Minit Mesyuarat

You might also like

You are on page 1of 3

SPSK PK 07/3

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN DUSUN NANDING, HULU LANGAT

MINIT MESYUARAT PANITIA PENDIDIKAN ISLAM


BIL 3/TAHUN 2014

Tarikh : 22/07/2014

Masa : 11.30 pagi

Tempat : SURAU PEREMPUAN

Pengerusi : PN NOR HIDAYAH BINTI MOHAMED, KETUA PANITIA

Kehadiran(Bilangan) : 6 ORANG

Nama Yang Hadir : (LAMPIRAN)

Nama Yang Tidak Hadir : (LAMPIRAN)

Turut Hadir (Jika ada) :TIADA

1 KATA ALU-ALUAN PENGERUSI


1.1. Pengerusi memulakan mesyuarat dengan bacaan Ummul Kitab, Al-Fatihah.

1.2. Pengerusi mengalu-alukan kedatangan dan mengucapkan terima kasih atas


kehadiran ahli Panitia Pendidikan Islam.

2 MEMBACA DAN MENGESAHKAN MINIT MESYUARAT YANG LALU :


2.1. Minit Mesyuarat Kali Kedua sesi 2014 telah diteliti oleh semua ahli dan
disahkan oleh Pn Nabilah bt Sahadan dan disokong oleh Pn Rohana bt Abdul
Rashid.

3 PERKARA BERBANGKIT

3.1 Nama-nama pelajar yang lemah dan tidak boleh membaca telah dikenalpasti.

3.2 Modul Offline Perekodan Perkembangan Pembelajaran Murid boleh diisi


apabila topik telah dipelajari.

No. Keluaran Tarikh Keluaran No. Pindaan Tarikh Pindaan


02 01 NOVEMBER 2011 00
Hak Cipta Terpelihara@JPNSel.2010
4 Perkara Yang Dibincangkan

4.1 Dialog Prestasi Akademik

4.1.1 Analisa Peperiksaan Pertengahan Tahun 2014 untuk Mata Pelajaran Pendidikan
Islam mencatat peratus lulus 96.43% bagi Tingkatan 1 dan 78.95% bagi Tingkatan 2.
Tindakan: Makluman

4.1.2 Sukatan Mata Pelajaran perlu disempurnakan pada bulan September. Di antara
strategi yang boleh dilaksanakan ialah dengan melakukan latih tubi dan
pembentangan dalam kumpulan.
Tindakan: Semua Guru Pendidikan Islam dan Tasawwur Islam

4.1.3 Pendedahan terhadap format Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3) akan diadakan pada
21/8/2014 dengan mengadakan Ujian Pra-PT3 kepada pelajar Tingkatan 1 dan 2.
Tindakan: Guru Pendidikan Islam Tingkatan 1 dan 2

4.2 Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3)

4.2.1 Format soalan PT3 Mata Pelajaran Pendidikan Islam terbahagi kepada 3 bahagian
iaitu:
Bahagian A (20 markah) untuk Topik Tilawah dan Hadith,
Bahagian B (70 markah) untuk Topik Ibadah, Akidah, Akhlak dan Sirah serta
Bahagian C (10 markah) untuk Topik Ayat Hafazan dan Jawi.
Tindakan:
Makluman

4.2.2 Pelajar perlu diberikan latih tubi yang berformatkan PT3.


Tindakan: Semua Guru Pendidikan
Islam

5 Hal – hal Lain

5.1 Alat Penghawa Dingin yang terdapat di surau perlu diperbaiki memandangkan hanya
sebuah sahaja yang berfungsi.

Tindakan:Makluman

6 Penutup

6.1 Mesyuarat ditangguhkan pada Jam 2.20 petang dengan bacaan tasbih kaffarah dan Surah
Al-A’sr.

Disediakan oleh, Disemak Oleh,

…………………..........................................……… ……………………...............................……….
(WAN NOR ANISAH BT WAN ABDULLAH) (NOR HIDAYAH BT MOHAMED )

Setiausaha Pengerusi
No. Keluaran Tarikh Keluaran No. Pindaan Tarikh Pindaan
02 01 NOVEMBER 2011 00
Hak Cipta Terpelihara@JPNSel.2010
SPSK PK 07/1
PANITIA PENDIDIKAN ISLAM
SMK DUSUN NANDING
HULU LANGAT,SELANGOR.

Kepada; Tarikh : 06 / 05 /14


Guru-guru Pendidikan Islam Sesi Pagi dan Petang.
SMK Dusun Nanding.

Tuan/Puan,

NOTIS MESYUARAT PANITIA PENDIDIKAN ISLAM KALI KEDUA 2014.

Perkara di atas adalah dirujuk.

2. Sukacita dimaklumkan bahawa mesyuarat tersebut akan diadakan seperti ketetapan


berikut;
Tarikh : 09/ 05 / 14
Hari : Jumaat
Masa : 12.45 tgh
Tempat : Surau Perempuan
Pengerusi : Ketua Panitia.

3. Agenda mesyuarat adalah seperti berikut:

3.1. Ucapan Pengerusi


3.2 Membaca dan mengesahkan minit mesyuarat yang lalu.
3.3 Perkara berbangkit
3.4 Perkara-perkara yang dibincangkan
- Dialog Prestasi Akademik
- Panduan Perkembangan Pembelajaran Murid
- Pentaksiran T3
3.5 Hal-hal lain.

Kehadiran dan kerjasama tuan /puan diucapkan terima kasih.

Sekian.

Saya yang menurut perintah,

...........................................
Pn Nor Hidayah bt Mohamed.

No. Keluaran Tarikh Keluaran No. Pindaan Tarikh Pindaan


02 01 NOVEMBER 2011 00
Hak Cipta Terpelihara@JPNSel.2010

You might also like