You are on page 1of 15

1.

0 PENGENALAN

Malaysia begitu dikenali sebagai salah sebuah negara yang masyarakatnya


terdiri daripada pelbagai keturunan, etnik, warna kulit, agama, bahasa kebudayaan
dan adat resam yang tersendiri. Ia merupakan satu-satunya negara masyarakat plural
yang paling berjaya di alaf baru ini dalam mengekalkan keamanan dan perpaduan.
Masyarakat majmuk mempunyai konsepnya dan sejarah yang tersendiri di Malaysia.
Malaysia pada hari ini didiami oleh pelbagai bangsa, kaum dan etnik dari Perlis
hingga ke Sabah. Kepelbagaian kaum dan etnik inilah maka wujud pula keperbagaian
budaya, bahasa, agama dan adat resam. Corak masyarakat Malaysia seperti ini
berlaku disebabkan oleh perubahan masa dan keadaan,seperti yang berlaku
terhadap perubahan struktur politiknya. Sebelum abad ke-18 dan ke-19, masyarakat
Malaysia tidak sebegini coraknya. Sebaliknya boleh dikatakan bahawa, semenanjung
Tanah Melayu ketika itu didiami oleh orang Melayu dan Orang Asli bersama
sebilangan kecil bangsa atau kaum lain. Tetapi kini coraknya telah berubah dan
wujudlah pembentukan masyarakat majmuk. Mengikut Jabatan Perangkaan Negara
(2018), komposisi jumlah penduduk di Malaysia adalah seramai 32.6 juta orang.
Daripada jumlah tersebut, 29.06 juta merupakan warganegara Malaysia manakala
bakinya 3.32 juta merupakan bukan warganegara Malaysia. Kaum bumiputera
mewakili 69.1% daripada populasi penduduk iaitu seramai 20.07 juta orang. Kira-kira
23.0% daripada penduduk Malaysia pula ialah kaum Cina iaitu seramai 6.69 juta
orang. 6.9% terdiri daripada kaum India iaitu seramai 2.01 juta, manakala kamu lain
pula mewakili 1.0% iaitu seramai 0.29 juta orang. Masyarakat yang pelbagai etnik ini
hidup dengan aman dan mengamalkan kepercayaan dan budaya masing-masing
secara bebas dan saling menghormati antara satu sama lain. Menurut Shamsul
(2007), hubungan etnik yang merujuk kepada interaksi antara etnik yang berbeza
(intraetnik) atau interaksi dalam kumpulan etnik yang sama, kepelbagaian kelompok
etnik di Malaysia telah diterima oleh semua rakyat dan ini merupakan sumber
kekuatan perpaduan di Malaysia.
2.0 KONSEP HUBUNGAN ETNIK DARI PERSPEKTIF POLITIK, EKONOMI, DAN
AGAMA DI ALAM MELAYU.

Alam Melayu meliputi wilayah Malaysia, Indonesia, Borneo,Singapura, Selatan


Thai. Selatan Filipina, Indo-China dan mencecah Kepulauan Pasifik di bahagian timur,
Malagasi di barat dan Taiwan di bahagian utara. Malaysia merupakan sebahagian
daripada wilayah yang terdapat di Alam Melayu. Terdapat 14 buah wilayah yang
bernaung di bawah persekutuan Malaysia. Wilayah tersebut ialah Johor, Kedah,
Kelantan, Melaka, Negeri Sembilan, Pahang, Perak, Perlis, Pulau Pinang,
Sabah, Sarawak, Selangor, Terengganu dan Wilayah Persekutuan Kuala lumpur,
Labuan dan Puterajaya. Dari segi sejarah, kerjasama dan ikatan perpaduan pelbagai
bangsa dan kaum di Malaysia bermula dengan apa yang dinamakan sebagai kontrak
sosial antara etnik terbesar di Malaysia. Kontrak sosial adalah satu persetujuan
dalam kalangan masyarakat berbilang kaum melalui proses muafakat dan
musyawarah ke arah peralihan kuasa pemerintahan sendiri daripada pihak Inggeris
dan dimanifestasiakn melalui kemenangan Perikatan dalam pilihan raya 1955.
Malaysia juga telah menjadi salah satu negara yang maju seiring dengan negara luar
walaupun negara kita masih baru mencecah separuh abad usia kemerdekaan. Ini
mampu dicapai dengan wujudnya perpaduan dan adanya hubungan yang baik antara
semua etnik yang ada. Hubungan yang baik ini telah terbentuk sejak dahulu lagi
dimana kita telah melihat bahawa kemerdekaan kita sendiri berjaya dicapai dengan
adanya perpaduan dan tolak ansur antara semua etnik. Dengan keamanan inilah kita
menjadi sebuah negara bangsa yang berjaya dan dikagumi. Negara kita pada suatu
ketika dahulu sememangnya aman sehinggalah wujudnya tragedi pahit iaitu tragedi
13 Mei 1969 yang merupakan rusuhan kaum terbesar di negara kita sehingga
menyebabkan negara mengisytiharkan darurat. Selepas peristiwa darurat tersebut,
Perdana Menteri Malaysia pada ketika itu iaitu Tun Abdul Razak telah mengambil
suatu pendekatan untuk menyatupadukan hubungan antara kaum iaitu melalui
ekonomi. Oleh yang demikian, Dasar Ekonomi Baru (DEB) telah dilaksanakan
sepenuhnya melalui Rancangan Malaysia Kedua yang bermula pada tahun 1971.
DEB dirangka bagi mengurangkan jurang perbezaan ekonomi antara golongan
Bumiputera dan bukan Bumiputera. Melalui DEB pihak kerajaan memainkan peranan
yang lebih aktif dalam menyertai lapanganekonomi secara langsung bagi
mewujudkan keseimbangan di antara golongan yang berada dan golongan yang tidak
berada. Namun, agenda utama DEB dilancarkan adalah untuk membina semangat
perpaduan antara kaum di negara ini supaya semua kaum boleh bekerjasama antara
satu sama lain untuk memajukan ekonomi. Untuk memastikan perpaduan etnik
berlaku bukan semata-mata begantung kepada aspek ekonomi sahaja, malah aspek
politik juga perlu dititikberatkan. Semasa zaman sebelum merdeka, politik di negara
kita adalah bersifat pecah dan perintah. Kemudiannya, apabila Tanah Melayu
dibahagikan kepada Negeri-negeri Melayu Bersekutu dan Negeri-negeri Melayu
Tidak Bersekutu barulah negeri-negeri di Tanah Melayu ditadbir oleh Sultan dan
dinasihati oleh residen yang terdiri daripada pegawai British. Pada ketika ini, keadaan
kaum di Tanah Melayu adalah tidak bersatu padu kerana pihak penjajah bimbang
sekiranya kesemua kaum bersatu mereka akan memberontak penjajahan British.
Keadaan ini berlanjutan sehinggalah saat negara kita memperolehi kemerdekaan dan
menjadikan negara kita sebuah negara Demokrasi Raja Berpelembagaan. Buktinya,
dalam sistem demokrasi, pilihan raya merupakan elemen penting dan memberikan
hak memilih kepada rakyat untuk menentukan parti atau pemimpin yang
akanmemegang kuasa untuk mentadbir negara. Sepanjang 60 tahun Malaysia
merdeka, pilihan raya umum telah dijalankan secara tetap dan konsisten dalam
sistem pemerintahannya supaya semua kaum adil untukmemilih pemimpin yang
mereka rasakan bertanggungjawab agar tidak wujudnya perasaan tidakpuas hati
antara kaum. Selain daripada aspek politik, kepelbagaian kaum di negara kita masih
kukuh sehingga ke hari ini adalah disebabkan oleh kesanggupan untuk menerima
kepelbagaian agama. Jika kita lihat kepada di negara Barat suatu ketika dahulu, isu
kulit putih dan kulit hitam merupakan satu isu perkauman yang sangat serius kerana
mereka beranggapan orang kulit putih adalah golongan profesional dan orang kulit
hitam adalah kelas bawahan. Tetapi di Malaysia, terdapat lebih daripada 40 etnik
termasuk etnik Sabah dan Sarawak namun masih boleh hidup aman di bawah satu
bumbung. Apakah rahsia perpaduan tersebut? Tidak lain tidak bukan adalah
disebabkan oleh Perlembagaan Malaysia yang jitu. Buktinya, menurut Jabatan
Kehakiman Negara (2018), Perkara 11 dalam Perlembagaan Persekutuan yang
menyentuh tentang perkara kebebasanberagama telah menjelaskan tiap-tiap orang
berhak menganuti dan mengamalkan agamanya dan Perkara 3 yang menjelaskan
Islam ialah agama bagi Persekutuan; tetapi agama-agama lain boleh diamalkan
dengan aman dan damai di mana-mana Bahagian Persekutuan. Melalui
Perlembagaan Persekutuan secara tidak langsung telah membantu dalam
menyatupadukan kaum-kaum di negara kita.
3.0 FAKTOR - FAKTOR PEMBENTUKAN MASYARAKAT PLURALISTIK DI ALAM
MELAYU, SABAH DAN SARAWAK, KESULTANAN MELAYU MELAKA DAN
PENJAJAHAN BRITISH SERTA SELEPAS PEMBENTUKAN MALAYSIA.

Terdapat dua konsep utama yang sering digunakan untuk menjelaskan ciri Alam
Melayu iaitu pluralisme dan masyarakat pluralistik. Menurut Kamus Dewan, konsep
“masyarakat’ membawa maksud kumpulan manusia yang menetap bersama-sama di
sesuatu tempat dengan mengikut aturan dan cara tertentu. Masyarakat ini pula terdiri
daripada beberapa kaum atau bangsa. Manakala pluralistik (majmuk) terbentuk
daripada beberapa bahagian yang merupakan kesatuan atau dalam konteks
masyarakat. Ia terdiri dari beberapa kumpulan etnik. Oleh itu, masyarakat pluralistik
membawa maksud sebagai satu kumpulan manusia yang terdiri daripada pelbagai
rumpun bangsa yang telah membentuk satu kesatuan khususnya dalam aspek politik,
sosial dan ekonomi di sesuatu tempat bagi membentuk satu kumpulan yang bersatu
padu. Antara ciri masyarakat pluralistik adalah pertamanya, tidak adanya
penyesuaian nilai (value consensus) di antara satu kelompok dengan kelompok yang
lain. Selain itu, tidak wujudnya keseragaman dari segi kebudayaan yang mendorong
kepada belakunya konflik dan pertentangan antara kelompok yang ada. Malah
tiap-tiap kelompok itu mengekalkan kuasa autonomi mengikut bahagian sistem sosial
mereka. Bukan itu sahaja, unsur paksaan serta saling bergantungan dalam bidang
ekonomi antara satu kelompok yang lain sebagai faktor asas untuk berlakunya
interaksi. Tidak kurang juga dominasi dari segi kuasa politik oleh satu kelompok
dengan kelompok yang lain yang menyaksikan pemecahan pucuk pimpinan
berdasarkan kepada kepentingan kelompok tertentu. Oleh itu, tiap-tiap kelompok
mempunyai fungsi serta kepentingan mereka sendiri. Terdapat tiga komuniti etnik
utama iaitu Melayu, Cina dan India. Sebelum tahun 1848, hampir kesemua penduduk
Tanah Melayu terdiri daripada orang Melayu. Namun demikian, perkembangan
perusahaan bijih timah mulai pertengahan abad ke-19 dan perusahaan getah mulai
awal abad ke-20 telah mengakibatkan penghijrahan orang Cina dan India secara
besar-besaran ke Tanah Melayu. Menjelang tahun 1931, jumlah penduduk bukan
Melayu melebihi jumlah penduduk Melayu. Kewujudan pelbagai kaum yang
mengekalkan kebudayaan masing-masing telah mengakibatkan satu masyarakat
majmuk di Tanah Melayu. Tiap-tiap kaum mempunyai agama, bahasa dan cara hidup
yang berlainan. Pada umumnya, terdapat persefahaman dan hubungan yang baik
antara komuniti etnik Melayu, Cina dan India. Keharmonian hubungan etnik ini wujud
berterusan dan terbukti apabila mereka sama-sama berjuang untuk mendapatkan
kemerdekaan Tanah Melayu daripada penjajah British pada 31 Ogos 1957 dan
pembentukan Malaysia pada 16 September 1963. Keharmonian tersebut berterusan
kekal sehingga ke hari ini. Di Sabah, kaum bumiputera yang utama ialah orang
Kadazandusun, Bajau, Murut dan Suluk, Syarikat Berpiagam Borneo Utara British
yang memerintah di Sabah telah menggalakkan penghijrahan masuk orang Cina
untuk bekerja di ladang-ladang getah dan tembakau. Bilangan penduduk Cina di
Sabah telah meningkat daripada 27,801 orang pada tahun 1911 kepada 50,056
orang pada tahun 1931. Di Sarawak pula, kaum Bumiputera yang utama ialah orang
Iban, Bidayuh, Melayu dan Melanau. Keluarga Brooke yang memerintah di Sarawak
telah menggalakkan kemasukan orang Cina untuk bekerja sebagai pedagang, petani
dan pelombong. Bilangan penduduk Cina di Sarawak telah meningkat daripada
kira-kira 5000 orang pada tahun 1871 kepada 123,626 orang pada tahun 1939.
Pada waktu pemerintahan Kesultanan Melayu Melaka, pembentukan masyarakat
plural yang lebih luas berlaku apabila negeri-negeri persisir Selat Melaka terdedah
kepada perdagangan antarabangsa. Hal ini kerana kedudukan Selat Melaka yang
strategik memudahkan para pedagang singgah sama ada untuk berdagang,
mendapat bekalan makanan atau membaiki kapal. Kemudahan yang disediakan dan
dasar menggalakkan para pedagang datang dan tinggal di Melaka yang dirancang
oleh Sultan dan pembesar telah menjadi daya tarikan pedagang untuk datang ke situ.
Kesannya, bangsa-bangsa yang datang berdagang di Melaka telah mewujudkan
sebuah interaksi dan menggalakkan asimilasi di antara bangsa melalui perkahwinan
campur. Antara kelompok yang membentuk masyarakat di Melaka adalah Melayu,
India, Cina, Benggali, Arab dan Cina-Melayu yang membentuk masyarakat Cina
Peranakan di Melaka. Pembentukan masyarakat plural amat digalakkan oleh
pemerintah Melaka pada ketika itu dan meninggalkan banyak kesan positif terutama
dari segi penyebaran Islam, perkembangan ekonomi, politik dan sosial sehinggalah
Melaka diserang Portugis pada tahun 1511. Manakala kedatangan British ke Alam
Melayu bukanlah dengan tangan kosong tetapi mereka telah lama maju dari segi ilmu
pengetahuan. Universiti tertua di Eropah iaitu Universiti Oxford telah wujud sejak
abad ke-1-0 Masihi lagi. Ertinya, mereka merupakan penjajah yang telah mempunyai
ilmu pengetahuan tinggi dalam bidang sosial, kemanusiaan dan sains tulen.
Perdebatan ilmu begitu hangat selama berabad-abad di dunia mereka sehingga
berlakunya pemisahan besar antara agama dan sains moden pada abad ke-15
Masihi. Apabila penjajah British datang menjajah Alam Melayu, khususnya Tanah
Melayu, Eropah telah mengalami perubahan epistemologi iaitu pemisahan antara
negara dan agama. Akibat daripada pertelingkahan antara para agamawan dan
saintis di Eropah, ilmu pengetahuan akhirnya terpisah dua iaitu agama dan sains
moden. Bukan itu sahaja, kemakmuran Melaka telah menarik minat Portugis.
Tujuannya bolehlah diringkaskan kepada 3 perkataan iaitu ‘agama, kekayaan dan
kemegahan’ (Gospel, Gold and Glory). Kedatangan Portugis ke Melaka telah
membawa kepada berakhirnya zaman keagungan Kesultanan Melayu Melaka yang
terbina sejak lebih satu kurun. Setelah berjaya menawan Melaka, orang Portugis
menduduki Melaka selama lebih kurang 130 tahun. Kesannya wujudlah masyarakat
Serani yang beragama Kristian hasil dari perkahwinan bangsa Portugis dengan
penduduk tempatan. Belanda pula menjadi sebahagian jajahan takluk King Philip
(raja negara Sepanyol). Akibat daripada pertikaian agama, Belanda bangun melawan
kekuasaan Sepanyol dan mencapai kemerdekaan pada tahun 1548. Portugal dan
Belanda mempunyai hubungan perniagaan. Apabila Portugal ditawan oleh King Philip
(1580) menyebabkan hubungan mereka terputus. Keadaan ini mendorong Belanda
mencari jalan terus ke kawasan yang mengeluarkan hasil rempah di Asia. Pada tahun
1639, Belanda dapat menawan Melaka melalui perjanjian dengan negeri Johor.
Disebabkan faktor-faktor tertentu akhirnya Melaka diserahkan kepada British melalui
Perjanjian Inggeris-Belanda (1824). Orang Melayu merupakan penduduk peribumi
dan telah menetap berabad-abad lamanya di Tanah Melayu. Orang Melayu telah
berhijrah ke Tanah Melayu dari Yunan kira-kira 3 500 tahun dahulu. Bilangan orang
Melayu semakin bertambah pada pertengahan abad ke-19 apabila berlaku
penghijrahan beramai-ramai orang Indonesia ke Tanah Melayu. Mereka terdiri
daripada orang Minangkabau, Bugis, Jawa dan Banjar. Faktor utama kedatangan
mereka ke Tanah Melayu adalah disebabkan berlakunya pertambahan penduduk
dengan pesat tetapi kawasan untuk pertanian adalah terhad. Oleh itu, wujud masalah
kebuluran di Indonesia dan kerajaan Belanda gagal mengatasi masalah tersebut.
Kerajaan Belanda telah mengenakan pelbagai cukai seperti cukai buruh, cukai kepala,
cukai garam dan cukai tol sehingga membebankan rakyat. Akibatnya, banyak yang
kehilangan tanah apabila gagal membayar pinjaman kerana bunga yang dikenakan
adalah tinggi. Kerajaan Belanda telah melaksanakan Sistem Tanaman Paksa untuk
mencari sumber pendapatan selepas Perang Napoleon. Mengikut sistem ini,
petani-petani Indonesia diwajibkan menanam 1/10 daripada tanah pertanian mereka
dengan tanaman yang ditetapkan oleh kerajaan Belanda. Ini menyebabkan
petani-petani mengabaikan tanaman sendiri kerana terpaksa memberi tumpuan
kepada tanaman kerajaan. Hal ini menyebabkan hasil pertanian petani-petani
Indonesia rendah dan akibatnya kehidupan petani bertambah miskin dan menderita.
Wujud ketidakstabilan politik di Indonesia kerana berlaku beberapa penentangan
rakyat Indonesia yang tidak tahan dengan penindasan Belanda. Kepesatan ekonomi
Tanah Melayu hasil perkembangan perusahaan bijih timah dan getah telah
menawarkan banyak peluang pekerjaan. Kemasukan penghijrahan Cina pula
bermula sejak zaman kerajaan Melayu Melaka apabila terdapat hubungan
perdagangan antara Kerajaan Melaka dengan negara China. Pada awal abad ke-19,
orang Cina yang berhijrah tertumpu di Negeri-Negeri Selat (NNS) terutama Singapura
dan Pulau Pinang untuk menjadi buruh di ladang-ladang tebu dan kopi. Pada
pertengahan abad ke-19, jumlah orang Cina yang berhijrah ke Tanah Melayu
bertambah ramai. Kebanyakannya bertumpu di Perak, Selangor dan Negeri Sembilan
selaras dengan perkembangan perusahaan melombong bijih timah di Larut (1850)
dan Selangor (1860). Pembesar-pembesar Melayu telah membawa masuk orang
Cina untuk menjadi buruh di lombong bijih timah mereka. Kemasukan orang Cina
bertambah ramai apabila sektor bijih timah diambil alih oleh pedagang Eropah.
Kerajaan British telah menggalakkan kemasukan imigran Cina dengan melonggarkan
syarat kemasukan ke negeri-negeri Melayu. Antara faktor kedatangan orang Cina ke
Alam Melayu adalah disebabkan kesukaran hidup di negara China. Di zaman
tersebut kebanyakan penduduk Cina mengalami hidup sengsara di mana berlaku
pertambahan penduduk yang pesat, bencana alam yang kerap (banjir dan kemarau)
dan sumber-sumber alam yang terhad. Ketidakstabilan politik yang mengancam
nyawa dan harta benda telah memaksa sebilangan besar orang Cina untuk berhijrah.
Gerakan menentang pemerintahan Manchu sentiasa meletus, antaranya ialah
Pemberontakan Taiping dan Pemberontakan Boxer dan Revolusi Cina. Perusahaan
bijih timah dan getah yang berkembang menyebabkan keperluan terhadap tenaga
buruh. Ini dikatakan faktor penarik yang kuat lebih-lebih lagi apabila harga bijih timah
dan getah melambung tinggi. Kestabilan politik di Tanah Melayu menyebabkan
kedudukan ekonomi bertambah baik (melalui perusahaan bijih timah dan getah) dan
bagi memperoleh tenaga buruh, maka buruh-buruh daripada negara China
digalakkan untuk berhijrah ke Tanah Melayu. Kemudahan sistem pengangkutan
seperti adanya kapal stim dan juga ejen-ejen yang membawa penghijrah telah
memudahkan mereka berhijrah. Penduduk di kawasan selatan China (seperti
Kwangtung dan Fukien) merupakan mereka yang dikatakan mempunyai ciri-ciri daya
usaha yang tinggi dan bersifat suka mengembara. Faktor ini menggalakkan lagi
mereka berhijrah. Bagi orang India, perhubungan awal India dengan Semenanjung
Tanah Melayu bermula di sekitar abad pertama masihi. Ini berkait rapat dengan
pengaruh Hindu dan Buddha.Pada zaman kerajaan Melayu Melaka, ramai saudagar
India tinggal di negeri Melaka dan menjalankan perniagan. Penghijrahan orang India
secara beramai-ramai berlaku mulai tahun 1840-an untuk bekerja di ladang tebu dan
kopi di Seberang Perai. Pada awal abad ke-20, berlaku kemasukan paling ramai
buruh India ke Tanah Melayu selaras dengan perkembangan pesat perusahaan
getah. Contohnya, pada tahun 1819, terdapat seramai 75,000 orang India di Tanah
Melayu. Jumlah ini meningkat kepada 471,536 orang pada tahun 1921. Negeri
Sarawak dan Sabah tidak mengalami arus kedatangan imigran India tetapi banyak
buruh Jawa dibawa masuk untuk bekerja di ladang-ladang. Faktor penghijrahan
orang India ke Tanah Melayu adalah disebabkan kesukaran hidup di India. Kawasan
pertanian dan seterusnya pekerjaan di India adalah terhad. Penyebab utama ialah
pertambahan penduduk India yang begitu pesat. Keadaan bertambah buruk dengan
kejadian bencana alam. Ramai petani kehilangan tanah dan berhutang. Bagi yang
berpendidikan pula, sukar untuk mendapatkan pekerjaan. Sistem kasta pula
dikatakan menyekat mobiliti sosial dan menyebabkan yang berkasta rendah
cenderung untuk berhijrah. Tanaman pertanian dagang yang diperkenalkan di Tanah
Melayu, khususnya getah seterusnya kelapa sawit adalah memerlukan kepada
tenaga buruh. Galakan daripada kerajaan Inggeris kepada orang-orang India untuk
bekerja di ladang- ladang, perkhidmatan awam (kerani dan teknikal), dan pembinaan
(bangunan dan jalanraya). Dari segi politik, masyarakat pluralistik telah menyebabkan
timbulnya fahaman politik dan parti politik yang berbeza. Perkembangan
nasionalisme di Tanah Melayu terbahagi kepada 3 corak berdasarkan 3 kaum yang
terbesar mendiami negara ini. Orang Melayu menunjukkan taat setia mereka kepada
Tanah Melayu, bangsa Cina kepada negara China dan bangsa India pula ialah
kepada negara India. Menjelang pertengahan abad ke-20, sikap dan taat setia
bangsa Cina dan India secara beransur-ansur mula bertumpu kepada Tanah Melayu,
iaitu bumi tempat mereka mencari rezeki dan perlindungan. Malayan Union telah
membangkitkan semangat kebangsaan orang Melayu dengan amat luas sekali.
Kejayaan memansuhkan Malayan Union, UMNO telah muncul sebagai parti politik
Melayu. UMNO menjadi tempat pergantungan orang Melayu bagi kemajuan dalam
bidang politik, sosial dan ekonomi. Bagi orang India pula, Parti Kongres India
Malaysia (MIC) pula ditubuhkan untuk memupuk dan memelihara kepentingan politik,
ekonomi dan sosial kaum India di Tanah Melayu. Selain itu, memperjuangkan
kemajuan politik di Tanah Melayu bersama-sama kaum lain serta mewakili dan
menyampaikan pendapat kaum India kepada kerajaan. Bagi masyarakat Cina pula,
Persatuan Cina Malaya (MCA) ditubuhkan yang mempunya dua tujuan utama iaitu
pertama sekali, melindungi hak kepentingan orang Cina. Kedua, menggalakkan dan
memelihara keharmonian kaum dan membentuk negara Tanah Melayu yang bersatu.
Selain daripada parti ini, terdapat pelbagai parti politik yang mewakili kepentingan
kaum masing-masing. Dalam bidang ekonomi pula, kemasukan imigran luar telah
membentuk penempatan berdasarkan corak kegiatan ekonomi mengikut bangsa.
Kaum Cina bertumpu di bandar, kawasan lombong serta menceburi bidang
kewangan. Manakala kaum Melayu menceburi bidang pertanian di kawasan
pedalaman bahagian barat Timur dan Utara. Orang India pula bertumpu di kawasan
perladangan getah sepanjang bahagian tengah Pantai Barat. Kesannya, kemasukan
buruh-buruh asing telah memberi sumbangan terhadap pembangunan ekonomi
Tanah Melayu. Perkembangan pesat ekonomi membolehkan sistem pengangkutan,
hospital, pelabuhan, telegraf dan sekolah-sekolah dibina. Penduduk Bumiputera di
luar bandar kurang mendapat perhatian terhadap masalah ini. Hal ini disebabkan
anggapan bahawa orang Melayu bukan merupakan tenaga kerja yang penting. Dari
aspek sosiobudaya, budaya yang dibawa dari negara China, India dan Tanah Arab ini
sedikit sebanyak diubahsuai dan wujudlah budaya Malaysia. Dari segi bidang
kesenian, kedatangan berbagai bangsa telah mewujudkan pelbagai variasi budaya
antaranya dari segi muzik dan cara berpakaian. Kepercayaan animisme iaitu
kepercayaan terhadap perkara atau benda ghaib didatangkan dari negara luar
khususnya India. Oleh itu, pada Ogos 1971, kerajaan telah menggubal Dasar
Kebudayaan Kebangsaan yang berteraskan kebudayaan rakyat asal negara ini dan
agama Islam menjadi unsur penting dalam pembentukan Kebudayaan Kebangsan.
Dari segi pendidikan, corak pendidikan orang Cina dan India di Tanah Melayu dahulu
tetap berorientasikan corak pendidikan di negara China dan India sehingga
tertubuhnya Akta Pendidikan 1957.

Kesimpulannya, perluasan pengaruh British di Tanah Melayu pada abad ke-19


dan ke-20 telah mengakibatkan penghijrahan masuk orang Cina dan India secara
besar-besaran ke Tanah Melayu. Meskipun pelbagai kumpulan etnik hidup pada
umumnya secara berasingan dan mengekalkan kebudayaan masing-masing,
terdapat semangat persefahaman dan keharmonian kaum yang erat. Persefahaman
dan kerjasama inilah yang membolehkan negara kita mencapai kemerdekaan pada
tahun 1957 dan seterusnya mempergiatkan usaha untuk mengeratkan perpaduan
nasional dan keharmonian kaum.
3.0 SEJAUHMANA KONSEP PERLEMBAGAAN MENJADI ASAS DALAM
PEMBINAAN JATI DIRI DAN NEGARA BANGSA.

Jati diri seseorang individu amat penting untuk mencerminkan budaya sesuatu
masyarakat dalam sesebuah negara. Jati diri secara amnya membawa maksud
rangkuman nilai, budaya, bahasa, pegangan, fahaman,dan pandangan jagat sesuatu
kaum. Manifestasi dari nilai-nilai tersebut membentuk watak dan sifat peribadi, cara
berfikir, cara hidup dan penampilan diri yang melambangkan tradisi bangsa dan jati
diri kaumnya. Jika kita menilai keadaan jati diri rakyat Malaysia pada kebelakangan ini
sememangnya jati diri dalam kalangan belia terutamanya semakin luntur. Buktinya,
semakin ramai belia yang melibatkan diri dalam masalah rempit, menagih dadah,
merompak malah pada tahun 2010 kita juga dikejutkan oleh kes Namewee yang
mengubah lagu Negaraku menjadi lagu Negarakuku. Hal ini mencerminkan jati diri
rakyat negara kita yang berada dalam keadaan amat membimbangkan. Oleh itu,
setiap rakyat Malaysia perlu memahami dan menghayati Perlembagaan Persekutuan
sebagai langkah pertama yang perlu diambil oleh setiap individu untuk membina
jatidiri. Menurut Jabatan Kehakiman Negara (2018), Perlembagaan Persekutuan
merupakan undang-undang tertinggi di negara kita dan merupakan sebuah
undang-undang bertulis yang mengandungi 183 Perkara dan 13 Jadual yang perlu
diikuti oleh semua rakyat Malaysia untuk menjamin keharmonian negara. Umumnya,
perlembagaan diertikan sebagai kumpulan peraturan atau undang-undang sama ada
bertulis atau tidak bertulis yang menentukan organisasi kerajaan, pembahagian
kuasa antara pelbagai badan kerajaan dan prinsip-prinsip umum bagaimana
kuasa-kuasa tersebut dilaksanakan. Perlembagaan diperlukan untuk mewujudkan
suatu rangka politik, ekonomi, sosial yang dapat memudahkan perpaduan nasional
dan pembangunan negara. Perlembagaan juga diperlukan untuk memelihara dan
melindungi kepentingan semua kumpulan etnik. Maka, setiap rakyat Malaysia perlu
mematuhi peraturan yang termaktub dalam Perlembagaan untuk memastikan
keadaan negara menjadi aman dan harmoni. Selain itu,pemerkasaan bahasa
kebangsaan turut boleh menyumbang kepada jayanya pembentukan jati diri dan
identiti bangsa Malaysia. Di Malaysia, Bahasa Melayu telah dijadikan sebagai bahasa
kebangsaan dan perkara ini telah termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan. Oleh
itu, untuk menjamin keharmonian negara, setiap kaum perlu mempelajari Bahasa
Melayu dan fasih berbahasa Melayu supaya boleh berkomunikasi antara semua
kaum sebagai bahasa utama agar boleh mewujudkan kesepakatan dan rasa saling
menghormati antara kaum.Di samping itu, menghormati agama juga secara tidak
langsung boleh membina jati diri dalam setiap rakyat Malaysia. Pada hari ini, banyak
isu rusuhan kaum telah berlaku. Isu tersebut berlaku kerana kebanyakan rakyat
Malaysia tidak menghormati agama antara satu sama lain secara tidak langsung
telah menimbulkan rasa kebencian dan buruk sangka terhadap agama dankaum lain.
Oleh itu, setiap rakyat Malaysia diseru untuk menghormati kepelbagaian agama
dengan cara berkunjung ke rumah rakan yang berlainan bangsa, bercampur gaul
dengan rakanyang terdiri daripada pelbagai agama untuk membina jati diri yang utuh.

4.0 USAHA-USAHA KERAJAAN DALAM MENINGKATKAN INTEGRASI


NASIONAL DI NEGARA INI SERTA CABARAN-CABARAN YANG BOLEH
MENJEJASKAN USAHA-USAHA TERSEBUT.

Hubungan etnik, perpaduan dan integrasi nasional merupakan perkara yang sangat
penting bagi masyarakat Malaysia yang bersifat majmuk. Tiga perkara ini yang akan
melahirkan masyarakat Malaysia yang harmonis, saling bekerjasama, bersefahaman
dan sentiasa menghayati perjanjian sosial yang telah dipersetujui sejak awal
kemerdekaan lagi. Situasi ini memerlukan negara memberi perhatian terhadap
kewujudan hubungan etnik yang mantap dalam kalangan rakyat. Apatah lagi bagi
sebuah negara seperti Malaysia yang mempunyai kepelbagaian dari segi agama,
bahasa, budaya dan etnik. Maka, persoalan hubungan etnik, perpaduan dan integrasi
amat penting bagi mewujudkan kestabilan politik dan seterusnya memastikan
pembangunan berjalan lancar tanpa sebarang gangguan. Hal ini ditegaskan oleh Tun
Abdul Razak, iaitu perpaduan dan integrasi penting supaya tenaga negara dapat
disalurkan kepada usaha memajukan negara dan bukan digunakan untuk
menyelesaikan masalah yang wujud daripada kepelbagaian. Keharmonian hubungan
etnik masih perlu ditekankan kerana terdapat ancaman yang mampu menjejaskan
hubungan antara etnik dan perpaduan masyarakat majmuk di Malaysia. Usaha
mengukuhkan hubungan etnik secara holistik amat mencabar kerana gagasan yang
retorik dan simbolik semata-mata hanya menghasilkan impak yang kurang berkesan.
Pelbagai usaha telah diambil untuk mengukuhkan lagi hubungan sosial pelbagai etnik
di negara ini serta membina masyarakat yang lebih adil dari segi struktur sosial dan
&ekonomi. Oleh yang demikian, strategi integrasi perlu dilaksanakan semua pihak
iaitu kerajaan, masyarakat dan badan bukan kerajaan (NGO) bersesuaian dengan
peranan yang diperlukan. Antara usaha bagi meningkatkan integrasi nasional adalah
melalui Rukun Negara. Ia dibentuk pada 31 Ogos 1970 oleh Majlis Gerakan Malaysia
(MAGERAN) berdasarkan pindaan Draf Rukun Negara yang terbentuk melalui Majlis
Perundangan Negara (MPN). Rukun Negara sebagai ideologi nasional Malaysia
merupakan panduan untuk merencana program dan dasar negara. Rukun Negara
digunakan sebagai instrumen mengatasi garis pemisah antara etnik dalam
membentuk dan membimbing masyarakat Malaysia ke arah mewujudkan perpaduan.
Rukun Negara menjadi peraturan dan norma hidup kepada masyarakat di Malaysia
dan pematuhan kepadanya dapat mewujudkan perpaduan antara etnik di negara ini.
Selain itu, integrasi nasional juga dipupuk melalui Dasar-Dasar Pembangunan
Negara seperti Dasar Ekonomi Baru, Dasar Pembangunan Nasional dan Dasar
Wawasan Negara. Bagi Dasar Ekonomi baru, ia bermatlamat mencapai perpaduan
negara dengan memperbetulkan ketidakseimbangan sosioekonomi yang wujud
antara kaum dan wilayah serta mempertingkatkan penglibatan bumiputera dalam
bidang perniagaan dan perusahaan. Selain itu, Dasar Pembangunan nasional
mempunyai matlamat untuk mencapai pembangunan seimbang bagi mewujudkan
masyarakat yang bersatu padu dan adil selain untuk memupuk perpaduan negara.
Manakala Dasar Wawasan Negara merupakan penerusan dasar ke arah Wawasan
2020 untuk mewujudkan masyarakat Malaysia yang bersatu-padu, progresif dan
makmur. Antara usaha lain yang dilakukan untuk mencapai integrasi nasional ialah
melalui pendidikan. Pendidikan pada hari ini ialah disediakan kepada semua tidak
mengira kaum. Menurut Kementerian Pendidikan Malaysia (2013), Pelan
Pembangunan Pendidikan Malaysia (2013-2025) yang dibina telah menekankan
penguasaan dwibahasa iaitu Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris. Hal ini secara
tidak langsung menyeru setiap rakyat Malaysia untuk mempelajari Bahasa Melayu
kerana Bahasa Melayu merupakan bahasa kebangsaaan dan seterusnya boleh
menyatupadukan setiap rakyat di negara ini. Selain itu, Dasar Kebudayaan
Kebangsaan yang dilaksanakan oleh kerajaan juga merupakan usaha untuk
mencapai integrasi nasional. Dasar ini menjadi panduan pembentukan dan
pengekalan identiti rakyat Malaysia. Menurut Jabatan Penerangan Malaysia (2018),
objektif dasar tersebut dijalankan adalah untuk mengukuhkan perpaduan melalui
kebudayaan. Sebagai contoh, kerajaan telah menjalankan perarakan Citrawarna
Malaysia pada tahun 2012 yang menyaksikan persembahan pelbagai budaya kaum
masing-masing. Selain itu, tujuannya juga ialah memelihara keperibadian
kebangsaan & meningkatkan kualiti kehidupan rakyat Malaysia. Di samping itu,
kerajaan melalui Dasar Kebudayaan Kebangsaan juga telah menganjurkan rumah
terbuka untuk setiap Perayaan iaitu Hari Raya Aidilfitri, Tahun Baharu Cina
dan Deepavali supayarakyat boleh mempelajari budaya kaum yang berlainan. Namun
begitu, usaha ini tidak mudah kerana adanya cabaran-cabaran yang menjadi
kekangan dan kepincangan yang nyata Walaupun cabaran ini mungkin nampak kecil
dan sepertinya tidak menggugat keharmonian megara, namun ia masih menjadi api
dalam sekam yang mungkin secara sedikit demi sedikit menghakis keamanan dan
keharmonian hubungan di antara etnik-etnik di Malaysia. Cabaran timbul kerana
setiap kaum diwakili oleh parti politik sendiri yang bertujuan untuk memelihara hak
kaum, meperjuangkan nasib dan menyuarakan pendapat mereka. Namun begitu,
terdapat pemimpin yang bermain taktir kotor dengan menghasut, meracuni pemikiran
rakyat dan mengapi-apikan sentiment perkauman demi kepentingan mereka sendiri.
Hal ini menyebabkan setiap kaum seolah-olah berdendam,bersangka buruk dan tidak
mahu berbaik-baik akibat termakan hasutan mereka. Cabaran ini juga timbul apabila
sesetengah kaum tidak mahu menerima kepimpinan dari kaum lain yang mana
pemimpinya sudah semestinya mempunyai corak kepimpinanya sendiri. Mereka
hanya akan berburuk sangka dan sentiasa mencari salah agar dapat dijadikan bahan
untuk menampakkan kepincangan kepimpinan. Jika isu perkauman seperti bahasa,
kebudayaan, pendidikan, agama, kerakyatan, dan ekonomi diperalat oleh sesuatu
pihak untuk mendapat sokongan rakyat, tindakan ini tidak akan menyumbang ke arah
masyarakat yang bersatu padu, malah prasangka dan perkauman akan menjadi
semakin kuat dan menebal di antara sesama kaum terbabit. Jika kita lihat, sistem
ekonomi kita sejak kita mencapai kemerdekaan adalah tidak stabil dan sama.
Kerajaan British telah memisahkan kaum-kaum di tanah Melayu mengikut pekerjaan
dan tempat tinggal mereka. Kaum Melayu yang kebanyakannya tinggal di kawasan
kampong dan luar Bandar sebagai petani atau nelayan, orang india kebanyakan
menjadi buruh di estet-estet dan lading-ladang manakala orang cina pula berada di
Bandar sebagai pelombong dan peniaga. Ini telah mewujudkan perasaan curiga
antara kaum dan juga mewujudkan jurang ekonomi antara kaum serta polarisasi
antara kaum. Akibat dari dasar itu masih lagi dapat dilihat pada masa sekarang
dimana sektor perniagaan masih lagi didominasi oleh orang cina dan kebanyakan
orang India masih lagi tinggal di lading-ladang. Perbezaan pekerjaan ini telah
membataskan interaksi sosial kerana mereka hanya dapat meluangkan banyak masa
ditempat kerja dengan berkomunikasi dengan rakan sekerja. Jika rakan sekerja terdiri
dari kaum sama, maka interaksi dan komunikasi mereka berada dalam lingkungan
kaum yang sama. Ini menyebabkan perasaan perkauman dan kurangnya hubungan
semakin menebal. Dominasi kaum dalam satu-satu bidang juga adalah cabaran ke
dua daripada aspek ekonomi. Ini adalah kerana kaum-kaum lain tidak dapat menyelit
atau masuk ke dalam bidang tertentu yang didominasi oleh kaum-kaum tertenuu dan
ini adalah kerana kaum yang mendominasi itu mahu terus mengekalkan hak dan
kuasa dominasi mereka. Di antara contoh yang boleh dibawa di sini ialah dominasi di
dalam bidang perniagaan yang telah didominasi oleh kaum Cina sejak dahulu lagi
dan sehingga sekarang, masyarakat Cina masih lagi mendominasi bidang ini
walaupun kerajaan sentiasa menggalakkan mereka untuk menceburkan diri ke dalam
bidang lain juga seperti bekerja dengan pasukan beruniform dan juga perguruan.
Kerajaan juga telah membuka peluang kepada mereka dalam sektor perkhidmatan
awam namun gagal dan kurang mendapat sambutan. Walaupun kerajaan telah
menjalankan dasar-dasar, DEB dan RMK, kerajaan hanya mampu mengurangkan
jurang ini dan bukannya menghapuskannya. Hal ini menyukarkan lagi pembentukan
hubungan etnik lantaran wujudnya jurang-jurang ini kerana tidak ada percampuran
antara masyarakat yang berlainan taraf. Selain itu, cabaran yang dihadapi dalam
pembentukan integrasi nasional ialah proses globalisasi. Menurut Kamus Dewan
(2012) globalisasi bermaksud suatu fenomena yang menjadikan dunia kelihatan
mengecil dari segi perhubungan manusia disebabkan kepesatan dan kepantasan
perkembangan teknologi maklumat. Bahaya globalisasi ke atas budaya terletak
dalam fakta bahawa globalisasi ialah salah satu bentuk penjajahan yang memasuki
ciri teras dalam kehidupan seseorang iaitu pemikiran dan kesedaranmanusia. Hal ini
demikian kerana, globalisasi memiliki alat-alat teknologi komunikasi yang begitu
canggih yang mampu menyampaikan berita-berita palsu sehingga boleh dijadikan
fitnah untuk menimbulkan rasa benci antara kaum dan seterusnya menyebabkan
perbalahan antara kaum dan integrasi antara kaum tidak dapat dicapai.

6.0 KESIMPULAN

Kesimpulannya, hubungan etnik merupakan suatu elemen yang sangat penting


dalam kehidupan masa kini terutamanya masyarakat di Malaysia. Pada zaman ini kita
perlu hidup dalam suatu komuniti iaitu saling bergantung antara satu sama bagi
mencapai matlamat negara iaitu mewujudkan negara yang harmonis dan bebas
daripada diskriminasi yang boleh memecahbelahkan kaum. Oleh itu, demi kehidupan
yang selesa untuk generasi akan datang dan sekarang, adalah penting bagi setiap
rakyat Malaysia untuk memastikan tamadun yang dibina dapat dikekal perpaduannya
agar aspek-aspek seperti ekonomi, politik dan sosial berada dalam keadaan stabil
dan generasi akan datang mampu menikmati segala yang kita nikmati pada hari ini.

You might also like