You are on page 1of 2

Profil Sekolah

SMK Bugaya II dibina di sebuah tapak berkeluasan 30 ekar di Kampung Tanjung Kapor dan

terletak 8 kilometer dari Pekan Semporna. Sekolah ini menempatkan pelajar daripada “feeder school”

seperti SK Tanjung Kapor, SK Pulau Bait, SK Pulau Larapan, SK Pulau Pababag , SK Lihak-Lihak dan SK

Sungai Tuhok.

SMK Bugaya II dibuka secara rasmi pada 5 Julai 2005 dengan pengetua yang pertama ialah

Tuan Haji Abdul Taha bin Abdul Jalil. Sebelum itu, pada 27 Jun 2005, Pengetua mengedarkan surat

kepada semua guru yang ditempatkan di sekolah ini supaya dapat melaporkan diri dan seterusnya

menghadiri Mesyuarat Pentadbiran kali pertama pada 1 Julai 2005. Sebanyak 12 orang guru dan 5

orang KTBM hadir dalam mesyuarat tersebut. Antara agenda yang dibincangkan adalah pengurusan,

pengagihan tugas dan persediaan pendaftaran pelajar.

Pendaftaran pelajar dilakukan pada 6 Julai 2005 iaitu melibatkan perpindahan seramai 441

orang pelajar yang terdiri daripada pelajar Tingkatan 1 dan Tingkatan 2 dari SMK Bugaya Semporna.

Satu majlis ringkas telah diadakan dengan memanggil semua ibu bapa yang terlibat. Sebanyak 6 kelas

tingkatan 1 dan 6 kelas tingkatan 2 dibentuk. Pada 7 Julai 2005 sesi pengajaran dan pembelajaran

mula dilaksanakan walaupun terdapat masalah kekurangan guru.

Sejarah tercatat di sekolah ini pada tahun 2010, apabila kelas Tingkatan 4 aliran sains telah

mula dibuka. Satu lagi sejarah tercipta berdasarkan cadangan pelaksanaan TS25 KPM yang diluluskan

dalam Mesyuarat Majlis Ekonomi Bil. 2/2015 yang dipengerusikan oleh YAB Perdana Menteri pada 19

Februari 2015, SMK Bugaya II terpilih menjadi TS25 1.0 daripada 11 buah sekolah di Sabah dan 100

buah sekolah menengah dan rendah di seluruh negara.

SMK Bugaya II mempunyai asrama harian yang dapat menampung bilangan pelajar seramai

220 orang. Kemudahan-kemudahan lain yang terdapat di SMK Bugaya II ialah Makmal Sains, Bengkel

Kemahiran Hidup, Surau, bilik Komputer, Koperasi, Pusat Sumber, Dewan Serbaguna, Kantin, Padang

Sekolah dan Dewan Serbaguna.


Pada awal sesi tahun 2019, warga SMK Bugaya II terdiri daripada 69 orang guru, 14 orang

Anggota Kumpulan Pelaksana dan 1097 orang pelajar daripada 7 buah kelas Tingkatan 1, 7 buah kelas

Tingkatan 2, 7 buah kelas Tingkatan 3, 7 buah kelas Tingkatan 4 dan 7 buah kelas Tingkatan 5.

.
Senarai Nama Nama Pengetua Tarikh Berkhidmat
Pengetua SMK
Bugaya II, Semporna
Bil
1 Tuan Hj Abdul Taha bin 01.07.2005 - 05.02.2008
Abdul Jalil
2 Puan Hajah Napisah binti 11.02.2008 - 27.02.2009
Abdul Rahman
3 Cik Puan Hajah Saida binti 24.06.2009 – _22.06.2017
Haji Usman
4 Puan Hajah Halimah binti 31.07.2017 - kini
Haji Abd Hamid

You might also like