You are on page 1of 21

BMM3111 SEMANTIK DAN PERISTILAHAN BAHASA MELAYU

NAMA PELAJAR MOHD YAZID BIN ABDUL HAMID


ANGKA GILIRAN 28126 ( ID MATRIK )
NO KAD PENGENALAN 780330085909

KUMPULAN/UNIT PPG BM / 4

KOD DAN MATA PELAJARAN

NAMA PENSYARAH PEMBIMBING

TARIKH SERAHAN

Mohd Yazid Bin Abdul Hamid BM04 Page 1


BMM3111 SEMANTIK DAN PERISTILAHAN BAHASA MELAYU

1. Menghuraikan definisi semantik.


2. Mengklasifikasikan istilah semantik dan makna leksikal yang terdapat dalam
Bahasa Melayu.

Pengenalan
Semantik merupakan satu bidang yang mempelajari tentang makna.Semantik atau kajian
makna adalah satu bidang yang luas mencakupi kebanyakan daripada struktur dan fungsi
bahasa dan juga masalah dalam kajian psikologi, falsafah dan antropologi.Semantik juga
boleh dirujuk sebagai sistem dan kajian tentang makna dalam bahasa (Kamus Linguistik ,
1997 dipetik daripada Haji Mohd Isa bin. Abdul Razak,2003) Menurut J.W.W Verhaar
(1996:284), semantik adalah cabang linguistik yang akan membahaskan erti atau makna.
Abdul Chaer (1984 : 284) mendefinisikan semantik sebagai bidang kajian linguistik yang
mana obkel penelitiannya adalah makna bahasa. Menurut Kamus Dewan Edisi ketiga ,
semantik ialah kajian tentang makna perkataan dan penambahan makna kata. Oleh itu,
semantik dapatlah didefinisikan sebagai ilmu tentang makna atau tentang erti.

Jenis-jenis Makna
Terdapat beberapa jenis makna dalam bahasa Melayu antaranya ialah, makna leksikal,
makna gramatikal, makna kontekstual, makna asosiatif, makna konotatif, makna
stilistik,makna afektif, makna referensial, makna kolokatif, dan makna tematik.
Jenis-jenis makna inidapat memberikan gambaran yang tertentu sama ada maksud
tersurat mahupun tersirat. Di sini akan dibincangkan berkaitan dengan lima jenis makna
yang utama sahaja iaitu makna leksikal, makna gramatikal, makna kontektual, makna
referensial dan makna asosiatif.

Makna Leksikal
Menurut Fatimah Djajasudarma (1993:14) dan Zainuddin (1992), makna leksikal (dalam
bahasa Inggeris disebut sebagai lexical meaning, semantic meaning, external meaning)
adalah makna unsur-unsur bahasa sebagai lambang benda, peristiwa dan lain-lain. Bagi
Maslow (1987 :90) , beliau berpendapat makna leksikal ialah rujukan terhadap satu
kandungan tertentu yang spesifik bagi satu perkataan hanya sebagai perbezaan dengan
semua perkataan lain. Selain itu, makna leksikal juga membawa maksud makna yang
bersifat leksikon, makna yang sesuai dengan referennya, makna yang sesuai dengan
pemerhatian alat indera atau makna yang nyata (Adrienne Lehrer,1992). Menurut Abdul
Chaer (1995) pula, leksikal merupakan bentuk adjektif yang diturunkan dari bentuk nomina
leksikon (vocabulary, kosa kata, perbendaharaan kata). Ini bermaksud leksikal boleh
didefinisikan sebagai makna yang bersifat leksikon,bersifat leksem dan bersifat kata.

Mohd Yazid Bin Abdul Hamid BM04 Page 2


BMM3111 SEMANTIK DAN PERISTILAHAN BAHASA MELAYU

Terdapat beberapa contoh yang boleh memberi pemahaman kepada kita berkaitan dengan
leksikal.
a) Tikus itu mati diterkam kucing.
b) Padi kali ini gagal akibat serangan hama tikus.
c) Yang menjadi tikus digudang kami ternyata berkepala hitam.

Berdasarkan ayat a dan b , kata tikus itu merujuk kepada binatang iaitu tikus. Berbeza
dengan ayat c. Dalam ayat ini tikus bukan merujuk kepada binatang tetapi merujuk kepada
seorang manusia yang perbuatannya memang mirip perbuatan tikus. Dalam contoh yang
lain pula:
a) Kakak memetik sekuntum bunga .
b) Kita dapat memetik manfaat dari cerita itu.

Berdasarkan kata memetik dalam ayat a), kata memetik merujuk kepada makna leksikal.
Dalam ayat b), memetik bukan bermakna leksikal.
Makna leksikal terbahagi kepada tiga bahagian iaitu:

Semantik Leksikal
Bidang yang meneliti semantik leksikal pada asasnya dinamai leksikologi.Dengan itu,
semantik leksikal secara leksikologis merangkumi makna dan referensi, denotasi dan
konotasi, analisis ekstensional dan analisis intensional ; analisis komponensial; dan
kesinoniman, keantoniman, kehomomiman dan kehiponiman.

Fonologi Leksikal
Menurut John T. Jensen (1995:16), fonologi leksikal ialah penyebutan kata dan dapat
ditentukan dengan perbezaan penyebutan vokal pertama. Oleh itu, fonologi leksikal merujuk
kepada corak nada atau intonasi sesuatu kata itu ketika dilafazkan. Contoh yang paling
mudah ialah dalam bahasa Cina Mandarin iaitu penggunaan kata “wei”. Jika nada sebutan
‘datar’ (tidak menaik dan tidak menurun) maka ia membawa maksud kutu kayu.
Penggunaan kata “wei” dalam nada ‘naik’ membawa maksud berbahaya dan akhir sekali jika
nada yang digunakan ‘turun’ ia memberi makna takut. Oleh itu, jelaslah bahawa setiap nada
atau intonasi yang diujarkan dapat membezakan makna leksikal setiap kata.

Kata Kerja Leksikal


Menurut Asmah Hj. Omar, 1986:95, kata kerja leksikal juga disebut sebagai kata kerja
utama. Kata kerja ini terbahagi kepada dua jenis iaitu kata kerja perbuatan dan kata kerja

Mohd Yazid Bin Abdul Hamid BM04 Page 3


BMM3111 SEMANTIK DAN PERISTILAHAN BAHASA MELAYU

bukan perbuatan. Kata kerja perbuatan ialah kata kerja yang menunjukkan perbuatan, aksi
atau tindakan fizikal oleh Ahmad Khair Mohd Nor (2009:68). Perbuatan ini termasuklah
sengaja atau tidak sengaja. Kata kerja perbuatan boleh juga digunakan dalam ayat
perintah. Contoh kata kerja perbuatan ialah:

a) Aishah mandi dengan menggunakan sabun.


b) Adik belajar bersama kawan-kawannya.

Kata mandi dan belajar dalam ayat berfungsi sebagai kata leksikal.

Menurut Asmah Hj. Omar (1993:85), kata kerja keadaan tidak menunjukkan adanya gerak
perbuatan. Contoh ayat :

a) Cawan itu pecah.


b) Lelaki itu sudah mati.

Dalam ayat ini, perkataan pecah dan mati tidak merujuk kepada perbuatan. Subjek ayat
yang merujuk kepada cawan dan lelaki bukanlah pelaku yang melakukan perbuatan
tersebut. Kata kerja dalam ayat di atas dapat menerangkan sesuatu peristiwa atau
menghuraikan sesuatu yang merupakan subjek ayat.

Kesimpulannya, menurut Jackendoff (1997:xi), bidang leksikon mampu menyelesaikan


banyak masalah dalam fonologi, sintaksis dan semantik (Hashim Hj. Musa, 1993:10).

Makna Gramatikal.
Makna gramatikal merupakan makna yang terhasil apabila terjadinya proses gramatikal
yang melalui proses pengimbuhan, pengulangan, dan pemajmukan. Ahmad Khair Mohd Nor
(2007:10) menjelaskan bahawa proses pengimbuhan merupakan salah satu cara
mengembangkan kata dasar. Sebagai contoh, kita boleh rujuk kata dasar seperti berat.
Berdasarkan kata dasar berat kita dapat memberi pelbagai imbuhan pada kata tersebut.
Pelbagai imbuhan yang diberikan akan menyebabkan makna kata juga berubah .
Kata dasar berat dan batas yang telah diberi pengimbuhan:

a) Berberat, memberat, memberati, memberatkan, memperberat, terberat,


keberatan,berkeberatan dan pemberatan.
b) Berbatas, berbataskan, membatas, membatasi, batasan , pembatasan,
terbatas, keterbatasan dan pembatas.

Mohd Yazid Bin Abdul Hamid BM04 Page 4


BMM3111 SEMANTIK DAN PERISTILAHAN BAHASA MELAYU

Menurut Ahmad Khair Mohd Nor lagi, imbuhan dalam bahasa Melayu terdiri daripada empat
jenis yang dikenali sebagai imbuhan awalan, akhiran, apitan dan sisipan. Bentuk imbuhan
ini pula terdiri daripada dua jenis iaitu imbuhan asli bahasa Melayu atau imbuhan yang
dipinjam daripada bahasa asing seperti Sanskrit, Arab-Parsi dan Yunani - Latin - Inggeris.
Antara imbuhan asli yang terdapat dalam bahasa Melayu ialah –an, -kan, -i, pe-, men….kan
dan sebagainya.
Imbuhan pinjaman terdiri daripada maha-, eka-, wan-, -man, bi-, wi-, -lah dan banyak lagi.

Jenis-jenis Imbuhan

Imbuhan Awalan.
Imbuhan awalan merupakan imbuhan yang terletak di hadapan kata dasar perkataan.
Imbuhan awalan boleh dikategorikan kepada tiga jenis iaitu awalan kata nama seperti peN-,
peR-, ke-, juru- dan se-. Manakala imbuhan awalan kata kerja pula ialah meN-, mempeR-,
beR-, teR-,di- dan diper-. Akhir sekali imbuhan awalan kata adjektif yang terdiri daripada ter-
dan se-.

Arbak Othman (1989) , awalan kata nama peN- mempunyai lima bentuk iaitu pe-,pem-, pen
- , peng- dan penge-. Awalan meN- pula terdiri daripada me-,mem-, men-, dan meng-
bergantung pada huruf pertama kata dasar.

Imbuhan Akhiran
Imbuhan akhiran terletak di belakang kata dasar. Imbuhan ini terbahagi kepada imbuhan asli
bahasa Melayu seperti –an, -kan, dan –i. Contoh perkataan:

a) tuju + an tujuan
b) besar + kan besarkan
c) naik + i naiki

Imbuhan akhiran –wati, -ah, -man, -at dan sebagainya merupakan imbuhan akhiran
pinjaman.

Contoh :
seni + wati seniwati

Mohd Yazid Bin Abdul Hamid BM04 Page 5


BMM3111 SEMANTIK DAN PERISTILAHAN BAHASA MELAYU

Pengimbuhan akhiran pada sesuatu perkataan akan membawa kepada beberapa


pengertian.

Imbuhan Apitan
Imbuhan apitan bermaksud imbuhan yang hadir serentak mengapit kata dasar di bahagian
hadapan dan belakang kata.

Imbuhan Sisipan
Menurut Amad Khair b Mohd Nor terdapat empat bentuk sisipan antaranya ialah -em-
(gentar –gementar), -el- (tapak - telapak),-er- (sabut - serabut) dan –in (-sambung -
sinambung).

Secara keseluruhannya, makna gramatikal penting dalam bahasa Melayu kerana berlaku
pengimbuhan pada kata dasar yang boleh menyebabkan perubahan makna dan seterusnya
boleh mengembangkan kata dasar dalam bahasa Melayu.

Makna Konstektual
Menurut Abdullah Yusuf , Alias Mohd Yatim dan Mohd Ra’in Shaari, (2009) makna
konstektual sebagai makna sebuah leksem atau kata yang berada di dalam sesuatu
konteks.Contoh makna konteks kata kepala pada ayat-ayat berikut:

a) Rambut di kepala nenek belum ada yang putih.


b) Sebagai kepala sekolah dia harus menegur murid itu.
c) Nombor telefonnya ada pada kepala surat itu.

Berdasarkan ayat 1 kepala membawa maksud anggota badan manusia. Berbeza maksud
kepala pada ayat yang kedua yang bererti ketua atau pengetua begitu juga dengan ayat
ketiga yang membawa maksud permulaan atau pangkal.Makna konteks dapat juga
berkenaan dengan situasinya, seperti tempat, waktu, dan lingkungan penggunaan bahasa
itu. Contohnya,

“Tiga kali empat berapa?”

Murid sekolah akan menjawab dua belas berdasarkan soalan yang dikemukakan.
Sebaliknya jika soalan itu ditanya kepada jurugambar pasti ia akan menjawab berkaitan
dengan kos gambar foto bersaiz tiga kali empat sentimeter.

Mohd Yazid Bin Abdul Hamid BM04 Page 6


BMM3111 SEMANTIK DAN PERISTILAHAN BAHASA MELAYU

Makna Referensial
Menurut Abdul Chaer (2007:291) sebuah kata atau leksem disebut bermakna
referensial kalau ada referensnya, atau acuannya. Perkataan yang termasuk dalam kategori
kata penuh tergolong sebagai perkataan yang mempunyai makna referensial.Contoh kata
seperti kuda, merah, makan, cerdik ,kereta, kasut dan gambar adalah termasuk kata-kata
yang bermakna referensial kerana ada acuannya dalam dunia nyata. Menurut Nik Safiah
Karim, apabila perkataan mempunyai referen, maka perkataan tersebut mempunyai makna
referensial. Sebaliknya, kata-kata seperti dan, atau, dan kerana adalah kata-kata yang tidak
bermakna referensial, kerana kata-kata itu tidak mempunyai referens. Ini dikenali sebagai
makna nonreferensial atau kata-kata yang tidak memberi makna.

Makna Asosiatif
Makna asosiatif adalah makna yang dimiliki sebuah leksem atau kata berkenaan dengan
adanya hubungan kata itu dengan sesuatu yang berada di luar bahasa. Abdullah Yusof.
(2009:6) Makna asosiatif ini sebenarnya sama dengan perlambangan yang digunakan oleh
suatu masyarakat bahasa untuk menyatakan suatu konsep lain yang mempunyai
persamaan dengan sifat, keadaan atau ciri yang ada pada konsep asal kata atau leksem
tersebut. Contoh: kata singa berasosiasi dengan garang. Begitu juga dengan putih yang
berasosiasi dengan sesuatu yang suci atau kesucian. Menurut Kushartanti pula makna
asosiatif ialah asosiasi yang muncul dalam benak seseorang jika mendengar kata tertentu.
Selain itu, Khusharti juga menjelaskan bahawa asosiatif juga mempunyai peranan penting
bagi pemahaman wacana kerana makna asosiatif itu dapat manjadi pengikat makna-makna
kata sehingga terjadi pemahaman suatu wacana.

Kesimpulan
Kesimpulan yang dapat dibuat ialah terdapat pelbagai jenis makna dalam kehidupan kita
sehari-hari. Makna sangat berperanan dalam komunikasi. Makna memiliki beberapa jenis
yang utama iaitu makna leksikal, gramatikal, dan kontekstual, makna referensial dan non-
referensial,makna denotatif dan makna konotatif, makna konseptual dan makna asosiatif,
makna kata dan makna istilah,makna idiom dan peribahasa,makna emotif, makna kognitif,
makna piktorial dan akhir sekali makna inti. Dengan mengetahui jenis-jenis makna ini,
seseorang pengguna bahasa akan terdedah dengan makna-makna tersebut dan seterusnya
dapat menggunakan jenis makna ini dan disesuaikan dengan konteks penggunaannya.

Mohd Yazid Bin Abdul Hamid BM04 Page 7


BMM3111 SEMANTIK DAN PERISTILAHAN BAHASA MELAYU

Mengenal pasti dan menjelaskan tatacara pembentukan istilah asing yang yang terdapat
dalam bahasa Melayu.

Dasar Pembentukan Istilah Bahasa Melayu


Pada tahun 1950-an, apabila dasar pelajaran kebangsaan dirangka dan diluluskan
oleh Dewan Undangan Persekutuan dan kemudian oleh Dewan Parlimen Persekutuan
Tanah Melayu, pengajaran sains dan teknologi diperkenalkan dan ditingkatkan. Dengan itu,
istilah sains dan teknologi perlu diadakan dengan segera. Bagi mendapat hasil yang
seragam dan lebih cepat maka disusun pedoman pembentukan ini sejak tahun 1950-an.
Adalah dilarang kita mengambil sembarangan bentuk Inggeris secara sepenuhnya seperti
acid, asiditi, dan asidik, kerana bentuk – bentuk morfologi Melayu berlainan dengan
morfologi bahasa Inggeris.
Manakala pada penghujung akhir tahun 1960-an dan awal tahun 1970-an telah
disusun semula satu pedoman pembentukan istilah baharu yang lebih terperinci.
Berdasarkan pedoman yang baharu itu ada beberapa bahagian yang ditetapkan serta
diperluas dari segi dasar, cara dan pedoman, iaitu:
i. Pembentukan istilah baru hendaklah berdasarkan sikap dan pandangan yang
progresif dan fleksibel bagi bahasa Melayu moden;
ii. Istilah baru hendaklah yang praktis sama ada dalam bidang ilmu atau
masyarakat pemakai bahasa;
iii. Pembentukan istilah baru, dalam semua bidang ilmu atau yang popular,
hendaklah sentiasa diselaraskan dengan yang dibuat di Indonesia;
iv. Istilah baharu hendaklah memperlihat kekayaan perbendaharaan kata bahasa
Melayu dan yang mempunyai sistem struktur menurut kudrat bahasa Melayu-
Indonesia; dan
v. stilah ilmu hendaklah seboleh-bolehnya memperlihat bentuk yang jelas dengan
istilah asal atau istilah antarabangsa.

Prinsip Pembentukan Istilah


Usaha usaha memajukan istilah Melayu lebih aktif selepas tahun 1975. DBP dengan
kerjasama Majlis Bahasa Indonesia-Malaysia telah menubuhkan Jawatankuasa Pedoman
Umum Pembentuk Istilah. Jawatankuasa ini berfungsi untuk menghasilkan istilah yang
seragam antara Malaysia dengan Indonesia. Di samping itu, badan ini juga
bertanggungjawab mengembangkan istilah Melayu dan menghasilkan istilah yang lebih
khusus, abstrak dan tepat bersesuaian dengan bidang bidang ilmu yang terdapat di
Malaysia. Di dalam proses pembentukan istilah, jawatankuasa ini lebih mengutamakan asas
bahasa Melayu atau bahasa bahasa serumpun. Pinjaman juga turut dilakukan. Kerja kerja
penggubalan istilah dan pembentukan istilah berdasarkan kepada beberapa prinsip tertentu.

Mohd Yazid Bin Abdul Hamid BM04 Page 8


BMM3111 SEMANTIK DAN PERISTILAHAN BAHASA MELAYU

Perbendaharaan Kata Umum Bahasa Melayu

Pembentukan istilah boleh diambil daripada perbendaharaan kata umum bahasa Melayu
termasuk kata dari dialek atau bahasa lama. Sesuatu kata yang dipilih untuk dijadikan istilah
itu hendaklah memenuhi syarat yang berikut;
i. kata berkenaan tepat memberi makna, konsep, proses, keadaan atau ciri yang
dimaksudkan.
ii. kata yang dipilih adalah yang paling singkat (sekiranya ada sekelompok sinonim).

Contoh:
Hospital dan rumah sakit, dipilih hospital
Fisiologi dan kaji tugas organ, dipilih fisiologi
kata berkenaan tidak mempunyai konotasi buruk atau sebutan sumbang.

Perbendaharaan Kata Bahasa Serumpun

Istilah juga boleh dibentuk daripada perbendaharaan kata bahasa serumpun dengan bahasa
Melayu sekiranya tidak terdapat istilah yang diperlukan daripada bahasa Melayu,
Contoh – contoh seperti:
i. gambut (daripada bahasa Banjar) – peat
ii. nyeri (daripada bahasa Sunda) – pain
iii. engkabang (daripada bahasa Iban) – ellipenut
iv. dermaga (daripada bahasa klasik) – wharf
v. dening (daripada dialek Kelantan) – yoke

Perbendaharaan Kata Bahasa Asal


Sekiranya istilah yang diperlukan tidak terdapat daripada bahasa Melayu dan bahasa
serumpun dengan bahasa Melayu maka bolehlah diambil kata-kata daripada bahasa asal
atau bahasa asing. Penulisan istilah ini hendaklah mengutamakan bentuk ejaannya di dalam
bahasa sumber (perlu disesuaikan) tetapi penyebutannya hendaklah mengikut sistem bunyi
bahasa Melayu. Untuk tujuan keseragaman, bahasa Inggeris yang dianggap paling
internasional dijadikan sebagai bahasa sumber melainkan konsep yang berkenaan tidak ada
istilahnya dalam bahasa Inggeris.
Contoh – contoh seperti:

Istilah Bahasa Asal Istilah Bahasa Melayu


Atom Atom

Mohd Yazid Bin Abdul Hamid BM04 Page 9


BMM3111 SEMANTIK DAN PERISTILAHAN BAHASA MELAYU

Electron Elektron
Professional Profesional
Psychology Psikologi
Structure Struktur
Radio Radio
Television Televisyen
Radiography Radiografi

Penyerapan Istilah Asing


Istilah asing boleh dipinjam atas dasar;

i. Sesuai maknanya;
ii. Lebih singkat daripada terjemahan bahasa Melayunya;
iii. Istilah asing yang diserap itu mempermudahkan penyelarasan, sekiranya istilah
bahasa Melayunya mempunyai banyak sinonim.

Bentuk-Bentuk Serapan
Kata yang diambil daripada bahasa asing terdiri daripada bentuk akar atau terbitannya. Hal
ini bergantung pada:
i. Konteks situasi dan pemakaiannya di dalam ayat;
ii. Kemudahan belajar bahasa; dan
iii. Kepraktisan.

Pada prinsipnya diambil bentuk tunggal contohnya, spectrum (spektrum) kecuali kalau
bentuk jamaknya yang lebih biasa dipakai.

Istilah Asing yang sudah lazim


Istilah asing yang sudah lama digunakan boleh terus dipakai walaupun ada kalanya istilah
berkenaan tidak sesuai dengan peraturan. Hal ini dilakukan untuk menjauhkan kekacauan
dan kekeliruan.
Contoh – contoh seperti :

Istilah Asing Istilah Bahasa Melayu


Campaign Kempen
Custom Kastam
Dengue Denggi
Grant Geran
Pension Pencen

Mohd Yazid Bin Abdul Hamid BM04 Page 10


BMM3111 SEMANTIK DAN PERISTILAHAN BAHASA MELAYU

Cabaran – Cabaran Pembentukan Istilah


Tugas dan tanggungjawab Jawatankuasa istilah amat mencabar. Kritikan yang dilemparkan
kepada mereka datang bertubi tubi, khusus daripada kalangan yang kurang memahami
rasional di belakang pemilihan sesuatu istilah; dan kritikan sinis ini sering terdengar. Walau
bagaimanapun, bagi orang bahasa, linguis dan pendidik, mereka amat memahami
keputusan yang telah dibuat; mereka akur pada istilah yang telah dibentuk dan
menerimanya dengan hati terbuka. Bagi orang yang tidak memahaminya, tidak semudah
untuk mencapai kesepakatan dan persetujuan di dalam pembentukan istilah baru; tentu
sekali banyak cabarannya. Walau apapun kritikan yang dilemparkan jawatankuasa istilah
tetap dengan pendirian mereka. Hakikatnya kerja yang mereka lakukan berpandu kepada
dua kriteria umum:
Kepesatan ilmu :
i. Perkembangan ilmu dalam bidang-bidang tertentu.
ii. Penyerapan istilah-istilah baru mengikut perkembangan semasa.

Kepakaran :
i. Kekurangan pakar di dalam bidang tertentu.
ii. Penentuan sumber istilah (bahasa asal, bahasa serumpun, bahasa pinjaman)

Mengenal pasti dan membuat analisis penggunaan istilah asing yang terdapat dalam
Bahasa Melayu (menggunakan artikel terpilih) serta menentukan sama ada istilah
ersebut betul dari segi singkatan, lambang, ejaan dan tatabahasa.

Nekad
Hari ini aku bertekad untuk mencari dia walaupun aku tak pasti di mana dia berada. Aku
hanya tahu alamat tempat kerjanya. Alamat rumah juga ada tapi aku tak pasti sama ada dia
ada di rumah atau sedang bekerja. Dia bekerja shif menyukarkan aku tahu kerana jadual

Mohd Yazid Bin Abdul Hamid BM04 Page 11


BMM3111 SEMANTIK DAN PERISTILAHAN BAHASA MELAYU

kerjanya aku tak tahu. Inilah kalau komunikasi tiada di antara kami berdua. Berbekalkan duit
yang cukup-cukup untuk aku tambang pergi balik dan duit kecemasan aku pergi mencari dia
ke kota. Aku tahu tindakanku ini amat bodoh kerana tanpa arah akan membahayakan aku
dan anak kecilku. Melihat wajah si kecil melonjak keriangan kerana dapat berjalan-jalan.
Apalah anak kecil ini mengerti tentang gelodak dalam hatiku.Dia suamiku telah beberapa
bulan tiada berita dan aku harus bertemu dengannya kerana ingin memberitahu tentang
masalah rumah yang kami anak beranak tinggal akan di sita.

Perjalananku dua jam mengelisahkan hatiku kerana aku bimbang tidak dapat bertemu
dengannya dan apa pula akan terjadi. Aku nekad sekiranya aku tidak bertemu dengannya
kali ini aku sendiri akan pergi dari hidupnya buat selama-lamanya. Tiba di stesen aku terus
mendapatkan teksi terus ke tempat kerjanya. Memang malang nasibku kerana dia tiada.
Airmataku deras mengalir.."Umi,nape nanggis", kata anak kecil berumur 4 tahun yang petah
bercakap. "Em..tiada apa-apa nak. Cuma habuk masuk ke mata umi". Begitulah
pembohonganku pada si kecil setiap kali nampak aku menangis.

Aku melangkah dengan longlai hanya satu arahku menuju ke rumahnya .Aku menahan teksi
terus ke flat tempat tinggl dia. Sekali lagi nasibku amat malang dia tiada. Rumahnya
berkunci. Aku dan anak kecil hanya menanti di pintu keletihan. Setelah kufikir-fikir, lebih baik
aku pulang saja ke kampung halaman kerana tiada guna lagi aku menanti dan mencari
sedangkan dia tahulah ke mana harus mencariku nanti. Aku sendiri harus berusaha untuk
menyelesaikan segala masalahku.. Hanya itu saja tekadku. Aku akan pergi dari kehidupan
dia buat selamanya dan menganggap dia tiada lagi dalam hidupku.Sepanjang perjalanan
airmataku sudah kering dan tidak akan menangis lagi. Itulah janjiku. Aku berikrar akan
mempastikan kehidupan anak-anakku akan terjamin walau tanpa bantuan dia suamiku.
Biarlah segala yang berlaku ini menjadi satu pengajaran padaku.

Akar berimbuhan gabungan gandaan prototaip paradigma


bebas
anak bertekad tempat Cukup- shift
kerja cukup
suamiku mencari Bekerja shif Berjalan- Komunikasi
jalan (communication)
rumah bekerja Jadual Selama- Stesen (station)
kerja lamanya
stesen menyukarkan Kami Apa-apa Teksi (taxi)
berdua

Mohd Yazid Bin Abdul Hamid BM04 Page 12


BMM3111 SEMANTIK DAN PERISTILAHAN BAHASA MELAYU

Mengenal pasti satu isu/masalah yang dihadapi oleh murid berkaitan dengan semantik dan
melaksanakan pengajaran bagi menyelesaikan permasalahan tersebut di dalam bilik darjah
serta hasilkan laporan pelaksanaan PdP tentang isu semantik tersebut.

Masalah Bahasa
Definisi bahasa yang telah dibincangkan dalam tajuk 1 dengan jelas menyatakan bahawa
bahasa adalah merupakan alat untuk manusia berkomunikasi. Oleh itu ketidakupayaan
berbahasa akan menjejaskan keberkesanan komunikasi seseorang.

The National Information Center for Children and Youth with Disabilities (1996), USA telah

Mohd Yazid Bin Abdul Hamid BM04 Page 13


BMM3111 SEMANTIK DAN PERISTILAHAN BAHASA MELAYU

mendefinisikan masalah bahasa sebagai; adalah kelemahan dalam keupayaan untuk


memahami dan/atau menggunakan perkataan-perkataan mengikut konteks,sama ada
secara verbal dan bukan verbal. Di antara ciri masalahbahasa termasuklah penggunaan
perkataan dan maknanya yang kurang sesuai, tidak upaya menyampaikan idea, bentuk
tatabahasa yang kurang sesuai, kurang perbendaharaan kata, dan tidak upaya mengikut
arahan.”

The American Speech-Language-Hearing Association (ASHA) (1982) telah memberikan


definisi dan jenis masalah bahasa yang lebih perinci seperti berikut;

“Masalah bahasa adalah kecacatan atau perkembangan pemahaman yang menyimpang


atau kandungan bahasa atau penggunaan dalam pertuturan, tulisan (atau kedua-duanya),
atau sistem simbol yang lain. Masalah tersebut mungkin melibatkan satu atau gabungan
mana-mana aspek bahasa berikut;
1. Bentuk bahasa ( sistem fonologi, morfologi, dan sintaksis),
2. Kandungan bahasa ( sistem semantik), atau
3. Fungsi bahasa dalam komunikasi (sistem pragmatik).”

Antara punca masalah bahasa adalah:

Kelewatan bahasa
Ada kanak-kanak yang memperolehi bahasa lewat daripada kebiasaannya. Sesetengah
kanak-kanak akan dapat menguasai bahasa walaupun agak lambat daripada yang lain,
tetapi terdapat juga kanak-kanak yang tidak menunjukkan perubahan dan memerlukan
intervensi awal untuk membantunya.

Aphasia
Aphasia merujuk kepada masalah bahasa akibat daripada ketidakupayaan untuk
membentuk, atau memperoleh semula, dan memberi makna kepada simbol-simbol arbitrari
bahasa (Holland & Reinmuth, 1982). Aphasia berpunca daripada kerosakan otak. Bagi
kanak-kanak kerosakan otak berpunca akibat kecederaan otak semasa lahir atau
ketumbuhan (tumor) otak. Manakala bagi orang dewasa pula mungkin akibat daripada strok
atau kecederaan akibat kemalangan.

Gangguan proses auditori pusat (Central auditory processing disorders /CAPD)


Semasa berkomunikasi, telinga dan otak akan menerima maklumat auditori (pendengaran)
dan menterjemahkannya. Kanak-kanak yang mempunyai CAPD tidak mengalami masalah

Mohd Yazid Bin Abdul Hamid BM04 Page 14


BMM3111 SEMANTIK DAN PERISTILAHAN BAHASA MELAYU

pendengaran (pekak), tetapi atas sebab tertentu otak tidak dapat menterjemah maklumat
auditori yang diterima daripada telinga dengan baik.

Apakah masalah bahasa yang dihadapi oleh kanak-kanak masalah pembelajaran?


Kanak-kanak masalah pembelajaran kebiasaannya menghadapi masalah bahasa yang
serius. Masalah bahasa yang mereka hadapi lebih tertumpu kepada ketidakupayaan
memperoleh dan menguasai bahasa penerimaan yang tepat, ketidakupayaan memproses
bahasa dengan tepat, dan ketidakupayaan menguasai serta melahirkan bahasa pelahiran.

Masalah bahasa yang dihadapi oleh kanak-kanak masalah pembelajaran secara khusus
adalah seperti berikut:

i. mengingat kembali perkataan


ii. menyatakan perkara atau bentuk yang abstrak
iii. memahami perkataan yang mempunyai pelbagai makna
iv. menggunakan ayat yang betul dan lengkap
v. meminta penjelasan untuk mesej yang kurang difahami
vi. menghasilkan mesej yang kompleks dari segi sintaksis
vii. memaklumkan sesuatu maklumat kepada orang lain
viii. mempelbagaikan gaya berkomunikasi untuk menyesuaikannya dengan
pendengar yang berbeza

LAPORAN PDP

Mohd Yazid Bin Abdul Hamid BM04 Page 15


BMM3111 SEMANTIK DAN PERISTILAHAN BAHASA MELAYU

Langkah 3 1. Tayangan video - Murid menonton video majlis BBM


“Majlis Konvokesyen.
( 5 minit) - Video
- Guru dan murid bersoaljawab
Konvokesyen
o Apakah nama majlis
Universiti
yang kamu tonton Strategi
sebentar tadi? - Soaljawab
o Di manakah selalunya
majlis terebut
berlansung?
o Bilakah lazimnya majlis
tersebut akan diadakan?
- Guru menerima semua jawapan
murid.
- Guru membetulkn jawapan murid
1. Konvokesyen
2. IPTA/IPTS/Kolej
3. Setelah selesai pengajian

Dalam kumpulan kami bertiga, saya telah menjalankan tugasan iaitu mengajar aktiviti
langkah tiga di mana saya telah membuat tayangan video melalui paparan slaid mengenai
Majlis Kovokesyen Universiti.
Tujuan saya membuat tayangan video
melalui paparan slaid adalah supaya dapat
menarik minat murid dan mereka dapat
menonton dengan lebih jelas lagi mengenai
majlis konvokesyen tersebut. Saya tidak
mahu murid hanya membayangkan tetapi
dapat melihat dengan jelas dan dengan
secara tidak langsung akan menambah
pengetahuan mereka.
Disamping mereka menonton, saya juga mengemukakan beberapa soalan dengan secara
spontan seperti :

Mohd Yazid Bin Abdul Hamid BM04 Page 16


BMM3111 SEMANTIK DAN PERISTILAHAN BAHASA MELAYU

1. Apakah nama majlis yang kamu tonton sebentar tadi?


2. Di manakah selalunya majlis terebut berlansung?
3. Bilakah lazimnya majlis tersebut akan diadakan?

Mereka juga menjawab dengan spontan


dengan berpandukan tayangan video
tersebut.

Dalam masa yang sama saya juga


membetulkan sebutan bahasa yang
disampaikan oleh murid seperti :

1. Konvokesyen
2. IPTA/IPTS/Kolej
3. Setelah selesai pengajian

Setelah bersoal jawab dengan murid, barulah saya dapat mengesan kesalahan bahasa
terutama dalam sebutan yang disampaikan oleh murid-murid saya. Saya cuba
mengenalpasti puna masalah sebutan tersebut dan apa yang saya lihat mereka jarang
menggunakan istilah-istilah tersebut.

Mohd Yazid Bin Abdul Hamid BM04 Page 17


BMM3111 SEMANTIK DAN PERISTILAHAN BAHASA MELAYU

Penutup Rumusan oleh guru: Nilai Murni:


(5 minit) - Mengaitkan petikan, - sabar
slaid dan video - rajin
dengan nilai-nilai - berazam tinggi
murni yang patut
diaplikasikan oleh
murid dalam
kehidupan.

Saya juga membuat aktiviti dibahagian penutup dengan masa yang diperuntukkan hanyalah
lima minit. Saya membuat rumusan mengenai majlis konvokesyen tersebut dengan
menyerapkan nilai-nilai murni yang boleh diaplikasikan dalam kehidupan harian kanak-
kanak.

Antara nilai-nilai murni yang


diberikan ialah :

- sabar
- rajin
- berazam tinggi

Dengan nilai-nilai murni seperti inilah


murid dapat mengaplikasikan dalam
kehidupan harian mereka supaya
mereka dapat hidup dengan lebih
sempurna dan Berjaya.

Saya berharap dengan menjalankan pdp seperti ini dapatlah member manfaat kepada murid
dan juga kepada saya pada masa akan datang.

Mohd Yazid Bin Abdul Hamid BM04 Page 18


BMM3111 SEMANTIK DAN PERISTILAHAN BAHASA MELAYU

Refleksi

Sepanjang saya menajalan tugasan ini, banyak pengalaman dan pengetahuan yang saya
perolehi. Ilmu pengetahuan saya kian meningkat terutama dalam Semantik Dan Peristilahan
Bahasa Melayu. Saya tidak nafikan yang saya adalah orang melayu, berketurunan melayu
dan dari kecil menggunakan Bahasa Melayu sebagai bahasa komunikasi baik bersama
keluarga mahupun bersama rakan-rakan. Maka adalah mustahil saya tidak memahami dan
tidak boleh berkomunikasi dalam Bahasa Melayu dengan baik.

Tetapi adalah pada dasarnya, pada hakikatnya banyak lagi perkara yang perlu saya pelajari
dalam bidang Bahasa Melayu ini, banyak perkara yang masih belum saya ketehaui. Bahasa
Melayu amat meluas, patutlah ia dianggap sebagai Bahasa Lingguafraca iaitu bahasa
pertuturan dan bahasa komunikasi pada zaman era kegemilangan Melaka.Bahasa ini juga
berkembang dari masa ke semasa dan ia menjadi di antara salah satu bahasa ilmiah.

Berbalik kepada tugasan yang diberikan. Saya mula mengetahui dengan lebih mendalam
lagi dalam semantik Bahasa Melayu iaitu bidang yang mempelajari tentang makna. atau
kajian makna adalah satu bidang yang luas mencakupi kebanyakan daripada struktur dan
fungsi bahasa dan juga masalah dalam kajian psikologi, falsafah dan antropologi. Saya mula
mengetahui mengenai makna yang terdapat dalam sebutan dan mengkaji sejauh mana
makna tersebut dengan lebih meluas lagi .

Begitu juga dengan Dasar Pembentukan Istilah Bahasa Melayu iaitu Pembentukan istilah
baru hendaklah berdasarkan sikap dan pandangan yang progresif dan fleksibel bagi bahasa
Melayu moden . Ini bertujuan untuk memartabatkan lagi Bahasa Melayu dalam membentuk

Mohd Yazid Bin Abdul Hamid BM04 Page 19


BMM3111 SEMANTIK DAN PERISTILAHAN BAHASA MELAYU

Istilah baru yang hendak dipraktis sama ada dalam bidang ilmu atau masyarakat pemakai
bahasa

Disamping itu juga , saya juga menjalankan PdP bagi mengesan pemasalahan murid
terutama dalam sebutan. Memang benar saya dapa mengesan masalah murid tersebut
terutama dalam sebutan istilah-istilah baharu. Saya cuba menyelesaikan dengan cara
meminta murid menyebutnya berulang kali dan menerangkan maksud perkataan tersebut
kepada mereka. Alhamdulillah mereka dapat menguasainya dengan baik.

Memang saya tidak nafikan sepanjang menjalankan tugasan ini, banyak halangan serta
perlbagai masalah yang dihadapi terutama dengan kekangan masa. Seperti yang sedia
maklum, pada awal tahun ini banyak aktiviti-aktiviti sukan dijalankan di sekolah-sekolah dan
saya tidak terkecuali terlibat dalam sukan ini baik dalam melatih murid mahupun membawa
murid pergi bertanding di mana-mana bahagian. Jadi dengan aktiviti tersebut saya terpaksa
mengagih masa dengan sebaik mungkin untuk menyiapkan tugasan ini. Tetapi Alhamdulillah
dengan pengurusan masa yang baik dapat juga saya menyiapkan tugasan ini walaupun
tidaklah sebaik yang mana tetapi ia dapat membantu saya menambah pengetahuan dengan
lebih mendalam lagi.

Apa yang saya harap, tugasan ini dapat dikongsi bersama dan memberi satu pandangan
yang baik untuk setiap masyarakat terutama golongan pendidik atau ibu bapa dalam melihat
perkembangan anak-anak mereka dengan lebih baik lagi.

Rujukan
Abdul Chaer (1994), Linguistik Am, Jakarta, Penerbit Rineka Cipta
Abdullah Hassan (2005a), linguistik am, siri pengajaran dan pembelajaran bahasa Melayu,
Pahang: PTS Profesional Publishing Sdn. Bhd.

Abdullah Yusuf, (2009). Semantik dan Pragmatik Bahasa Melayu.Kuala Lumpur: Guru,
Kuala
Lumpur : Penerbit Icon Regian Sdn Bhd
Abdullah Yusuf, Alias Mohd Yatim dan Mohd Ra’in Shaari, (2009) Semantik dan Pragmatik
Bahasa Melayu, Kuala Lumpur: Pustaka Salam Sdn. Bhd.
BML 3083 Semantik Sem.3 Universiti Pendidikan Sultan Idris, Pusat pendidikan Luar 2012.
http://makalahdanskripsi.blogspot.com/2009/06/makna-denotatif-makna-konotatif-dan.html

http://www.tutor.com.my/stpm/semantik/semantik.htm

Mohd Yazid Bin Abdul Hamid BM04 Page 20


BMM3111 SEMANTIK DAN PERISTILAHAN BAHASA MELAYU

Kamus Dewan Edisi Keempat (2005), Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka

Mohd Yazid Bin Abdul Hamid BM04 Page 21

You might also like