You are on page 1of 3

MOHD KHAIRUL ANWAR ISL MINGGU 3

Topik ini boleh dibahagi kepada tiga bahagian seperti berikut : Commented [A1]:

 Maksud pengoksidaan, penurunan, dan tindak balas redoks.


 Contoh-contoh tindak balas redoks.
 Siri kereaktifan.

A. Maksud pengoksidaan, penurunan, dan t/b redoks.

Tindak balas redoks ialah tindak balas yang melibatkan kedua -dua proses pengoksidaan dan
penurunan.

Ada empat takrif yang berlainan bagi pengoksidaan dan penurunan.

Pengoksidaan Penurunan
Proses yang menambah/menerima
Proses yang menghilang oksidgen.
oksigen.
Proses yang
Proses yang menghilang hidrogen.
menambah/menerima hidrogen.
Proses yang mnghilang/menderma
Proses yang menerima elektron.
elektron.
Proses yang melibatkan Proses yang melibatkan
penamabhan nombor pengurangan nombor
pengoksidaan. pengoksidaan.

Agen Pengoksidaan Agen Penurunan


Bahan yang menerima elektron. Bahan yang menderma elektron

TIP :

1. Anda harus memahami takrif-takrif di atas dengan baik terutamanya dari segi
pemindahan elektron dan perubahan nombor pengoksidaan. Ingatkan satu contoh
bagi setiap takrif itu.
2. Anda juga mesti boleh menghitung nombor pengoksidaan bagi suatu unsur dalam
sesuatu sebatian apabila diberikan maklumat-maklumat yang cukup.
3. Agen pengoksidaan ialah bahan yang mengoksidaan bahan lain tetapi sendiri
diturunkan.
Beberapa contoh contoh agen pengoksidaan yang umum ialah air bromin, air klorin,
larutan kalium mangganat(VII) berasid, dan larutan kalium dikromat(VI)
berasid.
4. Agen penurunan pula ialah bahan yang menurunkan bahan lain tetapi sendiri
dioksidakan. Agen penurunan biasanya ialah logam reaktif seperti zink dan
magnesium.

B. Contoh-contoh tindak balas redoks


MOHD KHAIRUL ANWAR ISL MINGGU 3

Dalam topik ini terdapat 7 contoh tindak balas redoks yang penting seperti disenaraikan
dalam jadual berikut :

Contoh tindak balas redoks Tip penting


Anda harus mengingatkan agen
Penukaran ion Fe(II) kepada penurunan dan agen pengksidaan
ion Fe(III) dan sebaliknya. yang digunakan dalam penukaran
ion ini.
Logam yang lebih tinggi kedudukan
dalam Siri Elektrokimia ialah logam
T/b penyesaran logam daripada
yang lebih elektropositif atau lebih
larutan garamnya oleh logam
kuat sebagai agen penurunan.
yang lebih elekrtopisitif.
Logam ini boleh menurunkan ion
logam di bawahnya.
Halogen yang terletak di atas dalam
T/b penyesaran halogen
Kumpulan VII adalah agen
daripada larutan halida oleh
pengoksidaan yang lebih kuat.
halogen lain yang lebih kuat
Halogen ini boleh mengoksidakan
sebagai agen pengoksidaan.
ion halida di bawahnya.
Anda harus boleh menentukan arah
pengaliran elektron. Cara yang
T/b redoks yang melibatkan
mudah ialah mengenal pasti agen
pemindahan elektron pada satu
pengoksidaan. Agen pengoksidaan
jarak.
menerima elektron maka elektron
mengalir ke arahnya.
Pengoksidaan berlaku di Anod dan
T/b dalam sel elektrolisis
penurunan berlaku di Katod.
Ambil sel daniell sebagai contoh.
Pengoksidaan berlaku pada terminal
T/b dalam sel kimia
negatif dan penurunan berlaku di
terminal positif.
Anda harus boleh menghuraikan
proses pengaratan besi. Apabila besi
dililit dengan logam yang lebih
elekropositif, besi terlindung
Pengaratan besi daripada pengaratan besi dan logam
itu akan terkakis. Apabila besi dililit
dengan logam yang kurang
elektrolpositif, besi akan berkarat
dengan cepat.

TIP :

1. Dalam setiap contoh tindak balas di atas, anda seharusnya boleh


(a) menulis persamaan ion untuk mewakili pengoksidaan, penurunan, dan
tindak balas redoks.
(b) mengenal pasti agen pengoksidaan dan agen penurunan.
MOHD KHAIRUL ANWAR ISL MINGGU 3

(c) menerangkan pemerhatian yang berlaku dari segi pengoksidaan dan


penurunan.

2. Beberapa persamaan ion yang anda akan jumpa dalam topik ini.

Pengoksidaan Penurunan
Fe2+ - e -----> Fe3+ Fe3+ + e -------> Fe2+
Cu2+ + 2e ----> Cu Zn - 2e ------> Zn2+
Ag+ + e -----> Ag Cu - 2e ------> Cu2+
2Br- -2e -----> Br2 Br2 + 2e ------> 2Br-
2I- -2e -----> I2 Cl2 + 2e -------> 2Cl-
Fe - 2e -----> Fe2+ 2H2O + O2 + 4e ----> 4OH-
MnO4- +8H+ + 5e ----> Mn2+ + 4H2O
Cr2O72- + 14H+ + 6e -----> 2Cr3+ + 7H2O

C. Siri Kreaktifan

Anda sudah berjumpa dengan istilah "Siri Kereaktifan" sejak Tingaktan Empat lagi tetapi
sampai ke Tingkatan 5 baru anda akan mempelajarinya.

K Na Ca Mg Al C Zn H Fe Sn Pb Cu Hg Ag Au

TIP :

1. Siri kereaktifan(S.K.R) berbeza daripada siri elektrokimia(S.E.K).


S.K.R ialah satu siri logam (kecuali C dan H) yang disusun berdasarkan
kereaktifannya terhadap oksigen. Yang bertindak balas hebat dengan oksigen
disusun di atas sekali. Yang kurang reaktif disusun di bawah sekali.
Manakala S.E.K. bagi kation ialah susunan ion-ion logam (kation) berdasarkan
kecendrungannya menderma elektron dan membentuk ion positif. Yang mudah
membentuk ion positif disusun di atas sekali.
2. Siri kereaktifan digunakan untuk meramalkan sama ada suatu logam boleh menarik
oksigen daripada oksida logam lain atau tidak. Logam yang lebih reaktif (di atas
S.K.R) boleh menarik oksigen daripada oksida bagi logam yang kurang reaktif.
3. Siri kereaktifan juga boleh digunakan untuk menentukan kaedah pengekstrakan
logam-logam.
4. Anda seharusnya boleh menghuraikan pengekstrakan besi dan timah.
5. Karbon (C) dan hidrogen (H) walaupun bukan logam tetapi kereaktifan terhadap
oksigen juga boleh dibandingkan dan boleh dimasukkan ke dalam S.K.R.
6. Ingat bahawa C berada di atas Zn dan H berada di bawah Zn.

You might also like