You are on page 1of 8

PENGHARGAAN

Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak Smk Ayer
Lanas kerana telah memberi sokongan dan dorongan kepada saya ketika menjalankan kajian
ini.

Alhamdulillah bersyukur kita ke hadrat Illahi dengan limpah kurnian-Nya kami dapat
menyiapkan kerja kursus ini dengan penuh jayanya. Kami menyiapkan Kerja Kursus Bahasa
Melayu ini dalam tempoh yang telah ditetapkan.

Kami ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada warga pendidik PraU Lanas kerana telah
memberi tunjuk ajar kepada kami bagi menjayakan kajian ini. Kajian kerja kursus ini adalah
syarat yang sangat penting yang diberikan oleh Pihak Peperiksaan Malaysia bagi mata
pelajaran Ekonomi penggal 3 ini.

Jutaan terima kasih juga kepada guru kami iaitu Encik Mazlan Bin Ismail selaku guru
mata pelajaran Ekonomi kami di kelas 6 Ukm. Beliau telah banyak memberi banyak tunjuk
ajar dan panduan yang berguna dalam menyelesaikan tugasan kami dengan baik dan lebih
sempurna.

Selain itu, kami juga mengucapkan sekalung penghargaan buat keluarga tersayang serta
rakan-rakan. Mereka telah banyak memberi semangat kepada kami untuk terus menyiapkan
tugasan yang diberikan dengan penuh yakin dan jayanya.

Segala ilmu dan pengetahuan yang kami perolehi dari hasil kajian sangatlah penting
dan bermanfaat untuk kami dan rakan-rakan yang lain. Semoga ilmu yang dicurahkan akan
diberkati dan dirahmati oleh Allah SWT.
1.0 LATAR BELAKANG

Tajuk yang saya kaji ialah berkaitan dengan upah di Malaysia dan purata gaji & upah
bulanan pekerja mengikut strata di Malaysia dari tahun 2011 hingga 2015. Terlebih dahulu
definisi upah mengikut laman web https://ms.m.wikipedia.org> wiki > Upah ialah pampasan
atau monetary oleh majikan kepada pekerja sebagai balasan untuk kerja yang dilakukan.
Bayaran boleh dihitung sebagai amaun tetap untuk setiap tugasan yang diselesaikan atau pada
kadar jam, atau berdasarkan kuantiti kerja yang dilakukan yang mudah diukur.

Upah merupakan suatu bentuk ganjaran yang diberikan kepada firma kepada isi rumah
yang telah menyumbangkan tenaga fizikal atau mental dalam proses pengeluaran. Secara
amnya terdapat tiga jenis upah iaitu upah nominal, upah benar dan upah bukan wang. Upah
nominal atau upah wang merupakan suatu jumlah pembayaran dalam nilai wang kepada buruh
atas sumbangan mereka sama ada dalam bentuk fizikal atau mental dalam proses pengeluaran.
Manakala, upah benar pula ialah kuasa beli atau keupayaan upah wang untuk membeli barang
dan perkhidmatan daripada firma. Upah atau gaji setiap isi rumah akan diselidiki oleh Jabatan
Perangkaan Malaysia (DOSM) pada setiap tahun sama ada mengikut sektor industri, umur,
jantina, peringkat pendidikan, negeri dan sebagainya.

Menurut Kamus Dewan Bahasa, (http://prpm.dbp.gov.my) definisi bandar ialah tempat


atau pusat yang ramai penduduknya dan terdapat banyak urusan dan perniagaan dijalankan.
Kawasan bandar telah membuka banyak peluang dalam sektor perindustrian, pemprosesan dan
perkhidmatan di mana bidang-bidang tersebut telah memberi kadar upah yang lebih tinggi
berbanding di luar bandar. Hal ini kerana taraf hidup di bandar adalah lebih tinggi daripada
luar bandar.

Merujuk kepada Dasar Perbandaran Negara, kawasan bandar merupakan kawasan yang
diwartakan berserta kawasan tepubina yang bersambungan (kawasan tepu bina tidak terputus
melebihi 5km dengannya yang mana kesemua kawasan yang digabungkan mempunyai ciri-ciri
bandar) iaitu sekurang-kurangnya 60% penduduknya (berumur 10 tahun atau lebih) terlibat
dalam aktiviti bukan pertanian dan sekurang-kurangnya 30% unit perumahannya mempunyai
kemudahan tandar moden. Definisi ini telah mengambilkira definisi kawasan bandar, banci
1991, kawasan yang diwartakan, saiz penduduk minimum iaitu 10,000 orang.
Manakala definisi luar bandar pula ialah daerah yang jauh dari bandar atau kawasan desa.
Hal ini kerana kawasan luar bandar hanya melakukan pekerjaan dalam sektor utama iaitu
bidang pertanian yang menjadi sumber untuk mereka menyara diri dan keluarga. Kadar upah
di luar bandar adalah lebih rendah kerana mereka melakukan pertanian hanya dengan
mengusahakan tanah mereka sendiri. Ini telah menjadi faktor bahawa taraf hidup di luar bandar
adalah rendah berbanding di bandar.

Menurut Jabatan Perancangan Bandar dan Desa kawasan desa merupakan kawasan selain
daripada kawasan bandar. Ia merupakan petempatan yang meliputi semua jenis kampung dan
penempatan kecil yang kurang daripada 10,000 orang penduduk dan bercirikan kawasan
pertanian serta kawasan sumber alam semulajadi.

Di Malaysia terdapat pelbagai kegiatan ekonomi seperti perindustrian, pertanian,


perhutanan dan perlombongan. Kegiatan ekonomi tersebut menghasilkan barangan keperluan
seharian manusia. Di kawasan bandar penduduk menjalankan aktiviti perindustrian seperti
perindustrian berat dn ringan manakala penduduk di kawasan luar bandar hanya menjalankan
industri desa.

Industri desa hanya menjalankan perniagaan secara kecil-kecilan di kawasan luar bandar.
Industri secara kecil-kecilan ini hanya dijalankan di rumah ahli keluarga dan beberapa orang
pekerja upahan. Hasilnya akan dijual kepada pelancong yang datang berkunjung. Kebanyakan
industry desa ini terkenal di negeri Kelantan dan Sabah. Contoh aktiviti industri desa dilakukan
seperti membuat tikar daripada mengkuang, rotan serta bakul.

Skop kajian ini adalah meliputi arah aliran tingkat upah di bandar dan luar bandar serta
membanding kadar pertumbuhan tingkat upah antara bandar dan luar bandar dari tahun 2011
hingga tahun 2015. Tingkat upah yang akan digunakan dalam kajian ini adah upah antara
bandar dan luar bandar.
2.0 PERNYATAAN MASALAH

Pernyataan masalah ialah aspek yang ingin dikaji dalam kajian ini iaitu mengenai arah
aliran upah purata di Malaysia dan membandingkan perbezaan kadar pertumbuhan upah
purata di Bandar dan di luar Bandar dari tahun 2011 hingga tahun 2015.

Arah aliran tingkat upah dari tahun 2011 hingga tahun 2015 sedang meningkat. Hal ini
kerana pendapatan pengguna menyebabkan pendapatan yang tinggi dalam permintaan
agregat. Pendapatan yang tinggi akan meninggikan kecenderungan pengguna untuk
berbelanja dan ini juga akan meningkatkan jumlah permintaan dalam sesebuah ekonomi.

Kepentingan kajian ini adalah untuk mengemukakan cadangan penambahbaikan untuk


membantu membuat dasar upah yang lebih sesuai untuk merapatkan jurang agihan
pendapatan bandar dan luar bandar. Selain itu, ia juga sebagai bahan rujukan bagi pengkaji-
pengkaji untuk memperolehi maklumat.
3.0 OBJEKTIF KAJIAN

Dalam kajian ini, pengkaji telah menetapkan dua objektif untuk dicapai. Objektif ini telah
dirangka bagi memudahkan pengkaji untuk memastikan hala tuju ini. Dua objektif kajian
ini ialah :

3.1 Mengenal pasti arah aliran purata gaji dan upah bulanan pekerja bandar dan
pekerja luar bandar dari tahun 2011 hingga tahun 2015.

3.2 Mengkaji perbezaan kadar pertumbuhan upah purata di bandar dan luar bandar
dari tahun 2011 hingga tahun 2015.
4.0 KAEDAH KAJIAN

4.1 Kaedah Kajian

Kaedah yang diguna pakai untuk penyempurnaan kerja kursus Ekonomi ini ialah
melalui data sekunder. Menerusi kaedah kajian, kajian akan memaparkan pelbagai punca atau
sumber bagi memudahkan proses memperolehi data. Data sekunder merupakan bahan atau
data-data yang telah diolah, dicetak dan disebar kepada umum. Contoh data sekunder ialah
majalah, jurnal, blog, risalah, sumber internet dan lain-lain lagi.

4.1.1 Sumber Melalui Internet

Sumber internet telah digunakan untuk mendapatkan data mengenai analisis upah
mengikut kumpulan strata di Malaysia. Selain itu, perbezaan kadar pertumbuhan upah purata
mengikut kumpulan strata turut diperolehi menerusi sumber internet. Sumber internet ini juga
digunakan untuk mencari definisi bagi setiap perkataan yang dicari.

4.1.2 Sumber Melalui Kamus

. Dalam kerja kursus ini, kamus digunakan untuk mendapatkan maksud atau definisi
yang penting bagi istilah-istilah Ekonomi. Antara istilah yang dikenal pasti ialah upah, bandar,
luar bandar dan lain-lain lagi.

4.1.3 Sumber Melalui Buku

Dalam kerja kursus Ekonomi ini, buku telah digunakan sebagai rujukan agar kesahihan
bagi maklumat yang dicari dapat dipastikan. Antara buku yang telah digunakan termasuklah
buku Ekonomi STPM penggal 3.

4.2 Kaedah Analisis Data

Kaedah analisis data digunakan untuk memproses data mentah kepada bentuk-bentuk
yang mudah difahami dan disesuaikan dengan kehendak objektif kajian. Antara kaedah analisis
yang telah digunakan dalam kajian ini adalah kaedah jadual, kaedah graf, kaedah perbandingan
dan kaedah peratusan.

4.2.1 Kaedah Mengikut Jadual

Kaedah ini digunakan agar maklumat dapat disusun dengan kemas dan teratur selain
memudahkan untuk mendapatkan data-data penting. Data-data yang telah dikumpulkan telah
dijadualkan bagi memudahkan penterjemahannya dalam bentuk graf.

4.2.2 Kaedah Mengikut Graf

Kaedah ini juga merupakan kaedah yang boleh memudahkan pentafsiran maklumat yang
telah digrafkan. Dalam kajian ini, kaedah graf digunakan untuk mengenal pasti analisis upah
mengikut kumpulan strata di Malaysia dari tahun 2011 hingga tahun 2015.

You might also like