You are on page 1of 12

KOD : AJ10203

NAMA KURSUS : SEJARAH SABAH DAN SARAWAK

NAMA PENSYARAH :

PROF MADYA BILCHER BALA

NAMA TUTOR :

ENCIK AMRULLAH MARAINING

NO. SOALAN : 2

TAJUK : PERIHALKAN PENJAJAHAN KAPTEN JAMES BROOKE UNTUK MENGASASKAN


PEMERINTAHAN DINASTI SARAWAK PADA TAHUN 1842

NAMA PELAJAR NO. MATRIK TANDATANGAN


SUHARMIN BIN SAMBUR BA17110116
PENGENALAN

Sarawak merupakan salah satu negeri yang terdapat di dalam Malaysia. Sebelum
pembentukan Malaysia, Sarawak bebas dari kolonial British pada 22 Julai 1963.
Sarawak secara rasminya masuk dalam pembentukan Malaysia pada tanggal 16 Mei
1969. Jumlah keluasan negeri Sarawak ialah 48, 250 batu persegi, dan meliputi
sebahagian besar daripada kawasan pantai di barat laut borneo 1 . Sebelum nama
Sarawak, negeri sarawak dikenali sebagai Kuching. Kuching berasal daripada
perkataan lama iaitu “cochin” yang bermaksud pelabuhan2. Dari segi geografi, Sarawak
atau “bumi kenyalang” mempunyai kawasan tanah pamah yang luas dan pantai yang
berteluk-teluk. Pingir pantainya sepanjang 450 batu bersempadankan Laut China
Selatan 3 . Iklim di Sarawak lebih lembab berbanding di Sabah. Sarawak telah
dibahagikan kepada 12 bahagian, antaranya Sibu, Miri, Mukah, Bintulu, dan ibu
pentadbiran negeri Sarawak ialah Kuching.

Dipercayai bahawa telah ada manusia zaman batu yang mendiami Sarawak
berdasarkan bukti kewujudan yang dikenalpasti di tapak Gua Nia dan gunung Subis
yang berusia 40 000 tahun lalu. Sarawak mempunyai masyarakat yang pelbagai etnik
dan jumlah penduduk yang paling ramai di antara negeri di Malaysia. Sebanyak 27
etnik besar yang dicatatkan setakat ini dan antaranya ialah penduduk pribumi seperti
kaum Iban, Bidayuh, Melanau, Kayan, Kelabit, Penan dan banyak lagi kumpulan kaum
lain yang mendiami negeri Sarawak. Etnik-etnik ini mempunyai bahasa, kebudayaan,
dan cara kehidupan yang tersendiri mengikut kumpulan masing-masing. Selain itu,
etnik-etnik ini telah terbahagi mengikut kawasan penempatan seperti lembah sungai,
persisiran pantai, kawasan tanah tinggi dan daerah pendalaman.

Sebelum kedatangan James brooke ke Sarawak, Sarawak adalah sebahagian


daripada kesultanan Brunei dan pentadbirannya dijalankan oleh seorang pembesar
yang dilantik oleh Sultan Brunei4. Sarawak juga pernah dikuasai oleh kerajaan Srivijaya
dan diganti oleh kerajaan Majapahit pada kurun ke-13.

1 Mazlan Abdullah, Sejarah malaysia timur, Kuala Lumpur: Utusan Publications & Distributions, 1978, hlm
3

2 Elizabeth Pollard, Kuching 1839 -1868: James Brooke, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 1997,
hlm 3

3 Mazlan Abdullah, op.cit, halaman 3

4 Asmad, Sarawak, Melaka: Associated Educational Distributors (M)Sdn. Bhd., 1987, hlm 15
Kapten James Brooke

James Brooke merupakan Rajah pertama di kalangan keluarga Brooke yang


mentadbir negeri Sarawak. James Brooke telah dilahirkan Benares, India pada 29 april
1803. Ayah kapten James Brooke ialah Thomas Brooke manakala ibunya ialah Anna
Maria Stuart. Ayahnya seorang hakim yang berkhidmat dengan Syarikat Hindia Timur
Inggeris di India. James Brooke mempunyai enam orang adik beradik dan beliau
merupakan anak kedua. Ketika umurnya meningkat dewasa, dia telah dihantar ke
England untuk bersekolah di Norwich Grammar School. Namun, beliau tidak berminat
dalam pembelajarannya. Oleh itu, ketika umurnya 16 tahun beliau menjadi seorang
askar Syarikat Hindia Timur Inggeris di India pada tahun 1819 mengikuti jejak langkah
ayahnya, Thomas Brooke5.

Ketika perkhidmatannya dalam SHTI, beliau pernah berperang dalam perang


inggeris-burma (1824-1826) tetapi malangnya dia telah mendapat cedera parah dalam
tahun 1825. Setelah beliau mengalami cedera parah, beliau terpaksa balik ke England
untuk mendapatkan rawatan. Setelah pulih dari rawatan, James Brooke balik semula ke
India pada tahun 1829, namun kapalnya terkandas di Madras dan beliau tidak sempat
tiba di Calcutta sebelum cuti panjangnya. Oleh itu, beliau telah berselisih faham dengan
SHTI dan meletakkan jawatan beliau.

Setelah meletakkan jawatan, beliau menumpukan minatnya untuk mengembara


mengelilingi dunia. James Brooke telah melawat beberapa buah negeri di laut-laut
timur dalam pelayarannya ke negara China6. Beliau juga pernah melawat negeri-negeri
selat pada tahun 1830-1831 dan datang semula ke timur sebelum menjejakkan kaki ke
Sarawak. Sepanjang pengembaraannya, beliau amat tertarik dengan alam melayu.
Pada tahun 1834, beliau sekali lagi pergi ke alam melayu atas sebab perdagangan
menggunakan kapal perdagangan. Namun, perdagangan yang telah dijalankan tidak
begitu menguntungkan beliau. Apabila ayahnya meninggal dunia pada tahun 1835, dia
mewarisi harta ayahnya. Oleh itu, beliau telah menggunakan duit tersebut untuk
membeli sebuah kapal dengan tujuan untuk mengembara seluruh dunia. Di sinilah titik
permulaan kapten James Brooke mengasaskan dinasti pemerintahan di Sarawak.

5 Mazlan Abdullah, Sejarah Malaysia Timur, Kuala Lumpur: Utusan Publications & Distributors, 1978, hlm
31

6 Ibid, hlm 32
PERMULAAN PENGEMBARAAN KAPTEN JAMES BROOKE KE SARAWAK

Permulaan pengembaraan James Brooke ke Borneo setelah beliau meletakkan


jawatannya dalam Syarikat Hindia Timur Inggeris dan setelah bersara beliau tertarik
untuk membuat kajian saintifik dan mengembara. Beliau telah membeli sebuah kapal
layar lengkap dengan senjata yang diberi nama Royalist. Pada akhir tahun 1838, James
Brooke meningalkan England untuk untuk membuat penyelidikan sains di Borneo Utara
dan Sulawesi. Kapten James Brooke tiba di singapura pada tahun 1839 dan beliau
diminta untuk ke Kuching atas permintaan Gabenor George Bonham untuk
mengucapkan terima kasih sebagai tanda penghargaan kepada Pangiran Muda
Hashim. Hal ini disebabkan, Pangiran Muda Hashim telah membantu sebuah kapal
British yang mengalami masalah tidak jauh dari pantai Sarawak. Oleh itu, Gabenor
George Bonham telah memberikan sedikit penghargaan kerana terhutang budi dengan
Pangiran Muda Hashim dan sementara itu Kapten James Brooke sedang bersiap untuk
ke Pulau Borneo.

Rancangan asal James Brooke ialah untuk menyiasat Borneo daripada Teluk
Marudu, tetapi beliau telah menukarkan rancangan dan terus belayar ke Brunei.
Permintaan Gabenor Negeri-negeri selat iaitu George Bonham dipenuhi oleh James
Brooke dan beliau memulakan pengembaraan pada 27 Julai 1839 dan tiba di Sarawak
pada 15 Ogos 1839. Kedatangan Kapten James Brooke pada masa itu bertepatan
dengan pemberontakan yang berlaku di Sarawak. Pangiran Muda Hashim
memaklumkan kepada James Brooke tentang kekacauan yang berlaku di Kuching
disebabkan pengikut-pengikut Datu Patinggi Ali tidak puas hati dengan orang-orang
besar Brunei. Pengikut-pengikut Datu Patinggi Ali memberontak kerana dasar
pemerintahan yang dilaksanakan membebankan penduduk dan kuasa mereka
terhadap kawasan taklukan juga turut hilang. Pangiran Muda Hashim meminta James
Brooke untuk tinggal di Sarawak untuk beberapa waktu sebagai demonstrasi kekuatan
kepada pemberontak-pemberontak sehingga hujung bulan September. Setelah hujung
bulan September tiba, Kapten James telah berhasrat untuk meningalkan Sarawak
setelah sebulan menjadi Tamu kepada Pangeran Muda Hashim. Walaupun sebulan
James Brooke mendiami negeri Sarawak, pemberontakan masih berlaku di negeri
tersebut. Pangeran Muda Hasyim cuba memujuk James Brooke untuk tinggal lebih
lama tetapi beliau enggan kerana ingin meneruskan penyiasatannya di selatan
Sulawesi.

PENGLIBATAN KAPTEN JAMES BROOKE KEATAS SARAWAK

Pangiran Muda Hashim meminta Kapten James Brooke untuk datang semula ke
Sarawak memandang pemberontakan Datu Patinggi Ali dan pengikutnya masih belum
redah. Brooke kembali ke Sarawak pada bulan Ogos 1839 atas permintaan pembesar
yang dilantik oleh Sultan Brunei iaitu Pangiran Muda Hashim untuk menyelesaikan
kekacauan yang berlaku. Namun, niat James Brooke hanya untuk mengucapkan
selamat tinggal kerana beliau ingin meneruskan pengembaraannya. Pembesar Brunei
itu telah merayu dengan menawarkan Sarawak kepada James Brooke, tetapi beliau
menolaknya pada kali pertama tetapi menerimanya pada tawaran kali kedua. Pangiran
Muda Hashim berjanji untuk melantik Kapten James Brooke sebagai Residen Sarawak.

Kapten James Brooke menyelesaikan pemberontakan itu dengan cara berperang


dengan pemberontak yang mecetuskan kekacauan. Pertempuran berlaku sebanyak
dua kali antara James Brooke dan pemberontak. Petempuran pertama, James Brooke
telah membawa askarnya dari kapal Royalist yang dilengkapi dengan senjata meriam
dan dibantu oleh orang-orang Pangiran Muda Hashim yang terdiri daripada orang
Melayu, Dayak dan Cina lalu pergi bertempur dengan Datu Patinggi Ali yang terdiri
daripada orang Melayu, Cina dan Bidayu. Pertempuran itu berlaku di Lidah Tanah dan
berakhir dengan kekalahan Kapten James Brooke akibat kurang persediaan untuk
bertempur dalam peperangan tersebut.

Setelah pasukan James Brooke kalah dalam pertempuran pertama, beliau


melancarkan lagi serangan kali kedua pada 20 Disember 1840. Serangan kali kedua ini
berlaku di Sekudis. Pertempuran ini menyebabkan Orang-orang Datu Patinggi Ali
mengaku kalah kepada James Brooke. Kedua-dua pasukan ini berdamai dan
ketua-ketua Melayu, Cina dan Bidayuh dan meminta James Brooke untuk menjadi Raja
Sarawak. Hal ini disebabkan, mereka tidak tahan dengan kezaliman dan paksaan yang
dilakukan oleh pembesar-pembesar Brunei terhadap masyarakat pada waktu itu.
Mereka juga mendesak agar pembesar Brunei terutamanya Pangeran Mahkota
disingkirkan dari Sarawak kerana sering mendesak mereka untuk bertungkus lumus
membuka lombong-lombong untuk mencari batu perak. Jika, permintaan mereka
dituruti, mereka akan menamatkan pemberontakan tersebut. Namun, permintaan ini
telah ditolak oleh James Brooke menganggap orang-orang Brunei merupakan pengikut
yang setia kepada James Brooke dan boleh membantunya dalam pentadbiran di
Sarawak.

KAPTEN JAMES BROOKE SEBAGAI RAJAH SARAWAK

Kapten Brooke telah berjaya membantu Pangiran Muda Hashim untuk


menyelesaikan masalah yang berlaku di Sarawak. Kapten James Brooke telah meminta
Pangeran Muda Hashim menepati janji untuk memberikan daerah Seniawan dan
Kuching sekaligus menganugerahkan beliau gelaran sebagai Raja Sarawak. Namun
Pangiran Muda Hashim sengaja menanguhkan pelantikan tersebut kerana berasa
curiga dengan James Brooke kerana melihat keakraban beliau dengan Datuk Patinggi
Ali. Manakala Pangeran Mahkota pula risau dengan James Brooke jika beliau dapat
menguasai sepenuhnya kawasan yang dipegang oleh Pangeran Mahkota. Kapten
James Brooke berasa marah dengan tindakan Pangeran Muda Hashim dengan
Pangeran Mahkota lalu memaksa pembesar Brunei itu untuk mengiktirafnya. Beliau
telah memaksa dan membuat ugutan dengan mengepung tempat kediaman Pangiran
Hashim. Setelah itu, barulah beliau dilantik sebagai Residen Sarawak setelah mengugut
akan membedil bandar Brunei dengan Kapal Royalist dan kapal Swift milik beliau.
James Brooke menggunakan peluang-peluang yang ada agar peluangnya untuk
menguasai Sarawak terbuka.

Pada bulan Februari 1841, James Brooke telah dilantik sebagai Residen Sarawak
oleh Raja Muda Hashim. Namun pada ketika ini, Sarawak tidak diserahkan sepenuhnya
kepada James Brooke. Oleh itu, Brooke telah berazam untuk menjadikan Sarawak
menjadi hak milik sepenuhnya. Satu peristiwa di mana berlaku satu percubaan untuk
meracun jurubahasa James Brooke oleh orang suruhan Pangeran Mahkota. James
Brooke telah mengetahui tentang hal ini dan mengambil keputusan untuk mengusir
Pangeran Mahkota dari negeri Sarawak. Hal ini telah membuatkan Pangeran Muda
Hashim berada dalam ketakutan. James Brooke sekali lagi mengugut Pangeran Muda
Hashim untuk memberikan kuasa sepenuhnya ke atas Sarawak. Daripada
peristiwa-peristiwa tersebut, niat sebenar James Brooke bukan untuk membantu
Pangeran Muda Hashim namun sebaliknya beliau ingin memerintah negeri Sarawak.
Beliau bijak menggunakan peluang yang ada dimana beliau mengugut Pangeran Muda
Hashim ketika Pangeran berada dalam kecemasan. Jesteru, negeri sarawak telah jatuh
kepada orang perseorang inggeris iaitu Kapten James Brooke.
24 September 1841 merupakan tarikh dimana Kapten James Brooke diberi Gelaran
sebagai Raja Sarawak di sebuah kawasan lapang di bandar Kuching yang bertaraf
Gabenor. Daerah Seniawan dan Kuching merupakan daerah yang diberi sepenuhnya
kepada James Brooke untuk mentadbir kawasan tersebut. Pengiktirafan tersebut
dihadiri sendiri oleh Pangeran Muda Hashim dan penduduk daerah Kuching pada ketika
itu di sebuah tanah lapang di bandar Kuching . Pangeran Muda Hashim telah
mengisytiharkan sendiri bahawa James Brooke sebagai Raja Sarawak sekaligus mejadi
Raja pertama untuk negeri Sarawak. Pangeran Muda Hashim juga telah menyerahkan
surat perjanjian kepada Brooke mengenai pertukaran pemerintahan kepadanya. Surat
perjanjian tersebut mengandungi kenyataan bahawa James Brooke diberikan
tanggungjawab sepenuhnya untuk mentadbir kawasan Sarawak yang telah
diamanahkan oleh Pangeran Muda Hashim asalkan memberi kebaikan kepada
Sarawak. Pada awalnya, kawasan pemerintahan James Brooke hanyalah berkeluasan
lebih kurang 3000 batu persegi. Kawasan ini meliputi sempadan di sebelah pantai laut
dari Tanjung Datu sampai ke sungai Samarahan termasuk sungai Sarawak dan Sungai
Lundu. James Brooke telah berikhtiar untuk mengukuhkan kedudukan Pangeran Muda
Hashim dan Pangiran Badaruddin kerana mereka merupakan penyokong kuatnya.

Pada awal tahun 1842, James Brooke membuat sebuah undang-undang yang
mempunyai 8 fasal. Peraturan ini dibuat selepas Kapten James Brooke menubuhkan
satu Mahkamah Keadilan, dengan bantuan Pangeran Muda Hashim. Antara fasal dalam
undang-undang tersebut ialah kesalahan dan jenayah kejam yang dibuat akan
dihukum mengikut undang-undang bertulis borneo dan tiada manusia melakukan
kesalahan akan terlepas, jika selepas siasatan adil dia didapati bersalah. Selain itu,
cukai akan ditetapkan, supaya setiap orang perlu mengetahui berapa sumbangan yang
perlu dibayar tiap-tiap tahun untuk menyokong kerajaan. Undang-undang ini dianggap
adil kerana semua orang, sama ada orang Melayu, Cina atau Dayak akan dibenarkan
berdagang atau bekerja mengikut keselesaan mereka dan menyimpan keuntungan
mereka. Masyarakat Sarawak pada ketika itu diwajibkan berpegang kepada
undang-undang yang telah dikuatkuasakan. Tujuan beliau untuk mengadakan
undang-undang tersebut adalah untuk memberi keadilan yang sama rata kepada
semua orang. Selain itu, beliau juga ingin mengalakkan perkembangan perdagangan di
Sarawak. Hal ini disebabkan, sebelum kedatangan beliau ke Sarawak, ekonomi di
Sarawak pada ketika itu agak mundur dan hanya orang berpengaruh sahaja yang
mengaut keuntungan. Oleh itu, ekonomi Sarawak perlu dibangunkan agar James
Brooke dapat mengukuhkan negeri Sarawak.

PENGUASAAN SEPENUHNYA SARAWAK OLEH KELUARGA BROOKE

James Brooke telah mengambil beberapa langkah dan mengukuhkan


kekuasaannya di Sarawak. Beliau berbaik-baik dengan kumpulan pemberontak yang
dipimpin oleh Datu Patinggi Ali dan Pangeran Mat Usin. Hal ini dapat membantu beliau
meraih sokongan penduduk tempatan dan memudahkan pemerintahannya. Brooke
telah memberikan jawatan penting kepada para pembesar Melayu Sarawak. Walaupun
James Brooke telah mengukuhkan kedudukannya dengan berbaik-baik dengan
penduduk Sarawak, namun masih ada pemberontakan yang mengugat kedudukan
Raja Brooke. Oleh itu, langkah yang diambil oleh Raja Sarawak ialah menghapuskan
pemberontakan tersebut dari terus berleluasa. Antara pemberontakan terawal ialah
pemberontakan Linggir dan Syarif Sahap .

Pemborantakan Linggir berlaku disebabkan konsep rumah terbuka yang dibuat


oleh James Brooke. Linggir merupakan ketua orang Iban Saribas dan berniat untuk
membunuh James Brooke dengan cara memenggal kepala beliau dan memasukkan ke
dalam bakul. Namun, Brooke dapat merasakan niat jahat Linggir dan kumpulannya lalu
memanggil Datu Temenggung dan Datu Syahbandar bersama tentera bersenjatanya.
Melihat kedatangan orang-orang Brooke, Linggir bersama kumpulannya membatalkan
hasrat dan berlalu pergi meninggalkan Brooke di istananya.

Peristiwa pemberontakan Syarif Sahap pula berlaku disebabkan Ketua di Sadung


mengalakkan pengikutnya merompak di laut. Barang-barang rompakan itu akan
diberikan kepada Syarif Sahap dan Syarif Mular yang memerintah yang menjadi ketua
di Sadung dan Sekrang. Pada tahun 1842, Syarif Sahap telah mengancam hendak
datang menyerang ke Kuching dengan satu angkatan perang yang terdiri daripada
Orang Iban dari Saribas dan Sekrang. Apabila khabar angin sampai kepada James
Brooke, beliau telah mempersiapkan kubu pertahanan di Kuching. Namun, serangan
Syarif Sahap hanyalah sebuah isu fakta dan belum cukup sumber tentang
kesahihannya.

Pemberontakan yang telah berlaku telah menyebabkan James Brooke ingin


berkuasa penuh terhadap Sarawak. Oleh itu, peristiwa Linggir dan Syarif Sahap
membawa kepada pengesahan kuasa James Brooke ke atas Sarawak oleh Sultan
Brunei. Kapten Brooke merasakan dirinya hanya bertaraf Gabenor dan menyusahkan
beliau berkuasa penuh terhadap negeri Sarawak. Beliau masih terikat dengan surat
perjanjian yang dibuat dengan Pangeran Muda Hashim pada tahun 1841. Negeri
Sarawak pada ketika itu juga masih di bawah kuasa Sultan Brunei. Pada 14 Julai 1942,
Brooke telah bertolak ke Brunei untuk mendapatkan pengesahan daripada Sultan
Brunei mengenai kuasanya di Sarawak.

Hasil rundingan yang telah dibuat dengan Sultan Umar Ali Saifuddin II, Sultan
Brunei telah membuahkan hasil kepada James Brooke. 1 Ogos 1841, Sultan Brunei
telah membuat satu perjanjian dengan James Brooke yang menyebut tentang
penyerahan negeri Sarawak kepada James Brooke. Surat ini merupakan perjanjian
yang harus diakui oleh James Brooke dan Sultan Brunei. Negeri Sarawak diberikan
sepenuhnya kepada beliau dan segala cukai hasil di negeri itu menjadi milik James
Brooke. Namun, James Brooke perlu membayar $2,500 kepada Sultan Brunei tiap-tiap
tahun. Setelah kedua-dua pihak berpuas hati dengan perjanjian yang dibuat, James
Brooke pun kembali ke Sarawak dan membawa surat perjanjian tersebut.

Perhimpunan ramai rakyat Sarawak telah diadakan di Kuching, Sarawak pada 18


Ogos 1842. Perhimpuanan ini dihadirii oleh Pangeran Muda Hashim, adik-beradiknya
serta ketua-ketua orang Melayu Sarawak. James Brooke telah membaca surat yang
diutus oleh Sultan Brunei dihadapan penduduk Sarawak. Setelah James Brooke
membacakan surat tersebut, Pangeran Muda Hashim naik ke atas pentas lalu
mengumumkan secara rasmi tentang pelantikan Brooke. Pelantikan James Brooke
segai Raja Sarawak tidak dibangkang oleh Datu Patinggi Ali dan ketua-ketua orang
melayu yang hadir ketika itu termasuklah Pangeran Mahkota. Era pemerintahan
keluarga Brooke telah pun bermula dan bertapak di negeri Sarawak. James Brooke
telah menetapkan pemerintahannya di Sarawak iaitu memperbetulkan pemerintahan di
Sarawak dan menyelamatkan Sarawak dari ancaman lanun.

Pentadbiran James Brooke di Sarawak

James Brooke merupakan Raja pertama untuk negeri Sarawak dan merupakan
orang perseorangan pihak inggeris yang berjaya mengasaskan dinasti Brooke. Beliau
telah mentadbir negeri Sarawak selama 27 tahun dari tahun 1841 hingga 1868. Hasil
pemerintahan beliau telah meninggalkan banyak kesan ke atas Sarawak. Menjelang
tahun 1842 satu peraturan pelan kasar diwujudkan di Kuching7. James Brooke telah
menghantar satu surat ke England bertujuan untuk menunjukkan minatnya untuk
mentadbir negeri Sarawak. Beliau telah berjaya memulakan satu pentadbiran yang
adil. Undang-undang yang dibuat oleh Brooke dicetak di Singapura dan diterjemahkan
dalam bahasa melayu.8

Tahun-tahun awal pentadbiran Brooke agak susah baginya. Hal ini kerana, James
Brooke kurang bergaul dengan rakyatnya kerana terlalu sibuk dengan
pemerintahannya. James Brooke mengambil langkah yang bijak dengan melantik
semua ketiga-tiga Datu melayu Sarawak untuk menjadi ketua masyarakat Melayu di
Kuching. Mereka ini menjadiorang tengah antara rakyat dengan pemerintah. Ramai
penduduk di Sarawak berpindah ke bandar kerana merasakan pemerintahan Brooke
dapat membantu mereka meningkatkan taraf hidup sosial. James Brooke mula bergaul
dngan penduduk dan mengalakkan penduduk untuk berhijrah ke tempat pemerintahan
di Kuching Sarawak.

Raja Putih yang pertama, Sir James Brooke telah meninggal dunia pada 11 Jun
1868. Beliau telah memberikan negeri Sarawak kepada anak Saudaranya iaitu Charles
Brooke memandangkan beliau tiada waris untuk menduduki taktha Raja Sarawak.
Apabila berita kematiannya diterima di Kuching, penduduk negeri Sarawak bersedih
kerana banyak jasa yang Brooke tinggalkan di negeri Sarawak. Charles Brooke telah
mengumumkan kematian ayah saudaranya di satu perhimpunan rakyat dan beberapa
hari selepas itu, dia isytiharkan dirinya sebagai Raja Putih kedua Sarawak.9

Kesimpulan

Sebelum Sarawak diperintah oleh dinasti Brooke, Sarawak dulunya adalah di


bawah pemerintahan kesultanan Brunei dan pentadbirannya dijalankan oleh seorang
pembesar yang dilantik oleh Sultan Brunei. Kedatangan James Brooke ke Sarawak
adalah disebabkan oleh masyarakat Sarawak itu sendiri yang melakukan
pemberontakan ke atas pemerintah mereka yang menyebabkan keadaan menjadi

7 Elizabeth Pollard, Kuching 1839 -1868: James Brooke, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 1997,
hlm 5

8 Ibid,

9 Ibid,
huru-hara di Sarawak. Kapten Brooke telah berjaya membantu Pangiran Muda Hashim
untuk menyelesaikan masalah yang berlaku di Sarawak James Brooke sebagai
pengaman masalah tersebut telah membawa kepada pentadbiran Dinasti Brooke di
Sarawak. Hak ini disebabkan janji manis yang harus ditunaikan oleh Pangiran Muda
Hashim untuk memberikan Sarawak kepadanya dan melantiknya sebagai Gabenor.

Pada 24 September 1841 merupakan tarikh penting buat Sarawak kerana Raja
Pertama mereka iaitu Kapten James Brooke diberi Gelaran sebagai Raja Sarawak di
sebuah kawasan lapang di bandar Kuching yang bertaraf Gabenor. Perlantikan James
Brooke telah menukarkan pemerintahan Sarawak. Namun, James Brooke mahu
berkuasa penuh terhadap keseluruhan negeri Sarawak. Oleh itu, beliau sentiasa
mencari peluang untuk menguasai Sarawak dengan menjadikan pemberontakan yang
dibuat oleh penduduk Sarawak sebagai alasan beliau untuk berunding dengan Sultan
Brunei. Oleh hal yang demikian, rundingan James Brooke di Brunei menyebabkan
James Brooke mendapat pengiktirafan daripada Sultan Brunei sebagai Raja Sarawak.

Dapat dirumuskan bahawa, James Brooke merupakan permulaan kepada keluarga


Brooke atau lebih dikenali sebagai Three White Rajah dalam mentadbir Sarawak.
Pemerintahan keluarga Brooke bertahan selama 105 tahun dan bermula dari tahun
1841 hingga 1946. Brooke telah banyak berjasa kepada Sarawak dan dilihat sebagai
pemerintah yang adil kerana menggunakan istilah sama rata. Pemerintahan Brooke
telah banyak megubah negeri Sarawak dari segi pentadbiran, ekonomi dan sosial.
Beliau meninggal dunia pada 11 Jun 1868 dan telah diganti oleh anak saudaranya iaitu
Charles Brooke. Pemerintahan Brooke masih meninggalkan banyak sejarah kepada
Sarawak sehinggalah selepas perang dunia, keluarga Brooke terpaksa menyerahkan
Sarawak kepada British dan mengakhiri pemerintahan Raja putih di Sarawak. Charles
Vyner Brooke merupakan Raja Sarawak terakhir dalam era pemerintahan keluarga
mereka di Sarawak.

Rujukan

A.M. Cooper. (1968). Men of Sarawak. Kuala Lumpur: Oxford University Press.

Asmad (1987). Sarawak. Melaka, Malaysia: Associated Educational Distributors (M)


Sdn. Bhd.
Elizabeth Pollard. (1997). Kuching 1839-1970. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan
Pustaka.

Graham Saunders. (1992) Bishop and Brookes: The Anglican Mission and the Brooke
Raj in Sarawak 1841-1941. New York: Oxford University Press.

Joan Rawlins. (1965) Sarawak. London: Macmillan and Company Limited.

Mazlan Abdullah. (1978) Sejarah Malaysia Timur. Kuala Lumpur: Utusan Publications
and Distributors Sdn Bhd.

Mohd. Isa Othman. (2002) Sejarah Malaysia(1800-1963). Kuala Lumpur: Utusan


Publications and Distributors Sdn Bhd.

Robert Pringle. (1970) Rajah and Rebels: The Ibans of Sarawak under Brooke Rule,
1841-1941. London: Macmillan and Company Limited.

S. Baring-Gould, M. A. and C. A. Bampfylde, F.R.G.S. (2007). A History of Sawarak


Under its Two White Rajahs 1839-1908. Kuala Lumpur: S.A Majeed & Co Sdn Bhd.

Steven Runciman. (2007). The White Rajahs. Kuala Lumpur: Cambridge University
Press.

Vernon Mullen. (1967). The Story of Sarawak. London: Oxford University Press in
Association with borneo Literature Bureau.

You might also like