diceduk" oleh ilmuwan Barat tanpa
memberikan penghargaan yang sewajarnya kepada beliau. Sesungguhnya barat patut berterima kasih
kepada Ibnu Haitham dan para sarjana Islam kerana tanpa mereka kemungkinan dunia Eropah masih
diselubungi dengan kegelapan.Kajian Ibnu Haitham telah menyediakan landasan kepada perkembangan
ilmu sains dan pada masa yang sama tulisannya mengenai falsafah telah membuktikan keaslian
pemikiran sarjana Islam dalam bidang ilmu
tersebut yang tidak lagi dibelenggu oleh pemikiran falsafah Yunani.
AL-KHAWARIZMI
Nama sebenar : Muhammad Ibn Musa al-khawarizmi.
Dikenali sebagai : Muhammad bin Ahmad bin Yusoff. Al-Khawarizmi telah dikenali di
barat sebagai al-Khawarizmi, al-Cowarizmi, al-Ahawizmi, al-Karismi, al-Goritmi,
al-Gorismi dan beberapa cara ejaan lagi.
Dilahirkan di : Bukhara
Zaman kegemilangan : 780-850M
Tarikh wafat : Antara tahun 220 dan 230M

PENDIDIKAN

Dalam pendidikan telah dibuktikan bahawa al-Khawarizmi ialah seorang tokoh Islam yang
berpengetahuan luas. Pengetahuan dan kemahiran beliau bukan sahaja meliputi bidang syariat tapidi
dalam bidang falsafah, logik, aritmetik, geometri, muzik, kejuruteraan, sejarah Islam dan kimia.

Al-Khawarizmi sebagai guru aljabar di Eropah. Beliau telah menciptakan pemakaian Secans dan Tangens
dalam penyelidikan trigonometri dan astronomi. Dalam usia muda beliau bekerja di bawah
pemerintahan Khalifah al-Ma’mun, bekerja di Bayt al-Hikmah di Baghdad.

Beliau bekerja dalam sebuah observatory iaitu tempat menekuni belajar matematik danastronomi. Al-
Khawarizmi juga dipercayai memimpin perpustakaan khalifah. Beliau pernah memperkenalkan angka-
angka India dan cara-cara perhitungan India pada dunia Islam.Beliau juga merupakan seorang penulis
Ensiklopedia Pelbagai Disiplin.

Al-Khawarizmi adalah seorang tokoh yang mula-mula memperkenalkan aljabar dan hisab.Banyak lagi
ilmu pengetahuan yang beliau pelajari dalam bidang matematik dan menghasilkan konsep-konsep
matematik yang begitu popular sehingga digunakan pada zaman sekarang.

PERANAN DAN SUMBANGAN AL-KHAWARIZMI

Gelaran Al-Khawarizmi

Gelaran Al-Khawarizmi yang dikenali di Barat ialah al-Khawarizmi, al-Cowarizmi, al-karismi, al-Goritmi
atau al-Gorism. Nama al-gorism telah dikenali pada abad pertengahan. Negara Perancis pula al-
Gorism muncul sebagai Augryam atau Angrism. Negara Inggeris pula ia dikenali sebagai Aurym atau
Augrim.

Sumbangan Al-Khawarizmi Melalui Karya


Sumbangan hasil karya beliau sendiri, antaranya ialah :

1.

Al-Jabr wa’l Muqabalah : beliau telah mencipta pemakaian secans dan tangens dalam
penyelidikan trigonometri dan astronomi.
2.

Hisab al-Jabr wa al-Muqabalah : Beliau telah mengajukan contoh-contoh persoalan matematik


dan telah mengemukakan 800 buah soalan yang sebahagian daripada merupakan persoalan yang
dikemukakan oleh Neo. Babylian dalam bentuk dugaan telah dibuktikan kebenarannya oleh al-
Khawarizmi.

3.

Sistem Nombor : Beliau telah memperkenalkan konsep sifat dan ia penting dalam
sistem nombor pada zaman sekarang.
Ini adalah contoh-contoh sebahagian beliau yang telah dihasilkan dalam penulisan karya dan ia telah
menjadi popular serta dipelajari oleh semua masyarakat yang hidup di dunia ini.

Hasil Karya Al-Khawarizmi

Sepertimana yang telah kita ketahui, Al-Khawarizmi dapat menghasilkan karya-karya agong
dalam bidang matamatik. Hasil karya tersebut terkenal pada zaman tamadun Islam dan
dikenali di Barat.
Antara hasil karya yang telah beliau hasilkan ialah :

Sistem Nombor : ia telah diterjemahkan ke dalam bahasa Latin iaitu De Numero Indorum.
‘Mufatih al-Ulum’ : yang bermaksud beliau adalah pencinta ilmu dalam pelbagai bidang.
Al-Jami wa al-Tafsir bi Hisab al-Hind : Karya ini telah diterjemahkan ke dalam Bahasa Latin oleh Prince
Boniopagri.
Al-Mukhtasar Fi Hisab al-Jabr wa al-Muqabalah : Pada tahun 820M dan ia mengenai algebra.
Al-Amal bi’ Usturlab’
Al-Tarikh
Al-Maqala Fi Hisab al-Jabr wa al-Muqabilah.

Ketokohan al-Khawarizmi

Setiap tokoh mempunyai sifat ketokohannya yang tersendiri. Ketokohan al-Khawarizmi dapat
dilihat dari dua sudut iaitu dari bidang matematik dan astronomi. Namun bidang matematik
akan diperjelaskan secara terperinci berbanding astronomi kerana ia melibatkan kajian yang
dikaji.

Dalam bidang matematik, al-Khawarizmi telah memperkenalkan aljabar dan hisab. Beliau
banyak menghasilkan karya-karya yang masyhor ketika zaman tamadun Islam. Antara karya-
karya yang beliau hasilkan ialah ‘Mafatih al-Ulum’. Sistem nombor adalah salah satu
sumbangan dan telah digunakan pada zaman tamadun Islam.

Banyak kaedah yang diperkenalkan dalam setiap karya yang dihasilkan. Antaranya ialah kos,
sin dan tan dalam trigonometri penyelesaian persamaan, teorem segitiga sama juga segitiga
sama kaki dan mengira luas segitiga, segi empat selari dan bulatan dalam geometri.Masaalah
pecahan dan sifat nombor perdana dan teori nombor juga diperkenalkan. Banyak lagi konsep
dalam matematik yang telah diperkenalkan al-khawarizmi sendiri.

Bidang astronomi juga membuatkan al-Khawarizmi dikenali pada zaman tamadun


Islam.Astronomi dapat ditakrifkan sebagai ilmu falaq [pengetahuan tentang bintang-bintang
yang melibatkan kajian tentang kedudukan, pergerakan, dan pemikiran serta tafsiran yang
berkaitan dengan bintang].

Seawal kurun ketiga lagi lagi, al-Khawarizmi telah menghasilkan dua buah yang salah satu
daripadanya telah diterjemahkan ke Bahasa Latin dan memberi pengaruh besar ke atas Muslim
dan orang Spanyol dan Kristian.

Penggunaan matematik dalam astronomi sebelum tamadun Islam amat sedikit dan terhad. Ini
disebabkan oleh kemunduran pengetahuan matematik yang terhad kepada pengguna aritmetik
dan geometri sahaja.

Peribadi al-Khawarizmi

Keperibadian al-Khawarizmi telah diakui oleh orang Islam dan juga Barat. Al-Khawarizmi telah
dianggap sebagai sarjana matematik yang masyhur oleh orang Islam dan ia diperakui oleh orang
Barat. Ini dapat dibuktikan bahawa G.Sartonmengatakan “pencapaian-pencapaian yang
tertinggi telah doperolehi oleh orang-orang Timur....” Maka temasuklah al-Khawarizmi itu
sendiri.

Al-Khawarizmi patu disanjungi kerana beliau adalah seorang yang pintar. Menurut Wiedmann pula
berkata....’ al-Khawarizmi mempunyai personaliti yang teguh dan seorang yang bergeliga sains’. Setiap
apa yang dinyatakan oleh penulis, ini telah terbukti bahawa al-Khawarizmi mempunyai sifat
keperibadian yang tinggi dan sekaligus disanjung oleh orang Islam.

Strategi Pengislaman Sains Matematik

Pengislaman sains matematik seharusnya berlandaskan dengan beberapa perkara iaitu, ia


hendaklah berlandaskan tauhid, syariah dan akhlak. Ini kerana ia perlu bagi tokoh-tokoh yanh
beragama Islam supaya melaksanakan setiap pekerjaan atau tugasan yang mengikut undang-
undang Islam.
Tauhid
Tauhid merupakan landasan falsafah matematik Islam sepertimana dengan ilmu-ilmu Islam yang
lain. Mengikut matlamat Islam, semuanya Ayyatullah [tanda-tanda Allah iaitu symbol kebesaran,
kewujudan dan keEsaan Tuhan. Ungkapan yang wujud sewajarnya mencorakkan kegiatan
matematik. Setiap falsafah dan epistemology sains matematik kita tidak harus diterima bulat-bulat
tanpa syarat.

Syariah
Berasaskan kepada undang-undang yang mengenali tindak tanduk masyarakat.Keharmonian
dan tanggungjawab kepada umat dan hak diri. Dari sudut ini, ahli matematik Islam yang cuba
menyelesaikan masaalah yang melibatkan perbuatan hukum syariah seperti judi, riba dan
mencabar kebenaran hakiki daripada agama samawi untuk memperkukuhkan lagi
Institusi. Oleh itu, matematik Islam hendaklah berkembang selari dengan keperluan manusia
dan perkembangan ini juga harus di dalam sudut syariah.

Akhlak
Ciri-ciri akhlak mulia hendaklah disemaikan kedalam matematik dan juga ia perlu dimasukkan
kedalam ilmu-ilmu Islam yang lain agar manusia dapat menerapkan nilai murni. Ilmu yang
dipelajari contahnya akhlak yang terdapat dalam bidang matematik ini adalah penemuan
aljabar yang melambangkan keadilan. Ini kerana keadilan itu dituntut oleh agama Islam itu
sendiri. Melalui asas pradigma tauhid dan sya’iyah itu dapat memperkukuhkan lagi pembinaan akhlak.

Cabang Matematik

Antara cabang yang diperkanalkan oleh al-Khawarizmi seperti geometri, algebra, aritmetik dan
lain-lain.

Geometri

Ia merupakan cabang kedua dalam matematik. Isi kandungan yang diperbincangkan dalam
cabang kedua ini ialah asal-usul geometri dan rujukan utamanya ialah Kitab al-Ustugusat[The
Elements] hasil karya Euklid : geometri dari segi bahasa berasal daripada perkataan yunani
iaitu ‘geo’ bererti bumi dan ‘metri’ bererti sukatan. Dari segi ilmunya pula geometri itu adalah
ilmu yang mengkaji hal yang berhubung dengan magnitud dan sifat-sifat ruang. Geometri ini
mula dipelajari sejak zaman firaun [2000SM]. Kemudian Thales Miletus memperkenalkan
geometri Mesir kepada Grik sebagai satu sains dedukasi dalam kurun ke6SM. Seterusnya
sarjana Islam telah mengemaskanikan kaedah sains dedukasi ini terutamanya pada abad ke9M.

Algebra/aljabar
Ia merupakan nadi untuk matematik algebra. Al-Khawarizmi telah diterjemahkan oleh Gerhard
of Gremano dan Robert of Chaster ke dalam bahasa Eropah pada abad ke-12. sebelum
munculnya karya yang berjudul ‘Hisab al-Jibra wa al Muqabalah yang ditulis oleh al-
Khawarizmi pada tahun 820M. Sebelum ini tak ada istilah aljabar.
AL-FARGHANI

Nama sebenar : Abu'l-Abbas Ahmad ibn Muhammad ibn Kathir al-Farghani


Tempat lahir : Farghana

Sumbangan

Al-Farghani telah menulis mengenai buku bertajuk Elements of Astronomy iaitu Kitab Fi al-Harakat al-
Samawiya wa Jawami Ilm al-Nujum iaitu sebuah buku mengenai pergerakan objek di langit yang
lengkap.Kitab ini juga turut membincangkan hal mengenai sains bintang dan diterjemahkan ke dalam
bahasa Latin pada abad ke-12.Terjemahan itu sekali gus memberi pengaruh yang besar kepada ahli
astronomi Eropah. Al-Farghani menerima teori Ptolemy dan nilai-nilainya yang dicatatkan berlaku lebih
awal.Menurut Al-Farghani, teori itu jika diteliti bukan sahaja memberi kesan kepada bintang tetapi juga
planet di alam semesta ini.Kejayaan Al-Farghani yang lain ialah beliau mendapati bumi mempunyai ukur
lilit sejauh 11,700 km termasuk menentukan ukur lilit planet.Aktiviti penyelidikan Al-Farghani tidak
terhad kepada ilmu bintang tetapi turut meliputi bidang kejuruteraan.Menurut Ibn Tughri Birdi, Al-
Farghani telah menyelia projek pembinaan Great Nilometer di al-Fustat (Cairo lama).Projek itu siap
sepenuhnya pada tahun 861 Masehi iaitu selepas al-Mutawakkil yang mengarahkan pembinaan itu
meninggal dunia.

Karya-karya mengenai Al-FArghani

The Fihrist daripada Ibn al-Nadim ditulis pada tahun 987 Masehi dan telah menghasilkan dua karya
mengenai Al-Farghani: (1) “The Book of Chapters - satu ringkasan mengenai Almagest” (Kitab al-Fusul,
Ikhtiyar al-Majisti) dan (2) “Book on the Construction of Sun-dials” (Kitab ‘Amal al-Rukhamat).

The Jawami atau `The Elements’ merupakan buku paling dikenali mengenai Al-Farghani dan pengaruh
kerjanya yang paling baik.

Abd al-Aziz al-Qabisi yang meninggal dunia pada tahun 967 Masehi menulis dalam ruangan komentarnya
mengenai Al-Farghani yang kini dipelihara dalam manuskrip Istanbul, Aya Sofya. Dua buah karya
terjemahan Latin diterbitkan pada abad ke-12.

Jacob Anatoli pula mengeluarkan karya terjemahan Hebrew yang menyediakan versi ketiga Latin,
diterbitkan pada tahun 1590.

Selain itu, Jacob Golius menerbitkan teks baru Latin bersama-sama karya asli Arab pada tahun 1669.

Semua karya-karya itu adalah mengenai pencapaian Al-Farghani walaupun beliau dikatakan pernah
melakukan kesilapan dalam projek membina terusan di Cairo Lama.
ABU RAIHAN AL-BIRUNI

Tarikh lahir : 15 September 973


Tarikh Kematian : 13 Disember 1048
Tempat Lahir : Khwarazm (kini Uzbekistan)

Al-biruni mempelajari matematik dan astronomi daripada Abu Nasr Mansur.Al-Biruni merupakan rakan
pelajar kepada ahli falsafah dan pakar perubatan ibn Sina,pakar sejarah,pakar falsafah dan pakar ethicist
ibn Miskawayh di universiti dan pusat sains yang ditubuhkan oleh Abu Al Abbas Ma'mun
khawarazmshah.al-biruni mengembara ke India bersama Mahmud dari Ghazni.

Pencapaian

Ketika berusia 17 tahun,dia mengira latitud bagi Kath,Khwarazm dengan menggunakan altitud maksima
matahari.Pada umur 22 tahun pula,dia menulis beberapa hasil kerja kerja ringkas termasuk kajian
unjuran pemetaan (map projection),Kartografi,yang termasuk pengkaedahan untuk membuat unjuran
hemisfera pada satah matematik.ketika berusia 27 tahun pula,beliau menulis buku bertajuk Kronologi
yang merujuk kepada hasil kerja lain yang dihasilkan oleh beliau termasuk sebuah buku berkenaan
astrolabe,satu berkenaan sistem perpuluhan,empat buku berkenaan astrologi dan dua berkenaan
sejarah.
Hasil karya beliau mencecah melibihi 120 buah kitab.

You might also like