You are on page 1of 32

PUNCA-PUNCA KEBIMBANGAN DI KALANGAN PELAJAR

SEKOLAH MENENGAH

NORA AZLIN BINTI SIDEK

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA


PUNCA-PUNCA KEBIMBANGAN DI KALANGAN PELAJAR
SEKOLAH MENENGAH

NORA AZLIN BINTI SIDEK

Laporan projek ini dikemukakan sebagai memenuhi sebahagian daripada


syarat penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Sains Dan Komputer Serta
Pendidikan (Kimia).

Fakulti Pendidikan
Universiti Teknologi Malaysia

2006
iii

DEDIKASI

Buat Suamiku Amin Hassif Bin Ahmad Satar


Engkaulah pelindung hidupku, kekuatan jiwaku,

Buat Ayahanda Sidek Bin Daud ,


Engkaulah sumber inspirasiku.

Buat Bonda Norma Binti Muhammad ,


Nasihatmu membakar semangatku.

Buat Kekanda Fairozy ,Mateni, Nisrin,Rajwani


Kalian amat bermakna buatku.

Buat Adinda Mohd.Marhan ,


Gelak tawamu penawar pilu.

Buat Sahabat-sahabat Setiaku,


Budimu kukenang hingga akhir nanti.

Semoga kejayaan dan kebahagiaan dunia akhirat,


milik kita bersama, Amin.
iv

PENGHARGAAN

Assalamualaikum W.B.T. Alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah S.W.T


kerana dengan kurnia dan izinnya maka dapat saya menyiapkan latihan ilmiah ini
dengan sempurna. Di kesempatan ini, ingin saya rakamkan ucapan jutaan terima
kasih kepada pembimbing saya, Prof. Madya Dr. Hj. Aziz i Bin Hj. Yahaya di atas
segala tunjuk ajar, nasihat dan galakan yang diberikan kepada saya semasa
menjalankan kajian ini.

Tidak lupa juga ucapan ribuan terima kasih kepada pihak sekolah yang
terlibat dalam menjadi responden kepada kajian ini. Kerjasama yang diberikan
amatlah berharga dalam menyempurnakan kajian ini. Ucapan paling istimewa saya
tujukan kepada abang suami tercinta, umi dan abah yang tersayang, kakak-kakak dan
adik di atas doa, sokongan, perangsang dan bantuan yang diberikan. Budi kalian
tersemat di hati.

Tidak ketinggalan ucapan sekalung penghargaan buat teman-teman


seperjuangan yang banyak memotivasikan diri ini serta memberi sokongan dan
dorongan dalam usaha menyiapkan kajian ini. Pengalaman dan kenangan bersama
kalian tidak akan ku lupakan. Akhir sekali, terima kasih diucapkan kepada semua
individu yang terlibat secara langsung atau tidak dalam menjayakan kajian ini.

Wassalam.
v

ABSTRAK

Kajian deskriptif ini bertujuan untuk mengenal pasti tahap kebimbangan dan
punca -punca di kalangan pelajar sekolah menengah atau dalam kata lain pelajar
remaja. Subjek kajian adalah terdiri daripada 400 orang pelajar-pelajar tingkatan
empat di empat buah sekolah menengah iaitu dua buah sekolah menengah di negeri
Kelantan, dan dua buah sekolah menengah di Wilayah Persekutuan Putrajaya.
Instrumen kajian merupakan soal selidik yang di bina sendiri berdasarkan beberapa
aspek seperti tahap kebimbangan, punca-punca kepada kebimbangan seperti
akademik, masalah kewangan, dan perhubungan sosial, langkah-langkah
pengurangan oleh pihak sekolah dan perbezaan kebimbangan yang dialami antara
pelajar lelaki dan perempuan. Nilai kebolehpercayaan instrumen ka jian ini ialah a =
0.8234. Data-data yang diperolehi telah diproses dan dianalisis menggunakan
perisian SPSS 11.5 (Statistical Package For Social Science) dan data telah
diterjemahkan dalam bentuk min, kekerapan, sisihan piawai, ujian-t, dan korelasi
Pearson. Hasil keseluruhan kajian menunjukkan bahawa punca utama kebimbangan
di kalangan pelajar sekolah menengah ialah akademik, diikuti masalah kewangan dan
akhir sekali perhubunagn sosial. Selain daripada itu, melalui analisis ujian-t didapati
tidak terdapat perbezaan yang signifikan antara punca kebimbangan seperti akademik
dan kewangan di kalangan pelajar lelaki dan perempuan. Walau bagaimanapun,
terdapat perbezaan yang signifikan antara punca kebimbangan seperti perhubungan
sosial di kalangan pelajar lelaki dan perempuan. Seterusnya daripada analisis korelasi
Pearson menunjukkan tidak terdapat hubungan yang signifikan antara langkah-
langkah pengurangan oleh pihak sekolah dengan kebimbangan di kalangan pelajar.
Di harap kajian ini dapat memberikan faedah kepada pelajar, guru-guru, pihak
sekolah, ibu bapa dan masyarakat dalam usaha menangani masalah kebimbangan
khususnya di kalangan pelajar sekolah menengah.
vi

ABSTRACT

This study is designed to identify the level of anxiety and the factors that
leads to anxiety among secondary school students, in other words, among teenagers.
It was conducted with 400 students of form four different schools, that is two from
the state of Kelantan, and two from Wilayah Persekutuan Putrajaya. A set of
questionnaires which consist or aspects that identifies the level of anxiety, factors
that lead to anxiety such as academic, financial difficulties and social relationship,
suggestion on steps to avoid anxiety among students that should be taken by the
school and lastly, the differences of anxiety by the gender of the students. The alpha
croncbach value of this instrument is a = 0.8234. The data obtained from this study
were analyze using the SPSS (Statistical Package For Social Science) version 11.5
and also descriptive statistic mean, frequency, percentage, standard deviation, t-test
and the Pearson Corelation. The results show that the main factor that causes anxiety
among students are academic, followed by financial difficulties and lastly social
relationship. Besides that, the t-test determined that there are no significant
differences between the factor of anxiety that is the academic factor and financial
difficulties among female and male students. However, the factors social relationship
among fema le and male students showed a significant difference. The Pearson
correlation showed that there are no significant difference between the steps taken by
school and anxiety among students. This study aims to benefit the students, teachers,
schools, parents and the society in helping to over come the level of anxiety among
secondary school students.
vii
vii

KANDUNGAN

BAB PERKARA HALAMAN

JUDUL i
PENGAKUAN ii
DEDIKASI iii
PENGHARGAAN iv
ABSTRAK v
ABSTRACT vi
KANDUNGAN vii
SENARAI JADUAL xiii
SENARAI RAJAH xvii
SENARAI SINGKATAN xviii
SENARAI LAMPIRAN xix

1 PENGENALAN
1.1 Pengenalan 1
1.2 Latar Belakang Masalah 2
1.3 Pernyataan Masalah 5
1.4 Objektif Kajian 8
1.5 Persoalan Kajian 9
1.6 Hipotesis Kajian 10
1.7 Kepentingan Kajian 11
1.8 Batasan Kajian 12
1.9 Definisi Operasional
1.9.1 Pelajar 13
1.9.2 Remaja 14
viii

1.9.3 Kebimbangan 15
1.9.4 Punca-punca Kebimbangan 16
1.9.5 Akademik 16
1.9.6 Status Sosio Ekonomi 17
1.9.7 Perhubungan Sosial 17
1.9.8 Sekolah Menengah Harian 18
1.10 Penutup 18

2 SOROTAN KAJIAN
2.1 Pengenalan 19
2.2 Teori Kebimbangan 19
2.2.1 Teori Kebimbangan Psikoanalisis Frued 20
2.2.2 Teori Terapi Psikoanalisis Rank 21
2.2.3 Teori Tingkah Laku 21
2.2.4 Teori Kebimbangan Keadaan –Tret 23
2.2.5 Teori Kebimbangan Neurotik 24
2.2.6 Teori Kajian 24
2.3 Model Kebimbangan
2.3.1 Model Tekanan Dalam Pekerjaan
(Cooper,1970) 26
2.4 Model Kajian 28
2.5 Kajian Mengenai Kebimbangan 29
2.5.1 Kajian Tempatan 30
2.5.2 Kajian Luar Negara 32
2.6 Penutup 35

3 METODOLOGI KAJIAN
3.1 Pengenalan 36
3.2 Reka Bentuk Kajian 36
3.3 Tempat Kajian 37
3.4 Subjek Kajian
3.4.1 Populasi Kajian 38
ix

3.4.2 Sampel Kajian 38


3.5 Instrumen Kajian 40
3.6 Prosedur Kajian 43
3.7 Kajian Rintis 44
3.8 Kaedah Analisis Data 45
3.9 Penutup 49

4 ANALISIS DATA DAN KEPUTUSAN


4.1 Pengenalan 50
4.2 Analisis Latar Belakang Masalah 50
4.2.1 Tingkatan dan sekolah responden 51
4.2.2 Umur 51
4.2.3 Jantina 52
4.2.4 Bangsa 52
4.2.5 Pekerjaan Bapa 53
4.2.6 Pekerjaan Ibu 53
4.2.7 Pendapatan Keluarga 54
4.2.8 Keputusan Peperiksaan Menengah Rendah 55
4.2.8.1 Taburan Tahap Pencapaian
Akademik Responden 58
4.3 Analisis Soal selidik 59
4.3.1 Apakah tahap kebimbangan di
kalangan pelajar sekolah menengah 59
4.3.1.1 Taburan Responden Mengikut
Tahap Kebimbangan 62
4.3.2 Apakah faktor yang paling
mempengaruhi kebimbangan di
kalangan pelajar sekolah
menengah dari aspek akademik 63
4.3.2.1 Taburan tahap kebim bangan
responden terhadap punca
kebimbangan dari aspek
akademik 66
x

4.3.3 Apakah faktor yang paling


mempengaruhi kebimbangan
di kalangan pelajar sekolah
menengah dari aspek
masalah kewangan 67
4.3.31 Taburan tahap kebimbangan
responden terhadap punca
kebimbangan dari
aspek masalah kewangan 70
4.3.4 Apakah faktor yang paling
mempengaruhi kebimbangan
di kalangan pelajar sekolah menengah
dari aspek perhubungan sosial 71
4.3.4.1Taburan tahap kebimbangan
responden terhadap punca
kebimbangan dari aspek
perhubungan sosial 74
4.3.5 Apakah langkah-langkah pengurangan
yang diambil oleh pihak sekolah
untuk mengurangkan masalah
kebimbangan di kalangan pelajar
sekolah menengah 75
4.4 Apakah Punca Kebimbangan Yang Dominan 77
4.5 Pengujian Hipotesis
4.5.1 Hipotesis 1: Tidak terdapat
perbezaan yang signifikan
antara punca kebimbangan seperti
akademik di kalangan
pelajar lelaki dan perempuan 78
4.5.2 Hipotesis 2 : Tidak terdapat
perbezaan yang signifikan
antara punca kebimbangan seperti
masalah kewangan di kalangan
pelajar lelaki dan perempuan 79
xi

4.5.3 Hipotesis 3 : Tidak terdapat


Perbezaan yang signifikan
antara punca kebimbangan seperti
perhubungan sosial di kalangan
pelajar lelaki dan perempuan 80
4.5.4 Hipotesis 4 : Tidak terdapat hubungan
yang signifikan antara
langkah-langkah pengurangan
oleh pihak sekolah dengan
tahap kebimbangan di
kalangan pelajar 81
4.6 Penutup 82

5 PERBINCANGAN, RUMUSAN DAN CADANGAN


5.1 Pengenalan 83
5.2 Perbincangan Hasil Kajian 83
5.2.1 Perbincangan Latar
Belakang Responden 84
5.2.2 Perbincangan Hasil Kajian
Tahap Kebimbangan
Di kalangan Pelajar
Sekolah Menengah 85
5.2.3 Perbincangan Hasil Kajian
Faktor Yang Paling Mempengaruhi
Kebimbangan Di Kalangan Pelajar
Sekolah Menengah
Dari Aspek Akademik 87
5.2.4 Perbincangan Hasil Kajian
Faktor Yang Paling Mempengaruhi
Kebimbangan Di Kalangan Pelajar
Sekolah Menengah Dari
Aspek Masalah Kewangan 88
5.2.5 Perbincangan Hasil Kajian
xii

Faktor Yang Paling Mempengaruhi


Kebimbangan Di Kalangan Pelajar
Sekolah Menengah Dari
Aspek Perhubungan Sosial 89
5.2.6 Perbincangan Hasil Kajian
Langkah-langkah Pengurangan
Yang Diambil Oleh Pihak Sekolah
Untuk Mengurangkan Masalah
Kebimbangan Di Kalangan Pelajar
Sekolah Menengah 90
5.2.7 Perbincangan Hasil Kajian
Perbezaan Antara Punca
Kebimbangan Seperti Akademik,
Masalah Kewangan, dan
Perhubungan Sosial Di
Kalangan Pelajar
Lelaki Dan Perempuan 91
5.2.8 Perbincangan Hasil Kajian
Hubungan Yang Signifikan
Antara Langkah- Pengurangan
Oleh Pihak Sekolah Dengan
Tahap Kebimbangan
Di Kalangan Pelajar 93
5.3 Rumusan 94
5.4 Cadangan 96
5.4.1 Cadangan Program Pendidikan 96
5.4.1 Cadangan Kajian Lanjutan 98
5.5 Penutup 98

RUJUKAN 99
LAMPIRAN 104
xiii

SENARAI JADUAL

NO. JADUAL TAJUK HALAMAN

3.1 Pecahan senarai nama sekolah mengikut negeri 37

3.2 Jadual Penentuan Saiz Sampel,


Krejcie, R. V. & Morgan, D. W. (1970) 39

3.3 Item soal selidik berkaitan tahap kebimbangan 41

3.4 Item soal selidik berkaitan punca kebimbangan


berdasarkan tiga aspek
iaitu akademik, kewangan dan perhubungan sosial. 41

3.5 Item soal selidik berkaitan langkah pengurangan


oleh sekolah dalam mengatasi masalah kebimbangan
yang dialami pelajar. 41

3.6 Skala Likert 5 Mata bagi soalan bahagian B untuk


menguji tahap kebimbangan pelajar 42

3.7 Skala Likert 5 Mata bagi soalan bahagian C dan D


untuk menguji punca kebimbangan dan langkah pengurangan
oleh pihak sekolah 42

3.8 Nilai alpha Cronbach soal selidik 45

3.9 Jadual Ringkasan Pengujian Statistik Objektif Kajian 46


xiv

3.10 Jadual Pengujian Hipotesis Kajian 47

3.11 Pengkelasan taburan responden mengikut tahap 48

3.12 Penentuan hipotesis nol berdasarkan nilai signifikan 48

3.13 Klassifikasi Kekuatan Korelasi 49

4.2.2 Taburan responden mengikut umur 51

4.2.3 Taburan responden mengikut jantina 52

4.2.4 Taburan responden mengikut bangsa 52

4.2.5 Taburan responden mengikut jenis pekerjaan bapa 53

4.2.6 Taburan responden mengikut jenis pekerjaan ibu 54

4.2.7 Taburan responden mengikut jumlah pendapatan keluarga 54

4.2.8 Taburan responden terhadap pencapaian mata pelajaran


bagi peperiksaan menengah rendah (PMR) mengikut
kekerapan, peratusan, min, sisihan piawai 57

4.2.8.1 Tahap pencapaian a kademik 58

4.3.1 Taburan responden terhadap tahap kebimbangan mengikut


kekerapan, peratusan, min, sisihan piawai 61

4.3.1.1 Taburan responden mengikut tahap kebimbangan 62

4.3.2.1 Taburan responden terhadap punca kebimbangan


dari aspek akademik mengikut kekerapan, peratusan, min,
xv

dan sisiha n piawai 65

4.3.2.2 Taburan tahap kebimbangan responden terhadap punca


kebimbangan dari aspek akademik 66

4.3.3.1 Taburan responden terhadap punca kebimbangan


dari aspek masalah kewangan mengikut kekerapan,
peratusan, min dan sisihan piawai 69

4.3.3.2 Taburan tahap kebimbangan responden ter hadap


punca kebimbangan dari kewangan 70

4.3.4.1 Taburan Responden Terhadap Punca Kebimbangan Dari


Aspek Perhubungan Sosial Mengikut Kekerapan, Peratusan,
Min, dan Sisihan Piawai 73

4.3.4.2 Taburan tahap kebimbangan responden terhadap punca


kebimbangan dari aspek perhubungan sosial 74

4.3.5 Taburan responden terhadap langkah-langkah


mengatasi oleh pihak sekolah mengikut
kekerapan, peratusan, min, dan sisihan piawai 76

4.4 Min Bagi Setiap Faktor Yang Mempengaruhi


Kebimbangan 77

4.5.1 Analisis perbezaan yang signifikan antara


punca kebimbangan seperti akademik di kalangan
pelajar lelaki dan perempuan 78

4.5.2 Analisis perbezaan yang signifikan antara punca


kebimbangan seperti masalah kewangan di kalangan pelajar
lelaki dan perempuan 79
xvi

4.5.3 Analisis perbezaan yang signifikan antara punca


kebimbangan seperti perhubungan sosial di kalangan
pelajar lelaki dan perempuan 80

4.5.4 Korelasi langkah-langkah pengurangan oleh


pihak sekolah dengan tahap kebimbangan
di kalangan pelajar 81
xvii

SENARAI RAJAH

NO. RAJAH TAJUK HALAMAN

2.1 Model tekanan dalam perkerjaan oleh Cooper


(dalam Michie, 2002) 27

2.2 Model kajian 28


xviii

SENARAI SINGKATAN

EPRD - Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan

PMR - Penilaian Menengah Rendah

SMK - Sekolah Menengah Kebangsaan

SPSS - Statistical Package for the Social Sciences

JPN - Jabatan Pendidikan Negeri

PPD - Pejabat Pendidikan

KPM - Kementerian Pendidikan Malaysia

PIBG - Persatuan ibu bapa dan guru.


xix

SENARAI LAMPIRAN

LAMPIRAN TAJUK HALAMAN

A Surat Kebenaran Menjalankan Kajian Dari


Bahagian Perancangan dan Penyelidikan
Dasar Pendidikan (EPRD)
Kementerian Pelajaran Malaysia 104

B Surat Kebenaran Bagi Menjalankan Kajian /


Penyelidikan Ke Sekolah-sekolah
Di Negeri Kelantan 106

C Soal Selidik Kajian Mengenai Punca-punca


Kebimbangan Di Kalangan Pelajar
Sekolah Menengah 107
BAB 1

PENGENALAN

1.1 Pengenalan

Perasaan bimbang atau kebimbangan merupakan suatu pengalaman yang


tidak menyenangkan dalam kehidupan manusia. Perasaan bimbang ini akan
membuatkan manusia hidup dalam kerisauan, ketakutan, ketegangan dan tekanan.
Tidak kira sama ada seseorang itu kanak-kanak, remaja atau dewasa, sekiranya
dilanda perasaan bimbang maka perubahan emosi dan tingkahlaku juga akan berlaku.

Dalam konteks pendidikan kebimbangan merupakan suatu gangguan psikologi


terhadap pelajar yang pe rlukan bantuan guru atau kaunselor sekolah untuk
menyelesaikannya. Perasaan bimbang akan lebih kerap berlaku kepada golongan
pelajar apabila tiba musim peperiksaan. Perasaan kebimbangan boleh menjejaskan
proses pembelajaran pelajar.

Kajian tentang kebim bangan telah bermula apabila Freud (1939) telah

menerbitkan bukunya yang terkenal mengenai kebimbangan bertajuk “The Problem


of Anxiety” dan dari sini maka kajian-kajian mengenai kebimbangan terus
berkembang.

Kelly (1955) menyatakan bahawa manusia menggunakan sistem konstruk


2

untuk menjangkakan apa yang akan berlaku dalam hidupnya dan kebimbangan
wujud apabila kita berhadapan dengan peristiwa-peristiwa di luar kawasan
keselesaan. Conger (1973) menakrifkan kebimbangan sebagai satu penentuan yang

amat penting di dalam mengkaji tingkah laku manusia. Beliau juga menyatakan
bahawa kebimbangan yang wujud dalam diri seseorang itu adalah hasil daripada

pengalaman kesakitan masa lampau, contohnya sakit yang dirasai semasa kanak-
kanak akan mewujudkan perasaan bimbang apabila mereka dewasa kelak. Dollard
dan Miller (1950) pula menyatakan kebimbangan berlaku disebabkan kanak-kanak

mempunyai pelbagai perasaan kecewa.

Tingkah laku kebimbangan boleh menimbulkan gerak balas dalaman terhadap


perasaan, pemikiran, tindakan psikologi dan juga konflik tingkah laku.
Frued, S (1977) menyatakan bahawa tumpuan seharusnya diberikan kepada tingkah

laku berbanding dengan perasaan kerana tingkah laku boleh diubah, tetapi realiti juga
berpendapat bahawa manusia tidak boleh mengarahkan dirinya untuk merasa lebih
baik tetapi manusia boleh mengarahkan dirinya untuk melakukan sesuatu yang lebih
baik. Oleh itu, jika seseorang itu melakukan sesuatu perkara yang baik, ia akan
menimbulkan perasaan yang lebih baik.

1.2 Latar Belakang Masalah

Pelajar merupakan aset penting dalam menentukan masa depan sesebuah


negara. Tugas sebagai seorang pelajar bukanlah sesuatu tugas yang boleh dipandang

remeh. Tanggungjawab yang dipikul oleh mereka amat berat kerana merekalah
merupakan perintis kepada kemajuan negara dan anak bangsa. Namun, apa yang
dialami oleh pelajar tidak mudah difahami oleh golongan yang lebih dewasa. Di

dalam diri pelajar ataupun pada peringkat umur remaja ini, mereka sebenarnya
sedang mengalami ketidak seimbangan dalam emosi ata upun gangguan perasaan.
3

Gangguan emosi ini adalah ketidak selesaan dalaman yang dialami oleh
pelajar seperti perasaan takut, risau atau dengan kata lain adalah kebimbangan yang
boleh mengakibatkan tekanan melampau. Kebimbangan ini akan membawa kesan

yang teruk pada perkembangan akademik mereka.

Kebimbangan di kalangan pelajar adalah perkara yang berkaitan masalah


pelajar remaja adalah seperti masalah gangguan fizikal dan kesihatan, masalah
kewangan, masalah keluarga, masalah pelajaran, masalah hubungan dengan guru,

dan rakan sebaya.

Pelbagai kajian telah dijalankan untuk mengenal pasti masalah kebimbangan


di kalangan pelajar. Wang (1980) dalam kajian beliau di Petaling Jaya, mendapati
kategori masalah utama yang dihadapi remaja di sekolah ialah penyesuaian kerja

sekolah. Para pelajar sangat bimbang tentang peperiksaan dan pencapaian prestasi
mereka. Mereka juga takut gagal dalam peperiksaan. Mengikut Chiam (1985)
remaja yang bersekolah di luar bandar di Johor merasai bimbang yang berkaitan
dengan persekolahan. Sejumlah 67% pelajar bimbang tentang peperiksaan, 47.9%
pelajar bimbang kerana mendapat markah rendah, 43.7% bimbang tentang markah

dengan kata lain masalah-masalah pelajar adalah punca kepada kemunculan bibit
kebimbangan di dalam sanubari mereka.

Noran Fauziah dan Mizan Abdullah (1991) telah membuat kajian tentang
masalah di sekolah asrama penuh di Kuala Lumpur. Hasil kajian menunjukkan

bahawa daripada sebelas kategori masalah yang dikaji, masalah yang berkaitan
dengan penyesuaian terhadap ke rja-kerja sekolah yang paling banyak mengganggu

pelajar. Lapan item dalam kategori ini mempunyai lebih daripada 10% responden
yang mengatakan masalah tersebut mengganggu mereka iaitu tidak memahami
beberapa mata pelajaran dengan memuaskan, tidak tahu cara belajar yang berkesan,

lemah daya ingatan, bimbang tentang pencapaian dalam peperiksaan, tidak belajar
dengan secukupnya dan tidak dapat menumpukan perhatian kepada pelajaran
4

sekolah.

Kajian ini dirasakan perlu dibuat kerana terdapat hubungan antara

kebimbangan pelajar dengan pencapaian akademik mereka. Dengan mengetahui


tahap dan punca kebimbangan, kaunselor dapat membantu pelajar menguruskan

kebimbangan melalui kajian yang dibuat oleh Abdul Rahim Hassan ( 1982 ) ke atas
74 orang sampel di sebuah sekolah menengah kawasan luar bandar di Malaysia
mendapati bahawa pelajar -pelajar yang berkebimbangan rendah adalah pelajar-

pelajar yang berjaya dari segi prestasi akademik jika dibandingkan dengan pelajar-
pelajar yang berkebimbangan tinggi. Sarason S.B et al (1952), menyatakan bahawa
kebimbangan merupakan faktor yang ketara dalam menentukan pencapaian
akademik. Beliau menyatakan bahawa mereka yang pintar dan berpencapaian tinggi
adalah mereka yang berkebolehan menyesuaikan diri dengan persekitaran dan

mereka mempunyai tahap kebimbangan yang rendah. Begitu juga dengan kajian
yang dibuat oleh Montague ( 1953 ) ke atas pelajar universiti di Amerika Syarikat
mendapati bahawa pelajar yang berkebimbangan rendah lebih berjaya daripada
pelajar yang berkebimbangan tin ggi.

Daripada beberapa statistik kajian yang telah dijalankan tersebut telah


menunjukkan betapa perlu dititik beratkan permasalahan ini memandangkan ianya
akan memberi kesan bukan sahaja pada golongan pelajar remaja itu sendiri malahan
masa depan negara juga bergantung pada mereka. Kajian ini dijalankan bertujuan
untuk mengkaji sejauh mana kebimbangan di kalangan pelajar remaja ini.

Penyelidikan oleh penyelidik ini juga amat penting untuk memastikan faktor

permasalahan kebimbangan di kalangan pelajar remaja ini dikaji dengan lebih lanjut
dan teliti. Selain itu penyelidik berharap dapat mencadangkan beberapa langkah
bijak dalam menangani kebimbangan yang dialami pelajar-pelajar remaja ini.
5

1.3 Pernyataan Masalah

Kebimbangan yang dialami oleh pelajar remaja di sekolah menengah

berpunca daripada masalah yang mereka hadapi. Mengikut Chiam (1976) ramai
pelajar sekolah menengah menghadapi pelbagai masalah. Sawrey (1967) melihat

perasaan bimbang boleh menyebabkan emosi terganggu dan juga kegagalan. Oleh
itu, kebimbangan adalah merupakan gangguan kepada kesihatan mental yang perlu
diberi perhatian.

Abdul Latif (1994) menyatakan bahawa perasaan yang keliru dan tertekan
akan mengakibatkan tahap kebimbangan yang tinggi. Chiam dan Fatimah (1982)
menyatakan harapan yang tinggi daripada pihak pentadbir dan ibubapa terhadap
pencapaian akademik pelajar boleh meningkatkan lagi kebimbangan seseorang

pelajar. Holtzman (1975) telah menunjukkan bahawa tahap kebimbangan


mempunyai hubungan dengan pencapaian akademik. Speielberger dan Daiz
Guerrero (1976) menyatakan bahawa pelajar yang mempunyai tahap kebimbangan
yang tinggi akan mengakibatkan pelajar kurang bermotivasi dan mereka mempunyai
pencapaian akademik yang rendah. Ini bermakna kebimbangan dapat mempengaruhi

pencapaian akademik seseorang pelajar.

Trimmer (1970) berpendapat bahawa terdapat ramai orang yang takut


menghadapi keadaan sebenar. Oleh itu, maka mereka akan mengambil alkohol
sebagai langkah penyelesaian segera. Adalah lebih baik sekiranya seseorang itu

diberi masa untuk belajar menghadapi masalah atau realiti kehidupan mereka.
Sekiranya seseorang remaja menjadi matang lebih awal daripada zaman mereka

menamatkan persekolahan, maka mereka akan menjadi lebih baik untuk membuat
keputusan apabila mereka berhadapan dengan masyarakat atau apabila mereka
memasuki zaman awal dewasa.

Trimmer (1970) menyatakan bahawa masalah kebimbangan boleh diatasi


6

dengan cara yang lebih baik. Beliau mendapati bahawa 90% daripada pelbagai
penyakit yang dirawat disebabkan oleh faktor psikologi. Manakala faktor psikologi
yang pertama menyumbang kepada gangguan kesihatan ialah masalah kebimbangan.

Trimmer (1970) juga menyatakan tanda-tanda penyakit fizikal adalah

disebabkan oleh faktor psikologi. Kebimbangan yang keterlalu an boleh


menyebabkan kesan terhadap jantung. Ia juga boleh menyebabkan sejenis bahan
dalam badan dikenali sebagai ‘epin ephrine’ dikeluarkan melalui sistem badan

dengan kualiti yang lebih daripada normal yang akan menyebabkan kesan kawalan
terhadap pernafasan dan juga denyutan jantung terganggu.

Kebimbangan juga boleh menyerang bahagian pencernaan dalam usus.


Kebimbangan yang amat sangat boleh menyebabkan bahagian dalam perut dan usus

menerima penghantaran darah yang lebih banyak dan ini akan menyebabkan
kerosakan pada usus dan mudah mendapat ulser usus.

Kebimbangan merupakan aspek gangguan mental yang perlu dikaji. Remaja


merupakan golongan yang mempunyai pelbagai masalah. Remaja juga merupakan

golongan yang masih memerlukan pertolongan. Tidak mudah untuk memberi


pertolongan yang berkesan kepada mereka. Cara memberi pertolongan atau nasihat
yang salah boleh merosakkan fikiran remaja itu sendiri. Oleh itu setiap ibubapa,
guru, kaunselor sekolah, masyarakat dan siapa jua yang berhadapan dengan remaja
harus didedahkan dengan maklumat yang berkaitan dengan remaja terutamanya

dalam mengenal pasti tahap-tahap kebimbangan dan juga punca-punca kebimbangan


di kalangan pelajar.

Beberapa kajian yang telah dijalankan sebelum ini telah menunjukkan


permasalahan kebimbangan banyak memberikan kesan yang negatif kepada pelajar.

Antaranya adalah dengan tahap kebimbangan yang tinggi akan menurunkan


pencapaian akademik pelajar, mengubah perangai dan sikap pelajar sebagai contoh
7

dari seorang yang aktif kepada pasif, seorang yang periang kepada pendiam, bersikap
murung dan sebagainya. Oleh kerana institusi sekolah merupakan tempat yang
paling penting dalam proses pembelajaran, yang sepatutnya melahirkan pelajar yang

cemerlang dan seimbang dalam semua bidang, maka penyelidik ingin mengkaji
tentang faktor-faktor sebenar penyebab kepada kebimbangan yang dialami terutamya

pelajar pada peringkat remaja yang mana pada peringkat umur ini pelajar mengalami
ketidakseimbangan emosi dan masih sangsi dalam menentukan identiti diri da n masa
depan mereka.

Permasalahan ini amat berat jika difikirkan kerana ia akan memberikan kesan
berat kepada pencapaian akademik pelajar dan yang lebih berat lagi akan
menjejaskan masa depan negara memandangkan pelajar-pelajar inilah yang akan
menentuka n dan menaikkan nama negara setanding negara maju. Pihak yang

terbabit seperti kaunselor, institusi sekolah, guru, ibu bapa dan pihak kementerian
perlu memainkan peranan penting dan sentiasa prihatin terhadap masalah ini.

Namun persoalan yang timbul adalah sejauh manakah tahap kebimbangan


yang dialami di kalangan pelajar remaja ini dan bagaimanakah penerimaan pelajar

dalam menghadapi masalah-masalah ini. Sejajar dengan peranan yang dimainkan


oleh institusi sekolah sebagai pusat pendidikan, maka pihak sekolah haruslah lebih
mendekati pelajar supaya mereka lebih mudah untuk berkongsi segala masalah yang
dihadapi. Sekiranya permasalahan ini tidak dikurangkan ianya akan memberikan
kesan negatif kepada semua pihak bukan sahaja diri pelajar sendiri.

Justeru itu, kajian ini dilakukan bagi mendalami perasaan pelajar dan

pendapat mereka berkenaan kebimbangan yang sering membelenggu dalam perasaan


mereka. Selain itu, kajian penyelidikan ini juga mengkaji tentang punca-punca yang
menyebabkan kebimbangan di kalangan pelajar remaja dan meneliti langkah-langkah

yang diambil oleh pihak sekolah untuk menangani masalah ini.


8

Keputusan hasil kajian bukan sahaja dapat memberikan manfaat kepada


pengkaji malah ia akan memberikan maklumat yang berguna kepada semua orang
yang berkepentingan dalam mendidik pelajar khususnya pelajar remaja.

1.4 Objektif Kajian

Kajian ini adalah bertujuan mengenal pasti punca sebenar masalah


kebimbangan di kalangan pelajar remaja dan tahap kebimbangan sebenar yang
dialami oleh pelajar remaja ini.

Dari kajian yang bakal dijalankan ini, objektif kajian yang dikaji ialah:

1.4.1 Mengenal pasti tahap kebimbangan di kalangan pelajar di sekolah menengah.

1.4.2 Mengenal pasti punca yang paling mempengaruhi kebimbangan di kalangan


pelajar di sekolah menengah seperti akademik, kewangan dan perhubungan

sosial.

1.4.3 Mengenal pasti langkah-langkah pengurangan yang diambil oleh pihak sekolah
untuk mengurangkan masalah kebimbangan di kalangan pelajar di sekolah
menengah.

1.4.4 Mengenal pasti perbeza an yang signifikan antara punca kebimbangan yang

paling mempengaruhi di kalangan pelajar lelaki dan perempuan.

1.4.5 Mengenal pasti hubungan yang signifikan antara langkah-langkah pengurangan

yang diambil oleh pihak sekolah dengan kebimbangan di kalangan pelajar.


9

1.5 Persoalan Kajian

Daripada objektif kajian yang diberi, persoalan kajian yang cuba dijawab ialah:

1.5.1 Apakah tahap kebimbangan di kalangan pelajar di sekolah menengah?

1.5.2 Apakah punca yang paling mempengaruhi kebimbangan di kalangan pelajar


sekolah menengah seperti akademik, kewangan dan perhubungan sosial?

1.5.3 Apakah langkah-langkah pengurangan yang diambil oleh pihak sekolah untuk
mengurangkan masalah kebimbangan di kalangan pelajar remaja di sekolah
menengah?

1.5.4 Adakah wujud perbezaan yang signifikan antara punca kebimbangan yang
paling mempengaruhi di kalangan pelajar lelaki dan perempuan?

1.5.5 Adakah wujud hubungan yang signifikan antara langkah-langkah pengurangan


yang diambil oleh pihak sekolah dengan tahap kebimbangan di kalangan

pelajar?

You might also like