You are on page 1of 1

PENGENALAN BUAH NANAS

Nanas (Ananas comosus) sejenis tanaman yang dipercayai berasal


dari Bahagian Timur Amerika Selatan. Ia perkenalkan di Tanah Melayu
pada abad ke 16 oleh orang-orang Portugis. Selaras dengan perkem-
bangan tanaman getah, pada tahun 1921, nanas mula ditanam di Sin-
gapura, Johor dan Selangor sebagai tanaman kontan.

Nanas merupakan tanaman tropika dari kumpulan bromeliad (Famili


Bromeliaceae), tumbuhan yang rendah saka bak herba (herbaceous
perennial). Tumbuhan yang dianggap unggul ini mempunyai buah ber-
bentuk silinder atau bujur. Kulitnya keras, berlilin terdiri daripada mata/
bebuah heksagon yang tersusun secara berpilin (berpusing-pusing).
Buah yang masak warnanya kuning, oren atau kemerah-merahan.

Pokok nanas tumbuh di atas tanah yang dikelilingi daun berbentuk


roset berlilin yang panjang berduri pada sisi dan hujung daun. Pokok ini
biasanya dibiakkan dari jambul (tumbuh pada bahagian atas buah) atau
keratin (tunas sisi). Nanas tumbuh di atas tanah rendah tropika dan
secara relatifnya tahan terhadap kemarau. Tumbuhan ini juga hidup
subur di tanah lom berpasir yang mempunyai saliran yang baik dan
mempunyai pH 4.6-6.5.

Buah nanas mempunyai kandungan Vitamin C yang tinggi yang


amat diperlukan untuk kesihatan dalam membantu menyembuhkan
luka/cedera di samping penyerapan zat besi ke dalam salur darah.
Kandungan Vitamin B di dalam buah nanas terutamanya B1
(thiamin) berfungsi dalam membantu proses penghadaman dan
melicinkan proses pencernaan dalam usus manakala Vitamin B3
(niacin) bersama kandungan karbohidratnya dapat mengawal sistem
penghadaman agar sentiasa sihat. Kandungan potassium bersama-
sama sodium di dalam buah nanas dapat mengawal imbangan air
tubuh manusia.

Buah nanas juga mengandungi sejenis enzim yang snagat berguna


di dalam sektor perubatan iaitu enzim Bromelin di mana ianya
digunakan dalam meluas semasa pembedahan di dalam mengawal
pembengkakkan, jangkitan dan menghalang berlakunya pembekuan
darah.
Disedia dan diterbitkan oleh:
LEMBAGA PERINDUSTRIAN NANAS MALAYSIA
No. 5, Wisma Nanas, Jalan Padi Mahsuri,
Bandar Baru UDA, 81200 Johor Bahru, Johor.
Tel: 07-2361211/ Faks: 07-2365451
Website: www.mpib.gov.my

You might also like