You are on page 1of 2

Pengajaran Tidak Direktif

Rujukan: Youtube: Nondirective Teaching

Sebagai guru, saya berperanan sebagai fasilitator dan kaunselor.


Matlamat saya ialah:
 Membantu pelajar membina gaya pembelajaran yang bersifat jangka panjang.
 Personaliti yang kuat.
 Membantu menyelesaikan masalah pembelajaran.
 Mempunyai hubungan yang terbuka dan jujur dengan pelajar.

Pengajaran tidak direktif boleh digunakan dalam sosial, individu dan situasi akademik.
Pengajaran tidak direktif adalah berpusatkan pelajar dan membenarkan pelajar bertanggungjawab
terhadap pembelajaran sendiri.
Terdapat 2 cara untuk mengaplkasi kaedah ini dalam bilik darjah:
 Kaunseling Tidak Direktif
 Kontrak Akademik

Kaunseling Tidak Direktf


Kaedah ini digunakan apabila pelajar menghadapi keadaan bersusah payah untuk memahami
pembelajaran dalam kelas.
Matlamat ialah supaya pelajar menyatakan perasaannya dan mengeluarkan idea iatu bagaimana
untuk menyelesaikan masalah tersebut.

Ingat: Guru hanyalah sebagai pembimbing, bukan untuk memberi nasihat atau menyelesaikan
masalah pelajar.

Kaunseling tidak direktif hanya dalam bentuk interview yang terdiri dari 5 fasa.
Fasa 1: Penjelasan situasi bermasalah
Guru mendekati pelajar dan menggalakkan dia secara terbuka untuk menyatakan perasaannya.
Fasa 2: Meneroka masalah
Pelajar menyatakan masalah dan guru menerangkan kembali kepada pelajar tentang perasaan yang
telah dinyatakan tadi.
Fasa 3: Membina pandangan
Pelajar membina pandangan kepada masalah melalui lebih banyak perbincangan. Guru berterusan
menyokong dan menerangkan kembali kepadapelajar.
Fasa 4: Perncangan dan membuat keputusan
Pelajar membuat keputusan dan perancangan terhadap masalah tadi. Guru menjelaskan pilihan
yang telah dibuat.
Fasa 5: Intergrasi
Selepas pelajar melaksanakan apa yang dirancang, da melaporkan semula kepada guru untuk
membuat sebarang perubahan jika perlu dan membangunkan pandangan yang lebih jauh lagi.

Sesi interview boleh hanya beberapa minit atau beberapa hari.Setiap situasi adalah berlainan.
Interview tidak direktif boleh digunakan dalam pelbagai cara. Ianya berguna untuk:
 Kaunseling akademik
 Kaunseling behavioural
 Mengenalpasti perubahan tingkah lak yang sesuai.
 Membangunkan perasaan pelajar.
 Membuat perkongsian yang baik di antara pelajar dan guru.

Kaedah 2: Akademik kontrak


Pelajar belajar untuk terarah kendiri dan mengamalkan pengurusan masa dan kemahiran
penyelesaian masalah.
Guru menyediakan pelajar dengan tugasan dan sumber-sumber yang diperlukan untuk belajar
konsep baru dan melengkapkan tugasan yang diberikan. Pelajar diberi sejumlah masa untuk
melengkapkan sendiri tugasan tersebut.

Sepanjang masa tersebut, guru boleh memantau, memberi maklumbalas dan menawarkan
pertolongan kepada yang memerlukan.

Kaedah ini boleh digunakan apabila persekitaran bilik darjah adalah membosankan. Pelajar mungkin
berperasaan tidak bermotivasi.

Persekitaran bilik darjah hendaklah selalu:


 Mesra dan memberi respon terhadap sebarang rangsangan
 Mengakui pelajar sebagai individu
 Tidak menghakimi
 Bebas dari sebarang tekanan dan ugutan
 Persekitaran yang selamat apabila pelajar boleh menyatakan perasaan sebenar mereka
 Kaedah pengajaran beradasarkan pembelajaran pelajar yang fleksibel dan kerja kumpulan.
 Pelajar menentukan apa yang penting untuk dipelajari
 Objektif sekolah berdasarkan pembangunan afektif, pembangunan konsep diri dan
penentuan pelajar terhadap keperluan pembelajaran mereka.
 Lebih penekanan diberi kepada penilaian diri berbanding penilaian guru. Kemajuan diukur
secara kealitatif berbanding kuantitatif.

Guru sepatutnya selalu:


Guru menghormati kebolehan pelajar untuk mengenalpasti dan mencari penyelesaian
masalah.
Bersifat empati denga pelajar untuk memupuk dan mengembangkan fikiran
Menyediakan pesekitaran pembelajaran yang konduktif
Membantu pelajar untuk memahami keperluan dan nilai mereka
Menjadikan pelajar boleh untuk mengarahkan keputusan pendidikan mereka
Membantu pelajar untuk menjadikan kehidupan mereka terus terbina.

Rumusan pelajara:
1. Guru ialah fasilitator.
2. Pembelajaran berpusatkan murid
3. Fokus kepada pelajar bukan kandungan pelajaran
4. Berfokuskan untuk membina pelajar jangka panjang
5. Buat:
 Reflek, penjelasan, menerima dan melahirkan kefahaman
 Menerima apabila kemajuan yang asli dilakukan.
6. Jangan buat:
o Interpretasi, menilai, menawarkan nasihat
o Mencuba untuk menukar idea atau mempengaruhi tingkahlaku

You might also like