You are on page 1of 25

UNIT KEMANUSIAAN

JABATAN UMUM
KOLEJ VOKASIONAL BETONG
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

KERTAS PENERANGAN SEJARAH

KOD DAN NAMA A051001 SEJARAH


PROGRAM / PROGRAM
CODE AND NAME

1 PRA DIPLOMA/SEMESTER 1
SEMESTER

NO DAN TAJUK MODUL/ MO1 : KESULTANAN MELAYU MELAKA


MODULE NO AND TITLE

1.1 Pembukaan Melaka dan Kegemilangan Kesultanan Melayu


STANDARD Melaka
PEMBELAJARAN
1.2 Kemerosotan Melaka
/LEARNING STANDARD
- Kepemimpinan
- Pentadbiran

KETERANGAN MODUL:
Modul ini menyentuh tentang Kesultanan Melayu Melaka yang menjadi asas kerajaan pada

masa kini . Pada zaman kegemilangannya, Kesultanan Melayu Melaka telah membina satu

tradisi politik, ekonomi dan budaya yang kekal diwarisi sehingga kini. Kegemilangan dan

kemakmurannya telah menarik minat Portugis datang ke Melaka dan menawan Melaka

pada tahun 1511.

1
1.1 : PEMBUKAAN MELAKA DAN KEGEMILANGAN KESULTANAN MELAYU
MELAKA
1.1.1 Menerangkan peristiwa pembukaan Melaka

i) Kedatangan Parameswara

1. Selepas kejatuhan kerajaan Srivijaya di Palembang, muncul kerajaan Majapahit.


2. Majapahit kuasai Palembang dan Temasik.
3. Raja Palembang & puteranya (Parameswara) berusaha bebaskan dari Majapahit
4. Majapahit menyerang Palembang.

5. Parameswara berundur keTemasik


6. Di Temasik, Parameswara disambut baik Temagi
7. Temasik di bawah naungan Siam.
8. Parameswara menuntut hak pertuanan Temasik kerana Temasik pernah jadi naungan
Srivijaya.
9. Parameswara bunuh Temagi.
10. Majukan Temasik bagi kembalikan kegemilangan Srivijaya
11. Pembunuhan Temagi menyebabkan:

i. Siam ingin menuntut bela,


ii. Majapahit ingin menakluki Temasik.
12. Parameswara dan Orang Laut berpindah ke Muar untuk elakkan serangan Siam dan

2
Majapahit.
13. Dari Muar – ke Sening Ujung dan Bertam menuju ke utara.
14. Tiba di perkampungan nelayan.
15. Perkampungan nelayan didiami oleh orang Melayu, orang laut dan orang asli.
16. Tempat sesuai kerana berhampiran laut – laluan kapal dagang & mudah memperoleh
bekalan air
17. Muka bumi berbukit-bukau – petunjuk kpd pelayar & memudahkan urusan mengawal
Selat Melaka.
18. Pokok bakau dan api-api menjadi benteng jadi.pertahanan dan pelindung semula
19. Muara sungai yang terlindung dr tiupan angin monsun tidak mengganggu kegiatan
perdagangan.

(ii) Asal-usul Nama Melaka.

a) Berasal daripada nama pokok.


1. Parameswara berehat di bawah pokok Melaka – beliau telah terlihat pelanduk
menendang anjing perburuannya.
2. Peristiwa dianggap luar biasa kerana pelanduk yang kecil mampu mengalahkan anjing.
3. Tempat tersebut didirikan kerajaan
4. Menamakan nama Melaka sempena nama pokok Melaka.

b) Berasal daripada istilah Arab.


1. Pedagang Arab – Melaka “Mulaqah” bermaksud “pertemuan”.
2. Melaka disebut “Malakat” bermaksud “perhimpunan segala dagang”.

c) Berasal daripada bahasa Sanskrit.


1. Pokok Melaka bahasa Sanskrit dikenali “Amalaka”.
2. Menurut mitos Hindu, “Amalaka” ialah pokok pertama yang hidup di alam semesta.
3. Pokok dikaitkan tempat kediaman tuhan agama Hindu iaitu Brahma, Vishnu dan Shiva.
4. Buah pokok – dikatakan mempunyai kuasa ajaib.

3
(iii) Cara Parameswara Membina Melaka
a) Sistem pemerintahan yang teratur.
1. Pembesar bertangungjawab hal ehwal balairung seri.
2. 40 orang bentara – jalankan perintah raja.
3. Biduanda kecil – bawa alat-alat kebesaran diraja.
4. Biduanda dikenali sebagai budak kundang, budak raja, juak-juak, hamba &
orang suruhan raja.

b) Kemudahan pelabuhan.
1. Kemudahan di pelabuhan – baiki kapal, bekalan air.
2. Sediakan tempat penginapan

c) Hubungan diplomatik
1. Hubungan dengan Siam- elakkan Melaka dari diserang
2. Hubungan diplomatik dengan Siam - pengiktirafan Siam ke atas kedaulatan Melaka.
3. Hubungan dengan China terjalin apabila Laksamana Yin Ching.datang
4. Laksamana Cheng Ho melawat Melaka
5. Parameswara memohon perlindungan China.
6. Melaka menjadi negeri naungan China
7. Melaka hantar ufti.
8. Kerajaan China mengurniakan payung kuning, cap mohor dan sepersalinan pakaian
9. Melaka hantar utusan ke negeri China.
10. Hubungan Melaka dan China menyebabkan Siam dan Majapahit tidak berani
menyerang Melaka.
11. Hubungan Melaka-China bangunkan perdagangan

4
d) Bantuan / Peranan orang laut
1. Menjaga keselamatan perairan Melaka.
2. Mempunyai ciri-ciri pahlawan
3. Mahir bidang kelautan dan selok-belok Selat Melaka
4. Taat dan setia kepada sultan dan kerajaan Melaka.
5. Bantu bawa barang dagang ke kapal pedagang.
6. Bekalkan hasil laut untuk kegiatan perdagangan
7. Menurut Tome Pires & de Barros pusat petempatan Orang Laut di Bentan, Temasik
dan Lingga.

e) Ikatan konsep daulat.


1. Parameswara dibantu oleh rakyatnya:
i. Orang Melayu
ii. Orang Laut
iii. Orang Asli.
2. Orang Asli bekalkan hasil hutan.
3. Orang Laut bekalkan hasil laut dan menjaga keselamatan Selat Melaka.
4. Orang Melayu menjadi ketua-ketua masyarakat
5. Orang Melayu dilantik sebagai pembesar spti hulubalang dan biduanda dalam
pentadbiran Melaka.

(4) Rumusan
1. Parameswara bijak mengatur strategi.
2. Sifat kepemimpinan dan wawasan Parameswara sewajarnya dicontohi.

3. Keyakinan dan kegigihan Parameswara telah membangunkan Melaka.

5
1.1.2: Keagungan Melaka dalam Sistem Pentadbiran

 Pentadbiran yang sistematik – Pembesar Empat Lipatan


1. Peranan sultan Melaka:
 Selaraskan kegiatan ekonomi Melaka

 Lambang perpaduan rakyat jelata.


 Ketuai hubungan diplomatik.

 Ketua agama Islam.


 Ketua adat istiadat Melayu.

 Ketua angkatan tentera.


 Lantik pembesar negeri.

2. Sultan dibantu oleh pembesar berempat:


i. Bendahara – Penasihat raja dalam pentadbiran, menteri Utama, Ketua Turus
Angkatan Perang, Ketua Hakim, Pemangku Sultan.
ii. Penghulu Bendahari – Ketua segala bendahari, Ketua Urusetia Istana, Ketua
Segala Syahbandar
iii. Temenggung - Ketua polis dan penjara, penguasa Bandar Melaka, Hakim didarat
iv. Laksamana - Ketua angkatan laut, ketua duta, mengetuai utusan.

3. Pembesar Berempat dibantu oleh:


i. Pembesar Berlapan
ii. Pembesar Enam Belas
iii. Pembesar Tiga Puluh Dua

4. Sultan memberi kuasa kepada pembesar untuk mentadbir wilayah, sungai atau pulau.
5. Kawasan pentadbiran pembesar dikenali “Kawasan Pegangan”.
6. Kawasan Pegangan Bendahara di Muar dan Bentan.
7. Kawasan Pegangan Penghulu Bendahari di Sening Ujung dan Kampar.
8. Kawasan Pegangan Laksamana di Temasik.
9. Kawasan Pegangan Hulubalang di Sungai Raya dan Siantan.
10. Temenggung tiada Kawasan Pegangan
11. Sultan melantik pembesar jajahan dan daerah untuk memungut cukai.

6
12 Kawasan memungut cukai dikenali “Kawasan Pemakanan”.
13. Pembesar menghadap dan memberi ufti
 Kegemilangan Melaka Sebagai Pusat Perdagangan

Faktor-faktor kemunculan Melaka sebagai pusat perdagangan

a) Kedudukan geografi
1. Di laluan Timur & Barat.
2. Menguasai Selat Melaka
3. Kapal dagang singgah dan tinggal serta dapatkan bekalan makanan dan minuman.
4. Muara Sg Melaka dalam – dapat berlabuh dengan mudah
5. Terlindung drp tiupan angin monsun Barat Daya kerana terdapatnya pulau Sumatera
6. Banjaran Titiwangsa halang tiupan angin monsun Timur Laut ke pelabuhan Melaka.
7. Pedagang Timur datang – ikut angin monsun Timur Laut.
8. Pedagang Barat datang – ikut angin monsun Barat Daya.
9. Ketika menunggu peralihan angin monsun, pedagang timur dan barat berjual beli
10. Pedagang Melaka menjadi orang tengah dalam urusan jual beli antara pedagang
11. Bentuk bumi Melaka berbukit-bukau jadi panduan kepada pedagang yang belayar di
Selat Melaka – awasi keselamatan Selat Melaka

(b) Peranan pembesar


Peranan Syahbandar
1. Pengurus pelabuhan.
2. Melicinkan urusan perdagangan di Melaka.
3. Menguruskan pasar dan gudang.
4. Menjaga keselamatan pedagang.
5. Memeriksa alat timbang, sukat dan mata wang.
6. Hakim di pelabuhan.
7. Kuatkuasakan peraturan keluar masuk kapal.
8. Mengurus cukai.
9. 4 orang Syahbandar:
 Syahbandar 1 urus pedagang dari Gujerat
 Syahbandar 2 urus pedagang dari China, Champa dan Ryukyu.
 Syahbandar 3 urus pedagang dari Kalingga, Pegu, Benggala dan Parsi.
 Syahbandar 4 urus pedagang Jawa, Maluku, Banda, Kalimantan, Borneo, Pasai
dan Filipina.

7
Peranan Laksamana dan orang laut
1. Menjaga keselamatan perairan Selat Melaka.
2. Kawalan keselamatan oleh orang Laut.

UNDANG-UNDANG LAUT MELAKA


1. Memastikan aktiviti perdagangan lancar
2. 24 fasal
 Peraturan dan tatatertib berniaga
 Menghukum jenayah yang berlaku di kapal.
 Larangan dan tanggungjawab nakhoda, kiwi serta anak kapal.

 Kemudahan pelabuhan
1. Gudang menyimpan barang
2. Tempat tinggal pedagang
3. Syahbandar sediakan perahu, kapal jong, lancer, gajah dan pekerja
4. Kemudahan membaiki kapal di pelabuhan
5. Makanan dan minuman kepada pedagang.

 Sistem cukai dan surat kebenaran berniaga


1. Cukai berpatutan dan adil
2. Pedagang bayar “Panduan” (cukai rasmi) sebelum berjual beli.
3. Kadarnya berbeza – ikut tempat asal pedagang.
4. Sistem dinamakan sistem cukai berkeutamaan atau cukai mengikut tempat.
5. Pedagang dari Barat seperti India, Tanah Arab, Siam dan Pegu dikenakan cukai 6%.
6. Pedagang tinggal tetap di Melaka-cukai 3%.
7. Pedagang dari China & Jepun tidak perlu membayar cukai – perlu membawa
Persembahan @ hadiah pada sultan
8. Perlu dapatkan surat kebenaran berniaga.
9. Surat dianggap sebagai lesen

 Penggunaan sistem mata wang


1. Mata wang diperkenalkan di Melaka
 Wang logam daripada timah-dipanggil calains

 mata wang emas tempatan

8
2. Mata wang emas, perak dan timah dari Pedir, Pasai, Kembayat & Gujerat

(vii) Pelabuhan entreport.


1. Pelabuhan entreport - kumpul barangan dari Kepulauan Melayu & edar barang dari
Timur & Barat

(viii) Bahasa Melayu sebagai lingua franca


1. Bahasa perantaraan
2. Pedagang asing guna bahasa Melayu
3. Pelbagai jenis bahasa di Melaka
4. Menurut Tom Pires, di pelabuhan Melaka ada 84 bahasa yang berlainan
5. Bahasa Melayu sebagai lingua franca kerana mudah difahami.

(3) Kegemilangan Melaka dalam hubungan luar


- Hubungan Melaka dengan kerajaan Melayu yang lain dan negara luar.

(i) Hubungan Serantau


9
Hubungan Melaka dengan Pasai
1. Perkahwinan antara Sultan Melaka (Megat Iskandar Shah) dengan puteri Pasai.
2. Pertukaran pendapat ttg hukum agama
3. Melaka dan Pasai dianggap kerajaan setaraf.
4. Apabila berutus surat – guna istilah salam.
5. Melaka bantu Pasai menamatkan huru-hara
6. Melaka memperoleh bekalan lada hitam, emas dan beras dari Pasai.

Hubungan Melaka dengan Jawa


1. Bentuk perdagangan.
2. Jawa membekalkan beras, bahan makanan dan rempah kepada Melaka.

Hubungan Melaka dengan negeri naungan


1. Siak & Kampar bekalkan emas kpd Melaka.
2. Melaka menakluki Kampar dan Siak – kuasai hasil perdagangan
3. Kampar dan Siak diberikan taraf naungan.
4. Apabila berutus surat kedua-dua negeri perlu menggunakan istilah sembah.
5. Ufti ke Melaka -bentuk wang atau barangan.
6. Ketika Sultan Melaka melakukan lawatan ke luar negeri, raja negeri naungan perlu
mengiringi baginda. Sultan Mansor Shah melawat Majapahit, baginda diiringi oleh raja-
raja Pelembang, Jambi dan Lingga.

(ii) Hubungan Antarabangsa

Hubungan Melaka dengan China


1. Bermula apabila Laksamana Yin Ching melawat Melaka pada tahun 1404.
2. Hubungan perdagangan dan diplomatik.
3. Dapat pengiktirafan dan perlindungan daripada negeri China.

Hubungan Melaka dengan Siam;


1. Bermula dengan hubungan diplomatik.
2. Hantar Tun Telanai & Menteri Jana Putera ke Siam
3. Siam membekalkan kayu jati, beras dan bahan makanan ke Melaka.

10
Hubungan Melaka dgn Ryukyu (Jepun)
1. Bentuk perdagangan dan diplomatik.
2. Sultan Mansor Shah pernah mengirim surat kepada raja Ryukyu memberitahu tentang
tingkah laku pedagang Ryukyu yang melanggar undang-undang Melaka.
3. Raja Ryukyu membalas surat tersebut.
4. Raja Ryukyu menyanjung kedaulatan, peraturan dan undang-undang Melaka.

Hubungan Melaka dengan Gujerat


1. Bentuk perdagangan
2. Pedagang Gujerat bekalkan kain
3. Rempah dari Kepulauan Melayu dibekalkan oleh Melaka.
4. Pedagang Gujerat sebarkan agama Islam ke Melaka

Hubungan Melaka dengan Tanah Arab


1. bentuk perdagangan.
2. Pedagang Arab membeli emas dan rempah dari Kepulauan Melayu melalui Melaka.
3. Mereka membeli teh dan sutera dari China yang terdapat di Melaka.
4. Pedagang China mengembangkan agama Islam di Melaka.

(4) Kegemilangan Melaka dalam Penyebaran Islam


(i) Kedatangan Islam di Asia Tenggara
a) Latar belakang kedatangan Islam ke Asia Tenggara.
1. Sebelum kemunculan Islam Di Makkah – Asia Tenggara telah menjadi pusat
perdagangan utama pedagang Melayu, Arab, China, India.
2. Asia Tenggara kaya dengan hasil hutan, pertanian, logam yang diperlukan
pedagang barat dn timur.
3. Apabila Islam berkembang di Makkah, pedagang Islam terus berdagang dan
berdakwah di Asia Tenggara.

b) Kedatangan agama Islam


1. Abad ke-9, Kedah menerima agama Islam. Bukti – penemuan batu nisan di
Tanjung Inggeris, Kedah.
2. Abad ke-13, agama Islam di Terengganu. Bukti – batu bersurat di Kuala Berang
3. Abad ke-15, agama Islam di Melaka apabila Megat Iskandar Shah memeluk
agama Islam

11
c) Teori Kedatangan Islam ke Asia Tenggara
i) Teori kedatangan Islam ke Asia Tenggara dari Arab.
1. Dikemukakan oleh John Crawford disokong oleh Syed Muhammad Naquib al-Attas.
2. Menurut John Crawford – Islam datang dari Arab melalui pedagang.
3. Buktinya catatan China mengatakan orang Arab dan Parsi telah mempunyai pusat
perniagaan di Canton sejak tahun 300 M. Pedagang Arab yang ke China singgah di
pelabuhan Asia Tenggara khasnya di Selat Melaka kerana kedudukannya strategik.
4. Pedagang Arab ini tinggal beberapa bulan di Asia Tenggara dan ada yang menetap serta
membina perkampungan Arab.
5. Perkampungan ini juga menjadi tapak untuk berdagang.
6. Ada juga pedagang Arab yang berkahwin dengan wanita tempatan dan menyebarkan
Islam.

7. Masa menunggu angin monsun pula digunakan oleh pedagang Arab untuk
mengembangkan Islam.
8. Penduduk tempatan juga turut terpikat dengan kejujuran dan menjaga kebersihan para
pedagang Islam.
9. Menurut catatan China – wujud petempatan Arab di Sumatera Utara iaitu di Ta Shih.
10. Menurut Syed Naquib – wujud persamaan penulisan dan kesusasteraan Asia Tenggara
dan Arab, perkataan jawi diambil daripada bahasa Arab, budaya dan muzik pengaruh
arab dabus dan tarian Zapin.
11. Menurut Syed Naquib, banyak karya tempatan menceritakan pengislaman raja
tempatan oleh syeikh dari Tanah Arab contohnya hikayat Raja-raja Pasai mengatakan
Raja Malik diislamkan oleh ahli sufi dari Arab iaitu Syeikh Ismail.

ii Teori kedatangan Islam ke Asia Tenggara dari China.


1. Dikemukakan oleh E.G Eredia dan S.Q. Fatimi.
2. Menurut Eredia, Canton pernah menjadi pusat perniagaan pedagang Arab hingga
pedagang China memeluk Islam.
3. Pedagang China Islam ini kemudiannya berdagang di Asia tenggara disamping
menyebarkan Islam.
4. Menurut Fatimi pula, pedagang China Canton pernah berpindah beramai –ramai ke Asia
Tenggara.
5. Bukti kedatangan Islam dari China ini boleh dilihat pada Batu Bersurat Terengganu, batu
nisan yang mempunyai ayat al-Quran di Pekan, Pahang.
6. Wujud persamaan antara seni bina China dengan seni bina masjid di Kelantan, Melaka
12
dan Jawa seperti bumbung pagoda, atap genting China.

iii.Teori kedatangan Islam ke Asia Tenggara dari India.


1. Dikemukakan oleh Snouck Hurgronje – Islam datang dari Gujerat dan pantai
Koromandel.
2. Hubungan dagang dengan India telah wujud lama – memberi peluang pedagang Islam
India menyebarkan Islam.
3. Terdapat batu marmar pada batu nisan mempunyai cirri buatan India – contohnya di batu
nisan Raja Malik Pasai.
4. Unsur budaya India amat rapat sejak sebelum Islam – budaya Hindu.

d) Cara kedatangan agama Islam ke Melaka


1. Megat Iskandar Shah kahwini puteri raja Pasai yang telah memeluk agama Islam.
2. Menurut Hikayat Raja-raja Pasai dan Bustanus Salatin, Islam disebarkan ke Melaka
melalui mubaligh Arab (Syeikh Abdul Aziz dari Makkah)
3. Syeikh Abdul Aziz mengislamkan Raja Sri Maharaja, pembesar dan rakyat Melaka.
4. Pedagang Islam dari Arab dan India berniaga dan berdakwah di Melaka
5. Sifat agama Islam – toleransi, adil dan rasional

e) Faktor-faktor Melaka menjadi pusat penyebaran dan pengajaran agama Islam


1. Pertemuan ulama dari Arab dan Pasai.
2. Ulama menjadi guru yang mengajar ilmu agama kepada sultan, pembesar dan rakyat
3. Pendakwah tempatan keluar dari Melaka untuk menyebarkan Islam ke tempat lain.
4. Pendakwah disediakan tempat tinggal
5. Sultan Melaka menerima baik agama Islam – diikuti oleh pembesar dan rakyat jelata
6. Sultan Mansor Shah hantar Tun Bija Wangsa ke Pasai untuk bertanyakan hal agama.
7. Sultan Muzaffar Shah wujudkan masjid, madrasah dan surau
8. Tempat pusat pengajian ilmu tasawuf.
9. Ahli tasawuf terkenal – Abdul Karim al-Jili – mengarang kitab Insan al-Kamil.
10. Istana Melaka – tempat menterjemah, menyimpan kitab agama dan perpustakaan
11. Kitab terjemahan – Hikayat Amir Hamzah dan Hikayat Muhammad Ali Hanapiah.
12. Sultan Melaka menerapkan musyawarah dalam pentadbiran.

f) Peranan Melaka dalam proses perkembangan agama Islam


1. Pedagang asing di Melaka memeluk agama Islam. Apabila pulang, sebarkan Islam di

13
tempat asal mereka.
2. Tentera upahan dari Jawa memeluk agama Islam & sebarkan Islam di tempat asal
3. Menyebarkan Islam ke wilayah jajahannya.
4. Raja negeri jajahan memeluk agama Islam
1. jamin keselamatan

2. tanda taat setia kepada sultan Melaka.


5. Mubaligh, ulama & ahli sufi sebarkan Islam ke Jawa, Kalimantan dan selatan Filipina.
6. Berdakwah secara berhemah
7. Perkahwinan politik - Perkahwinan puteri Sultan Mansor Shah dengan putera Raja Siak
– agama Islam ke Siak.
8 Sultan Alauddin Riayat Shah hantar ahli agama mengajar ilmu agama kepada raja dari
Pahang, Kampar dan Inderagiri.

f) Kesan kedatangan agama Islam


1. Institusi kesultanan gantikan sistem beraja.
2. Konsep devaraja dimansuhkan.
3. Raja bergelar sultan
4. Sultan Muhammad Shah – raja Melaka pertama menggunakan gelaran sultan.
5. Ulama menasihati sultan dalam hal pemeritahan agar memerintah dengan adil.
6. Undang-undang fikah pengaruhi Hukum Kanun Melaka & Undang-undang Laut
7. Masjid &madrasah – pengajian agama Islam.
8. Pengajian al-Quran – asas sistem pendidikan
9. Bahasa Melayu – bahasa lingua franca.
10. Tulisan jawi diperkenalkan
11. Agama Islam pengaruhi budaya masyarakat
12. Pengaruh pada bidang seni
13. Tulisan khat dan ukiran corak bunga dan geometri serta ayat-ayat al-Quran dan hadis
digunakan dalam ukiran dan penulisan.
14. Amalan masyarakat dipengaruhi unsur Islam
1. upacara khatam al-Quran
2. majlis kesyukuran

3. kenduri arwah.

(5) Kegemilangan Melaka Sebagai Pusat Kegiatan intelektual


a) Istana – pusat kegiatan intelektual

14
-. Tempat berkumpulnya cerdik pandai
1. Tugas jurutulis
- mengarang surat rasmi raja

- menggubal perjanjian
- menjadi guru kepada anak-anak raja.

2. Tugas pengarang
- mengarang sejarah

- menghasilkan pelbagai jenis kesusasteraan


- menyusun salasilah raja

- mencatat diari istana.

3. Tugas ulama
1. menulis kitab

2. menterjemah kitab agama Islam.


4. Golongan cerdik pandai kuasai bahasa asing
5. Kegiatan menterjemah dan menyadur karya sastera Arab dan Parsi dilakukan di istana
6. Contoh Karya sastera terjemahan
1. Hikayat Amir Hamzah
2. Hikayat Muhammad Ali Hanapiah

3. Hikayat Iskandar Zulkarnain


4. Hikayat Hang Tuah
5. Hikayat Bayan Budiman

(6) Kegemilangan Melaka dalam Perluasan Kuasa

(a) Konsep perluasan kuasa


- meluaskan kuasa pemerintahan

(b) Cara-cara perluasan kuasa:


-i. Penaklukan
Kampar dan Pahang ditakluk Melaka dengan bantuan askar yang berani
-ii. Kerelaan raja kerajaan lain
Pemerintah Jambi dan Lingga rela bernaung di bawah kerajaan Melaka
Raja-raja Negara ini ditabalkan oelh Sultan Melaka.
-iii. Bantuan
Kepada kerajaan huru hara
Sultan Zainal Abidin (Pasai) dibantu daripada diguling daripada takhta
Membantu Pasai yang diancam oleh kerajaan Aru
-iv. Perkahwinan

15
Putera/puteri Melaka dikahwinkan dengan putera/puteri Negara lain seperti
Pahang, Siak dan Kelantan
Mengukuhkan hubungan persaudaraan antara kerajaan

(c) Perluasan kuasa pemerintah-pemerintah Melaka


Sultan/pembesar Kawasan perluasan
Sultan Muzaffar Shah Menguasai Pahang dan Kampar
Menghantar Tun Perak menghadapi serangan
Siam
Menjalin hubungan diplomatic dengan China
Menyelesaikan masalah perbalahan orang
Melayu dengan India Muslim
Membantu meluaskan kuasa kerana tidak
menghadapi masalah dalam negeri.

Sultan Mansor Shah Menguasai Bernam,Perak, Siak


Berjaya menghalang Pahang, Kampar dan
Inderagiri daripada membebaskan diri dari
Melaka
Tun Perak Berjaya menghalang serangan Siam (1445)
dengan mengarahkan pengikutnya berpindah
bersama keluarga ke Melaka untuk menaikkan
semangat tenteranya.
Menangkis serangan Siam ( 1456)
mengarahkan askarnya menggunakan perahu
kecil sebagai muslihat perang dan mengikat
jamung dipokok.
Menguasai Pahang yang berada di abwah
kuasa Siam
Sangat setia kepada raja Melaka

d). Kesan Perluasan Kuasa


* Menerima pelbagai ufti sama ada berbentuk wang, barangan atau tentera
* mengawal perairan Selat Melaka
* memperoleh bekalan barangan daripada negeri jajahan atau naungan
* mengembangkan ajaran agama Islam di Kepulauan Melayu
* muncul sebagai kuasa teragung di Selat Melaka
* menguasai politik tanah jajahan
* memajukan ekonomi tanah jajahan

1.2 Kemerosotan Melaka

(1) Faktor kemerosotan Melaka


i) Kelemahan dan kepemimpinan
1. Selepas kematian Bendahara Tun Perak, diganti oleh Bendahara Tun Mutahir.
2. Tun Mutahir bersikap pilih kasih
3. Timbul perasaan iri hati pembesar lain terhadap Bendahara Tun Mutahir.

16
4. Tun Mutahir difitnah cuba mengatasi kekayaan sultan Melaka.
5. Sultan Mahmud Shah jatuhkan hukum bunuh terhadap Tun Mutahir dan ahli
keluarganya tanpa usul periksa.
6. Selepas sultan menyedari kesilapannya, beginda serahkan pemerintahan negeri
kepada puteranya Raja Ahmad sebagai sultan Melaka.
7. Sultan Ahmad Shah pemerintah lemah dan tidak cekap.
8. Bendahara Tun Perpatih Putih yang gantikan Tun Mutahir – uzur/sakit
9. Pentadbiran lemah kerana :
i. Tiada pemimpin berwibawa
ii. Berlaku rasuah
iii. Fitnah berleluasa.

10. Sistem cukai sedia ada tidak diamalkan, – kadar cukai yang tinggi dikenakan.
11. Kesannya pedagang memilih pelabuhan lain seperti Acheh, Bantam, Patani dan
Brunei.
ii) Masalah perpaduan
1. Perlantikan Tun Mutahir sebagai bendahara Melaka menimbulkan semula
persaingan orang Melayu dengan orang India Muslim.
2. Persaingan berlaku kerana amalan pilih kasih dalam pentadbiran.
3. Perebutan pengaruh wujud antara Laksamana Khoja Hassan dengan Tun
Mutahir (keturunan India Muslim).
4. Raja Mendeliar memfitnah Tun Mutahir yang dikatakan cuba mengatasi
kekayaan sultan.
5. Akibatnya sultan membunuh Tun Mutahir dan keluarganya tanpa usul periksa.
6. Rakyat Melaka berpecah belah,
7. Perdagangan Melaka merosot.
8. Keutuhan kerajaan terjejas.
iii) Kelemahan askar Melaka
1. Askar Melaka menggunakan senjata tradisional seperti:
i. keris, tombak
ii. panah
iii. perisai
iv. sumpit beracun.
2. Askar Melaka mempunyai senjata seperti senapang dan meriam.
3. Senjata Portugis lebih baik, contohnya meriam Portugis boleh menembak
dari jarak yang lebih jauh lagi.
4. Angkatan perang Melaka didapati tidak mempunyai struktur yang lengkap
5. Angkatan perang Portugis dipimpin oleh Alfonso de Albuquerque yang
dilantik oleh Raja Portugal untuk mengetuai serangan.
6. Askar Portugis lebih terlatih dan mendapat sokongan dari pangkalan
tentera mereka di Goa, India.
7. Askar upahan Melaka dari Jawa melarikan diri ketika Portugis menyerang
Melaka.

17
iv) Kedatangan Portugis
a) Sebab kedatangan.
1. Sebab Portugis ke Timur ialah Gospel (agama), Gold (ekonomi) dan Glory
(politik).
2. Putera Henry mendorong pelayar dan orang Portugis belayar ke Timur.
3. Portugis menemui jalan laut ke Timur.
4. Bartholomew Diaz berjaya sampai ke Tanjung Harapan di selatan Afrika.
5. Vasco da Gama sampai di India
6. Lopez de Squeira tiba di Melaka.
7. Portugis ingin meneruskan Perang Salib.
8. Menghancurkan kerajaan Islam di Timur termasuk Melaka yang menjadi
pusat perkembangan dan penyebaran Islam.
9. Ingin menyebarkan agama Kristian di Timur
10. Ingin menguasai perdagangan rempah yang dikuasai oleh pedagang Islam.
11. Pedagang Islam yang mendapat bekalan rempah daripada pelabuhan
Melaka menjual dengan harga yang tinggi di Eropah.
12. Pada pandangan Portugis, jika menguasai Selat Melaka mereka akan
mendapat keuntungan yang lumayan.
13. Rempah ratus diperlukan di Eropah untuk:
i. mengawet makanan
ii. menyedapkan makanan seperti daging
iii. memanaskan badan.
b) Portugis menguasai Melaka.
1. Lopez de Sequeira dan angkatannya dihantar oleh Raja Portugal ke Melaka
untuk memulakan hubungan
2. Kedatangan mereka mulanya disambut baik oleh Sultan Mahmud Shah.
3. Dibenarkan berniaga di Melaka dan dijamin keselamatan mereka oleh sultan
Melaka.
4. Pedagang Islam dari Jawa dan Gujerat mendapat maklumat bahawa
kedatangan Portugis untuk menguasai perdagangan dan menentang Islam.
5. Perkara ini disampaikan kepada Bendahara Tun Mutahir.
6. Tun Mutahir menasihatkan sultan agar menangkap orang Portugis termasuk
pegawai kanan mereka Ruy de Araujo.
7. Beberapa orang Portugis yang ditangkap mati dibunuh.
8. Lopez de Sequeira dan beberapa pengikutnya berjaya lari ke Goa.
9. Raja Portugal hantar angkatan laut pimpinan Alfonso de Albuquerque untuk
menyerang Melaka.
10. Alfonso menuntut
i. pembebasan tawanan Portugal
ii. menuntut ganti rugi
18
iii. meminta mendirikan kubu di Melaka.
11. Sultan Mahmud menolak tuntutan Alfonso
12 Alfonso bertindak menyerang Melaka.
13. Serangan pertama Alfonso – jambatan Sungai Melaka dikuasai.
14. Kejayaan Alfonso kerana Si Kitol memberi maklumat tentang kekuatan
pertahanan Melaka kepada Portugis.
15. Melaka yang diketuai oleh Sultan Ahmad Shah melancarkan serangan balas
sehingga askar Portugis terpaksa berundur.
16. Semangat perjuangan askar Melaka membara apabila mendengar kisah
Hikayat Muhammad Ali Hanafiah.
17. Dalam serangan kedua – Alfonso berjaya menguasai Melaka.
18. Sultan Ahmad Shah, Sultan Mahmud Shah bersama keluarga, pembesar dan
rakyat berundur ke Muar.
19. Kemudiannya berundur ke Pahang
20. Seterusnya ke Bentan.
21. Di Bentan, Sultan Mahmud Shah mendirikan sebuah kerajaan baru selepas
kemangkatan anaknya Sultan Ahmad Shah.

Rumusan
1. Usaha mempertahankan kedaulatan bangsa ditunjukkan oleh Sultan Mahmud
Shah, Sultan Ahmad Shah serta rakyat Melaka harus disanjung.
2. Kita harus mengambil iktibar daripada kejatuhan Melaka di tangan Portugis supaya
peristiwa pahit tidak akan berulang lagi.

UNIT KEMANUSIAAN
JABATAN UMUM
KOLEJ VOKASIONAL BETONG
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

KERTAS PENERANGAN SEJARAH

A051001 SEJARAH

19
KOD DAN NAMA
PROGRAM / PROGRAM
CODE AND NAME

SEMESTER 1 PRA DIPLOMA/SEMESTER 1

NO DAN TAJUK MODUL/ MO2 : IMPERIALISME


MODULE NO AND TITLE

2.1 Penjajahan dan campur tangan kuasa luar


i) Portugis
STANDARD ii) Belanda
PEMBELAJARAN iii) British
/LEARNING STANDARD iv) Jepun
2.2 Negeri – negeri yang berada di bawah penjajahan dan
campur tangan British

KETERANGAN MODUL
Modul ini menumpukan kepada kebangkitan semangat kebangsaan secara tersusun dalam
usaha membebaskan tanah air daripada belenggu penjajah. Imperialisme Barat telah
mengakibatkan berlakunya perubahan politik dan pentadbiran yang seterusnya membawa
kepada kemerosotan kepemimpinan tempatan. Pengaruh imperialisme Barat merupakan
pendorong kepada kebangkitan semangat kebangsaan. Semangat kebangsaan ini
diperjuangkan oleh pemimpin-pemimpin setempat, badan-badan dan kesatuan-kesatuan.

2.1 Penjajahan dan Campur Tangan Kuasa Luar

2.1.1) Zaman Penjajahan Portugis, Belanda, British dan Jepun.

Sejarah menunjukkan bahawa Tanah Melayu telah dijajah oleh kuasa-kuasa asing,
dari Barat mahupun dari Timur. Kedatangan kuasa-kuasa asing ini pada peringkat awal
dianggap sebagai pedagang yang sama-sama berdagang di negeri-negeri Tanah Melayu.
Bagaimanapun atas kesilapan, kelemahan dan masalah dalam negeri-negeri Melayu
berkenaan, kuasa-kuasa asing ini mengambil peluang untuk menjajah. Tambahan pula,
kuasa-kuasa asing mempunyai sebab-sebab utama menjajah negara-negara Asia Tenggara

20
Untuk memperolehi kawasan yang mempunyai sumber bahan-bahan mentah (ekonomi) dan
untuk mengembangkan agama Kristian.

Dari segi sejarah negara telah dijajah lebih kurang 446 tahun, bermula dengan
kejatuhan Kerajaan Melayu Melaka ke tangan Portugis pada tahun 1511. Selepas itu,
penjajahan diikuti oleh Belanda, Inggeris, Jepun. Negeri Siam juga pernah menjajah
beberapa negeri utara Tanah Melayu. Penjajah Inggeris meninggalkan pengaruh yang agak
kuat ke atas negara ini. Khususnya berkaitan sistem pentadbiran, ekonomi dan pendidikan.
Penjajah Inggeris dan Jepun meningalkan kesan pada hubungan etnik di negara ini . Oleh
yang demikian pengetahuan tentang penjajahan adalah penting untuk memahami situasi
negara sekarang .

I) PORTUGIS

1. Penjajah Portugis menduduki Melaka selama 130 tahun, iaitu daripada tahun 1511 hingga
tahun 1641.
2. Walaupun begitu lama menjajah Melaka, namun Portugis tidak bejaya meluaskan
pengaruhnya.
3. Usaha-usaha untuk menawan Naning dan Rembau misalnya gagal. Pengaruhnya
hanyalah di sekitar bandar Melaka .
4. Matlamat asalnya untuk mengembangkan agama Kristian juga tidak berkesan.
5.Antara kesan peninggalan penjajah Portugis hingga ke hari ini ialah kewujudan
masyarakat,akibat perkahwinan orang Portugis dengan penduduk tempatan , pengenalan
tulisan rasmi kepada masyarakat melayu , kewujudan perkataan yang berasal dari bahasa
Portugis (seperti palsu , almari , jendela , garpu dan tuala) kesan yang penting ialah
kejatuhan Kesultanan Melayu Melaka dan membawa kepada kemunculan kerajaan melayu-
Riau , namun pengaruhnya tidak berkesan .

II) BELANDA

1. Orang Belanda mula berdagang di Kepulauan Melayu pada abad ke-17.

2. Pusat perdagangan utamanya ialah di Betawi (Jakarta) di Pulau Jawa.

3. Mereka menubuhkan Syarikat Hindia Timur Belanda (VOC), pada tahun 1602
dengan tujuan untuk menguasai perdagangan rempah di Kepulauan Melayu, di
samping untuk memonopoli perdagangan bijih timah di Negeri-negeri Melayu.

4. Belanda telah menghancurkan kekuasaan Portugis di Melaka dengan matlamat


utama untuk menarik pedagang-pedagang di Betawi.

21
5. Dalam tahun 1641 Portugis di Melaka dapat dikalahkan dengan bantuan kerajaan
Johor. Bagaimanapun Portugis, Belanda tidak banyak meningalkan kesan sejarah
kepada penduduk di negara ini.

6. Perebutan kuasa antara kuasa-kuasa penjajah menunjukkan bahawa negeri-negeri


Melayu adalah menjadi idaman kuasa-kuasa barat, untuk tujuan mengeksploitasi
sumber-sumber ekonomi di kepulauan melayu.

III) BRITISH

1. Dari segi sejarah pada tahun 1600 pedagang-pedagang telah menubuhkan Syarikat
Hindia Timur Inggeris untuk melicinkan perdagangan dengan negeri China.
2. Lama-kelamaan syarikat tersebut mula berminat dengan gugusan Kepulauan Melayu
setelah perdagangan dengan China tidak begitu menguntungkan, selain dari tujuan
untuk mencari pengkalan yang bebas dari serangan lanun.
3. Pada 11 Ogos 1786, Francis Light menduduki Pulau Pinang dengan memberikan
janji kosong kepada Sultan Kedah. Pada 6 Februari, 1819 Stamford Raffles pula
telah menduduki Pulau Singapura setelah membuat perjanjian dengan Temenggung
Abdul Rahman. Bermula dari sini dari semasa ke semasa penjajah Inggeris cuba
menguasai keseluruhan Tanah Melayu.

Perjanjian Inggeris-Belanda

1. Kesan daripada Singapura telah menimbulkan kemarahan di pihak Belanda lebih-lebih


lagi apabila Singapura menjadi sebuah pelabuhan yang maju . Namun masalah dengan
Belanda dapat diselesaikan apabila termeterai perjanjian antara pihak British dengan
Belanda pada 17 Mac 1824. Syarat Perjanjian Inggeris-Belanda ialah:

a. Belanda mengiktiraf petempatan British di Singapura


b. Belanda tidak akan membuka petempatan baru di Tanah Melayu
c. British menyerahkan Bangkahulu kepada Belanda
d. Belanda menyerahkan Melaka kepada British
e. British tidak akan membuka petempatan baru ke selatan Singapura.

2. Perjanjian Inggeris-Belanda telah meninggalkan kesan penting hingga hari ini.


Antaranya ialah:
a. Kepulauan Melayu terbahagi kepada dua.

22
b. Semenanjung Tanah Melayu dan Singapura di bawah pengaruh British.
c. Kepulauan Riau & Lingga di bawah penagaruh Belanda
d. Pengaruh British di Semenanjung Tanah Melayu tanpa gangguan kuasa Barat
yang lain.

3. Pada tahun 1826, British telah menggabungkan Pulau Pinang, Singapura, Melaka di
bawah satu pentadbiran iaitu Negeri-negeri Selat (NNS). Pentadbiran di NNS ini diketuai
oleh Gabenor NNS. Bertujuan untuk menyeragamkan pentadbiran dan menjimatkan
perbelanjaan. Ibu negeri NNS yang pertama Pulau Pinang, dan kemudiannya digantikan
dengan Singapura kerana kedudukannya lebih strategik.
i. Melalui Perjanjian Persekutuan 12 Jun 1895 negeri Perak, Selangor, Negeri
Sembilan dan Pahang disatukan menjadi Negeri-negeri Melayu Bersekutu. (NNMB).
Pentadbirannya di ketuai oleh Residen Jeneral yang berpusat di Kuala Lumpur.
ii. Manakala pentadbiran di setiap NNMB, diketuai oleh residen. Residen berperanan
menasihati sultan dalam segala hal pentadbiran kecuali hal agama Islam dan adat
istiadat.
iii. British juga telah menubuhkan Negeri Melayu Tidak Bersekutu (NMTB) apabila
menyeragamkan pentabiran bagi negeri Melayu Utara seperti Kedah, Perlis,
Kelantan, Terengganu dan akhirnya Johor.

IV) JEPUN

1. Tanah Melayu dan Singapura telah jatuh ke tangan tentera Jepun pada 15 Februari
1942. Pendudukan Jepun berakhir pada 12 September 1945, iaitu selama lebih
kurang tiga tahun setengah. Apa yang menarik yang mungkin boleh dijadikan iktibar
ialah bagaimana tentera Jepun dengan mudah mampu menguasai Tanah Melayu
dan Singapura.

2. Secara ringkas kemenangan berlaku disebabkan :

a. Ketidaksediaan tentera Inggeris untuk menghadapi peperangan.

- Inggeris tidak menyangka bahawa tentera Jepun akan menyerang dari utara dan
mereka tidak bersedia.

b. Persediaan-persediaan peperangan oleh Jepun.

- Sebelum menyerang Tanah Melayu , Jepun telah mengumpulkan maklumat penting


mengenai kedudukan pertahanan Inggeris, bilangan tentera Inggeris dan peralatan
mereka, Jepun mempunyai rangkaian pengintipan yang baik di Tanah Melayu .

23
3. Kesan pendudukan Jepun

Pendudukan Jepun diTanah Melayu memberikan banyak kesan negatif , umumnya


pendudukan Jepun di Tanah Melayu telah mengubah keadaan sosial, ekonomi dan politik
Tanah Melayu sebelum perang dengan begitu radikal sehingga Inggeris terpaksa merombak
dasarnya selepas perang. Antara kesan secara khusus:

Kesan sosial

1. Ketika pendudukan Jepun di Tanah Melayu. Penduduk Tanah Melayu khususnya


orang Cina telah ditindas oleh Jepun. Kebanyakkan orang Melayu dan India mejadi
buruh paksa khususnya untuk membina jalan kereta api maut antara negeri Thai dan
Burma.
2. Orang-orang Cina lari ke pinggir hutan akibat daripada tekanan tentera Jepun telah
membuka kawasan baru yang dikatakan sebagai permulaan masalah setinggan di
Tanah Melayu. Mereka juga bertembung dengan orang-orang Melayu yang tinggal di
kampung tradisi dan ini mengakibatkan pertembungan budaya yang berlainan latar
belakang.

Kesan Ekonomi

1. Pada masa pemerintahan Jepun, kegiatan ekonomi Tanah Melayu lumpuh sama
sekali.
2. Hal ini berlaku kerana British memusnahkan banyak harta benda dan infrastruktur
sebelum menyerah kalah.
3. Perlombongan bijih timah dan perusahaan getah di Tanah Melayu tidak dapat
dijalankan.
4. Perdagangan Tanah Melayu dengan dunia luar terputus akibat peperangan. Ekonomi
dan taraf hidup penduduk merosot.
5. Barangan pengguna dan makanan (khususnya beras) berkurangan. Untuk
mengatasi masalah ini tentera Jepun bertindak memaksa rakyat menanam tanaman
makanan seperti ubi kayu, keledek dan keladi, pengedaran mata wang yang tidak
terkawal pula menyebabkan inflasi melambung tinggi.
6. Penjajah Jepun tidak mengendalikan infrastruktur dengan baik.

Kesan politik

1. Pentadbiran Jepun mengawal pergerakan rakyat dengan ketat.sekatan dan kawalan


yang dikenakan oleh tentera Jepun mengakibatkan rakyat hidup dalam
kesengsaraan.kesan-kesan politik daripada pendudukan Jepun ialah:
24
2. Wujudnya kesedaarn politik yang mendalam dikalangan penduduk Tanah Melayu.
Propaganda “Asia untuk orang Asia” menaikkan semangat mereka untuk
membebaskan tanah air.

3. Wujud keyakinan untuk memerintah sendiri di kalangan orang melayu akibat


daripada pengalaman dalam kerja-kerja pentadbiran Jepun. Orang-orang
melayu berasa mereka tidak lagi boleh mengharapkan Inggeris. Kepercayaan
bahawa Inggeris tidak boleh ditentang. Sikap antipenjajah di kalangan orang Melayu
semakin berkembang.

Selepas pendudukan Jepun

Kekalahan tentera Jepun menandakan berakhirnya perang dunia kedua sebelum Inggeris
kembali ke Tanah Melayu. Negara ini telah dikuasai oleh Parti Komunis Malaya (lebih
dikenali sebagai bintang tiga) selama lebih kurang 14 hari. Ini mengakibatkan berlakunya
keadaan kelam kabut, kekacauan, persengketaan dan pertempuran antara kaum
(contohnya peristiwa yang berlaku di Batu Pahat) orang-orang Inggeris kembali semula ke
Tanah Melayu pada bulan September tahun 1945.

25

You might also like