You are on page 1of 10

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN ALOR JANGGUS

06250 ALOR SETAR, KEDAH

PEPERIKSAAN 1 TAHUN
2019
TINGKATAN 4

PRINSIP PERAKAUNAN

Dua Jam

NAMA :…………………………………………………………………………………………………………………… KELAS:…………….

JANGAN BUKA KERTAS SOALAN INI SEHINGGA DIBERITAHU

1. Kertas soalan ini mengandungi dua bahagian. Bahagian A dan Bahagian B


2. Jawab semua soalan.
3. Tiap-tiap soalan bahagian OBJEKTIF (Bahagian A) diikuti oleh empat pilihan jawapan yang berhuruf A,B,C dan
D. Bagi tiap-tiap soalan pilih satu jawapan sahaja. Tandakan semua jawapan anda pada kertas jawapan yang
disediakan.
4. Jawab soalan untuk bahagian B di dalam ruangan yg disediakan.
5. Penggunaan kalkulator yang tidak boleh diprogramkan dibenarkan.

Disediakan oleh : Disahkan oleh:

………………………………… ………………………………
(AZMAN BIN ALI @ ANAN ) (PN BUSRA BT ABDULLAH)
Guru MP Prinsip Perakaunan Guru Kanan Teknik & Vokasional
BAHAGIAN A ( 15 markah )

1. Antara yang berikut , manakah yang benar tentang perakaunan?

I Perakaunan skopnya lebih kecil daripada simpan kira

II Perakaunan membantu pengurusan membuat keputusan

III Perakaunan hanya melibatkan proses merekod urusniaga

IV Perakaunan merancang dan mengawal aktiviti perniagaan

A I dan II C II dan IV

B I dan III D III dan IV

2. Rajah di bawah ini berkaitan dengan sub bidang perakaunan

Subbidang
Perakauanan

Perakaunan Q Audit Percukaian Sistem


Kewangan Maklumat
Perakaunan

Apakah Q?

A. Simpan kira

B. Perakaunan

C. Perakaunan Pengurusan

D. Sistem Maklumat Pengurusan

3. Maklumat dibawah menunjukkan ciri-ciri satu jenis perniagaan.

 Liabiliti pemilik terhad


 Bilangan minimum ahli dua orang
 Laporan kewangan tidak diumumkan kepada orang ramai
 Berdaftar dengan Pendaftar Syarikat

Antara berikut, jenis perniagaan yang manakah menepati ciri-ciri itu?


A. Khalid Enterprise
B. Klinik Khalid dan Tan
C Khalid Tan Sendirian Berhad
D Khalid Tan Berhad

4. Berikut ialah ciri entiti perniagaan.

Ciri Milikan Tunggal Perkongsian Syarikat Berhad

I Bilangan ahli 1 orang 2 hingga 20 orang Melebihi 2 orang


II Penubuhan mudah sukar mudah
III Tanggungan Terhad Tidak Terhad Terhad
IV Pendaftaran Pendaftar Pendaftar Perniagaan Pendaftar Syarikat
Perniagaan

Maklumat yang berikut yang manakah benar.

A I dan II
B I dan IV
C II dan III
D III dan IV

5. Pilih padanan ciri organisasi perniagaan yang tidak benar.

Ciri Perkongsian Syarikat Berhad


A Liabiliti Terhad Tidak Terhad
B Modal Sumbangan rakan kongsi Pelaburan pemegang saham
C Percukaian Cukai pendapatan Cukai pendapatan syarikat
perseorangan
D Pembahagian keuntungan Berdasarkan Ikatan Berdasarkan kadar dividen
Perkongsian

6. Pilih ciri-ciri sebuah perniagaan milikan tunggal.

I Liabiliti pemilik terhad


II Modal diperoleh daripada simpanan sendiri
III Dikenakan cukai pendapatan individu
IV Hayat perniagaan berterusan

A I dan II
B I dan IV
C II dan III
D III dan IV

7. Antara entiti perniagaan berikut, yang manakah liabilitinya terhad?

A Kedai Runcit Yahya


B Pasar Mini Bina Jaya
C Klinik Gigi Johan dan Rakan-rakan
D Syarikat Bintang Hati Sendirian Berhad
8. Maklumat berikut berkaiatan dengan ciri-ciri sebuah perniagaan.

 Perniagaan berdaftar dengan Pendaftar Perniagaan


 Keahlian seramai 2-20 orang
 Liabiliti tidak terhad
 Hayat perniagaan berterusan

Apakah perniagaan tersebut?

A Gemilang Enterprise
B Firma Guaman Kelvin
C Syarikat Ceria Sdn Bhd
D Perunding Pembinaan Ahmad dan Rakan-rakan

9. Organisasi manakah yang ditubuhkan untuk melindungi kepentingan dan kebajikan ahlinya?

A Milikan Tunggal
B Perkongsian
C Syarikat Berhad
D Koperasi

10. Pada 1 Januari 1996, Encik Samad telah membeli sebidang tanah pada harga
RM 15 000. Pada 31 Disember 2003, harga pasaran tanah tersebut telah meningkat kepada RM 50 000. Catatan dalam
buku perniagaan masih menunjukkan harga tanah sebagai RM 15 000.
Ini merujuk kepada prinsip

A entiti berasingan
B prinsip kos
C tempoh perakaunan
D wang sebagai ukuran

11. Sebidang tanah telah dibeli oleh Maju Enterprise pada 1 Julai 2002 dengan harga RM 35 000. Pada tahun 2005, nilai
pasaran tanah menunjukkan peningkatan kepada RM 54 000 selepas penilaian dibuat.
Berapakah nilai tanah yang akan direkod dalam penyata kewangan tahun 2005?

A RM 19 000
B RM 35 000
C RM 54 000
D RM 89 000

12. Encik Zain seorang peniaga, telah merekodkan ambilan barang niaga yang telah digunakan oleh keluarganya sebagai
ambilan.Apakah prinsip perakaunan yang telah diamalkan oleh Encik zain?

A Ketekalan
B Prinsip Kos
C Entiti berasingan
D Usaha berterusan
13. Maklumat berikut merujuk kepada perniagaan Encik Basiron.

Encik Basiron menggunakan kaedah garis lurus untuk mengira susut nilai kenderaan
bagi setiap tempoh perakaunan.

Apakah konsep yang diamalkan oleh perniagaan Encik Basiron?

A Wang sebagai ukuran


B Ketekalan
C Prinsip kos
D Pengiktirafan hasil dan belanja

14. Peringkat terakhir dalam kitaran perakaunan ialah…

A. pengeposan ke lejar

B. buku catatan pertama

C. penyediaan penyata kewangan

D. catatan penutupan

15. Rajah dibawah ini menunjukkan sebahagian daripada proses kitaran perakaunan .

Imbangan Duga W Imbangan Duga


Terselaras

Apakah W?

A. Lejar C. Pelarasan

B. Jurnal Am D. Catatan Penutupan


BAHAGIAN B ( 65 markah )

1. Anda dikehendaki melakarkan gambarajah kitaran perakaunan mengikut urutan dengan betul. Lakarkan rajah
dalam ruangan yang disediakan. ( 10 markah )

(a)

(h (a)

Contoh : i

(g) ii.

(c)
(f)

(d)

(e)

2. Nyatakan prinsip, andaian dan batasan perakaunan bagi situasi berikut? ( 6 markah )

Situasi Konsep Perakaunan


a. Encik Sani mengambil tunai dalam perniagaannya untuk
membayar yuran pengajian anaknya.Perkara ini direkodkan
dalam Akaun Ambilan

b. Puan Murni pemilik sebuah salon kecantikan mengenakan


bayaran RM60.00 untuk perkhidmatan rawatan mencuci
muka pelanggannya.
c. Sewa belum bayar dan faedah belum terima diambil kira
untuk menentukan keuntungan bagi sesuatu tempoh
perakaunan.
d. Perniagaan Rosli membeli sebuah kenderaan untuk
perniagaannya pada tahun 2013 dengan harga
RM60,000.00.Selepas 4 tahun kenderaan tersebut mengalami
kejatuhan harga kepada RM40,000.00 sahaja.Dalam Penyata
Kedudukan Kewangan Perniagaan Rosli, kenderaan tersebut
tetap direkodkan sebagai RM60,000.

e. Perniagaan Mega akan terus beroperasi untuk suatu tempoh


masa yang tidak tetap.

f. Penyata Kewangan Perniagaan Azimin disediakan bagi


urusniaga yang berlaku dari 1 Januari 2016 hingga 31
Disember 2016
3. Tandakan ( / ) dalam ruangan yang betul mengikut kumpulan klasifikasi akaun.

ASET LIABILITI
ASET LIABILITI EKUITI
BIL ITEM BUKAN BUKAN HASIL
SEMASA SEMASA BELANJA PEMILIK
SEMASA SEMASA

1 Kenderaan

2 Ambilan

3 Komisen diterima

4 Alatulis

5 Tunai

6 Akaun belum teima

7 Inventori akhir

8 Overdraf bank

9 Faedah atas pinjaman

10 Pinjaman bank

11 Faedah atas simpanan

12 Deposit telefon

1 Inventori alatulis

3 Sewa diterima

14 Kadar bayaran

15 Bank

16 Simpanan tetap

17 Lengkapan

18 Akaun Belum Bayar

19 Premis

20 Promosi

( 10 markah )
4. Encik Idham adalah pemilik Perniagaan Otai yang beroperasi di Jalan Bendahara, Alor Setar. Berikut
adalah baki-baki aset, liabiliti, dan ekuiti pemilik perniagaan pada 1 Jun 2018;
RM
Kenderaan 38 800
Perabot 12 750
Bank 22 500
Akaun Belum Terima 8 650
Inventori 12 400
Modal ?
Untung Bersih 17 860
Akaun Belum Bayar 13 410
Urus niaga sepanjang bulan Jun 2018 adalah seperti berikut;
i. Belian barang niaga secara kredit bernilai RM7 600 daripada Pembekal Kasih.
ii. Cik Chempaka membeli perabot bernilai RM2 500 untuk kegunaan perniagaan
menggunakan wangnya sendiri.
iii. Jualan inventori RM5 200 kepada Kedai Runcit Sentosa dengan harga RM5 700.
iv. Kedai Runcit Sentosa memulangkan barang niaga berharga RM576 kerana rosak.

v. Keluarkan cek bernilai RM7 520 untuk membayar pembekal dan terima diskaun RM 480.
vi. Menerima cek daripada pelanggan berjumlah RM8 700 untuk menjelaskan hutang yang
berjumlah RM9 200.
vii. Mengeluarkan cek bernilai RM450 untuk membayar yuran kursus perkahwinan pemilik.
viii. Membayar gaji pembantu kedai dengan cek RM1 200.
ix Menjual barang niaga secara tunai berkos RM3 350 dan memperolehi keuntungan RM380.
Wang yang diterima dibankkan.
x. Sekeping cek yang diterima daripada pelanggan bernilai RM670 dipulangkan oleh bank
kerana tak laku.
xi.Seor Seorang pelanggan tidak dapat dikesan dan hutangnya RM120 dihapuskan sebagai hutang
Lapuk.

Anda dikehendaki;
a Melengkapkan jadual persamaan perakaunan di lampiran A. ( 29 markah )
.
b Menyediakan Penyata Kedudukan Kewangan pada 30 Jun 2018 (10 markah
.
Akaun
Urus Akaun Untung
Kenderaan Perabot Bank Belum Inventori Modal Ambilan
niaga Belum Bayar bersih
Terima
RM RM RM RM RM RM RM RM RM
Baki

i.

ii.

iii.

iv.

v.

vi.

vii.

viii.

ix.

x.

xi.

Jumlah

You might also like