You are on page 1of 3

2.

4 DAPATAN KAJIAN

BAHAGIAN A : DEMOGRAFI

JANTINA

27%
Lelaki
Perempuan
73%

Rajah 1.0

KAUM
90.00%
80.00%
70.00%
60.00%
50.00%
40.00%
30.00%
20.00%
10.00%
0.00%
Melayu Cina Lain-Lain

Rajah 2.0
Agama

Islam
Kristian

Rajah 3.0

Ketiga-tiga rajah di atas menunjukkan analisis demografi hasil soal selidik


yang dijalankan tentang perpaduan melalui media massa. Kajian soal selidik ini
melibatkan 30 orang responden yang terdiri daripada pelajar Universiti Kebangsaan
Malaysia (UKM). 8 orang responden iaitu 27% mewakili pelajar lelaki dan bakinya
sebanyak 22 orang responden merupakan pelajar perempuan. Kajian ini juga
melibatkan 80% pelajar berbangsa Melayu, 10% pelajar berbangsa Cina dan 10% lagi
mewakili lain-lain bangsa seperti Bidayuh, Bajau dan Kadazan. Dalam masa yang
sama, 90% daripada responden beragama Islam dan 10% beragama Kristian.
BAHAGIAN B : PERPADUAN MASYARAKAT YANG DIPEROLEHI
DARIPADA FILEM OLA BOLA

120.00%
Perpaduan Masyarakat daripada filem Ola Bola
100.00%

80.00%

60.00%
YA

40.00% TIDAK

20.00%

0.00%
Filem Ola Bola bukan sahaja Perbezaan pendapat dan tidak
memaparkan perihal Bola Sepak sehaluan menjadi penghalang
Malaysia tetapi menyentuh aspek dalam perlawanan bola sepak
perpaduan masyarakat dalam filem Ola Bola

Rajah 4.0

Rajah 4.0 di atas menunjukkan perpaduan masyarakat yang diperolehn


daripada filem Ola Bola. Pada graf bar yang pertama, kita dapat melihat seramai
96.7% mewakili 29 orang responden bersetuju bahawa filem Ola Bola telah
memaparkan aspek perpaduan masyarakat dalam beberapa adegan yang dilakonkan
oleh pelakon Ola Bola. Ini membuktikan bahawa filem Ola Bola bukan sahaja
memerihalkan keadaan Bola Sepak Malaysia pada suatu ketika dahulu. Selain itu,
50% orang responden bersetuju bahawa perbezaan pendapat dan ketidaksehaluan oleh
pasukan menjadi satu penghalang bagi pasukan tersebut memenangi perlawanan bola
sepak dalam filem Ola Bola. Dalam masa yang sama, responden turut mengutarakan
beberapa filem, iklan atau drama yang memaparkan aspek perpaduan kaum dan
masyarakat. Antaranya ialah Iklan Raya oleh Petronas, Filem Paskal, Filem Rise Ini
Kalilah, Filem 1957 Hati Malaya, Filem Embun dan juga filem Tanda Putera.

You might also like