You are on page 1of 10

5.

4 REKABENTUK BANDAR, KEMUDAHAN REKREASI DAN LANSKAP


5.4.1 Pengenalan
Rekabentuk Bandar mempunyai unsur elemen-elemen seperti mercu tanda, titik
pertemuan (Nodes), jaringan laluan dan hubungan (path/linkages), edges dan
daerah (district) yang membantu dalam menghubungkan dan membentuk imej
Bandar di Daerah Kubang Pasu. Walaubagaimanapun, Daerah Kubang Pasu tidak
mempunyai identiti tersendiri yang boleh dijadikan sebagai ciri utama atau imej
sesuatu Bandar tersebut. Elemen tersebut boleh dijadikan potensi sebagai identiti
bagi Daerah Kubang Pasu dengan penambahbaikan seperti motif reka bentuk atau
diabadikan sebagai nama tempat, jalan atau bangunan yang terdapat di kawasan
berkaitan.
Rekabentuk Bandar di Daerah Kubang Pasu akan memfokuskan dari segi kualiti
persekitaran, sirkulasi jalan, pusat tumpuan, titik pengumuman ketibaan dan ciri-ciri
senibina secara umumnya menunjukkan pembangunan di kawasan bandar
mempunyai kelebihan dan kekurangan tersendiri. Kebanyakan kawasan di Daerah
Kubang Pasu tidak mempunyai fokus atau pusat tumpuan yang menonjol sama ada
dari segi ruang, dataran atau bangunan.
Pembangunan kawasan rekreasi dan lanskap terdiri daripada tanah lapang yang
meliputi lot permainan, padang permainan dan padang kejiranan serta taman
rekreasi yang meliputi taman tempatan, taman bandar dan taman wilayah. Taman
rekreasi sedia ada seperti Taman Rekreasi Bandar Darulaman, Taman Rekreasi Awam
Paya Pahlawan, Taman Rekreasi Gua Kerbau, Hutan Lipur Bukit Wang dan Taman
Rekreasi Kuala Tunjang.

5.4.2 Matlamat
Untuk mengkaji keadaan semasa dan ciri-ciri rekabentuk bandar, kemudahan
rekreasi dan lanskap di Daerah Kubang Pasu yang dapat meningkatkan imej, identiti,
dan nilai estetika visual yang mampan dan berdaya huni menjelang tahun 2035.

5.4.3 Objektif
Bagi mencapai matlamat kajian beberapa objektif telah digariskan agar kajian
dapat dijalankan secara sistematik :
i.Menganalisa elemen rekabentuk bandar, kemudahan rekreasi dan lanskap di pusat-
pusat petempatan utama di Daerah Kubang Pasu
ii.Menganalisis ciri-ciri senibina bangunan iaitu aspek pemuliharaan dan pemeliharaan
dari segi jenis senibina, fasad , ketinggian, warna dan tahun bangunan.
iii.Mengenalpasti dasar-dasar dan garis panduan yang berkaitan dengan reka bentuk
Bandar, kemudahan rekreasi dan lanskap di Daerah Kubang Pasu.
iv.Mengenalpasti isu semasa, permasalahan dan potensi yang memberi kesan kepada
rekabentuk bandar, rekreasi dan lanskap daripada dapatan kajian
v.Menghasilkan cadangan am untuk digunakan pada peringkat seterusnya di Daerah
Kubang Pasu
5.4.4 Skop Kajian
Skop yang dikenalpasti bagi mencapai objektif kajian rekabentuk bandar, rekreasi
dan lanskap dalam penyediaan Rancangan Tempatan Daerah Kubang Pasu
adalah seperti berikut:
i.Analisis pintu masuk dan laluan pusat-pusat petempatan utama
Analisis ini menfokuskan kepada visual dan gambaran sebenar pusat-pusat
petempatan utama dari segi jalan keluar dan masuk serta corak aliran yang
dapat memberikan kesan kepada pengunjung yang mengunjungi daerah
Kubang Pasu serta meningkatkan identiti persempadanan diantara pusat
bandar.
Analisis pusat-pusat petempatan utama dari pelbagai aspek:
a. Analisis aspek kualiti pandangan jauh (arah pintu masuk)
Kualiti pandangan jauh dari arah pintu masuk adalah sebuah analisis yang
menfokuskan kepada penjelasan identiti pusat-pusat petempatan utama di
Daerah Kubang Pasu. Hal ini untuk menarik dan meningkatkan kualiti
pandangan pengunjung ke arah pintu masuk agar lebih jelas, mudah diingati
dan indah.

b. Analisis aspek elemen rekabentuk bandar


Analisis elemen-elemen rekabentuk seperti mercu tanda, titik pertemuan
(Nodes), jaringan laluan dan hubungan (path/linkages), edges dan daerah
(district) akan dititikberatkan bagi meningkatkan imej Daerah Kubang Pasu
pada masa hadapan.

 Analisis mercu tanda


Analisis elemen mercu tanda amat penting dalam pembentukkan sesuatu
pusat petempatan untuk menarik para pengunjung untuk datang ke sesebuah
pusat petempatan utama dan mengenali mercu tanda yang dibina sebagai
identiti kawasan Kubang Pasu.

 Analisis titik tumpuan (Nodes)


Analisis titik pertemuan (Nodes) adalah sebuah analisis yang memberikan
penekanan kepada tempat dan tumpuan masyarakat berkumpul. Analisis ini
akan menunjukkan potensi sesebuah kawasan di dalam sesebuah pusat
petempatan utama secara khususnya untuk dipopularkan sebagai kawasan
yang dapat memberikan impak kepada pengunjung dan masyarakat sekitar
seperti aktiviti penjanaan ekonomi.

 Analisis laluan dan hubungan (path and linkages)


Analisis ini akan menunjukkan keberkesanan dalam kesinambungan laluan dan
hubungan di antara suatu tempat ke tempat yang berlainan seperti tempat
pejalan kaki dari kawasan komersial ke kawasan riadah.

 Analisis district
Analisis ini bertujuan mengenalpasti kawasan-kawasan yang berbeza dari segi
aktiviti gunatanah. Analisis ini akan menghasilkan suatu pengasingan kawasan
dari aspek kemudahsampaian dan kesinambungan sesebuah kawasan seperti
kawasan perumahan, riadah, komersial dan institusi kerajaan.
 Analisis edges
Edges adalah unsur-unsur garisan atau sempadan dalam kesinambungan
seperti pantai, landasan keretapi, tepi pembinaan dan dinding. Unsur ini penting
dalam penekanan ciri-ciri sempadan dalam sesebuah kawasan umum (pusat
petempatan utama

ii. Analisis ciri-ciri senibina bangunan (aspek pemuliharaan dan pemeliharaan):


a. Analisis fasad bangunan
Analisis ini akan mengambilkira jenis dan ciri-ciri bangunan itu sendiri dari aspek
kesenian dan nilai estetika rekabentuk yang mampu bertahan sehingga ke hari ini.
Rekabentuk bangunan dapat dikenalpasti sama ada perlu dirobohkan,
dibaikpulih atau dipelihara demi mengekalkan identiti pusat-pusat petempatan
utama di Daerah Kubang Pasu

b. Analisis jenis senibina


Analisis jenis senibina akan menjurus kepada bahan pembinaan yang digunakan.
Hasil dari analisis ini akan menunjukkan ketahanan dan kemampanan sesebuah
bangunan yang dapat bertahan dari tahun-tahun sebelum ini.

c. Analisis ketinggian atau tingkat bangunan


Analisis ini akan memberikan penekanan kepada corak ketinggian bangunan
yang berbeza-beza. Hasil dari analisis akan memperlihatkan susun atur bangunan
yang menarik di Kubang Pasu.

d. Analisis warna
Analisis warna bangunan memainkan peranan sebagai tarikan dan identiti
sesebuah pusat petempatan. Hal ini akan menghasilkan suasana bandar yang
indah dan selesa untuk dikunjungi sebagai perhatian orang ramai untuk
berkunjung ke sesebuah tempat.
e. Analisis tahun bangunan
Aspek analisis ini akan menghasilkan sebuah pelan pemuliharaan dan
pemeliharaan bagi sesebuah kawasan yang mempunyai tahun bangunan yang
telah dibina sebelum atau selepas tahun kemerdekaan Malaysia iaitu pada tahun
1957.
iii. Analisis lanskap mengikut Daerah Kubang Pasu
a. Analisis keadaan lanskap semasa (mengikut guna tanah)
Analisis ini akan memberikan penekanan kepada corak pembangunan landskap
di pusat-pusat petempatan utama terutamanya di daerah Kubang Pasu,
Changlun, Jitra, Sintok, Bukit Kayu. Analisis ini akan menghasilkan suatu pelan
menaiktaraf dan pembaharuan corak lanskap di pusat-pusat petempatan utama
di Daerah Kubang Pasu.

b. Analisis projek-projek yang ditetapkan dan dirancang


Analisis ini akan menghasilkan tren sesuatu projek mengikut tahun, samaada
projek-projek lanskap di Daerah Kubang Pasu di pusat-pusat petempatan utama
adalah sedang dijalankan atau belum dijalankan. Analisis ini juga turut memberi
penekanan kepada projek-projek landskap yang telah dijalankan, hal ini bertujuan
untuk menilai tahap pencapaian projek-projek landskap tersebut.
c. Elemen lanskap lembut dan kejur
i.Analisis elemen lanskap lembut dan kejur adalah bertujuan mengenalpasti jenis
pokok dan bunga, spesifikasi ruang pejalan kaki, laluan berbasikal dan perabut
jalan diaplikasikan di pusat-pusat petempatan utama di Daerah Kubang Pasu.
Analisis ini akan menghasilkan suatu pelan pemuliharaan atau pembaharuan
elemen lanskap tersebut.

5.4.5 Carta Alir Rekabentuk Bandar, Rekreasi Dan Lanskap


5.4.6 Pendekatan Kajian Rekabentuk Bandar, Rekreasi Dan Lanskap
Carta Alir atau Pendekatan kajian adalah penting bagi memastikan bahawa
kajian yang dibuat adalah seiring dan sehaluan dengan matlamat dan
kehendak sektor rekabentuk Bandar, rekreasi dan lanskap. Di samping itu juga,
pendekatan kajian ini juga adalah untuk memastikan kajian yang dijalankan
lebih sistematik dan tersusun.

Peringkat 1: Pembentukan matlamat, Objektif, skop dan Bidang kajian


Peringkat ini merupakan peringkat awalan bagi sesuatu kajian yang akan
dijalankan. Peringkat ini bertujuan untuk mengenalpasti isu dan masalah yang
wujud dikawasan kajian iaitu Daerah Kubang Pasu. Seterusnya pembentukan
matlamat kajian supaya kajian yang akan dijalankan bertepatan dengan
objektif dan bidang kajian yang telah ditetapkan.

Peringkat 2: pengumpulan maklumat


Pada peringkat ini, terdapat 2 peringkat iaitu pengumpulan data primer dan
data sekunder.
i.Pengumpulan Data Primer
Pengumpulan data primer diperolehi melalui pemerhatian terhadap tapak
kajian. Kaedah pemerhatian bertujuan unutuk mengetahui keadaan semasa
kawasan kajian. Selain itu, kaedah pemerhatian dijalankan bertujuan
memastikan kawasan yang dicadangkan adalah bersesuaian dengan
rekabentuk Bandar,rekreasi dan lanskap sedia ada.
ii. Pengumpulan Data Sekunder
Pengumpulan data sekunder pula diperolehi dari rujukan-rujukan dan bahan
bacaan seperti rancangan fizikal negara dan rancangan struktur terutamanya
rancangan struktur negeri Kedah, dasar-dasar yang berkaitan dengan sektor
rekabentuk, rekreasi dan lanskap serta garis panduan pembangunan yang
berkaitan. Selain itu rujukan serta pengumpulan data dari jabatan-jabatan
berkaitan sektor rekabentuk Bandar, rekreasi dan lanskap juga merupakan
salah satu kaedah pengumpulan maklumat mengikut pengumpulan data
sekunder.

Peringkat 3: Analisis dan penemuan kajian


Setelah semua data dianalisa, maklumat-maklumat yang terperinci mengenai
kajian akan terhasil. Kesemua data ini akan membentuk satu rumusan tentang
penemuan kajian tersebut. Halangan dan potensi kawasan kajian akan dapat
dkenalpasti.

Peringkat 4: Pembentukan cadangan


Hasil daripada penemuan kajian, cadangan yang bersesuaian bagi
Rancangan Tempatan Daerah Kubang Pasu dapat dihasilkan bagi
memastikan cadangan yang dibuat relevan dengan penyelesaian masalah
yang berlaku atau dalam konteks pembangunan baru untuk memastikan
sektor rekabentuk Bandar, rekreasi dan lanskap menjadi salah satu sektor
terpenting dalam menentukan imej sesuatu bandar terutamanya di Daerah
Kubang Pasu menjelang tahun 2035.

5.4.7 Keperluan Pengumpulan Maklumat


Jadual : Pendekatan Kajian Rekabentuk Bandar Dan Rekreasi dan Landskap.
Sektor Aspek Kajian Data yang Sumber Teknik Analisis Hasil Kajian
(objektif) Diperlukan Data (Output)

Rekabent
uk i.Kualiti Majlis • Analisis visual seni
Bandar
i.Menganalisa  Pelan
elemen pandangan Daerah bina perletakan
rekabentuk jauh (arah pintu Kubang bangunan/permerh pintu masuk
bandar, pusat- masuk) Pasu atian dan inventori dan laluan di
pusat ii.Pusat pusat-pusat
petempatan petempatan Jabatan petempatan
utama di utama:  Analisis jaringan
Perancang di Daerah
Daerah Kubang a. Elemen- pusat-pusat
an Bandar petempatan/ Kubang Pasu
Pasu elemen rekabentuk Dan Desa dari segi
bandar pertumbuhan
Jabatan dengan keselesaan,
ii. Menganal  Mercut Kerja Raya petempatan luar keselamatan
isis ciri-ciri anda Daerah bandar/kampong. dan daya
senibina  Laluan tarikan
banguna dan Jabatan
n iaitu hubun  Analisis  Pelan lokasi
Kesenian perkembangan
aspek gan kawasan bers
dan pusat
pemulihar (path Kebudaya ejarah bagi
aan dan and petempatan pengekalan
an
pemelihar linkage utama di segi identiti warisan
Negara, kualiti
aan dari s) dan sejarah
Kedah pandangan
segi jenis  Titik Daerah
senibina, tumpu jauh, elemen Kubang Pasu
fasad , an reka bentuk
ketinggia dan identiti
(Nodes  Pelan taburan
n, warna ) bandar, sistem
perletakan
dan sirkulasi dan ciri-
 Edges ciri bangunan
elemen-
tahun elemen
banguna  District dan sejarah
rekabentuk
n. Bandar.
bandar, kualiti
b. Ciri-ciri pandangan
senibina
iii. Mengenal  Analisis tren jauh, ciri-ciri
pasti isu bangunan pembangunan senibina
semasa, (aspek pusat-pusat bangunan di
permasal pemulihar petempatan/ pusat-pusat
ahan dan aan dan pertumbuhan petempatan
potensi pemelihar semasa dan akan utama bagi
yang aan): datang. Daerah
memberi  Fasad Kubang Pasu
kesan  Jenis
kepada senibin  Analisis
 Cadangan
rekabentu a Perbandingan
aspek
k (Comparative
 Tinggi/t Advantage)
pemeliharaan
daripada ingkat dan
dapatan pemuliharaan
 Warna
kajian (muzium,
bangu
nan bangunan,
Menghasil sumber
iv.  Tahun semulajadi,
kan bangu
cadanga flora dan
nan
n am bagi fauna)

rekabentu
k Bandar  Cadangan
untuk iii. Sejarah Bandar imej bandar di
digunaka a. Se pusat bandar
n pada jarah pada tahun
peringkat permulaan 2035
seterusny pusat-
a di pusat
Daerah petempata
Kubang n utama
Pasu b. P
ola
perkemban
gan
v. Reka bentuk
pembanguna
n
(urban form)
pusat
petempatan
utama.

vi. Sistem sirkulasi


jalan raya

Jabatan  Pelan
Perancang Pembangunan
Kemuda Bilangan  Analisis
han kemudahan rekreasi an Bandar Wilayah
i.Menganalisa Dan Desa Perbandingan
Rekreasi elemen sedia ada bagi (Comparative  Pelan Guna
dan setiap blok Negeri tanah Kubang
kemudahan Kedah Advantage)
Lanskap rekreasi dan perancangan Pasu
lanskap di
pusat-pusat
petempatan
 Hierarki pusat  Analisis  Pelan Hierarki
pertumbuhan Jabatan Perbandingan Petempatan
utama di
penduduk di Perangkaa (Comparative Kawasan
Daerah Kubang
daerah Kubang n Negara Advantage)
Pasu
Pasu (Populasi
ii.Mengenalpasti
taburan  Populasi pendudk
penduduk semasa
kemudahan
setiap blok dan
rekreasi dan
perancangan unjuran)
lanskap sedia
ada mengikut
tadahan  Majlis  Analisis  Pelan taburan
penduduk Daera Perbandingan kemudahan
semasa  Pelan induk
landskap h (Comparative rekreasi dan
Kuban Advantage) lanskap
daerah kubang
iii. Mengenal pasu g mengikut blok
pasti Pasu perancangan
jurang  Bilangan
kawasan  Analisis
keperluan
kemudaha
rekreasi/ descriptive  Jadual
n rekreasi kawasan  Jabat Analisis terhadap keperluan
dan lapang an keadaan semasa kemudahan
 Lokasi, Lands berkenaan rekreasi sedia
lanskap
keluasan dan kap kemudahan ada pada
berdasark
an taburan Negar rekreasi dan tahun 2018
piawaiaan kawasan a lanskap dari segi
perancan rekreasi/ bilangan semasa,
agan yang kawasan perletakan,
lapang keadaan  Jadual unjuran
ditetapkan
kemudahan
 Keadaan kemudahan dan
rekreasi dari
semasa lain-lain.
iv. Mengenal segi bilangan
kawasan
pasti isu dan keluasan
rekreasi/
semasa,  Analisis need keperluan
permasal kawasan
gap tanah
ahan dan lapang
Mengira sehingga
potensi  Keadaan keperluan tahun 2035
yang landskap kemudahan
memberi semasa rekreasi pada
kesan mengikut guna tahun semasa  Pelan taburan
kepada tanah (2018) dan unjuran kemudahan
kemudah  Projek lanskap keperluan rekreasi yang
an mengikut sehingga tahun perlu
rekreasi daerah yang (2035) dengan dinaiktaraf
dan ditetapkan dan menggunakan
lanskap dirancang jumlah penduduk
daripada  Lokasi, jenis dan piawaian
 Pelan taburan
dapatan dan taburan perancangan
cadangan
kajian landskap untuk mengira
penambahan
 Kawasan keperluan
bilangan
lanskap yang kemudahan.
kemudahan
v. Meganalis tertakluk rekreasi dan
is data kepada “tree lanskap
menguna preservation
kan teknik order”  Analisis
analisa keperluan tanah
yang Mengira keluasan
bersesuai  Bilangan tanah diperlukan
an untuk kemudahan berdasarkan
mengasilk rekreasi sedia keperluan hasil dari
an ada bagi setiap analisis need gap
unjuran blok dan piawaian
keperluan perancangan perancangan dari
kemudah  Bilangan segi keluasan
an rekrasi kawasan minimum
dan lanskap yang
lanskap sedia ada dan
komited
vi. Menghasilk  Taburan
an kemudahan
cadangan rekreasi dan
am bagi landskap sedia
kemudaha ada
n rekreasi  Senarai
dan kawasan
lanskap rekreasi yang
untuk telah/ belum
digunakan diwartakan
pada
peringkat
seterusnya
di Daerah
Kubang
Pasu

You might also like