You are on page 1of 4

Reaksi Penduduk Tempatan Asia Tenggara berkaitan Pendudukan Jepun

Kemunculan Jepun sebagai kuasa Imperialisme daapat dilihat pada tahun 1868
apabila Maharaja Meiji memegang tampuk pemerintahan dan beberapa pemodenan
telah dilaksanankan oleh Meiji yang menjadikan Jepun lebih dihormati oleh Barat.
Zaman Meiji telah berjaya menjadikan Jepun sebagai negara yang menonjol dan
berpengaruh di Asia Tenggara. Kurang dari tiga puluh tahun kemudian, Jepun telah
bankit menjadi sebuah kuasa yang hebat dengan kemajuan ketenteraan moden,
teknologi dan perindustrian yang maju menyaingi Kuasa Eropah. Kekuatan Jepun
sebagai kuasa kuasa baru dunia bermula setelah mereka berjaya memenagi
Peperangan iaitu China-Jepun pada 1895 yang membawa kepada penguasaan Jepun
terhadap Korea dan Taiwan. Pada 1905, Kemudianya Jepun telah berjaya
menewaskan Russia dalam peperangan. Penguasaan dan pemerintahan Jepun di Asia
Tenggara telah memakan masa yang agak singkat dan cepat dimana mereka
menggunakan teknik yang tersendiri untuk meluaskan kekuasaan iaitu dengan
berbaik-baik dengan masyarakat tempatan Asia tenggara pada awalnya sebelum
menyerang negara jajahan tersebut. Pada awalnya, kehadiran Jepun seolah-olah
memberikan ruang dan sedikit kebebasan kepada penduduk tempatan dan haal ini
yang dipanggil sebagai Pro-Jepun sebelum menjadi anti-Jepun.

Kehadiran Jepun di Asia Tenggara telah mendapat reaksi daripada penduduk


tempatan mengenai matlamat kedatangan mereka. Dapat dilihat pada negeraa Burma
dimana pada awalnya, pendudukan Jepun mendapay sokongan daripada para
pemimpin tempatan Burma diatas nama pembebasan dari penjajah barat. Golongan
Thakin yang dipimpin Aung San menyokong pendudukan Jepun di Burma disebabkan
ramai pemimpin Burma yang dibebaskan oleh Jepun daripada tahanan Barat.
Beberapa pembaharuan telaah dilakukan Jepun keatas Burma seperti penubuhan
Burma Independent Army. Walaubagaimanapun, kegagalaan Jepun untuk mentadbir
dengan baik, selain melakukan kezalimaan menyebabkan mereka hilang sokongan
daripada penduduk tempatan di Burma. Oleh itu, Hal ini yang telah membangkitkan
semangat Anti-Jepun di Burma dan mereka bermatlamaat untuk menentang jepun di
Burma demi berkerajaan sendiri.
Kemasukan Jepun di Tanah Melayu pada awalnya mendapat sambutan daripada
pemimpin tempatan dengan niat ingin mengusir British dan kemudiannya memberikan
kemerdekaan Tanah Melayu. Di tanah Melayu, Jepun telah menggunakaan
propaganda ‘Asia untuk orang Asia’ diamana ianya bertujuan untuk mengelakkan
penentangan rakyat tempaatan terhadap Jepun. Namun demikian, penentangan
berlaku setelah Jepun bersikap kejam dan zalim dalam pentadbirannya di Tanah
Melayu. Orang cina pada ketika itu telah menubuhkan gerakan bersenjata secara
Gerila bagi menentang kekejaman jepun. Dalam perang tersebut, dapat dikatakan
bahawaa, Cina dan Melayu telah saling bantu membantu dalam mengusir Jepun di
Tanah Melayu.

Seterusnya, dapat dilihat juga reaksi penduduk Filipina mengenai kedatangan


Jepun di Filipina. Pada awalnya, jepun berusaha untuk mengambil hati penduduk
temppatan dengan memberikan peluang bagi rakyat tempatan untuk mentadbir
namun, pada hakikatnya, jepunyaang menguasai jabatan dalam kerajaan Filipina.
Dalam usahanya untuk menarik sokongan rakyat. Filipina yang telah dijajah oleh
Sepanyol sebelumnya telah menyebabkan pmimpin tempatan Filipina bertindak untuk
mendapatkan kemerdekaan.

Di Indochina pula, Jepun telaah memberi sokongan kepada golongan agama dan
pemimpin nasionalisme Vietnam. Kedudukan Indochina yang berdekatan dengan
China menyebabkan masyarakat menerima fahaman Komunis. Dalam kedatangan
Jepun di Indochina beberapa penentangan juga telah dilancarkan seperti gerakan
anti-Jepun yang diketuai oleh kucing. Selain itu, Sifat Jepun yang suka memaksa
petani untuk menanam tanaman Jut, rami, kacang dan tumbuhan minyak . oleh itu,
langkah untuk mengusir jepun dari Vietnam perlu diambil. Perancangan telah dibuat
oleh golongan kumunis dan nasionalis bagi menentang kekejaman Jepun dan ada juga
yang mengadakan hubungan pakatan dengan parti lain yang diketuai oleh Ho Chi Minh.
Pada akhirnya, matlamat kemasukan jepun juga diketahui oleh masyarakat tempatan
dehingga tercetusnya perang Gerila .
Kesimpulannya, Kemasukan Jepun ke Asia Tenggara pada awalnya adalah untuk
memastikan kelancaran penjajahan mereka. Kependudukan jepun di Asia Tenggara
pada awalnya juga mendapat sambutan yang hangat daripada Rakyat tempatan,
Namun demikian, akibat kekejaman dan perubahan yang dibawa oleh Jepun
menyebabkan wujudnya penentangan keatas mereka.

You might also like