You are on page 1of 5

PENGHURAIAN KERJA KHUSUS

SKIM PERKHIDMATAN JURUTERA

GRED J54

PUSAT
JABATAN PEMBANGUNAN
TANGGUNGJAWAB
UNIT KEJURUTERAAN AWAM / UNIT MEKANIKAL / UNIT ELEKTRIKAL / UNIT
UNIT/BAHAGIAN
PENGURUSAN PROJEK

AKAUNTABILITI
1. NAIB CANSELOR
(PEGAWAI PENYELIA)
Bertanggungjawab memberi arahan kepada J41, J44, J48, J52 dan
melaksanakan arahan Naib Canselor dalam kerja-kerja berkaitan pentadbiran,
RINGKASAN TUGAS
kejuruteraan awam, mekanikal, elektrikal, pengurusan fasiliti bangunan dan
pemantauan projek-projek pembinaan.
SKOP FUNGSI/ SENARAI
TUGAS/ BIDANG a) Menjalankan tugas dan tanggungjawab sebagai Pegawai Penguasa (Superintending
Officer atau S.O) dalam pentadbiran kontrak.
TANGGUNGJAWAB
b) Menyemak dan mengemukakan permohonan perancangan dan pembangunan projek-
KHUSUS projek fizikal dan penyelenggaraan serta perkhidmatan Jabatan kepada Naib Canselor
untuk kelulusan.
c) Memantau dan melaksanakan tugas sebagai pihak pengurusan dalam pelaksanaan MS
ISO 9001 untuk universiti.
d) Menyelaraskan dasar pembangunan universiti dalam semua aspek aktiviti selaras
dengan arahan kementerian/ menteri.
e) Merancang dan menyelaras semua perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan.
f) Merancang dan menyemak keperluan kewangan berkaitan aktiviti jabatan.
g) Menilai, merancang dan melaksana aktiviti peningkatan mutu perkhidmatan jabatan.
h) Mengetuai, memimpin dan menyelia jabatan yang diletakkan di bawah
tanggungjawabnya.
i) Bertanggungjawab dalam kerja-kerja reka bentuk kejuruteraan yang dikemukakan
jabatan.
j) Mendorong serta memberi bimbingan teknikal dalam semua aspek kepada staf yang
berada di bawah seliaan.
k) Memperuntukan dan mengagih kerja kepada pegawai yang berada di bawah seliaan.
l) Menguruskan rancangan latihan, penyelidikan atau kajian khas untuk meningkatkan
keupayaan kejuruteraan di unit-unit seliaan.
m) Mempengerusikan semua mesyuarat teknikal dan jabatan untuk koordinasi semua
aktiviti jabatan.
n) Menyemak dan mengemukakan dokumen sebutharga / tender kepada Jabatan
bendahari / Naib Canselor untuk kelulusan peruntukan dan iklan.
o) Bertanggungjawab mengawal semua aset-aset kerajaan di bawah jagaannya.
p) Mengawas, memberi galakan motivasi dan membimbing kakitangan di bawah seliaan.
q) Menyemak dan mengesahkan surat-menyurat berkenaan dengan pentadbiran kontrak,
termasuk tuntutan bayaran ansuran, arahan perubahan kerja, sijil-sijil pelaksanaan,
permohonan lanjutan masa dan lain-lain dokumen.
r) Terlibat dengan MS : ISO 9001 peringkat universiti.
s) Memberi khidmat nasihat teknikal dan kejuruteraan dengan profesional kepada pihak
yang terbabit dalam pembinaan projek di tapak.

Dalaman
1. Pengurusan Tertinggi
2. Jurutera J41, J44, J48 dan J52
3. Staf di bawah seliaan.
4. Anggota di bahagian lain dalam universiti.
HUBUNGAN KERJA
Luaran
1. Orang awam
2. Kementerian
3. PBT
4. Kontraktor / Perunding / Pembekal
5. Agensi swasta
PERSEKITARAN KERJA Dalam dan luar pejabat

1. Kebolehan mengendalikan perisian komputer dan peralatan yang berkaitan


dalam bidang tugas.
KEBOLEHAN YANG
2. Berkebolehan berkomunikasi secara lisan dan bertulis sama ada dalam
DIUTAMAKAN
Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris.
(PENGETAHUAN/
3. Berkebolehan memberikan pendapat secara profesional, memberi khidmat
KEMAHIRAN)
nasihat dan mengemukakan hujah-hujah dengan baik.
4. Berkebolehan dalam menulis/ menyedia laporan yang berkualiti.

1. Integriti.
2. Semangat berkumpulan.
3. Bertanggungjawab.
4. Profesionalisme.
5. Kebebasan, adil dan saksama.
6. Kualiti.
SIFAT-SIFAT YANG
7. Kerahsiaan.
BERSESUAIAN DENGAN
8. Kompetensi dan ketelitian.
JAWATAN
9. Disiplin diri.
10. Bersih, cekap dan amanah.
11. Kemas.
12. Teratur.
13. Bertanggungjawab.
14. Jujur.
1. Terdedah dengan unsur rasuah.
2. Terlibat dengan penyelewengan dan penyalahgunaan kuasa.
3. Percanggahan kepentingan.
ANCAMAN/ BAHAYA 4. Penglibatan dengan aktiviti luar pejabat.
5. Boleh diambil tindakan undang-undang.
6. Risiko terdedah kepada peluang penyelewengan.
7. Tekanan.

You might also like