You are on page 1of 13

See discussions, stats, and author profiles for this publication at: https://www.researchgate.

net/publication/319208043

PENDIDIKAN ALAM SEKITAR SEBAGAI MEDIUM UTAMA DALAM KONTEKS


MENINGKATKAN KESEDARAN ALAM SEKITAR: SATU KAJIAN PERSEPSI DARI
SUDUT PANDANGAN PENTADBIR, GURU, IBU BAPA ....

Conference Paper · September 2013

CITATIONS READS

0 3,002

3 authors:

Nurul Hidayah Liew Abdullah Haryati Shafii


Universiti Tun Hussein Onn Malaysia Universiti Tun Hussein Onn Malaysia
6 PUBLICATIONS   6 CITATIONS    25 PUBLICATIONS   18 CITATIONS   

SEE PROFILE SEE PROFILE

Seow Ta Wee
Universiti Tun Hussein Onn Malaysia
72 PUBLICATIONS   154 CITATIONS   

SEE PROFILE

Some of the authors of this publication are also working on these related projects:

Herbs: Utilization to Conservation View project

Keselesaan perumahan sebagai kriteria penilaian kualiti hidup View project

All content following this page was uploaded by Nurul Hidayah Liew Abdullah on 22 August 2017.

The user has requested enhancement of the downloaded file.


Prosiding Seminar Antarabangsa Ke-6 Ekologi, Habitat Manusia & Perubahan Persekitaran di Alam Melayu

33
PENDIDIKAN ALAM SEKITAR SEBAGAI MEDIUM UTAMA DALAM KONTEKS
MENINGKATKAN KESEDARAN ALAM SEKITAR: SATU KAJIAN PERSEPSI DARI
SUDUT PANDANGAN PENTADBIR, GURU, IBU BAPA DAN MURID

NURUL HIDAYAH LIEW ABDULLAH, HARYATI BINTI SHAFII


& SEOW TA WEE
Fakulti Pengurusan Teknologi dan Perniagaan
Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM)
86400 Parit Raja, Johor, Malaysia
nurul1216@gmail.com, haryati@uthm.edu.my & tawee@uthm.edu.my

ABSTRAK

Peranan Pendidikan Alam Sekitar Merentas Kurikulum sebagai asas untuk mencapai
peningkatan kesedaran alam sekitar murid secara umumnya telah diterima dan diakui oleh
masyarakat. Pendidikan merupakan medium yang penting dalam meningkatkan kesedaran
manusia terhadap alam sekitar dan persekitarannya sama ada secara formal, tidak formal
mahu pun bukan formal. Penulisan ini bertujuan untuk menentukan pihak dan medium
bertanggungjawab yang menjadi pilihan pentadbir sekolah, guru, murid dan ibu bapa bagi
meningkatkan kesedaran alam sekitar murid mengikut keutamaan. Pandangan ‘stakeholder’
dalam peningkatkan kesedaran murid terhadap alam sekitar diambil kira dalam penyelidikan
ini untuk menentukan kesediaan dan kesanggupan golongan ini menggalas tanggungjawab
yang diberikan sama ada secara langsung mahu pun tidak. Dapatan kajian menunjukkan
sekolah masih menjadi pilihan utama sama ada sebagai pihak atau medium bertanggungjawab
dalam meningkatkan kesedaran murid terhadap alam sekitar. Walau bagaimanapun, dapatan
penyelidikan juga menunjukkan bahawa ‘stakeholder’ ini sedar bahawa bagi meningkatkan
kesedaran alam sekitar murid secara menyeluruh masih memerlukan kerjasama semua pihak.

Kata kunci: Kesedaran, stakeholder, medium, pihak bertanggungjawab.

PENGENALAN

Pendidikan alam sekitar (PAS) merupakan wadah yang utama dalam penyampaian ilmu tentang
alam sekitar kepada manusia dengan harapan dapat membentuk sikap manusia supaya lebih
cakna terhadap alam sekitar. Sesuai dengan matlamat PAS iaitu untuk membentuk masyarakat
yang lebih peka dan prihatin terhadap isu-isu alam sekitar serta memperoleh pengetahuan,
kemahiran, nilai dan komitmen untuk berusaha dan bertindak secara individu atau bersama ke
arah penyelesaian isu-isu alam sekitar (KPM,1998). Pembentukan sikap yang dibina dalam
PAS seterusnya diharapkan dapat melahirkan tingkah laku yang positif untuk diaplikasikan
semasa berinteraksi dengan alam. Penyataan Palmer (1998), dalam The World Conservation
296 / Nurul Hidayah Liew Abdullah et al.

Strategy menyatakan bahawa PAS mempunyai pengukur untuk transformasikan sikap dan
tingkah laku masyarakat sehingga dapat membentuk etika terhadap alam sekitar.

Pada peringkat sekolah rendah, mata pelajaran Sains merupakan mata pelajaran yang
paling dominan mengintegrasikan ilmu PAS. Hal ini kerana disiplin ilmu Sains berkait rapat
dengan kehidupan di muka bumi termasuk manusia dan alam sekitar. KPM telah mengambil
langkah yang bijak dengan memperkenalkan semula mata pelajaran Sains kepada murid Tahap
1 pada tahun 2003 seperti yang termaktub pada Surat Pekeliling Ikhtisas bil. 9/2002:
Pelaksanaan Mata Pelajaran Sains Tahap 1 Sekolah Rendah, bertarikh 1 Oktober 2002 dengan
peruntukan masa sebanyak 90 minit seminggu. Oleh itu, diharapkan kesedaran murid terhadap
alam sekitar akan bertambah baik dengan pelaksanaan Sains tahap 1 di sekolah-sekolah rendah.
Walau bagaimanapun, bagi mencapai matlamat yang telah dihasratkan masih
memerlukan kerjasama daripada semua pihak terutamanya stakeholder yang terlibat secara
langsung dalam kehidupan murid. Antara stakeholder yang dimaksudkan dalam penulisan ini
ialah pentadbir sekolah (guru besar dan guru penolong kanan 1), guru, ibu bapa dan murid.
Sebagai pemimpin tertinggi dalam organisasi sesebuah sekolah, pentadbir memainkan peranan
yang penting untuk memastikan sesuatu program dan aktiviti yang dilaksanakan berjaya
mencapai objektif yang telah ditetapkan. Guru sebagai agen penyampai pengetahuan
sememangnya tidak dapat dinafikan fungsinya dalam melahirkan kemenjadian murid
terutamanya dalam aspek akademik, kokurikulum dan sahsiah. Manakala ibu bapa sebagai
pemimpin dan model ikutan di rumah juga menyumbangkan usahanya untuk memastikan
generasi baharu dididik dengan sahsiah yang positif. Murid sebagai kumpulan sasaran
diharapkan dapat menerima pengetahuan dan didikan daripada pelbagai pihak untuk
memastikan kesedaran terhadap alam sekitar dapat mencapai ke tahap yang maksimum.

METODOLOGI KAJIAN

Kajian ini telah dijalankan dengan menggunakan kaedah soal selidik sebagai instrumen secara
tinjauan untuk mendapatkan makluman berkaitan dengan pandangan terhadap peningkatan
kesedaran alam sekitar murid daripada pentadbir, ibu bapa dan murid. Selain kaedah soal
selidik, kaedah temu bual berstruktur separa juga diaplikasikan untuk mendapatkan makluman
yang lebih mendalam terutamanya daripada guru dan murid. Sampel kajian ini terdiri daripada
58 orang pentadbir, 22 orang guru, 225 orang ibu bapa, 685 orang murid (soal selidik) dan 81
orang murid (temu bual) di sekolah-sekolah rendah daerah Kulaijaya, Johor. Kaedah
persampelan yang digunakan ialah persampelan rawak mudah dengan mengambil kira tiga aras
pencapaian akademik murid iaitu cemerlang, sederhana dan lemah bagi murid. Sampel
pentadbir diambil daripada semua sekolah yang terlibat dalam kajian. Bagi sampel guru pula
merupakan cadangan pentadbir sekolah yang dipilih dalam kalangan guru yang mengajar mata
pelajaran Sains tahun 6 2012. Manakala sampel ibu bapa dipilih secara rawak dalam kalangan
sampel murid yang menjalankan kajian melalui kaedah soal selidik. Selain itu, instrumen yang
digunakan dalam kajian ini berfokus pada pandangan stakeholder terhadap pihak dan medium
yang bertanggungjawab meningkatkan kesedaran alam sekitar murid mengikut keutamaan.

HASIL KAJIAN DAN PERBINCANGAN

Hasil kajian dan perbincangan akan dihuraikan dengan terperinci pada bahagian ini.
Pandangan setiap stakeholder diperhalusi untuk menentukan pandangan golongan yang
berkepentingan ini terhadap pihak dan medium yang bertanggungjawab meningkatkan
kesedaran murid terhadap alam sekitar.

Prosiding Seminar Antarabangsa Ke-6 Ekologi, Habitat Manusia & Perubahan Persekitaran di Alam Melayu
Nurul Hidyah Liew Abdullah et al. / 297

Latar Belakang Responden

Responden yang terlibat dalam kajian ini merupakan pentadbir sekolah, guru, ibu bapa dan
murid tahun 6. Jumlah responden setiap kategori adalah berbeza antara satu sama lain
bergantung pada kesesuaian dan objektif kajian. Jadual 1 menunjukkan latar belakang
responden.

Jadual 1. Latar belakang responden

Pentadbir Guru Ibu bapa Murid


Jumlah Peratus Jumlah Peratus Jumlah Peratus Jumlah Peratus
Jantina
Lelaki 26 44.8 5 22.7 97 43.1 309 45.1
Perempuan 32 55.2 17 77.3 128 56.9 376 54.9
Bangsa
Melayu 34 58.6 13 59.1 76 33.8 347 50.7
Cina 17 29.3 8 36.4 91 40.4 232 33.9
India 7 12.1 1 4.5 54 24.0 100 14.6
Lain-lain 0 0 0 0 4 1.8 6 0.9
Taraf pendidikan
Pendidikan tidak rasmi 0 0 0 0 14 6.2 0 0
SRP/PMR 0 0 0 0 57 25.3 0 0
SPM 6 10.3 6 27.3 78 34.7 0 0
STPM/Diploma 15 25.9 1 4.5 36 16.0 0 0
Ijazah/Ijazah lanjutan 37 63.8 15 68.2 40 17.8 0 0
Opsyen Sains
Ya 8 13.8 15 68.2 0 0 0 0
Tidak 50 86.2 7 31.8 0 0 0 0
Jenis Sekolah
SK 36 62.1 14 63.7 87 38.7 374 54.6
SJKC 16 27.6 7 31.8 88 39.1 231 33.7
SJKT 6 10.3 1 4.5 50 22.2 80 11.7
Lokasi sekolah
Bandar 24 41.4 10 45.5 112 49.8 345 50.4
Luar bandar 34 58.6 12 54.5 113 50.2 340 49.6
Jumlah ( n ) 58 100 22 100 225 100 685 100

Secara keseluruhannya, latar belakang yang dibincangkan dalam kajian ini lebih
berfokus pada jantina, bangsa, taraf pendidikan, opsyen, jenis sekolah dan lokasi sekolah.
Dalam kajian ini, bangsa yang terlibat ialah Melayu, Cina, India dan lain-lain seperti Iban,
Orang Asli dan Indonesia. Taraf pendidikan yang ditentukan terutamanya bagi responden
pentadbir, guru dan ibu bapa ialah pendidikan tidak rasmi, SRP/PMR, SPM, STPM/Diploma
serta ijazah dan ijazah lanjutan. Manakala opsyen pentadbir dan guru juga diteliti untuk
menentukan sama ada beropsyen Sains atau sebaliknya. Jenis dan lokasi sekolah juga
dipastikan dalam kajian ini iaitu melibatkan SK, SJKC dan SJKT serta bandar dan luar bandar.
Rujuk Jadual 1 untuk mendapatkan makluman terperinci.

Pandangan Pentadbir

Pandangan pentadbir terhadap pihak dan medium yang bertanggungjawab meningkatkan


kesedaran murid terhadap alam sekitar diambil kira dalam kajian ini untuk menentukan
kesediaan dan kesanggupan pentadbir menggalas tanggungjawab yang diberikan sama ada
Prosiding Seminar Antarabangsa Ke-6 Ekologi, Habitat Manusia & Perubahan Persekitaran di Alam Melayu
298 / Nurul Hidayah Liew Abdullah et al.

secara langsung mahu pun tidak. Penyelidikan terdahulu juga menjelaskan bahawa amalan
kepimpinan sesebuah sekolah mempengaruhi keberkesanan pelaksanaan sesuatu program di
sekolah termasuk PAS (Shahril, 2007; Hussein, 2008). Ini kerana rasa tanggungjawab yang
terbit dalam diri akan membantu seseorang individu berusaha menjayakan sesuatu yang telah
dipertanggungjawab kepadanya. Sokongan dan bantuan daripada pihak atasan terutamanya di
peringkat sekolah sangat membantu dalam menjayakan program alam sekitar yang telah
dirancang.
Hasil penyelidikan mendapati bahawa pentadbir sekolah berpandangan bahawa sekolah
merupakan pihak yang paling utama perlu bertanggungjawab dalam meningkatkan kesedaran
murid terhadap alam sekitar (65.6 peratus). Manakala ibu bapa di rumah diletakkan sebagai
pihak yang kedua utama (55.2 peratus) dan masyarakat sebagai pihak ketiga utama (60.3
peratus). Analisis menunjukkan pentadbir berpendapat pihak sekolah, ibu bapa dan masyarakat
merupakan tiga pihak utama yang perlu bekerjasama dalam menjayakan peningkatan kesedaran
murid terhadap alam sekitar. Tidak dinafikan masih terdapat pihak-pihak lain yang turut
penting seperti GO, NGO dan agensi swasta. Jadual 2 memaparkan pandangan pentadbir
terhadap pihak yang bertanggungjawab meningkatkan kesedaran alam sekitar murid mengikut
keutamaan.

Jadual 2. Pandangan pentadbir terhadap pihak yang bertanggungjawab meningkatkan


kesedaran alam sekitar murid mengikut keutamaan

Pihak bertanggungjawab meningkatkan kesedaran alam sekitar murid


Keutamaan
1 2 3
1 Sekolah (65.5%) Ibu bapa (29.3%) GO (3.4%)
2 Ibu bapa (55.2%) Sekolah (25.9%) GO (8.6%)
3 Masyarakat (60.3%) GO (15.5%) Ibu bapa (10.3%)
4 GO (55.2%) NGO (20.7%) Masyarakat (15.5%)
5 NGO (46.6%) Swasta (25.9%) GO (15.5%)
6 Swasta (62.1%) NGO (27.6%) Masyarakat (6.9%)
7 Lain-lain (93.1%) Swasta (5.2%) Masyarakat (1.7%)
*Nota: GO= Agensi kerajaan, NGO= Pertubuhan bukan kerajaan

Pentadbir sebagai pemimpin tertinggi di sekolah berpandangan bahawa pihak yang


bertanggungjawab meningkatkan kesedaran murid terhadap alam sekitar mengikut keutamaan
ialah sekolah (65.6 peratus). Sekolah dipilih sebagai pihak yang paling bertanggungjawab
dalam konteks ini ada kaitannya dengan rasa akauntabiliti pentadbir untuk melahirkan murid
yang celik alam sekitar dan seterusnya dapat melahirkan warga alam yang prihatin terhadap
alam sekitar. Ini kerana pentadbir sekolah memainkan peranan yang penting dalam
membangunkan plan pelaksanaan sejajar dengan polisi kementerian (Ministry of Education
Ontario, 2009). Sekolah sebagai institusi pendidikan yang bertanggungjawab untuk
menyebarkan pengetahuan secara rasmi dan pentadbir sebagai pihak yang paling sesuai
memikul tugas ini.
Selepas sekolah, pilihan kedua pentadbir ialah ibu bapa (55.2 peratus). Pentadbir
mendapati bahawa ibu bapa sebagai penjaga murid yang pastinya boleh mempengaruhi tingkah
laku dan sikap murid terhadap alam sekitar. Selain itu, ibu bapa merupakan pihak yang paling
dekat dengan murid dalam kehidupan seharian selain daripada sekolah. Oleh itu, penyebaran
pengetahuan dan penerapan nilai yang dilakukan di sekolah jika diteruskan di rumah dengan
tugas diambil alih oleh ibu bapa maka peneguhan, pengayaan dan pemulihan kesedaran murid
terhadap alam sekitar dapat ditingkatkan.
Seterusnya pentadbir memilih masyarakat (60.3 peratus) sebagai pilihan yang ketiga
kerana masyarakat merupakan golongan yang sentiasa berdamping dengan murid dan dapat
mempengaruhi murid semasa berinteraksi dengan alam sekitar. Tingkah laku masyarakat yang

Prosiding Seminar Antarabangsa Ke-6 Ekologi, Habitat Manusia & Perubahan Persekitaran di Alam Melayu
Nurul Hidyah Liew Abdullah et al. / 299

diperhatikan oleh murid juga boleh dijadikan sebagai ikutan. Selain pihak sekolah, ibu bapa
dan masyarakat, masih terdapat pihak-pihak lain yang turut menyumbang dalam peningkatan
kesedaran murid terhadap alam sekitar. Ini termasuklah agensi kerajaan, NGO, agensi swasta
dan lain-lain seperti badan keagamaan dan rakan sebaya.
Pemilihan pihak yang bertanggungjawab untuk meningkatan kesedaran alam sekitar
murid antara pentadbir dan ibu bapa adalah hampir sama seperti pada Jadual 3. Pentadbir dan
ibu bapa masing-masing berpandangan bahawa diri mereka merupakan pihak yang paling
bertanggungjawab untuk memberikan pengetahuan dan meningkatkan kesedaran alam sekitar
murid. Ini menunjukkan bahawa pentadbir dan ibu bapa sedar dan sanggup bertanggungjawab
untuk menyebarkan pengetahuan tentang alam sekitar kepada murid.

Jadual 3. Pilihan pentadbir dan ibu bapa terhadap pihak dan medium yang bertanggungjawab
meningkatkan kesedaran murid terhadap alam sekitar

Pihak Medium
Keutamaan
Pentadbir Ibu bapa Pentadbir Ibu bapa
1 Sekolah Ibu bapa Sekolah Sekolah
2 Ibu bapa Sekolah Televisyen Sekolah
3 masyarakat Masyarakat Media Televisyen

Pemilihan yang hampir sama antara pentadbir dan ibu bapa terhadap pihak yang
bertanggungjawab meningkatkan kesedaran murid terhadap alam sekitar mengikut keutamaan
menunjukkan bahawa pendapat dan pandangan golongan tersebut hampir sama. Kesepaduan
ketiga-tiga pihak pilihan utama ini akan dapat membantu dalam peningkatakan kesedaran alam
sekitar murid yang bakal mentadbir negara pada masa akan datang. Pembinaan hubungan
antara sekolah dengan komuniti setempat termasuk menggabungkan program PAS dengan
program komuniti didapati adalah signifikan dalam pendekatan baharu bidang ilmu tersebut.
Ini kerana penglibatan bersama-sama antara sekolah dan komuniti dipercayai boleh membawa
impak yang lebih besar terhadap kejayaan pelaksanaan PAS (Canadian Environmental
Grantmaker’s Network, 2006). Penyebaran ilmu pengetahuan yang berguna, pendidikan
melalui teladan dan persekitaran yang baik dipercayai dapat merealisasikan hasrat kerajaan
untuk melahirkan warganegara yang cakna terhadap alam sekitar. Sekali gus dapat memelihara
dan memulihara alam sekitar untuk kegunaan dan manfaat generasi akan datang.
Bagi pemilihan medium untuk meningkatkan kesedaran murid terhadap alam sekitar
pula, pentadbir juga menyatakan sekolah sebagai medium yang paling utama (44.8 peratus)
seperti pada Jadual 4. Pemilihan sekolah ada kaitan dengan rasa tanggungjawab dan kesedaran
sebagai pentadbir di sekolah. Kajian Ika et. al. (2011) mendapati pentadbir terutamanya guru
besar mempunyai kesedaran yang tinggi terhadap alam sekitar dengan memberi galakan kepada
warga sekolah supaya aktif memulihara alam sekitar. Selain itu, sekolah dikenal pasti sebagai
tempat penyebaran ilmu dan pengetahuan yang paling dominan. Pilihan kedua pentadbir bagi
medium ialah televisyen (29.3 peratus) dan ketiga utama ialah media massa elektronik (31.0
peratus).
Selain sekolah, televisyen dan media massa elektronik, medium-medium lain seperti
rumah, surat khabar, majalah dan medium lain juga menyumbang ke arah peningkatan
kesedaran murid terhadap alam sekitar. Jika semua pihak dan medium dapat menyumbangkan
peranan masing-masing dalam hal ini, tidak mustahil kesedaran murid terhadap alam sekitar
akan berada pada tahap yang tinggi suatu hari nanti.

Prosiding Seminar Antarabangsa Ke-6 Ekologi, Habitat Manusia & Perubahan Persekitaran di Alam Melayu
300 / Nurul Hidayah Liew Abdullah et al.

Jadual 4. Medium pilihan pentadbir mengikut keutamaan

Medium peningkatan kesedaran terhadap alam sekitar


Keutamaan
1 2 3
1 Sekolah (44.8%) Televisyen (29.3%) Rumah (13.8%)
2 Televisyen (29.3%) Rumah (25.9%) Media (24.1%)
3 Media (31.0%) Televisyen (24.1%) Sekolah (20.7%)
4 Rumah (31.0%) Media (20.7) Surat khabar (17.2%)
5 Surat khabar (63.8%) Rumah (13.8%) Majalah (12.1)
6 Majalah (81.0%) Media & Rumah (6.9%) Surat khabar (3.4%)
7 Lain-lain (98.3%) Surat khabar (1.7%) Tiada
*Nota: Media= Media Massa Elektronik

Dapatan kajian menunjukkan bahawa pentadbir memilih sekolah (44.8 peratus) sebagai
medium yang paling sesuai untuk meningkatkan kesedaran murid terhadap alam sekitar.
Pemilihan medium yang paling utama ini adalah sama seperti pilihan ibu bapa. Sekali lagi,
pentadbir menyedari bahawa sekolah telah diamanahkan oleh ibu bapa dan kerajaan untuk
menyebarkan pengetahuan secara rasmi kepada murid. Oleh itu, adalah menjadi
tanggungjawab pentadbir untuk memastikan fungsi sekolah sebagai pusat penyebaran ilmu
pengetahuan secara rasmi kepada murid tercapai. Ini kerana pentadbir dan guru memainkan
peranan yang penting dalam pelaksanaan kurikulum. Ini bermakna bagaimana PAS tersebut
diajarkan dalam bilik darjah adalah berbeza antara sekolah yang berlainan dan juga berbeza
antara bilik darjah yang berlainan (Canadian Environmental Grantmaker’s Network, 2006).
Walau bagaimanapun, pilihan medium kedua oleh pentadbir ialah televisyen (29.3
peratus) dan berbeza dengan pilihan ibu bapa iaitu sekolah. Pentadbir mendapati bahawa
televisyen merupakan medium yang agak berpengaruh disebabkan oleh sebaran pengetahuan
melalui rancangan TV pendidikan, iklan dan mesej ringkas yang disiarkan mampu mendidik
murid supaya lebih prihatin terhadap alam sekitar.
Selanjutnya, pentadbir memilih media massa elektronik (31.0 peratus) sebagai pilihan
ketiga terpenting sebagi medium penyebaran pengetahuan alam sekitar kepada murid.
Kecanggihan dan kemudahsampaian murid kepada medium ini mungkin merupakan sebab
pentadbir memilih medium tersebut. Kepelbagaian alat dan gajet yang canggih telah
memudahkan manusia semakin mudah untuk mendapatkan makluman daripada atas talian.
Manakala ibu bapa memilih televisyen sebagai pilihan yang ketiga penting selepas sekolah.
Selain itu, medium seperti rumah, surat khabar, majalah dan lain-lain juga menyumbang dalam
menyebarkan pengetahuan tentang alam sekitar kepada murid.

Pandangan Guru

Hasil temu bual mendapati semua guru berpendapat bahawa tanggungjawab meningkatkan
kesedaran murid terhadap alam sekitar sepatutnya dipikul oleh semua pihak. Ini termasuklah
guru, sekolah, ibu bapa, pihak kerajaan, NGO dan sebagainya. Ini kerana dalam usaha
mewujudkan persekitaran dan alam sekitar yang sihat serta hijau, kerjasama semua pihak amat
diperlukan (Mumtazah, 2011). Kerjasama antara pihak yang terlibat dipercayai dapat
meningkatkan keberkesanan kesedaran murid terhadap alam sekitar dan seterusnya dapat
melahirkan masyarakat yang sayang akan alam sekitar. Berikut adalah respons responden
terhadap soalan tersebut;

Responden GP15: “…kerajaan, NGO memang kena main perananlah kan? Dalam
kempen-kempen tu…banyak pihaklah, kalau alam sekitar ni dia
menyeluruh kan, semua. Kalau satu pihak je yang main peranan, tak
jadi juga.”

Prosiding Seminar Antarabangsa Ke-6 Ekologi, Habitat Manusia & Perubahan Persekitaran di Alam Melayu
Nurul Hidyah Liew Abdullah et al. / 301

Responden GL5: “...kalau secara umum, semua peringkatlah…semua peringkat.


Semua pihak…daripada peringkat PM ke, daripada ibu bapa ke,
media ke, TV ke, semualah. Komuniti ke, jiran…jadi, penglibatan
semualah untuk menjaga
alam sekitar ni.”

Responden GL4: “…pada pendapat saya, semua pihaklah yang memang


bertanggungjawab. Pihak sekolah, guru, murid-murid dengan ibu
bapa dan masyarakat. Semua memang bertanggungjawab untuk
menjayakan kesedaran terhadap alam sekitar.”

Secara keseluruhannya, dapatan daripada temu bual yang telah dijalankan ke atas guru
memberikan input yang lebih lanjut dan menyeluruh tentang pelaksanaan PAS merentas
kurikulum di sekolah khususnya melalui mata pelajaran Sains. Ini kerana kejayaan program
PAS adalah disumbangkan oleh guru yang komited (Robottom et. al., 2000). Guru-guru diakui
sebagai agen penyampai ilmu pengetahuan dan agen perubahan yang berpengaruh serta terlibat
secara langsung dalam pelaksanaan PAS di sekolah telah memberi pandangan dan pendapat
tentang keadaan semasa PAS dan pelaksanaannya di sekolah, kesesuaian kurikulum Sains masa
kini dan cadangan penambahbaikan.

Pandangan Ibu Bapa

Kajian ini turut melihat pandangan ibu bapa sebagai ketua keluarga dalam menentukan pihak
yang bertanggungjawab meningkatkan kesedaran murid terhadap alam sekitar. Adakah ibu
bapa akan menggalas tanggungjawab ini secara menyeluruh atau golongan ini berpandangan
bahawa tanggungjawab tersebut harus dipikul oleh guru di sekolah atau pihak-pihak lain yang
berkaitan? Jadual 5 menunjukkan pandangan ibu bapa terhadap pihak yang memberi
pengetahuan tentang alam sekitar kepada anak-anak di bawah jagaan masing-masing mengikut
keutamaan.

Jadual 5. Pandangan ibu bapa terhadap pihak yang memberikan pengetahuan


tentang alam sekitar kepada anak

Sumber pengetahuan alam sekitar mengikut pandangan ibu bapa


Keutamaan
1 2 3
1 Ibu bapa (64.4%) Sekolah (23.6%) Masyarakat (6.2%)
2 Sekolah (58.7%) Ibu bapa (22.2%) Masyarakat (12.0%)
3 Masyarakat (60.4%) Kerajaan (12.9%) Sekolah (12.0%)
4 Kerajaan (50.2%) NGO (18.7%) Agensi Swasta (10.7%)
5 Agensi Swasta (34.2%) NGO (32.9%) Kerajaan (22.7%)
6 Agensi Swasta (44.9%) NGO (36.9%) Masyarakat (7.6%)
7 Lain-lain (90.7%) NGO (4.0%) Agensi Swasta (3.6%)
*Kerajaan=Agensi kerajaan NGO=Pertubuhan Bukan Kerajaan

Hasil penyelidikan menunjukkan ibu bapa berpandangan bahawa ibu bapa (64.4
peratus, n=225) memainkan peranan yang paling penting dalam memberikan pengetahuan
berkaitan dengan alam sekitar kepada anak-anak. Ini ada kaitan dengan pendidikan awal
bermula dari rumah atau murid dalam kajian ini masih merupakan kanak-kanak yang perlu
dibimbing sepenuhnya oleh ibu bapa. Ini kerana kebanyakan ibu bapa menentukan bahawa
penyebaran PAS adalah tanggungjawab mereka (Payne, 2005). Walaupun tahap pemahaman
terhadap tingkah laku dipengaruhi oleh pengalaman di sekolah tetapi pengalaman di rumah

Prosiding Seminar Antarabangsa Ke-6 Ekologi, Habitat Manusia & Perubahan Persekitaran di Alam Melayu
302 / Nurul Hidayah Liew Abdullah et al.

membawa impak yang besar dalam perkembangan dan pembangunan kanak-kanak adalah jelas
(Musser & Diamond, 1999).
Dapatan kajian juga menunjukkan bahawa ibu bapa merupakan pihak yang paling
bertanggungjawab, diikuti oleh pihak sekolah (58.7 peratus) sebagai pihak kedua dan disusuli
oleh masyarakat (60.4 peratus) iaitu pihak ketiga utama yang bertanggungjawab dalam
menunjukkan teladan yang baik kepada anak-anak. Ini kerana aspek yang paling penting
melibatkan keibubapaan ialah aspek amalan ibu bapa yang tidak ketara seperti gaya dan
harapan (Jeynes, 2004). Manakala Bronfenbrenner (1986) menyatakan bahawa keluarga dan
sekolah sama-sama penting dalam konteks pembelajaran kanak-kanak tentang tingkah laku dan
pembangunan sikap yang sesuai dengan budaya setempat.
Analisis data menunjukkan bahawa ibu bapa, sekolah dan masyarakat merupakan tiga
pilihan teratas oleh ibu bapa dalam konteks pilihan pihak yang bertanggungjawab
meningkatkan kesedaran murid terhadap alam sekitar. Gabungan ketiga-tiga pihak ini
menunjukkan terdapat kesinambungan yang kukuh untuk melahirkan warga alam yang
bertanggungjawab. Sokongan sedemikian rupa hanya dapat diperoleh daripada masyarakat
yang sedar akan masalah alam sekitar dan komited untuk menyelesaikannya (Sham Sani,
1998). Walau bagaimanapun, masih terdapat pihak-pihak lain yang turut memainkan peranan
dalam usaha untuk meningkatkan kemenjadian murid dalam bidang ini seperti agensi kerajaan,
pertubuhan bukan kerajaan dan agensi swasta.
Selanjutnya, ibu bapa berpandangan bahawa medium yang paling berkesan dan sesuai
untuk dijadikan sebagai penyebar pengetahuan alam sekitar dan seterusnya meningkatkan
kesedaran ialah sekolah (45.3 peratus), diikuti oleh rumah (28.4 peratus) serta media dan
televisyen (9.8 peratus) (n=225). Ini disebabkan oleh sekolah mempunyai sistem PdP yang
teratur dan pendidikan secara formal serta menyeluruh dapat dilaksanakan dengan tuntas.
Begitu juga dengan keberkesanan penyebaran pengetahuan melalui sekolah mungkin dilihat
sebagai paling baik. Ini kerana pembelajaran di sekolah merupakan keutamaan bagi aspeks
kognitif (Hicks & Bord, 2001). Jadual 6 menunjukkan pilihan ibu bapa terhadap medium
peningkatan kesedaran alam sekitar. Selain sekolah, rumah dan pihak media massa elektronik
juga dikenal pasti sebagai medium yang sesuai kerana kecanggihan dan kemudahdapatan
sumber media membolehkannya menyebarkan pengetahuan tersebut.

Jadual 6. Medium pilihan ibu bapa

Medium peningkatan kesedaran alam sekitar


Keutamaan
1 2 3
1 Sekolah (45.3%) Rumah (28.4%) Media/Televisyen (9.8%)
2 Sekolah (28.4%) Televisyen (24.9%) Rumah (20.9%)
3 Televisyen (32.0%) Surat khabar (22.7%) Media (16.0%)
4 Media (28.4%) Surat khabar (19.6%) Rumah (19.1%)
5 Surat khabar (36.4%) Majalah (23.1%) Media (19.1%)
6 Majalah (57.3%) Media (14.7%) Rumah (10.7%)
Lain-lain (94.7%) Majalah/Media Sekolah/Televisyen
7
(1.8%) (0.9%)
*Media= Media massa elektronik

Penelitian awal pada data menunjukkan bahawa sekolah telah dipilih sebagai medium
yang paling utama (45.3 peratus) dan kedua (28.4 peratus) mengikut keutamaan. Kemunculan
sekolah sebanyak dua kali sebagai medium pilihan ibu bapa yang paling utama menunjukkan
ibu bapa percaya dan yakin bahawa institusi pendidikan seperti sekolah mempunyai peranan
yang penting dan berkesan dalam menyebarkan pengetahuan PAS kepada anak-anak

Prosiding Seminar Antarabangsa Ke-6 Ekologi, Habitat Manusia & Perubahan Persekitaran di Alam Melayu
Nurul Hidyah Liew Abdullah et al. / 303

berbanding dengan medium yang lain. Namun, terdapat juga ibu bapa yang berpendapat
bahawa rumah (28.4 peratus) sebagai medium yang paling berkesan.
Selain itu, berdasarkan pilihan mengikut keutamaan ibu bapa memaparkan bahawa
televisyen juga merupakan pilihan ibu bapa selepas sekolah dan rumah iaitu pada pilihan ketiga
(32.0 peratus) secara keseluruhannya. Walau bagaimanapun, surat khabar sebagai media cetak
yang agak tidak popular jika dibandingkan dengan media massa lain juga memainkan peranan
yang penting dalam hal ini. Selain itu, majalah juga didapati menyumbangkan peranan yang
tidak kurang pentingnya dalam penyebaran dan pemupukan pengetahuan alam sekitar kepada
murid. Peranan ibu bapa juga tidak boleh dinafikan dalam usaha untuk membentuk dan
mencorak tingkah laku murid terhadap alam sekitar melalui penyebaran pengetahuan
berkenaan.

Pandangan Murid

Penyelidikan ini turut menentukan pandangan murid terhadap sumber paling banyak
menyumbangkan pengetahuan tentang alam sekitar kepada murid mengikut keutamaan pilihan
murid. Langkah ini diambil untuk menilai peranan dan pengaruh pihak bertanggungjawab
tersebut dalam meningkatkan pengetahuan dan seterusnya meningkatkan kesedaran terhadap
alam sekitar. Ini kerana pandangan kanak-kanak boleh memperlengkap tanggapan dalam
menentukan makna PAS kepada golongan ini yang boleh membantu dalam membangunkan
pengaruh dan pedagogi PAS yang bermakna (Nagel, 2004). Dapatan penyelidikan juga
menunjukkan bahawa murid memilih guru sebagai pihak atau sumber yang paling banyak
menyumbangkan pengetahuan tentang alam sekitar kepada mereka. Jadual 7 menunjukkan
sumber yang paling banyak menyumbangkan pengetahuan tentang alam sekitar kepada
responden mengikut keutamaan pilihan murid.

Jadual 7. Sumber paling banyak menyumbangkan pengetahuan tentang alam sekitar kepada
responden mengikut keutamaan pilihan murid

Sumber pengetahuan alam sekitar


Keutamaan
1 2 3
1 Guru (43.9%) Televisyen (17.1%) Lain-lain (11.5 %)
2 Buku (23.5%) Guru (23.4%) Surat khabar (15.8%)
3 Buku (22.3%) Televisyen (21.3%) Surat khabar (18.2%)
4 Surat khabar (21.0%) Buku (20.9%) Televisyen (19.1%)
5 Media (21.9%) Surat khabar (18.8%) Majalah (17.1%)
6 Majalah (37.4%) Media (25.7%) Surat khabar (11.7%)
7 Lain-lain (52.0%) Majalah (24.2%) Media (11.2%)
Nota: Buku = Buku Teks Sains tahun 6, Media= Media Massa Elektronik

Kajian membuat kesimpulan bahawa guru dan sekolah masih mempunyai pengaruh
yang besar terhadap pembentukan pengetahuan murid tahun 6 terhadap alam sekitar. Ini kerana
melalui hasil kajian, mendapati bahawa guru merupakan pihak yang paling banyak memberi
pengetahuan kepada murid berkaitan dengan alam sekitar, diikuti oleh buku teks bagi pilihan
kedua dan ketiga. Hasil penyelidikan ini didapati berbeza dengan dapatan kajian Aini et. al.
(2007) yang mendapati sumber utama pelajar memperoleh pengetahuan tentang alam sekitar
ialah televisyen.
Walau bagaimanapun, televisyen masih mempunyai pengaruh yang agak besar.
Televisyen merupakan medium kedua tertinggi selepas guru dalam pilihan yang paling utama
dan diikuti oleh pilihan lain-lain. Dalam pilihan lain-lain pula, murid menyatakan bahawa
pihak lain-lain yang dimaksudkan termasuk ibu bapa, penceramah, poster dan jiran. Dengan

Prosiding Seminar Antarabangsa Ke-6 Ekologi, Habitat Manusia & Perubahan Persekitaran di Alam Melayu
304 / Nurul Hidayah Liew Abdullah et al.

kata lain, selain daripada guru, ibu bapa juga memainkan peranan yang tidak kurang pentingnya
dalam menyampaikan ilmu berkaitan dengan alam sekitar kepada murid. Murid pada peringkat
umur ini lazimnya masih bergantung kepada ibu bapa dan keluarga. Ibu bapa juga biasanya
masih membimbing dan menitikberatkan perkembangan anak yang berada pada peringkat umur
ini berbanding dengan anak yang lebih dewasa.
Buku teks pula dipilih sebagai pilihan kedua dan ketiga penting dalam penyampaian
ilmu pengetahuan kepada murid. Kemunculan buku teks yang kerap dalam pilihan murid
disebabkan oleh kebergantungan murid masih tertumpu pada buku teks berbanding dengan
sumber yang lain. Kekurangan pendedahan sumber lain tentang kepentingan dan pemeliharaan
alam sekitar juga merupakan penyumbang kepada pilihan ini. Manakala, lain-lain dan majalah
merupakan pilihan paling rendah. Ini adalah disebab oleh sumber lain lebih berpengaruh dan
murid jarang membaca majalah serta liputan berkaitan alam sekitar tidak banyak dilaporkan
dalam majalah. Selain itu, kemudahan untuk mendapati bahan bacaan tersebut agak sukar
kerana kebanyakan buku dan bahan bacaan yang disediakan di sekolah lebih menjurus ke arah
akademik. Kemungkinan juga ibu bapa jarang atau tidak pernah membeli bahan bacaan
tersebut.

Rajah 1: Pihak yang paling banyak memberikan pengetahuan alam sekitar

Manakala pandangan daripada murid melalui kaedah temu bual menunjukkan bahawa
guru merupakan pihak yang paling banyak memberikan pengetahuan tentang alam sekitar
kepada murid (27, 33.3 peratus) seperti pada Rajah 1. Murid juga berpandangan bahawa ibu
bapa turut memainkan peranan penting dalam penyampaian pengetahuan alam sekitar kepada
murid (22, 27.2 peratus). Sekolah (11, 13.6 peratus) juga dipilih sebagai penyampai yang
penting melalui program dan aktiviti yang dijalankan seperti “Kempen Hari Tanpa Plastik”,
“Kempen Kitar Semula” dan sebagainya.

PERBINCANGAN

Dapatan penyelidikan terhadap persepsi stakeholder terhadap PAS adalah hampir sama.
Pentadbir sebagai ketua di sesebuah sekolah berpandangan bahawa sekolah merupakan pihak
dan medium yang paling berpengaruh untuk meningkatkan kesedaran murid terhadap alam
sekitar. Keadaan ini ada kaitanya dengan akauntabiliti dan kesanggupan pentadbir memikul

Prosiding Seminar Antarabangsa Ke-6 Ekologi, Habitat Manusia & Perubahan Persekitaran di Alam Melayu
Nurul Hidyah Liew Abdullah et al. / 305

tanggungjawab tersebut. Walau bagaimanapun, pentadbir berpendapat bahawa ibu bapa dan
masyarakat perlu bersama-sama memainkan peranan untuk memastikan hasrat kerajaan dan
manusia sejagat tercapai.
Manakala persepsi guru menunjukkan bahawa semua pihak perlu berganding bahu
untuk memastikan kesedaran murid terhadap alam sekitar boleh ditingkatkan dari semasa ke
semasa. Antara pihak yang dinyatakan termasuklah ibu bapa, masyarakat, agensi kerajaan,
agensi swasta, pertubuhan bukan kerajaan dan sebagainya. Kajian awal menunjukkan bahawa
pengetahuan yang disampaikan oleh guru Sains tahun 6 semata-mata adalah tidak mencukupi
dan masih memerlukan kerjasama pihak-pihak lain (Nurul Hidayah Liew Abdullah et. al.,
2013). Kerjasama yang jitu dipercayai dapat membuahkan hasil yang lebih tepat dan
bermanfaat kepada semua pihak.
Selain itu, persepsi ibu bapa memaparkan bahawa ibu bapa merupakan pihak yang
paling bertanggungjawab dalam meningkatkan kesedaran murid terhadap alam sekitar. Ini
adalah disebabkan oleh didikan awal di rumah dan pembelajaran melalui teladan lebih dominan
untuk mencapai hasrat ini. Walau bagaimanapun, ibu bapa masih memilih sekolah sebagai
medium yang paling sesuai untuk meningkatkan kesedaran murid terhadap alam sekitar. Ini
mungkin disebabkan sekolah mempunyai sistem pembelajaran formal yang lebih teratur dan
berkesan.
Murid pula berpandangan bahawa guru merupakan pihak yang paling banyak
memberikan pengetahuan tentang alam sekitar berbanding dengan pihak lain seperti ibu bapa
dan agensi-agensi yang lain. Manakala buku teks Sains sebagai pilihan kedua dan ketiga yang
membawa maksud bahawa murid masih terlalu bergantung kepada guru dan buku teks untuk
memperoleh pengetahuan berkaitan dengan alam sekitar.

KESIMPULAN

Secara keseluruhannya, sekolah dan guru masih merupakan pihak dan medium yang dominan
dalam penyebaran pengetahuan alam sekitar kepada murid, sekali gus meningkatkan kesedaran.
Walau bagaimanapun, kerjasama daripada semua pihak amat diperlukan untuk memastikan
peningkatan kesedaran murid terhadap alam sekitar dapat dicapai secara menyeluruh. Oleh itu,
pelbagai usaha perlu dijalankan dengan melibatkan semua pihak untuk memastikan matlamat
dan objektif PAS merentas kurikulum dapat dicapai sepenunhya.

RUJUKAN

Aini, M.S., Nurizan, Y. & Fakhrul-Razi, A. 2007. Environmental comprehension and practices
of Malaysian youth. Journal of Environmental Education Research, 13 (1): 17-31.
Bronfenbrenner, U. 1986. Ecology of the family as a context for human development: Research
perspective. Development Psychology 22: 723-742.
Canadian Environmental Grantmakers’ Network. 2006. Environmental education in Canada:
An overview for grantmakers.
Hicks, D. & Bord, A. 2001. Learning about global issues: Why most educator only make things
worse. Environmental Education Research. 7(4):413-425.
Hussein Mahmood. (2008). Kepimpinan dan Keberkesanan sekolah. Edisi 2. Kuala Lumpur:
Dewan Bahasa dan Pustaka.
Ika Liana Khalid, Rosta Harun, Azizi Muda & Ismi Arif Ismail. 2011. Level of Knowledge on
Environmental Issues and Environmental Education of Primary Schools’ Headmasters
in Kuala Lumpur, Malaysia. World Applied Sciences Journal. 14 (Exploring Pathway
to Sustainable Living in Malaysia: Solving the Current Environmental Issues); 97-100,
2011. ISSN 1818-4952; IDOSI Publications, 2011.
http://www.idosi.org/wasj/wasj14(UPM)11/14.pdf

Prosiding Seminar Antarabangsa Ke-6 Ekologi, Habitat Manusia & Perubahan Persekitaran di Alam Melayu
306 / Nurul Hidayah Liew Abdullah et al.

Jeynes, W. 2004. Parental involvement and secondary school student educational outcomes: A
meta-analysis. Evaluation Exchange 10(4), 6.
KPM. 1998. Buku Panduan Guru Pendidikan Alam Sekitar Merentas Kurikulum KBSR. Kuala
Lumpur: Pusat Perkembangan Kurikulum.
Ministry of Education Ontario. 2009. Acting today, shaping tomorrow: A policy framework for
Environmental Education in Ontario School. www.edu.gov.on.ca.
Mumtazah Othman. 2011. Penggunaan lestari: Konsep dan pengenalan. Dlm. Mumtazah
Othman dan Nurizan Yahaya (ed.). Penggunaan Lestari: Bagaimana Tingkah Laku
Remaja? Serdang: UPM. 1-11.
Musser, L. M. & Diamond, K. E . 1999. The children’s attitudes toward the environment scale
for preschool children. The Journal of Environmental Education 30(2): 23-30.
Nagel, M. C. 2004. Lend them an ear: The significance of listening to children’s experience of
environmental education. International Research in Geographical and Environmental
Education. 13(2): 115-127.
Nurul Hidayah Liew Abdullah, Haryati Shafii & Seow Ta Wee. 2013. Pengetahuan dan tingkah
laku murid terhadap alam sekitar: Satu kajian awal. Dlm. Nasir Nayan, Mohamad
Suhaily Yusri Che Ngah, Yazid Saleh, Mohmadisa Hashim, Kamarul Ismail, Zainudin
Othman, Mazdi Marzuki, Hamirdin Ithnin, Fauziah Che Leh, Mohd Faris Dziauddin,
Mohd Hairy Ibrahim & Zuriatunfadzaliah Sahdan. Prosiding Persidangan Kebangsaan
Geografi & Alam Sekitar Kali Ke-4: Geografi & alam sekitar dalam pembangunan dan
transformasi negara. Tanjong Malin: UPSI. 5-6 Mac. 343-347.
Palmer, J. A. 1998. Environmental Education in The 21st Century: Theory, Practice, Progress
and Promise. London and New York : Routledge.
Payne, P. 2005. Families, homes and environmental education. Australian Journal of
Environmental Education. 21: 81-95
Robottom, I., Malone, K. & Walker, R. 2000. Case Studies in Environmental Education: Policy
and Practice. Geelong: Deakin University Press.
Sham Sani. 1998. Environmental Education and Awareness. Dlm. Sham Sani (ed.). The
Encyclopedia of Malaysia – Volume I Environment. Singapore: Editions Didier Millet,
126-127.
Shahril @ Charil Marzuki. 2007. Pembetukan Sekolah Cemerlang. Jurnal Pendidikan.
Universiti Malaya. Kuala Lumpur.

Prosiding Seminar Antarabangsa Ke-6 Ekologi, Habitat Manusia & Perubahan Persekitaran di Alam Melayu

View publication stats

You might also like