You are on page 1of 2

1.

0 PENGENALAN

Bahasa merupakan satu system kod yang bermakna, berbentuk lisan atau

bunyi atau bertulis yang digunakan untuk berkomunikasi antara penggunannya

dalam suatu masyarakat manusia.

Linguistik merupakan suatu kajian bahasa yang dijalankan secara sistematik

dan saintifik. Dengan linguistik ini, kita dapat mengkaji bagaiman suatu bahasa itu

distrukturkan, bagaimana cara ianya berfungsi dan perkembangan bahasa

tersebut juga dapat dikaji melalui linguistik. Bidang linguistik ini dapat dibahagikan

kepada enam ciri lain iaitu fonetik, fonologi, morfologi, sintaksis, semantik dan

pragmatik. Bidang yang dikaji oleh penyelidik dalam tugasan ini adalah fonologi,

morfologi dan semantik.

Demi mengkaji ciri-ciri linguistik yang dipilih, penyelidik telah menggunakan

dua sumber yang berbeza iaitu sumber formal dan sumber tak formal. Bagi

sumber formal, surat khabar telah dipilih sebagai bahan untuk dikaji, manakala

bagi sumber tak formal adalah laman blog yang terdapat di internet.

Surat khabar atau akhbar merupakan keratan akhbar yang diterbitkan dalam

suatu negeri atau wilayah tempat ia diedarkan. Masyarakat kini kurang

menjadikan surat khabar sebagai salah satu bacaan harian mereka untuk

mendapatkan maklumat. Masyarakat kini lebih cenderung menggunakan telefon

1
pintar sebagai medium untuk mereka mendapatkan maklumat kerana sistem dan

teknologi yang terdapat dalam telefon pintar memudahkan masyarakat kini

mendapatkan segala maklumat yang mereka mahu secara cepat, mudah dan

pada bila-bila masa sahaja walau di mana mereka berada. Kemudahan

mendapatkan maklumat dengan menggunakan telefon pintar membuatkan

masyarakat kurang membaca akhbar dan lebih gemar mencari maklumat

menggunakan telefon pintar yang sangat bermanfaat.

You might also like