You are on page 1of 1

Rosmi Binti Rosani,

Kampung Santubong
93050 Kuching, Sarawak.
______________________________________________________________________________

Pengerusi,
Pusat Pemulihan Dalam Komuniti,
Wawasan Harapan Kampung Buntal,
No. 289 Kampung Buntal,
Jalan Sultan Tengah,
93050 Kuching, Sarawak. 6 Disember 2018

Tuan,

PERMOHONAN PERLETAKAN JAWATAN

Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

2. Saya Rosmi Binti Rosani bertugas sebagai bendahari ingin memaklumkan kepada pihak
Tuan tentang memohon perletakan jawatan saya.

3. Untuk makluman pihak Tuan, saya memilih untuk memohon perletakan jawatan sebagai
bendahari ini adalah disebabkan saya kini telah dilantik jawatan yang sama di organisasi lain.
Lebih mengukuhkan lagi kerana jawatan ini melibatkan pengurusan kewangan yang banyak dan
rapi tambahan dengan komitmen keluarga yang amat memerlukan perhatian.

4. Saya juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak Tuan kerana telah
banyak memberi tunjuk ajar dan kepercayaan kepada saya ketika melaksanakan tugas.

Sekian terima kasih.

Yang benar,

……………………….
( ROSMI BINTI ROSANI )

Salinan Kepada;
1. Fail Pengurusan PPDK
2. Penyelia PPDK

You might also like