You are on page 1of 18

செகாமட் மாவட்டத் தமிழ்ப்பள்ளிகளின்

தலைலமயாெிரியர் மன்றம்

MAJLIS GURU BESAR SJK ( TAMIL ) DAERAH SEGAMAT

SIGARAM 2 ( BULAN FEBRUARI )TAHUN 6


BAHASA MELAYU PEMAHAMAN ( 031 )
1 JAM 15 MINIT
Arahan:

1. Tulis nama pada petak yang disediakan.

2. Kertas soalan ini mengandungi dua bahagian, iaitu Bahagian A, dan

Bahagian B

3. Calon hendaklah menjawab kedua-dua bahagian.

4. Tiap-tiap soalan dalam Bahagian A diikuti oleh empat pilihan jawapan,iaitu


A,B,C dan D. Bagi setiap soalan, pilih satu jawapan sahaja. Hitamkan
jawapan kamu pada kertas jawapan objektif yang disediakan. Jika calon
hendak menukar jawapan, padamkan tanda yang telah dibuat. Kemudian
hitamkan jawapan yang baharu.

5. Ceraikan Bahagian B daripada kertas soalan ini.

NAMA:………………………………..
SULIT 021/031

BAHAGIAN A

(20 MARKAH)

Soalan 1hinggga 16

Isi tempat kosong dengan jawapan yang paling sesuai.

1. ‘’___________________ berjanji akan belajar dengan sungguh-sungguh,’’ kata


murid-murid kelas Tahun 5 Delima kepada Cikgu Rahmat

A. Kami C. Kalian

B. Anda D. Mereka

2. “ Tuan Puteri Mayangsari sedang berdukacita.________________ mahu


beristirahat buat sementara waktu’ sembah dayang.

A. Beta C. Tuanku
B. Patik D. Baginda

3. Novel “ Kanang Cerita Seorang Pahlawan ‘’ ____________________


perjuangan askar Melayu menentang Komunis.

A. mengisahkan C. memaklumkan
B. menerangkan D. mengkhabarkan

4. Setelah berlatih dengan tekun, Kok Leong berasa __________________


bahawa dia akan berjaya mendapat tempat pertama dalam pertandingan
syarahan itu.

A. selesa C. bangga
B. yakin D. tenteram
Soalan 5 Berdasarkan gambar dibawah ini.

5. Pak Abu sedang memasang ______________________________ kawat mata


punai disekeliling reban ayamnya.
A. secebis C. selembar
B. segelung D. serawan

6. Air sungai di belakang rumah datuk mengalir dengan _______________ setiap


kali hujan turun dengan lebat.

A. deras C. cergas
B. cepat D. pantas

7. Ramli dinaikkan pangkat oleh majikannya_____________ dia seorang pekerja


yang rajin dan gigih.

A. agar C. apabila
B. kerana D. meskipun

8. Pegawai renjer menjadi pemandu arah kepada pasukan Kembara Rimba


kerana mereka lebih mengetahui __________ hutan simpan itu.

A. Selok-belok C. simpang –siur


B. Lekak-lekuk D. semak-samun
9. Wak Kiram sedang mengajarkan seni________________ diri kepada pemuda
kampong.

A. bertahan C. pertahanan
B. menahan D. mempertahankan

10. Guru disiplin itu menjumpai beberapa ___________________ rokok di belakang


tandas lelaki.

A. pucuk C. puntung
B. butir D. potong

11. Ibu bapa yang bertanggungjawab mestilah ____________________ tentang


pergaulan anak-anak mereka.

A. Memberi jalan C. mengambil berat


B. Memberi muka D. mengambil langkah

12. Pemain terkenal itu telah ditemu ramah oleh beberapa orang
______________ akhbar tempatan.

A. Sasterawan C. wartawan
B. Jelitawan D. dermawan

13. Bilik adik ________________ dengan alat permainan yang tidak kemas.

A. calar-balar C. tunggang - langgang


B. compang –camping D. mundar-mandir

14. Abang Emran membersihkan sarang _______________ di siling ruang tamu


rumahnya dengan menggunakan penyapu.
A. lelabi C. pepijat
B. lelabah D. rerama
Pilih ayat yang sama maksud dengan ayat yang di beri.

15. Cikgu Johari mengarahkan para peserta perkhemahan supaya berbaris


dalam kumpulan masing-masing.

A. Para peserta perkhemahan berbaris dalam kumpulan masing-masing


setelah diarahkan oleh Cikgu Johari.
B. Para peserta perkhemahan diarahkan oleh Cikgu Johari supaya berbaris
dalam kumpulan masing- masing.
C. Para peserta perkhemahan Cikgu Johari diarahkan supaya berbaris
dalam kumpulan masing-masing.
D. Para peserta perkhemahan dalam kumpulan masing-masing diarahkan
oleh Cikgu Johari supaya.

16. Pilih ayat yang betul.

A. Yuran yang dikenakan untuk menyertai karnival usahawan cilik itu bukan
mahal sangat.
B. Kebanyakan peserta yang terlibat dalam karnival itu berasal daripada
Selangor.
C. Setengah peserta yang terlibat dalam karnival itu ialah murid sekolah.
D. Sila dapatkan butir-butir terperinci tentang karnival itu di pejabat kami.
Soalan 17 hingga 20

Baca petikan di bawah ini, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.

Kempen keselamatan Jalan Raya kerap kali disiarkan dalam media


massa. Namun begitu, setiap hari ada sahaja berita yang dipaparkan tentang
kemalangan jalan raya. Oleh itu, langkah berkesan harus diamabil bagi
mengelakkan kemalangan terus berlaku.
Langkah pertama, pihak berkuasa perlu mempergiat Kempen
Keselamatan Jalan Raya. Kempen ini wajar diadakan sepanjang tahun dan
bukannya pada waktu-waktu tertentu sahaja.
Selain itu, papan tanda yang memaparkan jumlah mangsa kemalangan
perlu diperbanyak di lokasi yang kerap berlakunya kemalangan. Cara ini dapat
menyedarkan orang ramai tentang risiko memandu kenderaan secara
berbahaya. Pada masa ini, hanya sebilangan kecil papan tanda tersebut yang
diletakkan di tempat-tempat strategik.
Di samping itu, pihak berkuasa perlu memperketat penguatkuasaan
undang-undang. Hukuman tegar wajar dikenakan terhadap pesalah trafik.
Antaranya termasuklah menggantung lesen memandu mereka selama
beberapa tahun.
Pihak peronda lebuh raya dan cawangan trafik Polis Diraja Malaysia pula
perlu dilengkap dengan anggota tambahan. Malahan, pengguna Jalan raya
sendiri wajar mengamalkan slogan’’ Pandu Cermat , Jiwa Selamat”.
Tanggungjawab ini hendaklah digalas dengan penuh kesedaran dan
kesungguhan. Dengan demikian, kes kemalangan jalan raya dapat
dikurangkan.
17. Apakah langkah pertama yang perlu diambil untuk mengurangkan
kemalangan jalan raya?

A.Menambah anggota polis trafik.


B. Memperketat penguatkuasaan undang-undang
C. Memperhebat Kempen Keselamatan Jalan Raya
D Menambah papan tanda dilokasi kemalangan

18. Langkah memperbanyak papan tanda yang memaparkan jumlah mangsa


kemalangan dapat …

A. mengurangkan kes kemalangan jalan raya.


B. mengingkatkan orang ramai tentang mangsa kemalangan.
C. menyedarkan orang ramai tentang Kempen Keselamatan Jalan Raya
D. menyedarkan orang ramai tentang risiko memandu kenderaan secara
berbahaya

19. Bagaimanakah cara untuk menyedarkan pesalah trafik?

A. Mengenakan hukuman tegas terhadap mereka

B. Mengamalkan slogan “Pandu Cermat, Jiwa selamat “

C. Mengadakan Kempen Kesalamatan Jalan Raya sepanjang tahun

D. Menasihati mereka supaya menggalas tanggungjawab dengan penuh


kesungguhan

20. Pilih pernyataan yang benar tentang petikan.

A. Lesen memandu pesalah trafik perlu ditarik balik.

B. Berita kemalangan jalan raya kerap dipaparkan dalam media massa.

C. Papan tanda kempen keselamatan diletakkan di tempat-tempat strategik.

D. Jumlah anggota peronda lebuh raya dan anggota polis trafik sudah

mencukupi.
செகாமட் மாவட்டத் தமிழ்ப்பள்ளிகளின்
தலைலமயாெிரியர் மன்றம்

MAJLIS GURU BESAR SJK ( TAMIL ) DAERAH SEGAMAT

SIGARAM 1 (BULAN JANUARI )

2017
BAHASA MELAYU PEMAHAMAN ( 031 )
1 JAM 15 MINIT

BAHAGIAN B

Arahan: Untuk Kegunaan Pemeriksa

Bahagian NO.SOALAN Markah


1 . Jawapan calon hendaklah ditulis pada ruang
jawapan yang disediakan dalam kertas soalan ini. 21
2 . Serahkan Bahagian B ini bersama-sama borang 22 (a)
jawapan objektif kepada pengawas peperiksaan (b)
pada akhir peperiksaan. (c)
23 (a)
(b)
(c)
24 (a)
(b)
(c)
(d)
25 (a)
(b)
(c)
(d)
Jumlah / 50

NAMA:………………………………..
Bahagian B

Soalan 21

Pilih perkataan yang paling sesuai untuk diisi pada tempat kosong dalam
petikan yang diberikan.

Ketika selagi jika sewaktu

Sekiranya hingga sungguhpun supaya

Majlis perkahwinan masyarakat Melayu cukup istimewa sekali. ________________

zaman semakin moden, namun ciri – ciri perkahwinan tradisionalnya tetap tidak

dilupakan. Kompang akan dipalu _________________ rombongan pengantin

lelaki tiba. Keadaan ini menjadikan suasana di rumah pengantin perempuan

sungguh meriah _______________ majlis itu berlangsung. Bunga telur, tepak sirih

dan sirih junjung pula masih menjadi lambang kesenian dan kebudayaan

dalam majlis perkahwinan masyarakat Melayu _______________ hari ini.

(4 markah)

Soalan 22

a) Tukar ayat aktif yang berikut kepada ayat pasif.

Ayat aktif : Hakimi memberikan hadiah itu kepada kawan baiknya.


Ayat pasif : ___________________________________________________

___________________________________________________

(2 markah)
b) Tulis dialog yang sesuai bagi watak di bawah ini.

___________________________________________________________________

___________________________________________________________________

______________________________________________________________

(2markah)

c) Soalan berikut berdasarkan gambar di bawah ini.

Nyatakan peribahasa yang sesuai berdasarkan gambar di atas.

______________________________________________________________________________

______________________________________________________________

(2markah)
Soalan 23

Baca petikan di bawah ini, kemudian jawab soalan –soalan yang berikutnya.

Kegiatan sukan dan permainan merupakan sebahagian daripada aktiviti


kokurikulum. Murid-murid digalakkan mengambil bahagian dalam kegiatan
sukan dan permainan. Perkara ini selaras dengan hasrat kerajaan yang
menggalakkan setiap murid menceburi sekurang-kurangya satu bidang sukan.

Kegiatan sukan dan permainan banyak membawa kebaikan kepada


murid. Dengan menyertai kegiatan sukan dan permainan, murid-murid dapat
mengisi masa lapang mereka dengan aktiviti yang berfaedah. Masa mereka
tidak terbuang begitu sahaja. Mereka terhindar daripada gejala sosial juga.
Keadaan ini amat melegakan golongan ibu bapa. Ibu bapa pada hari ini
terlalu sibuk bekerja untuk memenuhi tuntutan hidup. Mereka tidak mempunyai
masa yang banyak untuk mengawasi aktiviti anak-anak.

Selain itu, kegiatan sukan dan permainan membolehkan murid-murid


membakar lemak di dalam badan dan mengeluarkan peluh. Kesannya, badan
mereka menjadi sihat. Otak mereka pula cerdas. Oleh itu, mereka dapat
menerima pelajaran dengan mudah. Hal ini berbeza dengan murid yang tidak
gemar bersukan. Badan mereka akan menjadi lemah. Malah, mereka berisiko
untuk menghidap obesiti. Hal ini demikian kerana mereka kurang melakukan
aktiviti fizikal.

Seterusnya, penglibatan murid-murid dalam kegiatan sukan dan permainan


dapat mengukuhkan perpaduan. Hal ini demikian kerana murid yang
menyertai kegiatan sukan dan permainan terdiri daripada pelbagai bangsa.
Melalui kegiatan sukan dan permainan, mereka dapat berkenalan-kenalan ,
beramah mesra dan bersaing secara sihat. Hubungan yang baik ini diharapkan
akan berterusan apabila mereka dewasa kelak.
a) Kegiatan sukan dan permainan merupakan sebahagian daripada
____________________________ (1 markah)

b) Mengapakah golongan ibu bapa pada hari ini terlalu sibuk bekerja?

__________________________________________________________________________

__________________________________________________________________________

__________________________________________________________________________

______________________________________________________ (2 markah)

a) Padankan pernyataan di bawah ini berdasarkan petikan. Satu daripadanya


telah ditunjukkan sebagai contoh.

Setiap murid perlu menceburi


sekurang-kurangnya satu bidang
sukan.

Dengan menyertai aktiviti sukan dan


permainan, murid-murid dapat betul
mengisi masa lapang mereka
dengan aktiviti yang berfaedah.

salah
Murid yang gemar bersukan berisiko
menghidap obesiti

Melalui kegiatan sukan dan


permainan, murid-murid dapat
berkenalan-kenalan , beramah
mesra, dan bersaing secara sihat.

(2markah)
Soalan 24

Baca ucapan di bawah ini, kemudian jawab soalan – soalan yang berikutnya.

Selamat sejahtera saya ucapkan kepada guru-guru penolong kanan, guru–guru


dan murid – murid yang disayangi. Bersyukur kita kerana dapat bersama-sama
dalam majlis perasmian program Minggu Perpaduan pada hari ini.

Hadirin yang saya hormati,

Tujuan program ini diadakan adalah untuk memupuk semangat perpaduan


dalam kalangan murid. Selain itu, murid dapat membina ilmu dan maklumat
tentang keunikan budaya kaum lain.

Terdapat berbagai – bagai aktiviti yang akan diadakan bersempena


dengan program Minggu Perpaduan ini. Antaranya termasuklah persembahan
drama, persembahan tarian, pertandingan melukis poster, kuiz dan acara
sukaneka.

Pihak Persatuan Ibu Bapa dan Guru sekolah telah memberikan peruntukan
yang agak besar untuk program ini. Peruntukan tersebut melibatkan kos
peralatan untuk drama dan sukaneka, hadiah kepada para pemenang dan
jamuan.

Saya berharap agar murid – murid memberikan sokongan dan kerjasama


yang padu terhadap penganjuran program Minggu Perpaduan ini. Sertailah
setiap aktiviti yang dianjurkan. Semoga murid – murid beroleh manfaat
daripada program ini.

Sekian, terima kasih.


a) Perkataan peruntukan dalam petikan boleh juga digantikan dengan
perkataan
_____________________________________________________________________

(1markah)

b) Mengapakah program Minggu Perpaduan diadakan ?

___________________________________________________________________________

___________________________________________________________________________

___________________________________________________________________________

(2 markah)

c) Apakah harapan guru besar pada akhir ucapannya?

__________________________________________________________________________

__________________________________________________________________________

__________________________________________________________________________

(2markah)

d) Pada pendapat kamu, perlukah kita menjaga hubungan baik antara kaum?

Mengapa?

__________________________________________________________________________

__________________________________________________________________________

__________________________________________________________________________

______________________________________________________

(3 markah
Soalan 25

Baca pantun di bawah ini, kemudian jawab soalan – soalan yang berikutnya.

Burung – burung
bebas di angkasa
terbang ke sana ke sini tanpa gangguan
kicaumu sungguh menghiburkan
hati yang lara menjadi girang
fikiran yang kacau menjadi tenang.

Burung – burung
terbang di angkasa tinggi – tinggi
bebas mencari makanan
di alam yang terbentang luas
tiada halangan.

Namun kini
alam kian berubah
pembangunan semakin pesat
terbangmu burung bagai disekat.

a) Apakah maksud rangkap terakhir pantun di atas?

___________________________________________________________________________

_________________________________________________________________

(2markah)
b) Bagaimanakah keadaan burung sebelum pembangunan kian pesat?

_____________________________________________________________________________

_______________________________________________________________

(1markah)

c) Tandakan ( / ) bagi penyataan yang betul dan ( x ) bagi pernyataan yang


salah berdasarkan pantun tersebut.

Kicau burung Kemajuan negara

menenangkan fikiran. memudahkan burung


mencari makanan.

(1markah)

Kicaumu sungguh menghiburkan

hati yang lara menjadi girang

d) Terangkan maksud baris – baris pantun di atas.

__________________________________________________________________________

__________________________________________________________________________

___________________________________________________________

(3markah)
SKEMA JAWAPAN (SIGARAM 1)
Bahagian A
1. A
2. D
3. A
4. B
5. B
6. A
7. B
8. A
9. D
10.C
11.C
12.C
13.C
14.B
15.B
16.D
17.C
18.D
19.A
20.B

Soalan 21
Sungguhpun, ketika, sewaktu, hingga

soalan 22
a) Hadiah diberikan oleh Hakimi kepada kawan karibnya.
b) Baiklah kakah, adik akan menutup makanan dia atas meja itu dengan
tudung saji.
c) Bagai tikus membaiki labu
soalan 23
a) aktiviti kokurikulum
b) Golongan Ibu bapa pada hari ini terlalu sibuk bekerja untuk memenuhi
tuntutan hidup.
c) betul, betul, salah, betul
soalan 24

a) bajet
b) Program Minggu Perpaduan diadakan untuk memupuk semangat
perpaduan dalam kalangan murid serta membolehkan murid menimba
ilmu dan maklumat tentang keunikan budaya kaum lain.
d) Pada akhir ucapannya, guru besar berharap agar murid – murid
memberikan sokongan yang padu terhadap penganjuran program
Minggu Perpaduan dengan menyertai setiap aktiviti yang dianjurkan.
e) Pada pendapat saya, kita perlu menjaga hubungan baik antara kaum
supaya keamanan Negara terpelihara dan kestabilan ekonomi Negara
terjamin.

Soalan 25
i) a) Maksud rangkap terakhir sajak tersebut ialah pembangunan yang
semakin pesat menyukarkan burung untuk terbang bebas di udara.
b) Sebelum pembangunan kian pesat, burung terbang bebas mencari
makanan.
c) Kicau burung menenangkan fikiran. ( / )
Kemajuan negara memudahkan burung mencari makanan. ( x )
d) Maksud baris – baris sajak tersebut ialah penulis senang hati
mendengar kicau burung yang sungguh menghiburkan dan dapat
menggembirakan hati yang sedih.

You might also like