You are on page 1of 5

PEMAKLUMAN PENTING : MAKLUMAT TAMBAHAN BAGI PANDUAN KURSUS HBEF3603 -

AMALAN PROFESSIONAL

TUTOR PENYELIA / PELAJAR

Untuk makluman, pihak fakulti ada menerima aduan dan pertanyaan daripada pelajar berkenaan

dengan responden yang dipilih dalam HBEF2503 – Kajian Penyelidikan dalam Pendidikan dan
syarat

pemilihan guru pembimbing.

PEMILIHAN RESPONDEN

Sebagai contoh: Dalam cadangan HBEF2503, pelajar telah memilih responden murid Tahun 3.
Tetapi pada 2014, murid-murid Tahun 3 yang dipilih telah naik ke Tahun 4, maka pelajar boleh
memilih responden baru iaitu murid-murid Tahun 3 sekarang ataupun jika strategi/teknik PdP yang
dipilih sesuai digunakan kepada murid-murid Tahun 4 sekarang maka boleh guna murid-murid
Tahun 4 ini. Malah pelajar dibenarkan memilih responden daripada mana-mana tahun sama ada
Tahun 1 ATAU Tahun 2 ATAU Tahun 3 ATAU Tahun 4 ATAU Tahun 5.

Murid Tahun 6 TIDAK BOLEH digunakan sebagai responden. Responden yang dipilih boleh
digunakan untuk HBEF3603 dan HBEF4303.

CARA PERLAKSANAAN

Pelajar (guru) hanya perlu memilih 2 WAKTU untuk tujuan penilaian oleh guru pembimbing. Bagi tujuan
rakaman audio pelajar (guru) boleh membuat penyuntingan rakaman yang menunjukkan aplikasi
terhadap strategi / teknik PdP yang dicadangkan . Pemilihan waktu ini adalah bergantung kepada
perancangan pelajar (guru) dalam tempoh praktikum dilaksanakan.

SYARAT PEMILIHAN GURU PEMBIMBING

1. Guru pembimbing yang dipilih mestilah dalam kalangan guru besar/guru panitia/ketua
bidang, atau

2. Guru sekolah yang mempunyai kelulusan minimum sekurang-kurangnya peringkat ijazah,


atau

3. Guru besar/ guru panitia/ ketua bidang yang tidak mempunyai ijazah tetapi mempunyai
pengalaman mengajar lebih dari 5 tahun, atau

4. Guru sekolah (yang berlainan bidang / bidang yang sama) yang tidak mempunyai ijazah
tetapi mempunyai pengalaman mengajar lebih dari 5 tahun.

CARTA ALIR PELAKSANAAN KURSUS HBEF2503, HBEF3603 dan HBEF4303


Assalamualaikum & Salam Sejahtera,

EOS dan Pelajar-pelajar sekalian

PER : PEMAKLUMAN KURSUS EPiC (TERKINI)

Untuk makluman, Kursus EPiC merupakan kursus yang WAJIB pelajar ambil
dan LULUS BERGRED bagi membolehkan pelajar bergraduat.

Kursus EPiC merupakan kursus yang mudah untuk pelajar SKOR A sekiranya pelajar membuat dan
menghantar tugasan mengikut kriteria penilaian yang diberikan dan aktif online dalam forum.

JANGKA MASA PERLAKSANAAN KURSUS EPiC

KOD KURSUS NAMA KURSUS TEMPOH JUMLAH TUGASAN


HBEF2703 KO KURIKULUM 2 semester 1
PERKEMBANGAN PROFESIONALISME
HBEF2803 6 semester 2
KEGURUAN
HBEF3503 PENDIDIKAN INKLUSIF 2 semester 1
HBEF3603 AMALAN PROFESIONAL 3 semester 1

Jumlah tugasan merujuk tempoh pelaksanaan kursus. Contohnya : HBEF2703 ditawarkan kepada
pelajar pada semester Januari 2014 – Mei 2014, maka akan ada 1 tugasan sahaja. Tugasan
tersebut akan dipecahkan kepada beberapa aktiviti dan tarikh penghantaran yang berlainan.

Pemakluman ini juga telah dimuat naik dalam portal EPiC dan myVLE di ruangan announcement.

Sebarang persoalan berkaitan kursus EPiC, YBhg. Prof./ Dr./ Tuan/Puan boleh rujuk kepada staf
Fakulti

Pendidikan dan Bahasa iaitu;

1- Nur Aniza Binti Zainal (03-2773 2108)

2- Farah Akmar Binti Anor Salim (03-2773 2339)

3- Mohd Fadhli Bin Awang @ Baharum (03-2773 2125)

4- Zulazwan Bin Jamaludin (03-2773 2124)

5- Zuraini Binti Che Abdullah (03-2773 2502)

ATAU, Emelkan terus kepada epic_feedback@oum.edu.my

Sekian, terima kasih.


RATIONAL PERLAKSANAAN KURSUS ATAS TALIAN EPiC

Bahagian Pendidikan Guru (BPG), Kementerian Pendidikan Malaysia ( atau Kementerian Pelajaran
Malaysia, ketika itu) telah menyediakan satu Standard Program Pensiswazahan Guru semasa
program ini dimulakan dalam tahun 2011.

Termaktub dalam Standard ini adalah reka bentuk kurikulum yang WAJIB dipatuhi oleh semua
pembekal latihan termasuk OUM. Reka bentuk kurikulum MESTI merangkumi kursus-kursus
seperti:

· kursus wajib merangkumi elemen Dasar Negara, Hubungan Etnik, LINUS,


MBMMMI, TITAS, PENDIDIKAN INKLUSIF;

· Kursus Pengajian Profesional/Ilmu Pendidikan seperti Falsafah Pendidikan


dan Perkembangan Pendidikan, Psikologi Pendidikan, Sosiologi Pendidikan, Pedagogi
Pendidikan, PERKEMBANGAN PROFESIONALISME GURU BERTERUSAN (BINA
INSAN GURU);

· Kursus major

· Kursus minor atau elektif mata pelajaran sekolah

· AMALAN PROFESIONAL

· Sukan dan KOKURIKULUM sekolah

OUM telahpun merangka kursus tambahan berasaskan experiental learning dan atas talian
melalui portal EpiC untuk memenuhi syarat Standard iaitu:

1. HBEF2703 Kokurikulum
2. HBEF3503 Pendidikan Inklusif
3. HBEF2803 Perkembangan Profesionalisme Keguruan ( Bina Insan Guru)
4. HBEF3603 Amalan Profesional (Praktikum)

BPG juga telah menyediakan Standard Bina Insan Guru (HBEF 2803) yang mewajibkan semua
guru menjalani tiga siri aktiviti yang berlainan seperti perkhemahan, ceramah, seminar,
bengkel, lawatan, tugasan, kolokium, kerja lapangan, khidmat masyarakat dan lain-lain. OUM telah
menyediakan tugasan dan seminar untuk para pelajar.
BPG juga telah menyediakan Standard Amalan Profesional dimana setiap pelajar
PPG WAJIB menjalani praktikum (HBEF 3603) mengikut syarat-syarat dalam
Standard. Mengambilkira pengalaman guru, maka OUM telah merangka kursus Amalan Profesional
yang digabungkan dengan kursus HBEF 2503 dan HBEF 4303.

Harap semua pelajar PPG mengambil maklum tentang kursus-kursus mengikut


kehendak Standard Program Pensiswazahan Guru.

Bagi perlaksanaan kursus HBEF3603, pelajar WAJIB mengemaskini maklumat Guru Pembimbing
yang telah dipilih ke dalam “e-portfolio” dengan tepat dan terkini bagi tujuan rekod pihak OUM-
BPG-KPM. Guru Pembimbing yang dipilih mestilah dikalangan guru besar/ guru panitia/ ketua
bidang atau guru sekolah yang mempunyai kelulusan minimum sekurang-kurangnya peringkat
ijazah. Maklumat ini penting sebagai rujukan pihak OUM bagi tujuan sesi pemantauan pihak BPG,
kelak.

Mohon klik pautan dibawah ini untuk dapatkan kaedah kemaskini maklumat tersebut.

User Manual How to Key in Practicum Information

Untuk makluman, semua pelajar PPG perlu mengajar minimum dua waktu subjek major dalam
seminggu disamping tugasan hakiki sepanjang tempoh praktikum (6-8 minggu). Praktikum
hendaklah dijalankan antara bulan Januari – April 2014.

Dalam tempoh ini, SETIAP pelajar dikehendaki:

1. Menyerahkan Borang Pemantauan Pelajar kepada guru pembimbing yang dilantik supaya
pemantauan dan pemberikan markah dapat dilakukan. Borang tersebut boleh dimuat turun melalui
portal EPiC > Assignment > Tugasan 1 Aktiviti 1 (T1A1).

2. Pelajar WAJIB muat naik borang yang lengkap diisi oleh Guru Pembimbing dan disahkan oleh
Guru Besar di bahagian Aktiviti 1 dalam portal EPiC untuk EOS kemaskini markah. Kegagalan
berbuat demikian akan menyebabkan pelajar kehilangan 20 markah.

Sebarang pertanyaan, mohon emel kepada epic_feedback@oum.edu.my

Sekian

You might also like