You are on page 1of 11

1 MUHAMMAD AMIRUL HUSAINI BIN ALIAS | EDU 3083

TUGASAN 1 – ULASAN ARTIKEL

1.0 PENGENALAN

Sistem Pentaksiran Pendidikan Kebangsaan (SPPK) adalah satu sistem pentaksiran yang
diperkenalkan dalam transformasi pendidikan. SPPK merupakan transformasi daripada
sistem yang menumpukan kepada ujian pencapaian dan peperiksaan (berorientasi
peperiksaan) kepada sistem yang lebih holistik. Tujuannya ialah untuk menyediakan satu set
indikator untuk menilai potensi murid dan kesediaan untuk belajar, selain menguji penguasaan
dan pencapaian. Pentaksiran adalah komponen penting dalam pendidikan kerana ia memberi
maklumat mengenai perkembangan murid kepada guru, ibubapa dan murid itu sendiri. Hasil
pentaksiran boleh membantu guru menilai kaedah pengajaran dan aktiviti yang dilaksanakan
dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Kementerian prihatin terhadap dakwaan bahawa
sistem pendidikan Negara terlalu berpaksikan peperiksaan. Justeru, Mesyuarat Jemaah
Menteri bertarikh 17 Disember 2010 telah bersetuju supaya Pentaksiran Berasaskan Sekolah
(PBS) dilaksanakan sebagai sebahagian daripada Program Transformasi Pendidikan.

PBS merupakan satu usaha untuk membangunkan modal insan secara holistik melalui
penekanan terhadap penguasaan ilmu pengetahuan, modal intelektual, pembudayaan sikap
progresif dan pengamalan nilai, etika serta moral yang tinggi seperti tercatat di dalam Pelan
Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP), Pelan Integriti Nasional (PIN) dan seperti yang
dihasratkan dalam Misi Nasional. PBS mula dilaksanakan di Sekolah Rendah pada tahun
2011 dan diperkenalkan di peringkat Sekolah Menengah pada tahun 2012. Justeru pada
tahun 2016 murid-murid sekolah rendah akan menduduki UPSR yang telah ditambahbaik.
Pada tahun 2014 pula PMR akan dilaksanakan sepenuhnya dalam bentuk PBS.

PBS merupakan satu pentaksiran yang bersifat holistik yang mampu menilai aspek
kognitif (intelek), afektif (emosi dan rohani) dan psikomotor (jasmani) selaras dengan Falsafah
Pendidikan Kebangsaan dan Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR). PBS
dioptimumkan untuk mentaksir bidang akademik dan bukan akademik. PBS memberi
pengiktirafan dan autonomi kepada guru untuk melaksanakan pentaksiran formatif
(pentaksiran yang dijalankan semasa proses pembelajaran berlangsung) dan sumatif
(pentaksiran yang dijalankan di akhir satu unit pembelaran) yang berasaskan sekolah .
2 MUHAMMAD AMIRUL HUSAINI BIN ALIAS | EDU 3083

Komponen PBS dalam sistem pentaksiran kebangsaan merangkumi:

- Pentaksiran Sekolah
- Pentaksiran Pusat
- Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan dan Kokurikulum
- Pentaksiran Psikometrik

Pentaksiran Sekolah (PS) dirancang, dibina, ditadbir, diperiksa, direkod dan dilapor oleh
guru sekolah di sekolah. Contoh instrumen pentaksiran yang boleh digunakan ialah lembaran
kerja, pemerhatian, kuiz, senarai semak, laporan tugasan, tugasan rumah dan ujian.
Pentaksiran Pusat (PP) pula ditadbir, diperiksa, direkod dan dilapor di peringkat sekolah oleh
guru berdasarkan tugasan dan skema pemarkahan yang dikeluarkan oleh Lembaga
Peperiksaan dalam tempoh yang ditetapkan mengikut mata pelajaran. Pentaksiran Aktiviti
Jasmani, Sukan dan Kokurikulum (PAJSK) dilaksanakan di peringkat sekolah dan ditadbir,
direkod dan dilaporkan melalui penyertaan, penglibatan dan pencapaian murid dalam aktiviti
jasmani dan kesihatan, sukan dan permainan, aktiviti kokurikulum dan aktiviti ekstrakurikulum
(contohnya penglibatan sebagai ahli kumpulan marhaban yang dianjurkan oleh JK Surau
tempat murid tinggal dan aktiviti bermanfaat lain yang dianjurkan oleh pihak luar selain
sekolah). Pentaksiran Pkisometrik pula dilaksanakan di peringkat sekolah dan/atau pusat
untuk mengukur kebolehan (innate ability and acquired ability) semulajadi murid, kemahiran
berfikir, kemahiran menyelesaikan masalah, minat, kecenderungan, sikap dan personaliti
murid. Pentaksiran ini tidak berasaskan kurikulum.

2.0 ISU KESEDIAAN GURU DALAM MELAKSANAKAN PENTAKSIRAN BERASASKAN


SEKOLAH

PBS ialah sebahagian proses perubahan konsep pentaksiran yang terlaksana di seluruh
dunia. Finland misalnya telah melaksanakan PBS tanpa peperiksaan secara berpusat dalam
tempoh 9 tahun persekolahan awal kanak-kanak. Australia, Hong Kong dan New Zealand
juga boleh dianggap berjaya melaksanakan PBS secara sistematik. Kepesatan perubahan
persekitaran pendidikan, dinamika masyarakat dan industri bererti PBS ialah suatu keperluan
yang kritikal dan segera. Proses perubahan sentiasa menggugat status quo dan kelompok
zon selesa. Pembaharuan akan mengakibatkan kehilangan kedudukan, kebiasaan dan
kepakaran lama. Usaha menarik perhatian ke arah melemahkan rintangan terhadap
perubahan dan mengukuhkan daya pacu perubahan perlu dikendalikan secara paling
bijaksana, cermat dan hormat.
3 MUHAMMAD AMIRUL HUSAINI BIN ALIAS | EDU 3083

Kepercayaan terhadap pelaksanaan PBS sebagai ganti sistem pentaksiran berpusat


Lembaga Peperiksaan Malaysia (LPM) dan Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM) sepenuhnya
perlu dipupuk dalam kalangan murid, guru dan masyarakat. Murid akan lebih
bertanggungjawab terhadap proses pembelajaran kendiri, guru dengan tanggungjawab
ikhtisas dan masyarakat menerima PBS sebagai kayu ukur pencapaian pembelajaran murid.
Pihak LPM dan MPM pula akan bertindak sebagai pemantau, penyelaras dan penjaga
kesahan, serta kebolehpercayaan PBS kepada semua pihak yang berkepentingan.

3.0 PENGURUSAN PBS SECARA ATAS TALIAN

Kemajuan teknologi maya dan jaringan ialah jawapan kepada isu timbunan fail dan
pembaziran kos cetakan dan penjilidan folio murid, kecuali untuk projek pendidikan seni visual
atau kerja pertukangan kemahiran hidup. Penggunaan e-folio memberi kesempatan kepada
murid untuk mempersembahkan hasil kerja mereka secara multimedia. Folio kerja kursus
tidak lagi terhad kepada bentuk kertas berjilid, sebaliknya boleh dinaik taraf kepada format
audio visual, animasi dan grafik yang canggih. Nilai tambah pelaksanaan PBS menerusi
sistem e-folio sudah tentu lebih ketara. Capaian e-folio boleh dilakukan di mana-mana lokasi
yang mempunyai akses internet, serta boleh dilindungi menerusi kata laluan, fail read-only
dan had akses untuk orang awam. Capaian penuh hanya dibenarkan untuk pemilik folio,
pentaksir dan pihak berkuasa pendidikan tertinggi. Pihak lain hanya boleh membaca bahagian
abstrak atau sinopsis, serta perlu mendapat keizinan pemilik folio menerusi e-mel yang tertera
jika hendak memperoleh versi folio yang lengkap.

Sistem e-folio boleh diletakkan di bawah sistem analisis peperiksaan sekolah (SAPS)
sedia ada dan skor markah terus ke laman sesawang LPM atau MPM. Untuk keselamatan
data, segala fail hendaklah juga disimpan secara talian tempatan (off-line, LAN) dan peranti
mudah alih lain seperti cakera padat (CD), pemacu jari (thumb-drive) dan lain-lain. Selain itu,
murid dan pentaksir sekolah juga digalakkan mewujudkan sistem e-mel sebagai salinan fail
tambahan untuk pelan B kepada risiko ancaman serangan penggodam dan virus terhadap
sistem induk e-folio.

4.0 LANGKAH MEMPERKASA PBS

Guru akan sentiasa menjadi tulang belakang dan tumpuan pelaksanaan PBS. Maka,
keperluan latihan dalam perkhidmatan (Ladap, in-service training atau Inset) harus
berorientasi praktikum (hands-on). Ladap berbentuk ceramah, taklimat dan kursus aras
komunikasi dua hala terhad perlu kepada proses ubah suai. Gaya pengajaran guru dengan
gaya pembelajaran murid menerusi pelaksanaan PBS mestilah sentiasa akur dan sejajar.
4 MUHAMMAD AMIRUL HUSAINI BIN ALIAS | EDU 3083

Memandangkan begitu banyak data dan fail yang hendak diuruskan, pelantikan pembantu
guru hendaklah dibuat dengan segera. Pembantu guru hanya dikhususkan untuk
meningkatkan kecekapan kemasukan data pembelajaran, bukan untuk membantu kerja-kerja
pejabat seperti urusan stok dan percetakan. Spesifikasi dan terma tugas pembantu guru
hendaklah secara jelas menegaskan hal berkenaan, terutama sistem pengurusan data dan
fail PBS.

5.0 KESIMPULAN DAN PENUTUP

PBS ialah bentuk pendidikan masa hadapan yang juga berupa ucapan selamat tinggal
kepada orientasi peperiksaan per se yang telah sekian lama mengundang kritikan bertalu-
talu. Anjakan paradigma yang berlaku ini bertepatan dengan pesanan Saidina Umar al-Khatab
yang menegaskan supaya reka bentuk pendidikan anak-anak wajib berdasarkan keperluan
masa hadapan mereka. Pelaksanaan PBS acuan Malaysia bermakna sistem pendidikan dan
pentaksiran sentiasa melangkah ke hadapan, manakala segala kebijaksanaan dan
pengalaman zaman-berzaman akan tetap dimanfaatkan dalam persekitaran terkini.

Cabaran pelaksanaan PBS memang akan sentiasa muncul dari masa ke masa.
Kekurangan dan ralat yang masih wujud tidak wajar menjadi alasan untuk pelaksanaan PBS
kembali lemah. Murid, guru dan masyarakat berhak untuk memberikan sumbangan terbaik
demi masa hadapan bangsa, negara dan umat.
5 MUHAMMAD AMIRUL HUSAINI BIN ALIAS | EDU 3083

TUGASAN 2 – PENULISAN AKADEMIK

1.0 PENGENALAN

Dalam menuju ke arah matlamat Negara maju, Masyarakat kini mulai sedar bahawa
kemajuan Negara baik dari segi pembangunan sosial, politik dan agama amat bergantung
kepada kecekapan dan keberkesanan sistem pendidikan Negara. Perkembangan
pendidikan yang menyeluruh dan pesat pula memerlukan pemimpin dan penampilan ciri-
ciri kepemimpinan yang berkesan ke arah pencapaian aspirasi Negara. Transformasi
Pendidikan menerusi Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013 - 2025 yang digubal
oleh Kementerian Pendidikan Malaysia antara lain telah menyatakan bahawa
keberhasilan sistem pendidikan di negara ini merupakan hasil kegigihan para guru, guru
besar/pengetua, pentadbir, pegawai dan kakitangan sokongan. Gabungan ini menjadi
teras keutuhan Kementerian Pendidikan Malaysia dari dahulu hingga kini (Pelan
Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025, 2013).

Pada amnya, kepemimpinan adalah satu proses yang melibatkan keupayaan dan
kekuatan menyakinkan orang lain. Kepemimpinan adalah satu proses mempengaruhi
tingkah laku orang lain untuk menggalakkan mereka bekerja ke arah pencapaian sesuatu
matlamat yang ditetapkan. Kepemimpinan akan saling berkaitan dengan pemimpin. Bagi
mengekalkan kepemimpinan orang lain terhadap guru, seseorang guru perlulah sentiasa
meningkatkan kebolehannya dalam bidang yang dipertanggungjawabkan. Dengan itu,
perlaksanaan tugasan melalui kepemimpinan guru memerlukan kriteria-kriteria seperti
keperibadian yang perlu disemai dan dapat melahirkan rasa hormat, personaliti yang perlu
diperkembangkan, kedudukan yang perlu dihormati dan kebolehan yang mewujudkan
kepercayaan dan amanah.

Terdapat pelbagai konsep dan pengertian tentang kepimpinan guru dalam kalangan
para sarjana. Lambert (2003) melihat kepimpinan guru dalam konsep institusi sebagai
satu rangka pengupayaan kepimpinan dalam kalangan warga komuniti sekolah yang
befungsi secara menyeluruh dan mempunyai kemahiran dalam penambahbaikan sekolah.
York-Barr dan Duke (2004) pula memandang kepimpinan guru sebagai proses yang
melibatkan guru secara individu atau secara kolektif bersama guru lain dalam
mempengaruhi warga sekolah yang lain termasuk pengetua dan rakan sekerja bagi
meningkatkan amalan pendidikan bagi tujuan untuk meningkatkan pencapaian akademik
pelajar. Sebaliknya, Danielson (2006) melihat kepimpinan guru sebagai kemahiran yang
ada pada guru untuk mengajar pelajar dan diperluaskan pengaruhnya terhadap orang lain
di luar bilik darjah, sama ada di dalam atau di luar sekolah. Katzenmeyer dan Moller (2009)
pula melihat kepimpinan guru sebagai pemimpin di dalam dan di luar bilik darjah yang
6 MUHAMMAD AMIRUL HUSAINI BIN ALIAS | EDU 3083

mengenalpasti dan menyumbang kepada komuniti guru dan pemimpin, mempengaruhi


orang lain untuk meningkatkan amalan pendidikan dan menerima tanggungjawab sebagai
pemimpin untuk mencapai kejayaan. Guru yang berkepimpinan ini bersedia menjalankan
tanggungjawab dan tugas tanpa menunggu arahan dari pengetua, sebaliknya mereka
tahu akan apa yang harus dilakukan dan bertindak mengikut matlamat yang hendak
dicapai dengan sendirinya.

2.0 PERANAN KEPIMPINAN GURU

Jika dilihat dalam konteks guru di sekolah dan peranan hakiki seorang guru untuk
menyampaikan ilmu dan pengetahuan, seorang guru itu haruslah mempunyai kepimpinan
dalam bilik darjah. Kepimpinan dalam bilik darjah merupakan satu set kemahiran di mana guru
menggunakan kepimpinannya untuk mengurus dirinya sendiri dan berkomunikasi dengan
yang lain. Kepimpinan guru dalam bilik darjah memerlukan tanggungjawab guru untuk
mewujudkan suasana iklim bilik darjah yang kondusif untuk menyampaikan proses
pengajaran dan pembelajaran secara berkesan kepada murid. Bagi mewujudkan budaya bilik
darjah yang efektif, guru-guru perlu mampu membangkitkan minat murid untuk sentiasa
seronok, ceria dan tidak mempunyai tekanan dalam menuntut ilmu. Hook dan Vass (2000)
mendefinisikan kepimpinan bilik darjah sebagai satu kemahiran dimana guru menggunakan
kepimpinan untuk mengurus dirinya sendiri dan berkomunikasidengan yang lain. Selain dari
itu, kemahiran ini adalah satu kebolehan untuk mengaitkanperkara yang berlaku sehari-hari
dengan interaksi dua pihak. Kemahiran ini juga meru-pakan kebolehan guru untuk
menyampaikan visi kepada murid-murid dan dapat meya-kinkan mereka supaya mengikut.
Kepimpinan dalam bilik darjah wujud dalam keadaanberikut:

- Apabila murid-murid mencapai sesuatu yang mereka tidak jangka dapat capai di
dalamsetiap bilik darjah;
- Setiap kali apabila terdapat pertumbuhan yang positif walaupun sedikit dalam per-
sonaliti mereka ketika kehadiran seseorang guru;
- Apabila seorang guru mengangkat tangan semua murid dalam bilik darjah
menjadisenyap; dan
- Setiap kali murid-murid mengharapkan panduan atau teladan dari seseorang guru.

Kepemimpinan seorang guru turut dipandang dalam sudut pandangan islam. Menurut
perspektif islam, kepimpinan adalah amanah yang wajib ditunaikan. Pemimpin pula ialah
orang memandu dan mengajak orang lain ke arah kebahagiaan, mendapat kredhaan Allah,
membuat segala suruhanNYa dan meninggalkan segala laranganNya. Seorang pemimpin
seharusnya beriman kepada Tuhan dan mempunyai kepercayaan dan kepatuhan kepada
agama. Tidak kiralah sama ada guru tersebut beragama Islam, Kristian, Hindu ataupun
7 MUHAMMAD AMIRUL HUSAINI BIN ALIAS | EDU 3083

Buddha, kepercayaan ini penting bagi memastikan mereka mempunyai pegangan dan dasar
kepercayaan yang utuh. Bertitik tolak kepada kepercayaan kepada agama ini lah akan
mencernakan peribadi terpuji selaras dengan tuntutan agama. Manakala konsep etika dan
amalan keagamaan seharusnya member kekuatan jati diri kepada para guru yakni pemimpin
di dalam memimpin sesebuah organisasi terutamanya memacu kecemerlangan pendidikan di
sekolah. Dalam merealisasikan dan melahirkan guru yang mempunyai kepimpinan berwibawa
seperti yang dianjurkan, beberapa peranan penting harus lah dimainkan oleh seseorang
pendidik.peranan paling utama yang perlu ditonjolkan adalah menjadi role model kepada
setiap murid di sekolah. Guru haruslah berupaya dan berkemampuan untuk memberikan
contoh tauladan terbaik, contoh apabila berhadapan dengan seorang murid yang bermasalah
disiplin, nasihat dan langkah penyelesaian yang diberikan mestilah sesuai dan bertetapan
dengan ciri sikap dan perilaku serta akhlak guru itu sendiri. Seorang guru yang baik mesti
mampu untuk merubah murid menjadi baik dan begitulah sebalikya.

Kepemimpinan juga adalah satu proses mempengaruhi tingkah laku orang lain untuk
menggalakkan mereka bekerja ke arah pencapaian sesuatu matlamat yang ditetapkan. Ini
bermaksud, kepemimpinan juga merupakan keupayaan untuk mempengaruhi ahl-ahli
kumpulan untuk mencapai sesuatu matlamat dan untuk mempengaruhi sistem kepercayaan,
tindakan dan nilai ahli-ahli dalam kumpuannya.konsep asas kepemimpinan yang seterusnya
adalah merujuk kepada kepimpinan diantara pemimpin dengan pengikut. Walaupun pemimpin
mempunyai kuasa tetapi kekuatan pengaruh lebih bergantung kepada pujukan daripada
paksaan. Proses ini selalunya melibatkan pertalian pengaruh yang bersifat dua arah dan
tujuan utama ialah untuk mencapai matlamat bersama. Jadi kepimpinan bukan hanya
tanggungjawab pemimpin, tetapi memerlukan usaha daripada pengikut-pengikutnya. Setiap
matlamat yang hendak dicapai perlu melalui pelbagai cabaran. Oleh itu, pemimpin perlu
mengenali gaya kepimpinan yang bersesuaian untuk membolehkan beliau menguruskan
orang bawahan. Pelbagai penyelidikan telah dijalankan bagi mengenal pasti gaya kepimpinan
yang berupaya dapat mengubah sikap dan tingkah laku seseorang serta berjaya membuat
perubahan-perubahan besar (Ishak, 2002).

Siti Aida Ab. Muttalib (2014) dalam kajiannya Gaya Kepimpinan Terhadap Pemilihan
Strategi Pengajaran dan Pembelajaran mendapati kepimpinan pensyarah yang berkesan
dapat melahirkan pelajar yang cemerlang dan berkualiti. Oleh yang demikian, gaya
kepimpinan guru juga harus dicakna agar kemenjadian pelajar/murid berdasarkan matlamat
Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025 akan menjadi nyata.
8 MUHAMMAD AMIRUL HUSAINI BIN ALIAS | EDU 3083

3.0 KESIMPULAN

Memang tidak dapat dinafikan lagi suasana sekolah banyak memberi impak ke atas
kepimpinan sekolah dan juga bilik-bilik darjah seseorang guru di sekolah. Kajian Hallinger et
al.(1983) yang menunjukkan ciri-ciri yang ada pada sesebuah sekolah sebenarnya memberi
kesan yang mendalam perlu diambil kira dalarn membentuk model kepimpinan pengajaran
yang berjaya. Kepimpinan bilik darjah yang diamalkan oleh guru bukan sahaja boleh
menentukan pencapaian matlamat sebuah bilik darjah malah memberi kesan ke atas semua
individu yang ada dalam bilik darjah tersebut. Guru harus bertindak termasuk merefleksi diri;
cuba melaksanakan pembelajaran secara kolaboratif dan penyelesaian masalah dalam
menuju ke arah kepimpinan bilik darjah yang berkesan
9 MUHAMMAD AMIRUL HUSAINI BIN ALIAS | EDU 3083

RUJUKAN

Abdullah Sani Yahaya. (2005). Mengurus disiplin pelajar. Bentong: PTS Publications &
Distributors Sdn. Bhd.

Ayob Jantan. (2005). Pengetua sekolah yang efektif. Siri Penguruan Sekolah. Bentong: PTS
Professional Publishing Sdn. Bhd.

Bahagian Sekolah Kementerian Pendidikan Malaysia. (2002). Konsep dan manual sekolah
selamat - panduan pelaksanaan menjadikan sekolah, komuniti dan keluarga selamat
untuk kanak-kanak. Putrajaya: Kementerian Pendidikan Malaysia.

Beare, H., Caldwell, B., & Milikan, R. (1993). Managing the effective school. London: Paul
Chapman.

Bell, L., & Bush, T. (2002). The principles and practice of educational management. London:
Paul Chapman Publishing.

Cooper, B. S., & Boyd, W. L. 1987. The evolution of training for school administrator. Dlm.
Murphy, J. & Hallinger, P. (pnyt). Approaches to administrative training in education.
Albany: State University of New York Press.

Fakhri Abdul Khalil & Mohd Isha Awang. (2016). Isu Kesediaan Dalam Amalan Melaksanakan
Pentaksiran Berasaskan Sekolah. Journal Of Social Science. Kedah: Universiti Utara
Malaysia.

Gurnam Kaur Sidhu, Gurcharan Singh Sandhu, Kamaruzaman Moidunny, & Ranjit Kaur
Sidhu. (2007). Penilaian tahap kecekapan (PTK) - kompetensi umum (teras dan
profesional). Shah Alam: Oxford Fajar Sdn. Bhd.
10 MUHAMMAD AMIRUL HUSAINI BIN ALIAS | EDU 3083

Hussein Mahmood. (1997). Kepimpinan dan keberkesanan sekolah. Kuala Lumpur: Dewan
Bahasa dan Pustaka.

Jemaah Nazir Sekolah. (2004). Standard kualiti pendidikan Malaysia - sekolah, pernyataan
standard. SKPM1 Edisi Disember. Kementerian Pelajaran Malaysia.

Omardin Ashaari. (1999). Pengurusan sekolah - suatu panduan lengkap (Ed. Ke-3 ed.). Kuala
Lumpur: Utusan Publications and Distributors Sdn. Bhd.
11 MUHAMMAD AMIRUL HUSAINI BIN ALIAS | EDU 3083

LAMPIRAN

You might also like